Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Semua hidupan memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian


mereka. Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok,
menyalakan mentol, menunggang basikal, dan mendayung sampan.

Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang


diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.
Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan
semasa proses fotosintesis.

SUMBER-SUMBER TENAGA
Terdapat banyak jenis sumber tenaga . Antaranya seperti yang
terdapat dalam rajah di bawah:

1
PEMULIHARAAN SUMBER TENAGA
Definisi

 Pemuliharaan sumber tenaga : menguruskan sumber tenaga


dengan cermat, menjimatkan penggunaan tenaga dan mengelakkan
pembaziran.

 Penggunaan tenaga secara cekap : meningkatkan keberkesanan


sumber tenaga dengan mengurangkan pembaziran atau kerosakan
sumber tenaga.

MENGAPA KITA PERLU MEMULIHARA


SUMBER TENAGA
 Disebabkan oleh bilangan penduduk dunia *SEMAKIN BERTAMBAH*.

 Hal ini bermakna keperluan dan penggunaan tenaga juga semakin


bertambah. Penggunaan tenaga oleh setiap individu bertambah
mengikut kadar pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sesebuah
negara.

BEBERAPA CADANGAN TENTANG CARA-


CARA PENGGUNAAN TENAGA SECARA
CEKAP
Berikut ini adalah beberapa cadangan tentang cara-cara tenaga dapat
digunakan secara cekap:

 Penggunaan mentol penjimat tenaga


 Berkongsi kereta ke tempat kerja

2
 Menggosok banyak pakaian dalam suatu masa
 Penggunaan periuk tekanan penjimat tenaga
 Penggunaan pengangkutan awam
 Sentasa menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan
 Matikan suis lampu apabila hari sudah cerah

KEPENTINGAN MEMULIHARA SUMBER


TENAGA
 Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin menyusut
kerana penggunaannya yang berterusan dan meluas. Akibat
masalah penyusutan sumber tenaga, kita mesti mencari sumber
tenaga alternatif.

3
 Selain itu, kita perlu mengelakkan pembaziran tenaga melalui
amalan yang teliti dan bijaksana.

 Menghasilkan bahan api baru seperti alkohol daripada hampas tebu


dan diesel daripada sisa kelapa sawit.

 Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk


meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam kenderaan dan
mesin.

 Pemuliharaan tenaga adalah penting supaya sumber tenaga kekal


lebih lama mengelakkan kekurangan tenaga.

 Mengelakkan pembaziran tenaga dengan mengamalkan sikap


berjimat cermat Penggunaan tenaga dapat berlaku dalam tempoh
yang lebih panjang.

4
CARA PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN
SUMBER TENAGA YANG CEKAP
Antara cara penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap
ialah:

 Mengurangkan penggunaan diesel, petroleum dan bahan yang tidak


boleh diperbaharui untuk menjana tenaga elektrik sebaliknya
menggunakan sumber tenaga alternatif.

 Gunakan kereta hybrid, tenaga solar dan sumber yang boleh


diperbaharui.

 Menggunakan peralatan elektrik dengan berhemah.Jangan buka


pintu peti sejuk atau ketuhar sekiranya tidak perlu.

 Padamkan semua suis peeralatan elektrik apabila tidak digunakan.

 Tidak menggunakan pendingin hawa sekiranya tidak perlu.

 Pastikan muatan adalah penuh ketika menggunakan mesin basuh


Menggunakan peralatan elektrik yang jimat penggunaan tenaga
elektrik.

5
PENUTUP
kesimpulannya,sebagai seorang yang bertanggungjawab,kita
haruslah memulihara sumber tenaga agar generasi akan datang
turut sama dapat menikmati sumber tenaga sedia ada dan
menjaganya dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai