Anda di halaman 1dari 16

PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

TAJUK 3 STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK

SINOPSIS

Strategi pengajaran Matematik memerlukan penggunaan berbagai


kaedah yang disesuaikan dengan pendidikan khas yang mengambil
kira masalah yang dihadapi murid-murid. Aplikasi strategi yang sesuai
dapat membantu murid-murid pendidikan khas mengikuti mata
pelajaran matematik dengan berkesan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti strategi-strategi untuk pengajaran dan


pembelajaran Matematik
2. Memilih strtaegi dan teknik yuang sesuai bagi mengatasi masalah
Matematik dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
3. Mengaplikasi strategi yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik

33
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Model Polya

Penerokaan
Model Newman

Strategi
Pengajaran
Matematik

Strategi
Penyelesaian Pembelajaran
Masalah
Masteri

Direct Learning

3.0 PENGENALAN

Penyelesaian masalah dalam mana-mana bidang akademik melibatkan


satu situasi yang memerlukan keputusan. Oleh itu, seorang penyelesai
masalah perlu mempunyai keupayaan dengan pelbagai cara untuk
menyelesai sesuatu situasi sepenuhnya.

Dalam Matematik, penyelesaian masalah umumnya melibatkan masalah


bertulis yang memerlukan murid untuk mengintepretasi dan memilih
kaedah untuk menyelesaikannya. Di samping itu, mematuhi prosedur
matematik bagi mencapai keputusan dan seterusnya menganalisis

34
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

hasilnya untuk memastikan sama ada penyelesaian boleh diterima


berpandukan masalah yang dikemukakan.

3.1 Strategi Penyelesaian Masalah

Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah:

1. Permudahkan masalah
Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks.
Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah
yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza
dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita
yang memperolehi jawapan.

2. Melukis Gambarajah
Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan
masalah tersebut secara tersusun.

3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan


Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang
paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan
masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model
konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.

4. Mengenal pasti pola


Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat
generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya
dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam
bentuk gambar atau nombor.

35
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik


Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat
dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh
digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah.

6. Cuba Jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan
yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa
kepada jawapan atau penyelesaian.

7. Pembalikan (reverse)
Pembalikan antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah ‘sequence’, pola, persamaan dan lain-lain.

8. Menaakul secara mantik


Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan
kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah
itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian
kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk
penyelesaian masalah tersebut.

9. Menggunakan kaedah algebra


Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia
dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut

36
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

3.2 Penerokaan (Exploration)

Guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan disposition


penyelesaian masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang
boleh melibatkan murid. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi
kejayaan dan kegagalan dan perbincangan (Mayer, 2003). Dalam
persekitaran itu, murid membentuk keyakinan bahawa mereka perlu bagi
meneroka masalah dan keupayaan untuk membuat penyesuaian terhadap
strategi penyelesaian masalah. Murid yang kurang aktif juga mempunyai
peluang untuk membentuk keupayaan dan meningkatkan keyakinan
mereka menggunakan bahan manipulatif melalui kaedah penerokoaan ini.
terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah penerokaan
(Glencoe/McGraw-Hill, 2001):

1. Penerokaan
Bagi langkah penerokaan ini, murid hendaklah digalakkan untuk
membaca masalah dengan teliti dan menentukan maklumat jenis
apa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga
memerlukan murid untuk mengenal pasti sama ada maklumat
relevan atau tidak bagi penyelesaian masalah.

2. Perancangan
Dalam langkah perancangan, murid hendaklah membina strategi
bagi mencari penyelesaian kepada masalah. Ini mungkin
memerlukan beberapa kaedah pengiraan atau membentuk
persamaan. Murid juga hendaklah digalakkan membuat andaian
atau jangkaan bagi penyelesaiannya. jangkaan ini boleh membantu
sama ada jawapan akhir yang dihasilakn bertepatan.

37
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

3. Penyelesaian
Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Murid
akan melaksanakan pengiraan matematik yang perlu bagi
menentukan jawapan. Lazimnya, jawapan mungkin tidak diterima
pada percubaan pertama. Oleh itu, murid perlu sedar mereka
mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi mencapai
keputusan yang dikehendaki. Malahan murid mungkin mendapati
kaedah pengiraan tersebut tidak boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah dan kaedah alternatif perlu dipilih.

4. Pemeriksaan
Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia
relevan dengan fakta terdapat dalam permasalahan yang diberi.
Murid hendaklah merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk
dalam langkah perancangan sama ada ianya menepati pengiraan
sebenar yang dibuat. Justru, murid hendaklah membaca masalah
berulang kali bagi memastikan ianya diintepretasi dengan tepat.
Jika jawapan tidak menepati masalah yang diberi, murid hendaklah
mengulang semula langkah perancangan dan penyelesaian
masalah.

Melalui pendekatan ini, guru memberi murid masalah matematik


berdasarkan konteks persekitaran dan membenarlkan murid membina
strategi mereka sendiri bagi menyelesaiakanmasalah men ggunakan
sumber yang sedia ada. Mereka boleh menggunakan gambar, perwakilan
simbolik atau secara fizikal. Di samping itu mereka digalakkan meneroka
pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan
projek, murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi dengan rakan
sekelas. Proses untuk mendapatkan jawapan adalah lebih penting
berbanding jawapan itu sendiri (Bruning et.al, 1999).

38
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

3.3 Model Polya

Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui


empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang
strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan
menyemak semula penyelesaian. Strategi pengajaran dihuraikan
mengikut model Polya adalah seperti berikut :

1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah


Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti
kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah
mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis
gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.
2. Merancang Strategi Penyelesaian
Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing
pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan
permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi
penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat
simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti
pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya.
3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian
Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar
akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan
kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra
ataupun kemahiran menaakul
4. Menyemak Semula Penyelesaian
Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut
untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak.
Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain

39
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada


masalah tersebut.

3.4 Newman’s Model

Model berasaskan teori Newman (1977) mendefinisikan lima kemahiran


membaca spesifik bagi penyelesaian masalah matematik: Membaca
(decoding), Pemahaman, Transformasi, Kemahiran Proses dan Encoding.
Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan kesilapan yang
tidak disengajakan berlaku.

3.4.1 Pelaksanaan Temuduga The Newman

1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi


keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap
dengannya adalah untuk membantunya dalam Matematik.

2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa


masalah matematik terdahulu sekali lagi.

3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru
dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah
dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara
menyelesaikan masalah. Guru diam sehingga murid selesai membuat
latihan.

4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk di


bawah) atau soalan yang bersesuaian. jangan bantu murid dalam apa-
apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang
sangat revealing.

40
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di


mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian
(sebelum temuduga).

6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.

3.4.2 Lima Soalan / Arahan Newman

1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu.

2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan.

3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan?

4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu,


dan “bercakap kuat” semasa membuatnya suapaya cikgu faham
bagaimana awak berfikir.

5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa yang murid cakap


dan pastikan guru berfikir di peringkat mana murid mengalami kesilapan
membuat latihan. Justru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang murid
lakukan.

41
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

3.4.3 Prosedur Analisis Kesilapan / Ralat Newman

1. Mengenal pasti ralat Bacaan: “Baca soalan kepada saya. Jika anda
tidak faham beritahu saya.”

2. Mengenal pasti ralat Pemahaman: “Beritahu saya, apa kehendak


soalan itu.”

3. Mengenal pasti ralat Transformasi: “Sekarang beritahu saya apa


kaedah yang awak gunakan untuk dapatkan jawapan.”

4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses: “sekarang semak setiap


langkah dalam tugasan awak dan beritahu saya apa yang awak
fikirkan.”

5. Mengenal pasti ralat encoding - keidakupayaan untuk menzahirkan


awapan dalam bentuk yang boleh diterima pakai: “Beritahu saya,
apa jawapan kepada soalan itu? Tunjukkan jawapan awak.”

LAYARI INTERNET
http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/
primary/mathematics/assets/pdf/sqone.pdf
Buat rumusan anda daripada pembacaan artikel tersebut.

3.5 Kaedah Pembelajaran Mastery

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua


murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

42
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan


proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut


hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan.

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid


yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah
mempelajari unit pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai
aras masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya akan melakukan
aktiviti pengayaan.

Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu


mengetahui prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh
mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan
kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid
memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi
setiap unit pembelajaran.

3.6 Direct Learning

Direct learning merujuk kepada pembinaan peluang bagi penglibatan aktif


dalam persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman
individu (Ewell, 1997, p.7). Apabila murid mempunyai sedikit
pengetahuan tentang sesuatu topik, direct learning amat diperlukan bagi

43
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

mendapatkan pemahaman, mencipta, mengubah atau mencorak semula


model mental. (Halpern & Associates, 1997).

Direct learning terbahagi kepada tiga kategori:

1. Strategi ingatan (strategi untuk menyimpan dan menerima bahasa


yang disasarkan),

2. Strategi kognitif (strategi bagi penggunaan bahasa dan bagaimana


untuk memahaminya)

3. Strategi Imbuhan (compensation)-(strategi bagi penggunaan


bahasa akibat ruang lompang dalam pengetahuan)

3.7 Direct Instruction

Berasaskan teori pengajaran Zig Engelmann. Direct Instruction adalah


strategi mengajar yang paling popular untuk menggalakkan pembelajaran.
Ia adalah pengajaran guru dikuti struktur dan langkah spesifik yang
digunakan menggalakkan pembelajaran.

3.7.1 Prinsip Direct Instruction

1. Pengenalan / Semakan
Topik atau maklumat yang akan dipelajari disampaikan kepada
muid pada peringkat permulaan

44
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

2. Perkembangan
Guru memberi penjelasan, memberi contoh dan model yang tepat
apa yang akan dipelajari sambil memantau pemahaman murid
melalui teknik penyoalan.

3. Latihan Berpandu
peluang diberi kepada murid untuk membuat latihan apa yang
sepatutnya dipelajari sementara guru memantau aktiviti atau
tugasan yang diberikan.

4. Penutup
Guru menutup pengajaran dengan isi kandungan pelajaran yang
telah dipelajari.

5. Latihan Bebas
Tugasan diberi untuk mengukuh pembelajaran tanpa bantuan guru.

6. Penilaian
Maklum balas daripada hasil kerja murid (Magliaro, Lockee, &
Burton, 2005).

45
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

http://www.worksheetlibrary.com/teachingtips/directinstruction.htm l

LATIHAN 1
Dengan merujuk kepada bahan-bahan nota, senaraikan dengan
terperinci empat strategi yang boleh diambil untuk membantu
murid-murid pendidikan khas dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik

REHAT
Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak
tahu”(Aristotle)

LATIHAN 2
Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan strategi
pengajaran Model Polya dengan Model Newman dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan murid-
murid pendidikan khas

46
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

RUJUKAN

Glencoe/McGraw-HilI. (2001) Glencoe MATHEMATICS Applications and


Connections, Course 1, 2 & 3. Columbus, Ohio: McGraw-Hill Companies,
Inc.

Ewell, P. T. (1997). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared


for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Available:
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Hamideh Marefat. (2003) The impact of teaching direct learning strategies on the
retention of vocabulary by EFL learners. The Reading Matrix. Vol.3. No.2.

Halpern, D. F., & Associates. (1994). Changing college classrooms: New


teaching and learning strategies for an increasingly complex world. San
Francisco: Jossey- Bass.

Magliaro, S. G., Lockee, B. B., & Burton, J. K. (2005). Direct Instruction


Revisited:
A Key Model for Instructional Technology. Educational Technology
Research & Development, 53(4), 41-55

New Expanded Webster's Dictionary, edited by R.F. Patterson, M.A., D.Litt.


Copyright (1988). P.S.I. & Associates, Inc., 10481 S.W. 123rd Street,
Miami, Florida 33176.

47
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Richard E. Mayer,( 2003) Learning and Instruction. Upper Saddle River, New
Jersey: Pearson Educaton, Inc.,

Roger H. Bruning, Gregory J. Schraw and Royce R. Ronning, (1999). Cognitive


Psychology and Instruction, 3rd edition. Prentice-Hall, Inc., Upper Saddle
River, New Jersey: Simon & Schuster/A Viacom Company,

Slavin, R. E. (2006) Educational Psychology. Boston, MA: Peason.

TAMAT
Usaha Tangga Kejayaan .....SELAMAT MAJU JAYA

48