Anda di halaman 1dari 2

Sastera Melayu merupakan salah satu cabang ilmu yang sangat misteri dan mempunyai

keistimewaan tersendiri. Kalau orang Barat boleh bangga dengan karya mereka seperti
Beowulf, Historia Regum Britanniae oleh Geoffrey of Monmouth yang juga mengandungi
kisah King Arthur, The Odyssey oleh Homer, The Histories oleh Herodotus dan sebagainya,
kita penduduk Malaysia secara khususnya pun patut berbangga dengan hasil kesusasteraan
penduduk kita. Sebagai contoh, Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang, Bustan al-Arifin
oleh Sheikh Nuruddin al-Raniri, Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali al-Haji dan banyak lagi yang
menunjukkan bahawa penulisan karya kesusasteraan kita pun setanding atau lebih baik dari
segi penulisan dan gaya bahasa berbanding karya daripada Barat.

Sejarah Melayu, atau disebut juga Sulalatus Salatin adalah hasil tangan Tun Seri Lanang,
mengikut catatan yang terdapat pada akhir penulisan kitab ini siap ditulis pada tahun 1123
hijrah, iaitu bersamaan tahun 1711 mengikut kalendar masihi. Sebagaimana diketahui, kitab
Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu ini merupakan antara salah satu karya nukilan dan
hasilan dari Alam Melayu Nusantara yang hebat, di mana kalau diperhatikan dengan teliti di
dalam karya agung ini terdapat penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Arab yang
dimurnikan menjadi satu jalan cerita yang mudah difahami dan senang diselami watak serta
plot ceritanya. Karya Sulalatus Salatin ini mengandungi pelbagai cerita dan plot yang
berbeza; bermula dengan kisah Raja Iskandar Zulkarnain serta salah satu keturunannya
yang menguasai Benua Hindi, diselang-seli dengan kisah Raja-raja dan rakyat di negeri
bawah penguasaan raja masing-masing, diakhiri dengan kisah-kisah menarik berkenaan
penduduk Alam Melayu.

Hikayat Melayu ini juga menggambarkan kepada kita bahawa Alam Melayu sudah
mempunyai penduduk yang berorganisasi, maju dalam pelbagai bidang seperti pelayaran,
pertanian, perniagaan, dan lain-lain lagi, serta mempunyai strata pemerintahan tersendiri
yang unik mengikut negeri masing-masing, hubungan diplomatik yang luas dengan
kerajaan-kerajaan lain di sekitar Alam Melayu mahupun peringkat antarabangsa, serta
mempunyai kemajuan tersendiri dari sudut ketenteraan, pembuatan barangan harian dan
juga pembangunan sekali gus menafikan dan menutup dakwaan pengkaji sejarah Barat
yang mengatakan bahawa Alam Melayu masih mengamalkan kehidupan primitif sejak
dahulu.

UNSUR PERTAMA : MEMBUNUH ULAR SAKTI MONA

Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta


baginda membunuh ular Sakti Mona. SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik
Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya
membunuh ular tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah
berkerajaan di Minangkabau.

Tajitram Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk
membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya musnah dan
dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah Laut
Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya yang
bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Ratna Dewi,
Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari Cina dan Ratna Dewi
oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran Tajitram Syah terdengar ke India dan para
menteri dalam kerajaan Canda Kani telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.

UNSUR KEDUA : MENCARI TEMPAT BARU UNTUK BERBUAT NEGERI.

Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati
Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar,
STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan
kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan
tempat itu dinamakan Selat Air Tawar. Sesampai STB di Tanjung Bintan, baginda telah
dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana
bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah.

UNSUR KETIGA : ANAK ANGKAT RAJA PEREMPUAN BINTAN.

Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala.
Wan Seri Beni sangat berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan
kerajaannya dan STB dijadikan anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2
tahun di Bintan itu.

STB meneruskan semula perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke
Tanjung Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh
pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri.
Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana.

Anda mungkin juga menyukai