En Dintanis b Safar Setiausaha Pemuda UMNO Kelana Jaya, diiringi oleh Pn Ruslina
bt Mohd Yunus, Guru Besar SKBS, Barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa
sekalian.
BACAAN DOA
Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan,
memohon berkat agar majlis mendapat rahmat. Untuk itu, dipersilakan Al Fadhil
Ustaz Shahrom b. Said untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Shahrom b. Said atas bacaan doa
sebentar tadi.
Yang berusaha Pn. Ruslina bt Mohd Yunus, Guru Besar SK Bandar Sunway,
Tirai ucapan pada pagi hari ini dimulakan dengan ucapan daripada Puan Guru Besar
SK BANDAR SUNWAY. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha PUAN RUSLINA BT MOHD YUNUS, untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN VIP
Agenda majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat. Untuk itu,
majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan, Yang berbahagia
_________________________________________ , untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan BANTUAN KHAS
PERSEKOLAHAN AWAL 1 MALAYSIA 2018 kepada 622 orang penerima yang
terpilih dari SKBSunway.
Selepas ini, Para ibu bapa yang ingin menuntut wang sumbangan bantuan Khas Persekolahan
2018 bolehlah menuntutnya di bilik2 khas yang telah disediakan oleh pihak sekolah :
Sebelum berakhir, Majlis dengan ini menjemput tetamu kehormat dan para penerima
sumbangan untuk ke hadapan dewan untuk sesi fotografi. Seterusnya, Pihak majlis dengan
segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat seta dif dif jemputan untuk
menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di kantin. Dipersilakan......