Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT AKHIR TAHUN 2017

SK LKTP BUKIT PERMAI 81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR.

Tarikh : 15 NOVEMBER 2017 (RABU)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. TUAN HAJI MOHD ALI BIN MOHAMAD


2. HASSAN BIN AHMAD
3. MAHADIR BIN AHMAD
4. HANAFI BIN SURADI
5. NORHISAM BIN DAMSAKI
6. MOHD KHAIRUL BIN HAMID
7. MOHD FIRDAUS KHAIRI BIN NORDIN
8. HAFIZAL BIN SARIMAN
9. NOR AZLINA BT AHMAD
10. AZLINDA BT ZAINAL
11. NURUL ELLINA BT RAMLI
12. SAHIRAH BT SETH
13. NOORHADIJAH BT TAJUDDIN
14. SUBHA A/P BALA KRISHAN
15. LATIFF BIN DAWOOD
16. NOOR SAHILA BT ROHANI

Tidak Hadir :

1. NOR SUADAH BT NAWAWI ( CUTI TANPA GAJI )


2. NUR SYUHADAH BT CHE AMINULDDIN ( BENGKEL DI PPD )
3. ABD KADIR BIN SHARIP

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah.

1.2 Tuan Haji Mohd Ali bin Mohamad mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
guru dan kakitangan pada mesyuarat kali ini.

Tindakan : Semua guru

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pencadang : En Norhisam bin Damsaki

2.2 Disokong : Pn Azlinda bt Zainal

2.3 Tiada usul yang dibahaskan

Tindakan : Semua Guru


3.0 TUAN HAJI MOHD ALI BIN MOHAMAD

3.1 Guru besar memulakan mesyuarat dengan membentangkan kewangan semasa.


Tiada pembelanjaan lebih untuk tahun 2017. Rujuk lampiran yang diedarkan.

3.2 Imbasan 2017:-

3.2.1 Guru besar menyatakan bahawa kepimpinan pada tahun ini kurang.

3.2.2 Integriti guru dan kakitangan berkaitan dengan kehadiran yang lambat ke
sekolah. Masyarakat felda memerhatikan tingkah laku guru yang dating lambat ke sekolah.

3.2.3 Rungutan daripada ibu bapa mengenai kehadiran guru lambat ke sekolah.
Selain itu, ibu bapa juga merungut tentang ketiadaan guru besar di sekolah.

3.2.5 Harapan guru besar adalah guru-guru dapat membaiki kehadiran ke sekolah
untuk datang lebih awal.

3.3 Amalan kerja CLO

3.3.1 Guru-guru dan kakitangan berkerja dalam kumpulan.

3.3.2 Sistem pamantauan dan kawalan kuran berkesan.

3.3.3 Segala keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat.

3.3.4 Pembelajaran PAK21 kurang berkesan.

3.3.5 Prestasi akademik kurang.

3.3.6 Masalah yang ketara dihadapi adalah tahun 5. Tov tahun 5 ditekankan.

3.3.7 Dialog prestasi mesti dibuat 2 kali bagi tahun 6 dan tahun 5.

3.4 Persediaan akhir tahun 2017

3.4.1 Keperluan kerusi dan meja cukup untuk tahun 2018.

3.4.2 Kerosakan yang berlaku pada pendawaian elektrik perlu dilaporkan.

3.4.3 Setiap guru perlu mengikuti kursus selama 7 hari setahun.

3.4.4 Buku teks untuk semua murid mesti cukup.

3.4.5 Guru Besar mesti kawal PIBG sekolah.

3.4.6 Sumbangan mesti dimohon melalui PIBG sekolah.

3.5 Budaya Tutup sekolah

3.5.1 Cuti sekolah bermula pada 24/11/2017 hingga 31/12/2017.

3.5.2 Semua guru mesti berada di sekolah pada 26/12/2017.

3.5.3 Semua fail perlu dikemaskinikan.


3.5.4 Bilik-bilik khas perlu ditutup dan kunci diserahkan pada pejabat.

3.5.5 Penyerahan buku rekod mengajar oleh semua guru.

3.5.6 Buku kehadiran murid ditutup pada akhir disember.

3.5.7 Guru-guru dan kakitangan perlu menghantar no telefon dan alamat terkini.

Tindakan : Semua Guru dan Kakitangan

4.0 EN HASSAN BIN AHMAD- GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

4.1 Perkara-perkara yang perlu diselesaikan ssebelum cuti sekolah:-

4.1.1 Menyerahkan buku persediaan mengajar

4.1.2 Melengkapkan buku kedatangan murid

4.1.3 Menyiapkan perancangan strategik

4.1.4 Menyerahkan dokumen murid seperti fail murid dan buku adab belajar ke
pejabat

4.1.5 Menyerahkan buku-buku panduan dan rujukan kepada ketua panitia

4.1.6 Memulangkan semula alat bantu mengajar

4.1.7 Menyerahkan ssemula buku latihan kepada murid

4.1.8 Memulangkan semula fail-fail panitia atau lain-lain fail ke pejabat

4.1.9 Menyerahkan kunci bilik-bilik khas ke pejabat

4.1.10 Menyerahkan senarai nama murid Tahun 2017 mengikut kelas ke pejabat

4.1.11 Memastikan kerusi dan meja murid mencukupi untuk setiap kelas.

4.1.12 Mengemaskini stor dan bilik-bilik khas

4.1.13 Menandatangani buku kehadiran guru – datang dan pulang

4.1.14 Menuliskan alamat rumah dan nombor telefon yang aktif

4.1.15 Memastikan bilik –bilik darjah,stor dan bilik-bilik khas ditutup pintu dan tingkap
dengan Kemas dan selamat.

4.1.16 Memastikan dokumen-dokumen murid Tahun 6 dan murid yang akan


berpindah ke sekolah lain telah diserhkan ke pejabat.

4.2 Guru-guru perlu menyelesaikan I Think secara luar talian sebelum hujung tahun.

Tindakan : Semua Guru


5.0 EN MAHADIR BIN AHMAD - GURU PENOLONG KANAN HEM

5.1 Guru kelas tahun 1 dan tahun 2 perlu menyerahkan maklumat murid kepada Hem
kerana 2 orang akan berpindah pada tahun hadapan

Tindakan : Guru Kelas

6.0 EN. HANAFI BIN SURADI- GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

6.1 Ucapan tahniah kepada semua guru dan kakitangan atas kejayaan yang dicapai
khasnya aktiviti yang dipertandingkan seperti olahraga dan permainan. Ucapan terima kasih
juga atas kerjasama menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2017.

6.2 Perkara-perkara yang mesti diingat oleh guru-guru:-

6.2.1 Jadual 1M1S akan dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan iaitu 2 waktu
awal pagi setiap hari selasa.

6.2.2 Setiap hari Rabu , semua guru dan murid-murid Tahap 2 digalakkan memakai
uniform

Tindakan : Semua Guru

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Bilik kedai buku berpindah ke War Room manakala bilik kedai buku yang lama akan
dijadikan sebagai bilik PBS.

7.2 Pembahagian Kelas 2018

Tahun 1 : Pn Nur Syuhadah bt Che Aminulddin

Tahun 2 : Pn Azlinda bt Zainal

Tahun 3 : Pn Subha A/P Bala Krishan

Tahun 4 : Nurul Ellina bt Ramli

Tahun 5 : En Norhisam bin Damsaki

Tahun 6 : Pn Noor Hadijah bt Tajuddin

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05 petang


DISEDIAKAN OLEH :

…………………………………………………..

AZLINDA BINTI ZAINAL

SETIAUSAHA KURIKULUM

SK LKTP BUKIT PERMAI

DISAHKAN OLEH ;

……………………………………………………

TUAN HAJI MOHD ALI BIN MOHAMAD

GURU BESAR

SK LKTP BUKIT PERMAI

Anda mungkin juga menyukai