Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN AKU SEBATANG GIGI KACIP

Aku adalah sebatang gigi kacip. Badanku berbentuk pipih dan tajam.
Tuanku seorang budak lelaki yang comel. Namanya Amirul.

Aku membesar bersama-sama adik-adikku yang bernama Sang Taring,


Sang Geraham dan Sang Geraham kecil. Tugasku adalah menggigit dan
memotong. Aku perlu sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Aku perlu dijaga dengan cara yang betul.

Tuanku selalu membersihkanku. Tuanku membersihkanku menggunakan


berus gigi dan pencuci mulut supaya gigi tuanku bersih. Penggunaan benang
flos dapat mengeluarkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi
tuanku. Aku juga perlu dikumur dengan pencuci mulut yang berflorida.

Selain dari menjaga kebersihanku, Amirul juga mengambil makanan yang


sihat agar kesihatanku baik. Makanan seperti sayur-sayur dan buah-buahan
dapat menjaga kesihatanku dan tuanku. Minuman seperti susu juga dapat
menjaga kesihatan.

Amirul juga mengambil makanan seperti zat besi, vitamin, kalsium dan
protein. Amirul juga membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun. Hal ini
kerana, aku perlu dijaga dengan rapi agar aku dapat berkhidmat.

Aku disayangi oleh tuanku. Aku gembira kerana dapat berkhidmat. Aku
bangga kerana dijaga dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai