Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Islam merupakan agama yang menjadi garis panduan untuk pembinaan tamadun
manusia yang berkaitan nilai-nilai yang bersesuaian ajaran Allah SWT. Pemerintahan Islam
bermula pada zaman Rasulullah yang kemudiannya diteruskan oleh kepemimpinan Khulafa’
Ar-Rasyidin. Pada waktu tersebut, Islam telah berkembang pesat seiring perluasan wilayah di
luar tanah Arab oleh pemerintah Islam. Setelah zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin,
muncul pula Zaman Daulah Islamiah Khalifah Umaiyah dan Khalifah Abbasiyah yang akan
dibincangkan dalam penulisan akademik ini. Sejarah telah mengukir bahawa pada zaman
Khalifah Abbasiyah, umat Islam benar-benar berada dipuncak kejayaan dan memimpin
ketemadunan dunia pada waktu itu. Islam bukan sekadar agama yang membawa nilai-nilai
keagamaan tetapi juga membawa tamadun Islam yang bermula dari zaman Nabi kemudian
diteruskan semasa kepemimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin yang telah memberi kesan kepada
dunia, kerana para khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin ini telah melakukan perluasan wilayah luar
dari tanah Arab.

Setelah berakhir zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Islam berkembang sangat pesat


semasa kepimpinan Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah di mana telah memberi
pengaruh besar kepada dunia pada masa itu. Pengaruh besar kepada dunia ini berlaku
disebabkan para Khalifah membuat pengembangan besar-besaran ke Asia, Afrika dan
Eropah. Ahli sejarah memanggil masa itu "The Golden Age". Justeru itu, Islam berkembang
pesat dalam pelbagai bidang seperti ketamadunan, sains, politik dan kerajaan, ekonomi,
sosial dan bidang keilmuan. Justeru itu, dalam penulisan akademik ini kita akan menelusuri
secara eksplisit dengan membandingkan pencapaian dan perkembangan dari segi ekonomi,
sosial dan politik antara Zaman Daulah Islamiah Umaiyah dengan Khalifah Abbasiyah.

2.0 Perbandingan Dari Segi Aspek Ekonomi

Persoalan ekonomi manusia sebenarnya telah berkembang seiring dengan zaman


manusia wujud di bumi ini, serta usaha untuk menyelesaikannya seperti apa yang hendak
dimakan, bagaimana untuk menghasilkan, dan bagaimana untuk mengedarkannya. Isu-isu
seperti ini menjadi topik utama semasa perjuangan manusia dalam menjalani kehidupan
seharian, sama ada dirakam oleh sejarah atau tidak. Seperti yang kita lihat, selepas kejatuhan
zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin, bertukar pula sistem pemerintahan Islam pada
masa itu menjadi sistem daulah. Perkembangan ekonomi yang dicapai juga berbeza dari
semasa ke semasa. Berdasarkan itu, maka dalam penulisan akademik ini kita akan
membanding bezakan ekonomi antara dua daulah ini.

2.1 Banding Beza Ekonomi Daulah Islamiah Umaiyah Dan Abbasiyah


Dari perspektif tamadun sejarah Islam, kerajaan Umaiyah disebut sebagai
zaman keemasan dalam pencapaian pemerintahan Islam meskipun pemerintahan
kerajaan Umaiyah tidak cukup satu abad (90-91 tahun). Berbanding dengan bidang-
bidang keilmuan yang lain seperti sains, politik dan sosial, sumbangan pemerintahan
khalifah Umaiyah dalam bidang ekonomi tidak begitu besar dan menonjol. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa sumbangan mereka terhadap kemajuan ekonomi
Islam, antaranya peningkatan konsep Urus (transaksi) As-Salam, Murabahah, dan
Muzara'ah, dan kehadiran Kitab al-Kharaj yang ditulis oleh Abu Yusuf yang hidup
selama pemerintahan khalifah Hashim secara mendalam telah membahaskan tentang
kebijaksanaan sistem ekonomi Islam telah dilihat sebagai sumbangan yang amat
berharga kepada pemikir ekonomi dunia.

Pada zaman Daulah Abbasiyah pula, perkembangan ekonomi berasaskan


industri rumah berkembang pesat dan maju berbanding zaman Umaiyah yang kurang
memberi perhatian dalam bidang ini. Kemudian, barang dagangan ini biasanya
diangkut dengan kapal layar untuk dihantar ke tanah luar daripada Arab, dalam masa
yang sama terdapat juga beberapa khalifah yang telah mengembara dengan
sendirinya untuk memastikan barangan ekonomi ini tiba dengan selamat ke
destinasinya. Pada zaman Abbasiyah juga, negara sekitarnya dapat mengimport
barangan seperti rempah ratus, kapur barus dan sutera hasil pengeluaran yang pesat
pada zaman Abbasiyah berbanding Umaiyah sebelum ini.

Peranan penting ekonomi terhadap Daulah Abbasiyah sangat disedari oleh


para khalifah Abbasiyah dalam menentukan kemajuan sesebuah negara terutamanya
pada zaman ___. Oleh kerana itu, mereka memberi perhatian khusus kepada
perkembangan sektor ini secara serius. Di samping itu, faktor pertumbuhan penduduk
yang pesat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan
pertumbuhan ekonomi. Selain itu juga, peningkatan ekonomi Daulah Abbasiyah juga
disebabkan faktor permintaan pasaran yang tinggi dan banyak yang mencetuskan
produktiviti ekonomi yang kian meningkat.

Berbalik pada zaman pemerintahan Umaiyah, penambahbaikan sistem politik


Daulah Umaiyah dilakukan dengan pembentukan beberapa jabatan baharu dalam
pemerintahan yang telah membantu meningkatkan pencapaian ekonomi kerajaan
Umaiyah. Dengan ini, telah banyak membawa pengaruh positif terhadap kehidupan
masyarakat terutamanya dengan terbentuknya Jabatan Kewangan Negara (Nizam
Mal), yang tugasnya adalah sebagai berikut

1. Mengatur gaji tentera dan pegawai kerajaan.


2. Mengatur pembangunan prasarana pertanian, seperti pembinaan terusan.
3. Mengatur pembiayaan untuk orang-orang hukuman dan tawanan perang
4. Mengatur pembiayaan untuk perlengkapan perang
5. Mengatur hadiah untuk ulama dan sasterawan negara

Dengan adanya jabatan kewangan tersebut, para khalifah Umaiyah mampu


membangunkan rumah untuk orang tua dan anak yatim. Selain itu juga, jabatan
kewangan ini berfungsi untuk membangunkan prasarana dan infrastruktur umum,
seperti masjid, jalan, dan saluran air.

Apabila kita lihat dalam aspek kemajuan ekonomi dan kemakmuran rakyat
pada zaman Daulah Islamiah Abbaiyah pula, lebih maju dan kian meningkat
berbancing zaman Daulah Umaiyah hal ini disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya,

1. Kestabilan dan keamanan politik kerajaan sehingga mendorong


suasana yang kondusif bagi aktiviti ekonomi.
2. Mengurangkan perluasan kuasa ke kawasan baru supaya pendapatan
ekonomi negara boleh disalurkan kepada oleh masyarakat.
3. Permintaan yang tinggi oleh negara luar, telah menggalakkan ekonomi
Abbasiyah untuk meningkatkan kuantiti bekalan barangan dan
perkhidmatan.
4. Keluasan wilayah jajahan menggalakkan pertukaran komoditi menjadi
ramai. Terutamanya wilayah bekas tanah jajahan Parsi dan Byzantium.
5. Laluan pengangkutan laut serta kemahiran pelaut Islam dalam sains
marin atau navigasi pandu arah

Etika kerja ekonomi para khalifah Abbasiyah dan pedagang ekonomi orang
Arab telah terbukti dalam sejarah sebagai ahli ekonomi yang hebat. Ini didorong oleh
fakta bahawa perdagangan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan Arab
apatah lagi fakta bahawa Nabi Muhammad sendiri juga seorang peniaga.

Berbalik kepada kemajuan ekonomi kerajaan Umaiyah pula, Daulah Islamiah


ini telah membuahkan hasil untuk membawa kemajuan dan kemakmuran kepada
rakyatnya, antaranya ialah:

1. Dalam bidang pertanian, Daulah Islamiah Umaiyah telah


memperkenalkan sistem pengairan untuk tujuan meningkatkan output
pertanian yang telah diteruskan oleh Daulah Islamiah Abbasiyah.
2. Dalam bidang industri perkilangan, terutama kraftangan telah menjadi
nadi pertumbuhan ekonomi untuk Kerajaan Umaiyah sehingga
menyebabkan berlakunya kegemilangan pada zaman Abbasiyah.

Berikut pula adalah beberapa pemaharuan berkaitan ekonomi oleh Khalifah,


Fuqoha dan ulama semasa khalifah Umaiyah yang dapat dikenalpasti:

1. Kerajaan Islam pertama untuk menubuhkan pejabat rekod negera dan


perkhidmatan pos (al-barid)
2. Percetakan mata wang, membangun birokrasi seperti pengumpulan
cukai dan fungsi pentadbiran politik.
3. Melaksanakan dasar pemberian gaji tetap kepada tentara
4. Mengendalikan Percetakan mata wang Islam secara berasingan di
seluruh wilayah Islam dan melarang penggunaan mata wang lain.
5. Tentukan gaji pegawai dan melarang pegawai melakukan kerja
sampingan

Dalam sumbangan ekonomi Daulah Islamiyah Umaiyah juga, setiap wilayah


Islam mempunyai kuasa untuk menguruskan zakat dan cukai secara individu dan tidak
memerlukan kebenaran dan pemerhatian daripada pemerintah pusat. Sebaliknya,
kerajaan pusat akan memberi subsidi kepada kawasan Islam yang berpendapatan dan
cukai zakatnya tidak mencukupi. Semasa pemerintahan Daulah Islamiyah Umaiyah
juga, sumber pendapatan ekonomi negara berasal daripada zakat, rampasan perang,
cukai pendapatan pertanian, dan hasil pemberian daripada ushawan yang berjaya.

Khalifah Umaiyah mengambil langkah untuk meningkatkan ekonomi negara


dengan membernarkan penjualan komoditi pada kredit dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga tunai. Raja-raja setiap wilayah juga tidak terkecuali untuk
meningkatkan ekonomi negara dengan mempunyai tanggungjawab untuk memajukan
rakyat dan memenuhi keperluan rakyat.

Apa yang lebih bermakna, sumbangan yang agak ketara dalam bidang
ekonomi oleh kerajaan Umaiyah ialah khalifah telah menerapkan prinsip-prinsip al-
Masahah, al-Mursalah. Al-Maslahah yang dapat didefinisikan sebagai prinsip manfaat,
utiliti, yang memberi manfaat kepada individu dan masyarakat. Sedangkan prinsip al-
Maslahah dapat ditafsirkan sebagai prinsip kebebasan, tidak terbatas, atau tidak
terikat. Dengan pendekatan dua prinsip ini, kerajaan Islam berhak menafikan cukai,
apabila diperlukan melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Syariah.
Sekarang kita lihat pula peningkatan dan penambahbaikan ekonomi
pemerintahan Daulah Abbasiyah hasil kesinambungan daripada kerajaan Umaiyah
dalam beberapa bidang antaranya ialah sektor pertanian di mana para Khalifah
Abbasiyah terus cakna membela dan menghormati para petani, bahkan melepaskan
cukai pendapatan mereka, dan beberapa cukai telah dihapuskan sama sekali seperti
yang telah diperkenalkan pada Daulah Islamiyah Umaiyah. Dalam aspek perindustrian
Daulah Abbasiyah Para Khalifah menganjurkan untuk melancarkan pelbagai industri,
di samping beberapa bandar dan jenis industri dikenalpasti.

Pada 565 H/ 258 M, terdapat serangan ke atas Kota Baghdad oleh golongan
Mongol dan menyebabkan kejatuhan Baghdad. Kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol
tidak hanya mengakhiri pemerintahan khalifah Abbasiyah di sana, tetapi juga
permulaan zaman kejatuhan ekonomi, politik dan tamadun Islam.

Sebagai kesimpulan, sumbangan yang amat besar oleh Daulah Islamiah Umaiyah dan
Abbasiyah ialah memperkenalkan prinsip asas sistem ekonomi cara Islam yang diguna pakai
hingga ke hari ini. Antara prinsip asas sistem ekonomi Islam yang dianjurkan oleh kedua-dua
Daulah Abbasiyah dan Umaiyah adalah kebebasan individu, hak harta, ketidaksamaan
ekonomi dalam batas yang munasabah, ekuiti sosial, keselamatan sosial, pengagihan
kekayaan yang meluas, larangan pengumpulan kekayaan, larangan terhadap organisasi anti-
sosial, dan kesejahteraan individu dan masyarakat. Justeru, kita sebagai umat Islam,
hendaklah mengetahui sejarah pemerintahan Islam dan bagaimana sistem ekonomi
bercirikan Islam, khususnya pengurusan ekonomi oleh khalifah Umaiyah dan Abbasiyah agar
pemikiran kita tidak hanya tertumpu kepada sistem ekonomi konvesional.

3.0 Perbandingan Dari Aspek Sosial

3.1 Sumbangan Dalam Pendidikan Daulah Islamiah Umaiyah Dan Abbasiyah

Sebagaimana zaman awal Islam, sumber utama pendidikan Islam pada


Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah ialah al-Quran yang merupakan suatu
sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam
juga berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi
menjelaskan perkara-perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber al-
Quran dan sunnah. Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada
zaman kerajaan Umaiyah dan kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan
pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan
manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan suruhannya.
Pendidikan Islam pada kedua-dua kerajaan tersebut berlangsung secara
formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal berlaku di masjid, manakala
pendidikan formal berlangsung di institusi yang didirikan oleh kerajaan seperti kuttab
dan institusi pengajian tinggi serta madrasah seperti Bait al-Hikmah di Baghdad.
Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan ini
merangkumi ilmu naqli dan ilmu aqli. Antara ilmu naqli seperti tafsir, hadis, fikah dan
usuluddin, manakala ilmu aqli seperti falsafah, sejarah, bahasa (nahu), matematik dan
ilmu alam. Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi tenaga
pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah b. Abbas, Hassan al-Basri dan Wasil
b. al-Basri.

Sumbangan yang besar pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan kaedah
halaqah yang digunapakai hingga ke hari ini. Melalui kaedah ini, murid-murid akan
berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi guru, mendengar apa yang
disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran.
Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat
sokongan padu daripada para pemerintah. Umpamanya, pada zaman kerajaan
Umayyah, Khalifah Umar b. Abdul Aziz telah mendirikan banyak masjid dan
meneruskan pendidikan percuma di kuttab bagi golongan yang tidak berkemampuan.
Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula, muncul tokoh-tokoh pemerintah yang
mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-
Makmun.

Pembaharuan dan sumbangan yang terdapat dalam sistem pendidikan kedua-


dua Daulah Islamiah ini ialah kewujudan aktiviti penterjemahan karya-karya asing
khasnya daripada bahasa Yunani. Di Baghad, aktiviti tersebut giat dilakukan di Bait al-
Hikmah manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan sebagai
institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah juga
sebagai pusat penterjemahan. Sebagai kesimpulan, sokongan padu pemerintah dan
kemunculan ulama menjadikan kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah cemerlang dalam
aspek pendidikan dan menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

3.2 Banding Beza Sosial Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah

Dalam bidang sosial, khalifah semasa pemerintahan Umaiyah juga banyak


melakukan penambahbaikan iaitu dengan meningkatkan pembinaan hospital
(mustasyfayat) di setiap kota semasa pemerintahan khalifah Walid bin Abdul Malik.
Selain itu juga, beliau banyak juga membina tempat perlindungan untuk anak-anak
yatim yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka akibat perang. Malah orang tua yang
tiada tempat tinggal juga mempunyai rumah perlindungan yang baik dan selesa. Jadi
usaha murni khalifah pada zaman Daulah Umaiyah ini menghasilkan simpati yang
cukup besar dari non-Muslim, yang pada akhirnya mereka berduyun-duyun untuk
masuk Islam.