Anda di halaman 1dari 5

Masyarakat pada hari ini mempunyai akses yang mudah terhadap teknologi

komunikasi termasuklah melalui e-mel, blog, telefon selular dan jaringan sosial. Berhadapan
dengan perkembangan teknologi tersebut, satu isu yang muncul khususnya dalam kalangan
remaja ialah wujudnya isu buli siber (cyber bullying), iaitu satu bentuk gangguan
berteknologi tinggi yang melibatkan penggunaaan kata-kata yang tidak sopan secara
berulang. Kajian-kajian terkini (Cankaya, 2010, Eksi, 2012 & Tpocu, et.al, 2010)
menunjukkan buli siber antara bentuk gangguan yang paling kerap berlaku khususnya
dalam kalangan remaja.

Buli siber ini boleh di definisikan sebagai penggunaan dengan niat, pengulangan
maklumat, publisiti maklumat yang dihantar, ketidaktahuan tentang pembuli dan teknologi
maklumat yang berbahaya (Ibrahim, 2010). Secara ringkasnya, buli siber merujuk kepada
tingkah laku orang yang dasarnya dengan niat untuk merosakkan individu lain dari segi
psikologi dengan menggunakan alat-alat elektronik (Li, 2006), dan penggunaan teknologi
maklumat untuk komunikasi seperti e-mel, telefon bimbit, mesej segera (Whatsapp, Line,
Wechat dan lain-lain) serta laman web peribadi yang mana ia digunakan untuk
menyebarkan fitnah secara berulang-ulang (Belsey dalam S. Healy and F. Lynch, 2013).

Faktor am berlakunya kes jenayah siber ini pada kebiasaannya berpunca daripada
ketidakpuasan hati seseorang terhadap individu tertentu sama ada atas sebab perilaku,
kemewahan, penampilan dan sebagainya yang ada pada mangsa. Penggunaan teknologi
yang tiada hadnya menjadikan pembuli siber lebih berani dalam mendera mangsa secara
mental dengan menggunakan kata-kata negatif bertujuan untuk memberi penderaan emosi
dan mental kepada mangsa. Pembuli siber yang kurang mendapat perhatian yang cukup
daripada keluarga, menyebabkan mereka ingin mencari perhatian daripada orang ramai
dengan melakukan perkara ini. Selain itu, kurangnya pengetahuan nilai-nilai agama dalam
diri juga menjadi punca berlakunya buli siber. Sebagai contoh, mereka menghina orang
dengan perkataan-perkataan yang lucah, mengedar gambar yang tidak sepatutnya,
membuka aib seseorang dan sebagainya. Perbuatan seperti ini amatlah ditegah dalam
agama.

Kajian-kajian mengenai jenayah siber iaitu buli siber di peringkat global menunjukkan
ia boleh mendatangkan beberapa kesan dan impak terhadap mangsa. Kajian menunjukkan
buli siber berkaitan dengan penurunan pembelajaran di sekolah serta tekanan dan
kebimbangan (Bauman, 2012). Kajian berdasarkan gender menunjukkan pelajar perempuan
yang menjadi mangsa buli akan kehilangan fokus (Goddard, 2008). Kajian-kajian jenayah ini
juga menunjukkan bahawa buli boleh menyebabkan kemarahan, kesedihan dan daya
tumpuan yang lemah dalam kalangan mangsa (Walker, Sockman, Koehn, 2011). Didapati
juga, pelajar yang menjadi mangsa buli siber ini menunjukkan simptom depresif yang tinggi
(Erdur-Baker & Tanrikulu, 2010). Kajian terhadap pembuli siber pula menunjukkan mereka
mempamerkan tingkahlaku yang lebih agresif di alam siber berbanding kehidupan sebenar
(Ybarra & Mitchell, 2004). Hal ini dikuatkan dengan kajian yang dilakukan oleh Sameer
Hinduja and Justin W. Patchin (2010), yang mana beliau mendapati bahawa mangsa 6 buli
siber dua kali ganda berkemungkinan memilih untuk membunuh diri berbanding dengan
remaja yang tidak pernah mengalami pembulian siber.

Oleh itu, Langkah-langkah yang boleh diikuti dalam membanteras jenayah kes siber
buli ini adalah orang awam harus mengetahui undang-undang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. (Muzaffar.Dr, 2014) melalui seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia,
sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah,
tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan,
memaki dan mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan.
Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun. Di
samping itu, setiap orang haruslah tahu etika-etika berkomputer yang betul yang harus
mereka ikuti dan patuhi. Sebagai contoh, mereka haruslah menghormati pendapat dan
privasi orang lain dalam media sosial. Mereka harus mengutarakan pendapat dengan sopan
yang tidak mengandungi perkataan-perkataan lucah ataupun menghina. Seharusnya
penggunaan internet memberikan banyak manfaat kepada kita bukannya keburukan yang
kita sendiri cipta. Oleh yang demikian, agen serta agensi sosialisasi memainkan peranan
yang penting dalam menangani jenayah buli siber ini.

Antara agen sosialisasi yang berperanan penting ialah keluarga. Ibu bapa dan
penjaga perlu mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada masa ini
termasuklah mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan dengan internet.
Hal ini disebabkan anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan internet
sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara bijak.
Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati
dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan internet oleh itu sememangnya ibu bapa
bertanggungjawab dalam memberikan pengenalan kepada anak-anak mengenai
penggunaan internet dari kecil, yang ternyata amat penting dalam kehidupan masyarakat
moden masa ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan segala maklumat berkaitan internet
terhadap anak-anak merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu bapa bagi
mengelakkan anak-anak menjadi mangsa pembuli ataupun pembuli siber. Ibu bapa juga
berperanan untuk memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan internet.
Mereka perlu tetapkan had dan didikan mereka mengenai tingkah laku dan etika internet
yang baik. Ibu bapa juga boleh menggunakan pelindung peribadi, kawalan ibu bapa bagi
mengelakkan anak-anak melanggar peraturan. Ibu bapa juga mesti ajar dan memupuk nilai-
nilai moral dalam diri anak-anak bagi menghormati seseorang dan menjaga maruah sama
ada di dalam atau di luar talian. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu lengkapkan diri dengan
pengetahuan keselamatan siber dan buli siber bagi menjaga masa depan anak-anak
mereka.

Di samping itu, seseorang yang diasuh dan dibesarkan dengan didikan agama yang
mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika melayari laman sesawang. Sebagai
contoh, anak-anak tidak akan melayari laman sesawang yang mengandungi unsur yang
mampu mencemarkan minda dan sekali gus mampu mendorong meruntuhkan akhlak anak-
anak yang masih separa matang. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan menggunakan
internet untuk menjejaskan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat dengan
menyebarkan fitnah malahan mereka akan menggunakan internet untuk menyampaikan
ilmu yang berguna kepada masyarakat.

Selain itu, sekolah merupakan institusi yang berperanan penting dalam melahirkan
insan yang berpotensi tinggi. Penggunaan teknologi, ICT, computer, internet dalam
pengajaran dan pembelajaran amat berleluasa. Menurut Badrul Khan (1997) pengajaran
berasaskan Laman web merupakan program pengajaran berasaskan hipermedia yang
menggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia (World Wide 4 Web atau WWW) untuk
mereka cipta dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna. Oleh yang demikian,
sekolah perlu memberi pegetahuan positif tentang penggunaan internet tanpa menjadi
mangsa buli siber. Ceramah, kempen kesedaran, dan sebagainya patut dilaksanakan bagi
mengelakkan berlakunya jenayah buli tersebut.

Media massa pula seharusnya memaparkan informasi-informasi tentang


keselamatan penggunaan siber bagi masyarakat. Media massa seperti surat khabar,
internet patut memaparkan cara mengenalpasti pembuli-pembuli siber, serta mengelakkan
diri dari menjadi mangsa buli siber. Media massa juga menjadi badan pemerhati ataupun
watchdog untuk melaporkan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan korupsi bagi
membendung jenayah tersebut. Di samping itu, rakan sebaya juga patut menjadi suri
teladan yang baik bagi menunjukkan tingkah laku yang positif semasa menggunakan
internet. Rakan sebaya merupakan seorang yang rapat dalam hidup seseorang. Oleh yang
demikian, rakan sebaya patut memberi sokongan sekiranya mangsa buli siber mengakui
dibuli. Rakan sebaya juga patut memberi nasihat bagi tidak memberitahu kata laluan mereka
kepada sesiapa dan sentiasa log keluar daripada log akaun atau komputer selepas
menggunakannya.
Agensi-agensi yang penting juga memberi impak yang positif bagi membendung
berlakunya buli siber. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang ditubuhkan
pada 1998 merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab memberikan laporan kepada
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dalam membantu siasatan jenayah siber dari segi
Jenis, kesan, dan sifatnya. Oleh yang demikian, (SKMM, 1998) agensi SKMM ini dapat
memberi informasi mengenai buli siber yang berlaku serta dapat membendung dan menjaga
mangsa buli siber. Selain itu,(Hj Samad Buang, 2010) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia anjuran Perkongsian
Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (IMPACT) berkata, ancaman
jenayah-jenayah siber seperti buli siber boleh membawa padah besar, termasuk
meruntuhkan sistem ekonomi, prasarana dan institusi, serta menyebabkan kecederaan atau
maut. Menurutnya, ancaman siber bukan lagi sesuatu yang boleh diambil mudah oleh
masyarakat moden atau kerajaan. Semakin tinggi pergantungan dan hubungan sesebuah
negara terhadap Internet, semakin terdedah kepada ancaman siber iaitu salah satu buli
siber seperti yang terjadi kepada Estonia, yang mengalami tiga siri gelombang serangan
siber sehingga menjejaskan loji rawatan air, sistem perbankan, dan agensi kerajaan negara
itu. Jika kita mahu mengetepikan risiko kehilangan nyawa atau kerugian ekonomi daripada
atau serangan siber, kita perlu lebih peka dan memberi perhatian sewajarnya terhadap risiko
perkara berkenaan.oleh yang demikian, agensi-agensi tersebut perlu mengadakan kempen-
kempen di seluruh Negara bagi memberi informasi kepada masyarakat bagi mengelakkan
diri mereka sebagai seorang mangsa buli ataupun pembuli siber. Di samping itu, agensi-
agensi tersebut juga patut memaparkan informasi-informasi tentang cara membendung
jenayah tersebut. Setiap langkah yang diambil oleh agensi-agensi tersebut perlu member
manfaat kepada masyarakat serta membendung jenayah buli siber yang sedang merebak
kini.

Beberapa tokoh juga menjadi teladan bagi menggunakan teknologi, ICT, internet dan
pelbagai siber serta membendung jenayah-jenayah siber seperti buli siber yang telah saya
bincang tadi. Dalam barisan tokoh yang patut kita teladani ialah Tun Dr Mahathir Mohamad
yang merupakan Perdana Menteri yang Keempat dan juga Bapa kemodenan Negara. Beliau
telah mencetus pelbagai projek bagi membangunkan Negara. Salah satunya ialah
Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan
direalisasikan memandangkan pentingnya teknologi maklumat komunikasi (ICT) dalam
dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan
dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa KualaLumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa
Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara
Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak
pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana
Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Nilai kejujurannya perlu kita dicontohi
kerana Beliau telah berjaya mencetuskan projek yang berkaitan dengan teknologi tanpa
melakukan jenayah-jenyah siber seperti pembulian.

Di samping itu, Bill Gates juga merupakan seorang inspirasi bagi setiap orang dalam
bidang teknologi. Beliau merupakan pengasas Microsoft Corporation serta bekas ketua
Pegawai Eksekutif Microsoft Corporation yang merupakan syarikat perisian terbesar di
dunia. Microsoft Corporation merupakan sebuah perisian teknologi yang sangat terkenal dan
terpenting dalam bidang pendidikan, perniagaan dan sebagainya. Walaubagaimanapun,
beliau telah mengamalkan nilai kejujuran serta rasional. Beliau telah menubuhkan Bill &
Melinda Gates Foundation, sebuah yayasan amal. Beliau tidak berasrat untuk melakukan
jenayah. Keberanian dan ketidakputusasaannya menjadikan beliau seorang terkaya di
dunia.

Sebagai seorang pengguna siber yang jujur kita perlu menteladani kedua-dua tokoh
tersebut serta menggunakan penubuhan serta pembangunan mereka dalam ICT dengan
cara yang baik tanpa melibatkan diri dalam jenayah seperti buli siber. Di samping itu,
masyarakat juga patut menggunakan laman siber ini bagi perkara-perkara yang bermanfaat
untuk membangunkan diri mereka dengan cara yang cemerlang.

Sebenarnya, tidak ada jalan pintas dalam menangani ancaman siber. Jalan yang
terbaik ialah setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan
kuasa dan kemampuan yang ada. Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi
tentang risiko daripada ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer
masing-masing. Setiap daripada kita perlulah ada rasa tanggungjawab untuk menentukan
komputer kita terjamin selamat. Selain itu, setiap individu perlulah mempunyai etika kerja
yang murni dan tidak menyalahgunakan sumber yang diberi dengan melayari laman-laman
web yang tidak produktif, lucah, dan bertentangan dengan undang-undang dan nilai sejagat.