Anda di halaman 1dari 1

Kajian masa depan

8) bagaimana kaedah keaktifan pelajar

Pelajar di dalam kelas berada dalam keadaan yang aktif dimana mereka perlu untuk sentiasa
berfikir dan mengenal pasti punca-punca atau idea yang baharu untuk mengkaji dan memikirkan trend
masa hadapan. Justeru kaedah KMD iaitu menggunakan Matriks KMD adalah bertetapan dengan konsep
pengajaran ini. Guru meminta murid untuk memikirkan satu idea yang baharu untuk memandang
kehadapan. Jadi, keaktifan pelajar disini adalah tinggi kerana setiap daripada mereka bukan hanya tahu
ilmu semasa dan praktikal tetapi untuk menyediaan diri mereka pada masa hadapan

9) nyatakan proses yang terlibat dalam FR

Ada 3 proses yang terlibat dalam KMD yang pertama iaitu menggunakan matriks sepenuhnya.
Matriks ini ialah dimana daripada topik dan subtopik yang diajarkan, guru menyuruh murid untuk
mengaplikasikan daripada topik itu berkenaan perkara-perkara yang menjurus kearah masa hadapan.
Melalui ini, murid akan berfikir lebih kreatif dan kritis.

Yang kedua, guru memberikan input secara terus mengenai masa hadapan, dalam proses
pengajaran, guru memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan masa hadapan supaya dapat
membuka minda murid untuk mempelbagaikan lagi idea-idea supaya ianya memberi manfaat untuk
masa hadapan.

Yang ketiga, menggunakan unsur-unsur KMD dalam set induksi. Ini untuk memberikan
pendedahan awal dan pemahaman yang lebih mendalam dalam KMD supaya murid lebih teruja untuk
menjalani proses pdp pada hari tersebut.

10) KMD dalam pdpc RBT .

RBT ialah lebih menjurus kepada kemahiran-kemahiran hidup yang dikaitkan dengan teknologi.
Justeru, penggunaan konsep KMD ini ialah amat berguna kerana ianya akan membuatkan proses-proses
dalam kerja RBT ini menjadi lebih mudah. Sebagai contoh guru meminta murid untuk memikirkan
inovasi-inovasi yang baharu supaya dapat memudahkan kerja dan memberi nilai komersial kepada
sesuatu barang. Jadi perlu untuk guru sentiasa memberikan peluang untuk murid memikirkan inovasi
yang baharu dari semasa ke semasa untuk melatih minda mereka kearah abad-21.