Anda di halaman 1dari 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MANIS

MINIT MESYUARAT DISIPLIN BIL 1/ (2013)

Tarikh : 14 Januari 2013 (Isnin)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Ayer Manis

Pengerusi : En Azhar b Mohamed

Kehadiran(Bilangan) : 7 Orang
i. En Azhar b Mohamed
ii. Pn Norinsam bt Latib
iii. Cik Mazliana Abdul Rahman
iv. Pn Noraini bt Ab Rahim
v. Pn Saedah bt Hashim

Turut Hadir (Jika ada) : i. En Seroun b Samsudin


ii. En Richard Thavadas a/l P.T Moorthy

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-
alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana
disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula
dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan
kepada disiplin murid sepenuhnya.
1.3 Beliau menyatakan guru adalah rol model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri. Segala
tindakan guru menjadi contoh kepada murid.

Tindakan : Makluman semua ahli


2 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

2.1 Pemantauan Murid Lewat


2.1.1 Buku Log Disiplin dikendalikan oleh pengawas dan juga pengawal
keselamatan.
2.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid
yang datang lambat dengan melakukan kerja amal

Tindakan : Pengawas dan guru disiplin

2.2 Pemantauan Disiplin Semasa Pengajaran dan Pembelajaran


2.2.1 Buku Log Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran masih diguna pakai pada
tahun ini. Buku tersebut akan diserahkan kepada guru kelas untuk diambil
tindakan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.2.2 Guru dikehendaki mencatat sebarang salah laku disiplin murid di dalam kelas
berserta tindakan yang diambil.

Tindakan : Guru disiplin dan semua guru


2.3 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah
2.3.1 En Azhar b Mohamed meminta kepada guru-guru agar mengenal pasti mana-
mana murid yang melakukan kesalahan disiplin berulang kali supaya dihantar ke
Unit Bimbingan dan kaunseling.
2.3.2 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga juga perlu diberikan.

Tindakan : Guru disiplin dan guru kaunseling

2.4 Pemantauan Kes Ponteng Sekolah


2.4.1 Guru yang bertanggungjawab membuat analisis kehadiran bulanan sekolah
hendaklah mengenal pasti murid ponteng.
2.4.2 Tindakan nasihat, amaran, kaunseling dan pemberitahuan ibu bapa / penjaga
perlu diambil terhadap murid yang kerap kali ponteng sekolah, atau ponteng
berturut.

Tindakan : Guru Disiplin

3 SSDM
3.1 Rekod disiplin murid perlu dimasukkan ke laman web SSDM online . Analisis disiplin
tersebut perlu dicetak setiap bulan.
Tindakan : Guru Disiplin

4 PENGHANTARAN REKOD KEHADIRAN MURID


4.1 Guru-guru kelas ataupun guru mata pelajaran waktu pertama perlulah menghantar rekod
kehadiran kelas setiap hari sebelum 8.30 pagi
4.2 Rekod kehadiran perlu dimasukkan ke web APDM setiap hari selewat-lewatnya 8.30 pagi.

Tindakan : Guru kelas dan guru mata pelajaran pertama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MAZLIANA ABDUL RAHMAN)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai