Anda di halaman 1dari 12

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT NEGERI PERLIS 2016

MASA AGENDA
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera , salam 1malaysia dan salam Sehati Sejiwa
 Yang Berusaha En.Kaman bin Halit,Pengetua SMK Syed Alwi merangkap
pengerusi pengelola Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Perlis tahun 2016
 Yang Dihormati
 Yang Dihormati Tn.Hj.Mohd.Ismail b Osman, Pengurus Acara Maggi
 Staff-staf dari Maggi
 Barisan para hakim
 Chef jemputan
 En.Ani b Abdullah dari Unit Kokurikulum JPN, Perlis
 Penceramah jemputan dari MDA
 Guru-guru pembinbing
 Para peserta yang bertanding dan seterusnya semua hadirin yang
diraikan.
Selamat datang ke pertandingan memasak sekolah-sekolah menengah
peringkat negeri Perlis tahun 2016.
7.40 am Sementara para peserta kita sedang mendaftar,kita akan diperdengarkan
oleh persembahan selingan berupa nyanyian yang akan dijayakan oleh 9
orang pelajar SMK Syed Alwi. Dipersilakan.

TAKLIMAT KESELAMATAN
Sidang hadirin sekalian
Sebelum pertandingan dimulakan, terlebih dahulu kita akan mendengar
8.15 am taklimat keselamatan pertandingan yang akan disampaikan oleh pengurus
pertandingan.
Dipersilakan En.Ismail bin Jaafar selaku pengurus pertandingan pada hari
ini.
Terima kasih diucapkan kepada En.Ismail jaafar atas taklimat
keselamatan sebentar tadi.
8.20 am MEMPERKENALKAN HAKIM
Pada pagi ini kita amat bertuah kerana turut bersama kita pada pagi ialah
tiga orang hakim yang akan mengadili pertandingan memasak pada hari
ini.

Hakim pertama diperkenalkan : Pn. Siti Masturah bt Md. Syah dari


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin juga sebagai Ketua Hakim
Hakim yang kedua ialah : Pn. Rabiatul Adawiyah bt Ismail juga dari
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Manakala hakim yang ke-3, diperkenalkan Cik Wong Chu Ann dari MDA
( Malaysian Dietician Association )
Dipersilakan wakil dari pihak Maggi untuk menyerahkan semua resepi
sekolah yang bertanding kepada Ketua Hakim.

TAKLIMAT PERTANDINGAN OLEH PIHAK MAGGI


Seterusnya dipersilakan wakil dari pihak Maggi untuk memberikan
8.30 am taklimat pertandingan. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada wakil dari pihak MAGGI atas taklimat
pertandingan sebentar tadi.

SESSI BERGAMBAR BERSAMA PESERTA PERTANDINGAN


Sebelum countdown dimulakan untuk menandakan bermulanya
8.45 am pertandingan kita pada pagi ini dipersilakan semua peserta
pertandingan ,guru pembimbing, wakil dari JPN, pihak pentadbiran SMK
Syed Alwi, wakil dari Maggi dan para hakim untuk sessi fotografi.
Dipersilakan.
COUNTDOWN MEMULAKAN PERTANDINGAN
Untuk memulakan countdown bagi menandakan bermulanya cabaran
Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2016 majlis
8.55/9.00am dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En.Kaman bin
Halit untuk melakukan gimik countdown. Dipersilakan.

COUNTDOWN…..

Diingatkan kepada semua peserta masa yang diperuntukkan untuk


cabaran peringkat ini ialah 1 jam sahaja dan merangkumi 60% daripada
keseluruhan markah.
DEMO MASAKAN BERSAMA CHEF MULUK DAN CERAMAH MDA
Sementara peserta- peserta pertandingan sdang bertungkus-lumus
menyiapkan hidangan mereka majlis kita akan diteruskan dengan Demo
9.10 AM dan Cabaran Memasak bersama Chef Muluk dengan guru pembimbing di
luar Dewan Jubli Emas
Pada masa yang sama di dalam dewan akan berlangsung slot ceramah
Nutrisi yang akan dikendalikan oleh Pegawai dari MDA.
Oleh itu saya serahkan majlis kepada Chef Muluk dan Cik Wong Chu Ann
dari MDA.
Dipersilakan.

COUNTDOWN TAMAT PERTANDINGAN FASA 1


Nampaknya pertandingan peringkat pertama telah pun tamat. Untuk itu
dipersilakan para hakim untuk melawat semua meja peserta dan merasa
hidangan yang telah pun disediakan oleh semua peserta..
10.00 am.
Untuk makluman semua:

Baca objektif dan syarat peratndingan…


Sidang hadirin sekalian…
Sessi penghakiman untuk fasa pertama telah pun tamat.saya percaya para
hakim telah pun selesai memberikan markah-markah kepada semua
peserta.
MAGGI MYSTERY BOX CHALLENGE oleh Chef Muluk
Untuk meneruskan kelangsungan pertandingan memasak kita pada pagi ini,saya
10.30 am serahkan majlis kepada Chef Muluk untuk memberikan taklimat tentang Maggi
Mystery Box Challenge
DEMO DAN CABARAN MEMASAK KE-2
Terima kasih kepada Chef Muluk yang seterusnya akan mengendalikan sessi ke-2
Demo dan Cabaran Memasak bersama dengan pelajar, ibu bapa dan guru di luar
Dewan Jubli Emas
MAGGI MYSTERY BOX CHALLENGE BERMULA
10.40 /10.45 Sekali lagi diingatkan masa yang diperuntukkan untuk slot ke 2 ini ialah 30 minit
am sahaja dan merangkumi 40% dari markah keseluruhan. Jika semua peserta telah
pun bersedia,kita mulakan cabaran Maggi Mystery Box Challenge dari sekarang.
MAGGI MYSTERY BOX CHALLENGE TAMAT
11.15 am – Dengan ini sekali lagi dipersilakan semua hakim untuk melawat semua meja
11.30 am pertandingan bagi menghakimi juadah yang telah disediakan.

Majlis dengan segala sukacitanya mengalu-alulan kehadiran Yang Berbahagia


Tn.Hj. Amran bin Rejab, Ketua Sektor Unit Jaminan Kualiti JPN Perlis dan EnAzran
bin Mohamad Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian JPN Perlis
Ke Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis.
Untuk itu, dipersilakan En.Kaman bin Halit Tuan pengetua SMK Sy Alwi serta
diiringi oleh tetamu-tetamu jemputan untuk mempersilakan tuan Ketua Sektor
serta petugas media untuk melawat meja pertandingan. Dipersilakan.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

MASA AGENDA
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH
Kita mulakan aturcara majlis kita pada tgh ini dengan Nyanyian Lagu
12.00 TGH Negaraku. Semua hadirin dipersilakan untuk berdiri.

Terima kasih diucapkan, sidang hadirin dipersilakan untuk


mengambil tempat.

Harum semerbak pembuka selera


Resepi maggi pilihan keluarga
Selamat datang pembuka bicara
Pertandingan memasak agenda kita

Dari ibu kota hingga ke utara


Promosi maggi di seluruh negara
Chef-chef maggi hebat-hebat belaka
Juadah enak pasti tersedia

Cepat dimasak sedap dimakan


Jadi hidangan sepanjang zaman
Jutaan terima kasih kami titipkan
Maggi yang enak sentiasa jadi pilihan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera salam 1 Malaysia salam Sehati Sejiwa

Yang berbahagia Tn.Hj Amran bin Rejab


Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Perlis
Mewakili Pengarah Pendidikan Perlis

Yang Dihormati
En. Azran bin Mohamad
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan , Jab Pendidikan Perlis
Yang Dihormati Chef Muluk bin Hj Rambli
Chef Eksekutif Nestle Malaysia

Yang Dihormati En. Wan Mohamad Ariffin bin Wan Hussin


Bahagian Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Tn.Hj.Mohd.Ismail bin Osman


Pengurus Acara MAGGI Nestle Malaysia

Yang berusaha En.Kaman bin Halit


Pengetua SMK Syed Alwi merangkap pengerusi pengelola
Pertandingan memasak Sekolah-Sekolah Menengah PeringkatNegeri
Perlis Tahun 2016

Tuan-tuan pengetua atau wakil

Staf-staf dan kakitangan dari Nestle Malaysia

En.Ani bin Abdullah


Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Perlis

Pegawai dari Malaysian Dietician Association (MDA)

Para petugas media

Guru-guru pembimbing, para peserta yang bertanding dan


seterusnya semua hadirin sekalian.

ALUAN MC
Selamat datang ke majlis penutup Pertandingan Memasak Sekolah-
Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perlis tahun 2016.

Bagi pihak majlis, saya mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
yang Berusaha Tuan Ketua Sektor yang telah sudi hadir untuk
bersama-sama kita pada hari ini.
Alhamdulillah syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan
izin-Nya kita adapt merealisasikan agenda kita pada hari ini dengan
jayanya.
Untuk makluman Tuan Ketua Sektor, 10 buah sekolah menengah di
negeri perlis telah mengambil bahagian dalam pertandingan
memasak pada hari ini yang bertemakan :SAJIAN ISTIMEWA IBU
SAYA.
Semua peserta ini telah mengaharungi 2 tahap pertandingan iaitu
pertandingan utama dan juga Maggi Msytery Box Challenge untuk
menentukan siapakah yang bakal bergelar juara.
BACAAN DOA
Sidang hadirin yang dihormati
Untuk memohon keberkatan majlis ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-
fadhil Ustaz Mohd. Zahid bin Salleh. Majlis mempersilakan.

Amin-amin yarabbal alamin..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd. Zahid
atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN


Sidang hadirin sekalian
Aturcara majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan
penutupan perasmian.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Tn.Hj. Amran bin Rejab, Ketua Sektor Jaminan Kualiti
mewakili Pengarah Pendidikan Perlis untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Pertandingan
Memasak Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perlis tahun 2016.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan ketua sektor
atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.
PERSEMBAHAN
Sebelum diumumkan keputusan rasmi pertandingan, marilah
terlebih dahulu kita sama-sama saksikan selingan persembahan
tarian yang telah disediakan.
Dipersilakan pelajar-pelajar daripada Kelab Kebudayaan dan
Kesenian SMK Syed Alwi yang akan mempersembahkan Tarian
Tradisional Melayu. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar- pelajar


daripada Kelab Kebudayaan dan kesenian yang dibimbing oleh
Pn.Khairiah Affifah bt Ahmad Assyaari.
KEPUTUSAN RASMI DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Sidang hadirin sekalian
Sebentar lagi akan diumumkan keputusan rasmi pertandingan dan
juga majlis penyampaian hadiah.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha En.Kaman bin Halit, pengetua SMK Syed Alwi merangkap
pengerusi pengelola Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Perlis tahun 2016 untuk menjemput
dan seterusnya mengiringi Yang Berbahagia Tuan Hj. Amran bin
Rejab bersama dengan tetamu-tetamu jemputan untuk tampil ke
pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
PENYAMPAIAN WANG RM1000 KPD TABUNG ERT SMK SYED ALWI
Majlis penyampaian hadiah pada hari ini dimulakan dengan
penyampaian wang RM1000 kepada Tabung ERT sekolah.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, wakil
dari pihak MAGGI, Chef Muluk bin Hj Rambli untuk menyerahkan
replica cek kepada yang berusaha tuan pengetua SMK Syed Alwi.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Chef Muluk bin Hj


Rambli dan En.Kaman bin Halit.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KPD HAKIM,CHEF JEMPUTAN DAN


PENCERAMAH.
Seterusnya majlis mempersilakan Tn.Hj.Amran bin Rejab untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada para hakim.
 Dipersilakan Pn.Siti Masturah bt Mat Syah selaku
Ketua hakim dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
 Pn. Rabiatul Adawiyah bt Ismail juga dari Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin
 Dijemput Cik Wong Chu Ann dari Malaysian Dietician
Association

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada semua


hakim yang telah mengadili pertandingan memasak pada hari ini.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN


Sidang hadirin sekalian
Kini tibalah saat yang kita tunggu-tunggukan iaitu pengumuman
rasmi keputusan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Perlis tahun 2016.

Majlis sekali lagi mempersilakan Tuan Ketua Sektor untuk


menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

HADIAH SAGUHATI
Kita mulakan penyampaian hadiah ini dengan hadiah saguhati
terlebih dahulu.

Pemenang hadiah saguhati akan menerima hadiah wang RM150,


sijil, medal, trofi, hamper MAGGI dan dapur masak portable.

Berikut diumumkan7 buah sekolah yang mendapat hadiah saguhati.


Dipersilakan peserta dan guru pembimbing dari SMK:
Kedudukan ini tidak menurut turutan markah yang telah diperoleh.

Dipersilakan perserta dan guru pembimbing dari SMK

1 2 3 4 5 6 7
HADIAH UTAMA TEMPAT KE-3

7 hadiah saguhati telah pun kita ketahui. Tinggal lagi 3 sekolah yang
masih belum lagi mengetahui keputusan. Selepas ini akan
diumumkan sekolah yang akan mendapat tempat ke – 3.

Sebelum itu saya menjemput semua ketiga-tiga pasukan bersama


dengan guru pengiring untuk naik ke pentas.

Pemenang tempat ke- 3 akan menerima wang RM300 , sijil ,


medal , trofi , hamper Maggi dan dapur Masak Portable.

Pemenang tempat ke -3 menjadi milik pasukan dari SMK


_____________________________________
Tahniah diucapkan.
Kita teruskan dengan sesi bergambar bersama dengan tetamu
jemputan.

Tahniah dan diminta pemenang tempat ke tiga untuk mengambil


tempat di bahagian belakang pentas.

HADIAH UTAMA : JOHAN


Sebelum diumumkan pasukan yang telah berjaya menjadi johan,
diminta dua buah sekolah yang tinggal untuk tampil di bahagian
hadapan pentas.

Johan Pertandingan ini akan menerima hadiah : wang RM1000 ,


sijil , medal , trofi, hamper MAGGI dan Dapur Masak Portable.

Sekolah yang menjadi Johan dan akan mewakili Perlis ke


pertandingan akhir Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah
Menengah Peringkat Kebangsaan di Selangor pada 22 Oktober 2016
Jatuh kepada: SMK

Dipersilakan para peserta dan guru-guru Pengiring .


Tahniah dan syabas diucapkan dan diharapkan akan membawa
cabaran dan nama negeri Perlis pada peringkat kebangsaan nanti.

Dipersilakan para peserta dan guru pembimbing untuk bergambar


dengan tetamu jemputan.

HADIAH UTAMA : NAIB JOHAN

Manakala sekolah yang menjadi Naib Johan ialah dari SMK


Dipersilakan para peserta dan guru pengiring untuk menerima
hadiah berupa wang RM500 , sijil , medal , trofi , Hamper Maggi
dan Dapur Masak Portable.

Kita teruskan dengan sesi bergambar.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semua guru
pembimbing yang telah bertungkus-lumus membimbimbing anak-
anak pelajar ini hingga sampai ke tahap ini.Terima kasih cikgu.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia


Tuan Hj Amran bin Rejab atas kesudian menyampaikan hadiah-
hadiah kepada para pemenang.

Diminta semua pemenang untuk tunggu sebentar di pentas kerana


sebentar lagi akan diadakan sessi bergambar bersama-sama dengan
tetamu jemputan.
CENDERAMATA KEPADA TETAMU VIP

Seterusnya , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Tn.Hj.Amran bin Rejab untuk menyampaikan cenderamata kepada
pihak MAGGI.
Dipersilakan Chef Muluk bin Hj. Rambli

Seterunya dijemput

Seterunya dijemput En. Kaman bin Halit, pengetua SMK Syed Alwi
selaku pengerusi pengelola Pertandingan Memasak Peringkat Negeri
Perlis Tahun 2016 untuk menerima cendera mata.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Hj. Amran bin
Rejab atas kesudiaan menyampaikan cenderamata tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan wakil dari MAGGI, Chef Muluk bin


Hj. Rambli untuk menyampaikan cenderamata kepada Tn.Hj. Amran
bin Rejab. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan ketua sektor


dan tetamu jemputan yang telah menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah sebentar tadi.
SESSI FOTOGRAFI
Sebagai tanda kenang-kenangan majlis yang telah berlangsung pada
hari ini, saya mempersilakan semua pemenang dan tetamu
jemputan untuk bersama-sama bergambar.
Dipersilakan.

MAJLIS TAMAT

Bagi pihak majlis, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada
semua pihak yang telah terlibat baik secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini.
Andai kata terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang
majlis ini berlangsung, ampun dan maaf dipinta.

Dengan ini majlis kita akan berakhir di sini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan tuan pengetua SMK Syed Alwi untuk
menjemput dan mengiringi semua tetamu jemputan,wakil dari
KPM, kakitangan Nestle, petugas media untuk menikamati jamuan
makan tengahari yang telah disediakan. Dipersilakan.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum wbt.


KEPUTUSAN RASMI

NO NAMA SEKOLAH KEDUDUKAN


MEJA
1 SMK DATO ALI AHMAD
2 SMK PUTRA
3 SEK MEN SAINS TUANKU SYED PUTRA
4 SMK DATO SHEIKH AHMAD
5 SMK ABI
6 SMK PERLIS
7 SMK SYED ALWI
8 SMK KUALA PERLIS
9 SMK DERMA
10 SMK SYED SAFFI

Anda mungkin juga menyukai