Anda di halaman 1dari 36

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)


SEMESTER 1 TAHUN 1 (2015)

NOTA
ELMK3023
Teori Etika Moral

TEO WOON CHUN


OKTOBER 2015
BAB 1: KONSEP TEORI DALAM PENDIDIKAN MORAL

Apakah maksud ‘teori’?  Teori Teleologi


• Makna ‘teori’ dalam Sains tidak  Utilitarianisme
sama dengan makna ‘teori’ dalam  Jeremy
Pendidikan Moral. Bentham
• Dalam Pendidikan Moral, ‘teori’  John Stuart Mill
bermaksud ‘kepercayaan yang  Egoisme
menentukan tingkah laku  Friedrich
seseorang’. Wilhelm
• Bincangkan: Nietzsche
– TEORI dengan AMALAN  Teori Deontologi
– TEORI dengan ‘common sense’  Eksistensialisme
 Jean Paul
Konsep Teori Etika Sartre
• Kata Yunani ‘ethos’ yang  Prinsip Kewajipan
bermaksud adat atau cara hidup.  Immanuel Kant
• Pada pandangan anda, apakah  Perbandingan dan Penilaian
maksud ‘etika’? Teori-teori Etika dari aspek:
 Etika merupakan kajian  Kelebihan
tentang falsafah moral,  Kelemahan
perlakuan yang baik,
kewajipan moral, sikap
moral, tanggungjawab moral Jenis-jenis Teori Perkembangan
dan ciri-ciri kehidupan yang Moral
baik.  Kognitif
 Etika merupakan garis  Jean Piaget
panduan kepada sesuatu  Lawrence Kohlberg
kumpulan untuk menjamin  Behaviorisme
kebaikan kumpulan asas  B.F. Skinner
persatuan mereka seperti  Ivan
etika keguruan, etika Pavlow/J.B.Watson
guaman dan sebagainya.  Sosial
 Albert Bandura
Jenis-jenis Teori Etika  Emile Durkheim
 Teori Keperibadian Mulia  Humanistik (Personaliti)
(Personality Virtue Theory)  Carl Rogers
 Teori Kemoralan Sosial  John Wilson
(Social Morality Theory)  Psikoanalisis
 Hobbes/Durkh  Eric Erickson
eim/Weber  Sigmund Freud
BAB 2: TEORI-TEORI ETIKA

2.1 Teori Keperibadian Mulia


 BI: Personality Virtue Theory
 Konsep keperibadian mulia bermula dalam masyarakat Yunani abad ke-4
 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle (384 - 322 SM).
 Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence).
 Kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu
manusia yang sempurna – Aristole.
 Contoh: murah hati, berani, jujur, sabar, amanah
 Teori ini menekankan sifat peribadi (perangai, ciri-ciri perwatakan) untuk mencapai
kehidupan yang baik.
o Seseorang perlu tetapkan kualiti dan taraf hidup yang diingini.
o Ketetapan itu menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya.
 Moral seseorang ditentukan oleh keperibadian mulia yang ada padanya.
 Teori ini berfokus kepada individu, bukan kepada perbuatan atau prinsip.
 Seseorang memperoleh keperibadian mulia menerusi usaha sendiri iaitu melalui
pengasuhan, latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan (virtue)
yang menyenangkan dan menyeronokkan.
 Andaian: Manusia tidak dilahirkan dengan keperibadian mulia secara semula jadi,
yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat.

Jalan Tengah
 Aristotle menyarankan doktrin ‘jalan tengah’ untuk mencapai keperibadian mulia.
 Jalan tengah bermaksud tingkah laku yang sederhana
– Tidak berlebihan atau keterlaluan
– Tidak terlalu kurang
 Contoh:
Berlebihan Jalan Tengah Terlalu kurang
Terlalu berani hingga gopoh Berani secara berhati- Penakut, pengecut, tiada
dan membawa padah hati keyakinan langsung
 Terdapat dua jenis keperibadian mulia:
Keperibadian  Jenis ini adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti
mulia kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang baik.
intelektual  Boleh dipelajari daripada seorang guru.
 Seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.
 Keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik.
Keperibadian
 Dipelajari menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap
mulia moral
diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta
menyeronokkan.

 Ciri-ciri Keperibadian Mulia:


1. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan
2. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
3. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan
keburukan
4. Berpegang kepada prinsip
5. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
6. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan.

 Kelemahan Teori Keperibadian Mulia:


1. Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semula jadi.
2. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian, peniruan dan pergaulan.
3. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana
perbuatan”sederhana” berbeza antara individu dengan individu yg lain.
4. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur
secara berterusan.
5. Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, contoh:
keadilan, mengumpat, bercakap benar.

2.2 Teori Kemoralan Sosial


 Dipelopori oleh:
o Hobbes
o Durhheim
o Weber
 Teori ini mengaitkan dua elemen:
a) peraturan masyarakat
b) konsep etika
 Menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada
sesebuah autoriti.
 Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod
etika, nilai dan pantang larang yang dipersetujui bersama.
 Contoh: kebersihan, kerjasama, syukur, menghormati sesama.
 Norma dan nilai masyarakat:
– Memahami dan menjaga hati orang lain.
– Menghormati ibu bapa dan orang tua.
– Masyarakat Melayu amat menghormati golongan agama.
– Masyarakat Cina menghormati roh orang tua yang sudah meninggal.
– Penganut Buddha amat menghargai nyawa.
– Orang asli sangat percaya kepada roh dan semangat alam (semula jadi)
 Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan
kepentingan diri seseorang individu.
 Tujuan atau faedah: bagi menjaga kerukunan sosial.
 Ciri Kemoralan Sosial:
1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh
pemerintah supaya wajib dipatuhi.
2. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu
sebagai matlamat etika.
3. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik
peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.
 Kelemahan Moral Sosial:
o Ia bersifat relatif.
 Peraturan moral sesuatu masyarakat boleh bertentangan dengan yang
lain.
 Ini boleh mengakibatkan berlakunya perpecahan dan membawa
kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu
agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing dalam
masyarakat majmuk.
o Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel.
Contoh:
 Kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru
dan semasa.
 Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan
membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana
masa dan keadaan sentiasa berubah.
 Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh
masyarakat.
 Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.
 Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan
kehendak hati mereka.
 Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan
 Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik.
 Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa
keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.
2.3 Teori Teleologi
 Perkataan ‘teleologis’ berasal daripada bahasa Yunani, iaitu ‘telos’ yang bermaksud
‘tujuan’.
 Nilai ‘betul’ atau ‘salah’, ‘baik’ atau ‘jahat’ (dsbnya) bergantung kepada kesan/akibat
sesuatu perbuatan atau tindakan.
 Keputusan terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau
betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak, dengan yang salah,
buruk atau jahat.
 Contoh:
– Guru wajar mendenda murid yang bersalah melanggar peraturan sekolah
sekiranya tindakan guru itu mendatangkan kebaikan (iaitu mengubah
perlakuan buruk kepada baik).
– Kemusnahan Hiroshima oleh bom nuklear.
 Sesuatu tindakan itu perlu dilaksanakan sekiranya ia membawa lebih banyak atau
bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan
yang berkenaan.
 Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan/perbuatan.
 Ringkasnya: Mengikut teori Teleologi, bermoral bermaksud tingkah laku baik jika
memberi kesan atau akibat baik kepada orang lain dan diri sendiri.
 Persoalan:
– Adakah wajar kita berdusta atau menyebarkan maklumat palsu (viral) jika
mendatangkan akibat baik yang banyak dan menguntung banyak pihak?
– Mana satu yang harus ditekankan: matlamat/tujuan sesuatu tindakan atau
akibatnya?
– Bagaimana dapat kita tentukan akibat sesuatu tindakan yang terbaik?
– Apakah kriteria yang dikatakan baik (untuk semua orang)?
 Isu: Lebih banyak membawa kebaikan kepada siapa?
 Teori Teleologi dikelaskan kepada dua:
a) Teori Utilitarianisme
b) Teori Egoisme

2.3.1 Teori Utilitarianisme

 Aliran ini diasaskan oleh


– Jeremy Bentham (1748-1832)
– John Stuart Mill (1806-1873).
 ‘Utility’ bermaksud ‘berguna’ atau ‘kegunaan’.
 Teori ini berkaitan dengan tindakan atau perbuatan seseorang yang berasaskan
“tujuan memaksimumkan kebahagian atau keseronokan majoriti”.
 Seseorang harus melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan
maksimum kepada setiap orang/majoriti.
 Persoalan individu diketepikan (malah dikorbankan) demi kebahagiaan banyak pihak.
 Prinsip Kebahagiaan Terbanyak (oleh John Stuart)
– Sesuatu tindakan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau pertimbangan
kebahagian yang diharapkan dapat diperoleh.
 Ringkasnya: Berdasarkan teori Utilitarianisme, tingkah laku itu baik dan bermoral jika
banyak orang mendapat kebaikan daripada keburukan.
 Contoh 1:
– Peperangan dan kaedah peperangan dianggap wajar sekiranya ia
menghasilkan kebahagian dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan
penderitaan yang dialami.
– Dalam situasi tertentu, dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi
mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk.
 Contoh 2:
o Dalam situasi tertentu, mendera dengan keras seorang penjenayah dianggap
wajar kerana tindakan itu dapat mengelakkan kekacauan, kerugian,
kerosakan, kejahatan dan kecelakaan yang lebih besar.
o Adakah hukuman mati ke atas pengedar dadah wajar?
 Contoh 3:
o Pelajar sekolah dikenakan rotan semasa majlis perhimpunan kerana sengaja
merosakkan peralatan mahal di makmal sains.
o Adakah tindakan sekolah itu wajar (bermoral)? Justifikasikan jawapan anda
berdasarkan Teori Utilitarianisme.
 Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu:
– Utilitarianisme Tindakan
 Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan
maksimum untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.
 Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan
orang adalah berlainan.
– Utilitarianisme Peraturan
 Setiap orang patut mengikut peraturan yang membawa kebaikan
maksimum kepada semua orang terlibat.
 Memang wujud niat, tindakan dan situasi manusia yang SERUPA untuk
mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada
semua orang dalam apa jua situasi.
 Contoh Utilitarianisme Peraturan:
o Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada
kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka
pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti
mempertahankan diri.
 Kritikan Teori Utilitarianisme:
1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan.
2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada
dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.
3. Mengehadkan keseronokan dan kebahagiaan sahaja tidak memadai untuk
mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan,
kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
4. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan
menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.
5. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang.
6. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan
rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.
7. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang
kerana berbeza cita rasa dan pengalaman orang.

2.3.2 Teori Egoisme

 Latar belakang
– Teori egoisme adalah cabang Teori Teleologi.
– Diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900)
– Nietzsche menolak pengaruh agama atau Tuhan dalam kehidupan moral manusia.
 Pemikiran Nietzsche:
– Ada dua kumpulan manusia:
1. Gembala / hamba abdi / rakyat jelata
2. Bangsawan / Tuan
– Rakyat jelata ramai tetapi lemah, manakala bangsawan minoriti tetapi kuat,
individualistik, tekad berkuasa dan bebas
– Agama adalah ciptaan kaum majoriti yang menggugat kedudukan bangsawan.
(Huraikan pernyataan ini)
 Pemikiran Nietzsche:
– Nietzsche menentang
a) Teori Kemoralan Sosial.
b) Pengorbanan diri.
c) Peraturan mutlak daripada autoriti.
 Contoh pemimpin yang mendokong teori ini:
– Saddam Hussin (Iraq), Edi Amin (Uganda), Muammar Gaddafi (Libya)
– Kerajaan autokrasi atau ala-autokrasi
 Teori egoisme menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah
– ‘betul’ (bermoral) jika ia membawankebaikan kepada diri sendiri
– ‘buruk’ (tidak bermoral) jika ianmembawa keburukan kepada diri sendiri.
 Menurut Frankena (1973), etika egoisme mengandungi dua prinsip:
– Sebagai agen moral, tanggungjawab asas individu adalah memajukan seberapa
banyak kebaikan dirinya sendiri.
– Sebagai penasihat moral, dalam membuat pertimbangan moral, individu
haruslah mengutamakan keuntungan dirinya sendiri.
 Contoh :
– Serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak
saluran paip minyak.
– Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika
sahaja.
 Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (selfrealization).
– Terangkan maksud ‘realisasi kendiri’.
 Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
a) egoisme psikologi
b) egoisme etika.

Teori Egoisme Psikologi


 Mengikut teori egoisme psikologi,
– manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental
untuk berbuat demikian.
o Terangkan maksud ‘dibentuk secara mental’.
o Semua orang dilahirkan ‘selfish’.
– terdapat manusia yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.
o Buktikan pernyataan ini.

Teori Egoisme Etika


 Egoisme Etika adalah bersifat normatif.
– Terangkan maksud ‘normatif’ dalam konteks ayat ini.
– Semua orang harus bertindak ‘selfish’.
 Ia terbahagi kepada 3 bentuk:
a) Egoisme etika individu
– Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri lebih daripada
kepentingan orang lain.
– Contoh: Penjual enggan menjual beras kepada orang miskin yang tidak
berduit. (Huraikan)
b) Egoisme etika personal
– Bertindak demi kepentingan diri sendiri
– Tidak mengendahkan tindakan orang lain.
– Tidak melibatkan orang lain.
– Contoh: Mengambil rasuah.
c) Egoisme universal
– Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri tanpa menghiraukan
kepentingan orang lain, kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi
kepentingannya.
– Contoh: Mengadakan kelas tuisyen dengan bayaran yang mahal. Pelajar lulus
cemerlang.
 Kelemahan Teori Egoisme:
 Menolak agama dan konsep ketuhanan.
 Bertentangan dengan nilai murni.
 Nilai berbeza dan pelbagai kerana pandangan manusia tentang nilai
dipengaruhi kepentingan diri.
 Melenyapkan nilai kemanusiaan seperti berkorban demi orang lain.
 Bercanggah dengan prinsip moral sejagat. Golongan kaya dan berkuasa
menindas golongan miskin dan teraniaya.

2.4 Teori Deontologi


 Berasal daripada kata Yunani “deon” yang bermaksud “yang diharuskan atau
diwajibkan”.
 Ajaran: Sesuatu perlakuan (sama ada baik atau buruk, benar atau salah) adalah
berdasarkan prinsip dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak ditentukan oleh
akibat tindakan tersebut.
 Penjelasan lain:
– Ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sama ada sesuatu tindakan
itu baik, betul atau wajib secara moral, walaupun ia tidak menghasilkan
banyak kebaikan kepada individu, masyarakat atau dunia.
 Ada dua aspek Teori Deontologi
a) Teori Deontologi Tindakan
– Semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa
yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu, TANPA MERUJUK
KEPADA APA-APA PERATURAN.
– Contoh: Dalam pergelutan dengan perompak itu, saya melepaskan tembakan
ke arah dadanya. Perompak itu mati.
b) Teori Deontologi Peraturan
– Kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu
atau lebih peraturan.
– Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.
– Contoh: Peraturan, adat, norma, etika masyarakat

2.4.1 Teori Eksistensialisme

 Jean Paul Sartre (1905-1980) ahli falsafah Perancis mengajar bahawa


– Peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan
berubah-ubah.
– Tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk
menentukan tindakan bermoral.
 Ahli falsafah lain yang mendokong prinsip eksistensialisme:
– Soren Kierkegaard, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabriel Marcel
 Sedikit latar belakang pemikiran Sartre menurut bukunya Being and Nothingnes.
– Manusia berbeza daripada objek.
– Zat objek mendahului kewujudannya.
– Kewujudan manusia pula mendahului zatnya kerana Sartre menolak konsep
pencipta.
– Siapa manusia bergantung kepada perlakuannya.
– Manusia bertindak secara bebas.
– Tuhan tidak wujud!
– Tiada hukum Tuhan, tiada nilai kudus, tiada nilai objektif.
– Nilai bersifat subjektif, individualistik dan tertakluk kepada situasi.
– Segala-galanya diizinkan.
 Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan
pilihan individu secara bebas.
 Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas.
 Individu bebas bertindak dan bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri.
 Menitikberatkan KEBEBASAN MEMILIH (freedom of choice).
– Apakah anda faham tentang ‘kebebasan memilih’?
 Tiga bentuk kebebasan:
– Kebebasan fizikal
– Kebebasan kehendak (will)
– Kebebasan moral
 Menurut eksistensialisme, kewajipan moral bukan paksaan dari luar tetapi kehendak
sendiri.
 Apakah yang kamu faham tentang ‘kebebasan moral’?
– Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa tekanan, paksaan,
kewajipan dan larangan. (Abdullah Zhidi bin Omar, 2014)
– Kebebasan moral merupakan hak manusia untuk memilih atau melakukan
perbuatan yang baik, betul dan patut (bermoral) seperti yang dikehendaki oleh
Tuhan. (Donatus Justin, 2015)
 Contoh,
– Setiap individu bertanggungjawab merealisasikan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara.
– Tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan
individu itu sendiri secara bebas.
– Dia perlu bertanggungjawab atas tindakannya.
 Kelemahan Eksistensialisme:
1. Bertentangan dengan Teori Kemoralan Sosial dan Teori Teleologi.
2. Menolak agama dan Tuhan.
3. Bercanggah dengan FPK.
4. Mengajar manusia tidak ada tujuan hidup kecuali yang ditentukan olehnya sendiri.
5. No man is an island.
6. Sifat individualistik manusia boleh menghancurkan dirinya sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara.
2.4.2 Prinsip Kewajipan

 Dipelopori oleh Immanuel Kant (1724-1804)


 Principle of duty
 Menegaskan duty for the sake of duty
– Tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan
satu tanggungjawab.
 Apakah maksud ‘duty’, ‘kewajipan’ dan ‘tanggungjawab’?
– Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada
tindakan itu bermoral atau tidak.
 Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.
 – Fikirkan beberapa contoh tanggungjawab bukan kemoralan.
 Konsep tekad baik (good will) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam
melakukan sesuatu tindakan.
– Perbuatan menghulurkan kebaikan hati dan belas kasihan.
 Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat (tujuan) seseorang dalam menentukan
sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul.
 Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang
pengecualian atau syarat-syarat.
 Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu
– prinsip tersebut mesti diterima secara umum
– dapat menghormati manusia
– pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya
dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Kewajipan Prima Facie


 Sir William David Ross (1877–1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada
asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju
dengan kemutlakan teori-teori Kant.
 Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita
sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan yang serius memerlukan kita buat yang
berlainan.
– Prima facie = (“at first glance” atau “on the surface of things”)
 Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia
kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya.
 Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan
prima facie:
Kewajipan kesetiaan Kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas.
Kewajipan ganti rugi Kita harus melunasi hutang moral dan material.
Kewajipan terima kasih Kita harus berterima kasih kpd org yg berbuat baik kpd kita.
Kewajipan keadilan kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai
dengan khidmat orang berkaitan.
Kewajipan berbuat baik Kita harus membantu orang lain yg memerlukan bantuan kita.
Kewajipan Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita.
mengembangkan dirinya
Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain.

2.5 Perbandingan dan Penilaian Teori-teori Etika dari Aspek Kelebihan dan
Kelemahan

Teori Kemoralan Sosial


Definisi: Segala peraturan, nilai, norma dan tatasusila yang diwujudkan dalam
sesebuah masyarakat itu adalah sesuatu yang dipersetujui bersama.

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Kemoralan sosial perlu untuk  Teori ini bersifat authoritarian kerana
menjamin manusia sebagai anggota kuasa dan kebebasan individu disekat.
masyarakat akan terus hidup dalam
keadaan harmoni dan selamat.
 Peraturan moral bersifat kolektif (hak  Bukan semua peraturan moral bersifat
ramai) sejagat.
 Teori ini Menekankan tanggungjawab  Peraturan moral itu sendiri
individu mematuhi pemerintah atau sesetengahhnya tidak betul, kurang adil,
autoriti. tiada nilai moral kerana banyak
peraturan moral diwarisi, tidak sesuai
dengan kehendak zaman dan malah
peraturan moral itu ciptaan manusia

Teori Keperibadian Mulia


Definisi: Teori ini menekankan bahawa memiliki peribadi mulia bukan semula jadi,
maksudnya manusia tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.

KELEBIHAN KEKURANGAN
 Perkara yang diutamakan dalam  Konsep “jalan tengah” Aristotle didapati
teori ini ialah individu atau sangat kabur fan tidak jelas kerana tidak
manusia, bukan perbuatan atau mempunyai tenaga nasihat atau
prinsip. kekuatan untuk membuat sesuatu.
 Moral dikuasai melalui sifat dan  Ukuran kebahagiaan untuk setiap
keperibadian mulia yang ada manusia tidak sama, tidak boleh
pada seseorang. dinisbahkan atau dijeniskan.
 Sesuatu yang betul, benar, baik  Keperibadian mulia menurut Aristotle
dan bermoral itu ialah bukan perasaan dan kebolehan semula
berkelakuan mengikut kadar jadi.
sederhana atau pertengahan.
 Keperibadian mulia moral pula  Keperibadian mulia mungkin boleh
tidak lahir atau diperoleh secara berlaku secara “palsu”dan pura-pura.
semula jadi, tetapi melalui
latihan, amalan dan kebiasaan.

Teori Teleologi

a. Teori Utilitarianisme
Definisi: Sesuatu tindakan itu dianggap betul dan bermoral jika sesuatu tindakan itu
akan memberi akibat atau kesan baik, iaitu apa yang diinginkan itu tercapai.

Kelebihan Kelemahan
 Tingkah laku manusia  Keadaan minda tidak dapat diterangkan
dipengaruhi dan dengan betul dan tepat bagi menggambarkan
dikuasai oleh keseronokan dan kesakitan kerana mereka
keseronokan dan adalah perkara yang subjektif dan sukar diukur
kesakitan yang kerana berbeza antara manusia.
ditentukan oleh nilai  Manusia terlalu digambarkan sebagai memburu
natijah (kesan akibat) keseronokan dan membenci atau menolak
daripada tindakan itu kesakitan.
sendiri.  Konflik keadilan akan ditimbul.
 Persoalan individu tidak  Tindakan salah boleh dianggap wajar (diterima)
dipentingkan dalam jika mendatangkan kelebihan yang banyak
aliran ini, malah individu kepada kesan baik berbanding dengan kesan
perlu berkorban untuk buruk.
kesenangan manusia  Teori ini tidak menentukan peraturan-peraturan
terbanyak dan panduan-panduan yang boleh diikuti.
 Ramai orang akan  Teori ini menggalakkan manusia bertindak
mendapat kebaikan mengikut perasaan dan pemikiran sahaja tanpa
atau kebahagiaan bimbingan agama.
berbanding dengan  Kepentingan diri diabaikan kerana kepentingan
keburukan. orang ramai diutamakan

b. Teori Egoisme
Definisi: Sesuatu tindakan itu dianggap betul dan bermoral jika tujuan tindakan itu
adalah untuk kepentingan dan keutamaan diri sendiri.

Kelebihan Kelemahan
 Individu akan  Kepentingan orang lain dijejaskan, kecuali
berbijaksana kepentingan orang lain itu dapat memenuhi
mementingkan diri kepentingannya.
dan mengutamakan
diri.
 Manusia akan  Teori ini menolak agama dan Tuhan serta
berusaha menentang keras tindakan manusia dikaitkan
memajukan diri dengan agama, dosa dan pahala.
dengan seberapa  Banyak nilai-nilai murni tidak dihiraukan oleh
banyak kebaikan. golongan egoisme.
 Manusia bebas  Perbalahan dan konflik ditimbul kerana perbezaan
bertindak, memilih sikap, kecenderungan dan pemikiran manusia.
alternatif asalkan  Teori ini tidak memberikan satu kaedah yang boleh
untuk kebaikan diri menjadi pegangan dalam menyelesaikan masalah
sendiri. konflik kepentingan diri sendiri.
 Manusia wajar  Teori ini bercanggah dengan prinsip moral sejagat
memenuhi (cth: keadilan, autonomi dan altruisme).
keinginan diri dan  Teori ini mampu melahirkan individu yang zalim
tidak merugikan diri dan menindas orang yang lemah kerana mereka
atau merendahkan boleh melakukan apa-apa sahaj atau
martabat diri. ‘menghalalkan cara’ tanpa memikirkan kesan
buruk ke atas orang lain.

Teori Deontologi
menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan tidak berdasarkan kesan atau
akibat tindakan tersebut.

a. Teori Eksistansialisme
Definisi: Kepentingan individu untuk memenuhi kehendak peribadi. Ia menolak
idea ,norma-norma, peraturan dan kuasa yang datang dari luar kerana
manusia menetukan untuk diri sendiri

Kelebihan Kelemahan
 Bersifat pembentukan  Menolak agama dan Tuhan
keperibadian, perubahan sikap,  Hidup tanpa garis panduan kerana
analisis terhadap fenomena sosial. kebenaran mutlak tidak wujud.
 Menitikberatkan kebebasan  Sifat manusia yang terlalu individualistik
memilih dalam situasi semasa. boleh merosakkan sistem kekeluargaan,
 Teknik ini dapat digunakan bagi organisasi, masyarakat dan negara.
klien yang mengalami kekurangan  Moral sentiasa berubah, subjektif, tidak
dalam perkembangan dan kekal, tidak mutlak dan tidak sejagat.
kepercayaan diri.  Bercanggah dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
b. Prinsip Kewajipan
Definisi: Menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab

Kelebihan Kelemahan
 Kebebasan dan keadilan  Prinsip Perintah Mutlak yang
 Tindakan yang dilakukan mesti bermaksud sesuatu itu tidak boleh
dapat menghormati manusia, dijadikan prinsip moral jika tidak
bukan memperalatkan. menjadi prinsip kepada semua orang
 Semua perbuatan baik dilakukan tidak boleh dipraktikkan dalam semua
tanpa beban, tanpa situasi.
mengharapkan kesan pahala  Etika Kant membawa kepada
yang melimpah. peraturan-peraturan yang tidak sensitif
 Individu ini akan memilih dan keras.
kewajipan dan kepatuhan kepada  Prinsip moral terikat secara mutlak dan
undang-undang dan tidak akan sejagat.
memilih kecenderungan tertentu  Bertentangan dengan Teori Kemoralan
Sosial dan Teori Keperibadian Mulia
BAB 3: TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL

 Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek iaitu


1. perkembangan pemikiran moral
2. perkembangan perasaan moral
3. perkembangan tingkah laku moral
 Perkembangan kematangan moral kanak-kanak bergantung kepada ketiga-tiga
aspek di atas.
 Lima teori yang dijadikan rujukan utama:
 Teori Perkembangan Moral Kognitif
 Teori Perkembangan Moral Behaviorisme
 Teori Perkembangan Moral Sosial
 Teori Pembelajaran Moral Humanistik
 Teori Pembelajaran Moral Psikoanalisis

Kenapa belajar tajuk ini?


 Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu
matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami
serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku.
 Secara empirikal (melalui pemerhatian atau eksperimen), hubungan antara
kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan
cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini.

3.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif

3.1.1 Jean Piaget

 Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral


bersifat universal dalam dua perkara:
 Setiap individu tanpa mengira latar belakang budaya melalui peringkat-peringkat
perkembangan moral yang sama.
 Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-
konsep moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.
 Mengikut Jean Piaget, perkembangan moral kanak-kanak ditentukan dalam tiga
tahap:
1. Tahap Pramoral
 Kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan
pandangan sendiri.
2. Tahap Heteronomous
 Kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain.
Menghormati pihak berkuasa dan berupaya menerima peraturan.
 Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam
peringkat ini.
3. Tahap Autonomous
 Kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing2.
 Perasaan hormat pada orang lain dititikberatkan.
 Kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah
berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain.
 Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian
tetapi segala aspek diambil kira.
 Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut
bertambah, ini meningkatkan keupayaan seseorang
mengkonseptualisasi dilema moral.

3.1.2 Lawrence Kolhberg

Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg.


Kohlberg mengambil kira semua peringkat umur dari golongan kanak- kanak sehinggalah
golongan dewasa.

• 1969
 Kohlberg telah memperkembangkan peringkat perkembangan moral kepada enam.
 Terdapatnya tiga tahap penaakulan moral.
 Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat.
 Setiap peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral.
• 1976
 Tiga Tahap Perkembangan Moral Kognitif Kohlberg:
Tahap Umur Penerangan
Pra- Tahap bagi kebanyakan kanak- Undang-undang dan jangkaan
konvensional kanak berusia < 9 tahun, sedikit sosial adalah bersifat luaran
golongan remaja, banyak bagi pada diri seseorang.
golongan dewasa dan remaja Kepercayaan apa yang betul
yang terlibat dengan jenayah. ialah mematuhi undang-
undang pihak berkuasa.
Konvensional Tahap bagi kebanyakan remaja Kepercayaan apa yang betul
dan golongan dewasa dalam dan baik adalah tingkah laku
masyarakat dunia yang diterima oleh sebahagian
besar masyarakat. Terdapat
dorongan kendiri utk
melakukan kebaikan bukan
kerana takut atau paksaan.
Pasca- Paling kurang dicapai oleh Berupaya membezakan diri
konvensional dewasa dan selalunya dicapai drpd undang2 & jangkaan2 org
oleh mereka yang telah lain & memberi makna pada
berusia > 20 tahun. nilai2 dlm bentuk prinsip pilihan
sendiri (self-chosen principal).
Tahap Peringkat Penerangan Contoh
P1: Mematuhi peraturan dan undang2 Mencuri
Orientasi drpd org dewasa adalah betul, jika dikenakan
Hukuman gagal boleh dihukum. Kanak-kanak dihukum
dan mengelak daripada didenda.
Pra- Kepatuhan
konvensional Kepatuhan kpd undang2 dan Mencuri utk
P2: peraturan tidak lagi secara mutlak. membeli ubat ibu
Orientasi Apa yang baik adalah yang memberi yg sakit dianggap
Timbal balik faedah dan kesenangan peribadi. wajar kerana
Sikap egoistik berkembang. sayang akan ibu.
P3: Berkelakuan baik bagi memenuhi Berpakaian
Orientasi keperluan dan sokongan drpd orang kemas seperti
Persetujuan lain. Pandangan, pengesahan dan kehendak ibu
Antara sokongan drpd org lain diperlukan utk bapa dan rakan
Individu perlakuan bermoral. sebaya
Konvensional
P4: Berpendapat wajib mengikut Patuh akan
Orientasi peraturan, norma dan nilai undang-undang
Undang- masyarakat. Perlakuan baik dan jalan raya kerana
undang dan bermoral adalah kerana mematuhi itu adalah
Kewajipan perkara di atas. peaturan
Sikap saling memahami dan Patuh kepada
P5: bekerjasama mempertahankan nilai, undang-undang
Orientasi hak, peraturan, kontrak sosial dan jalan raya untuk
Kontrak undang2 utk kebaikan bersama. keselesaan dan
Sosial kebaikan semua
pihak
Sedar tentang norma, prinsip etika Keadilan bukan
Pasca- sejagat dan prinsip peribadi. sahaja
konvensional Seseorang akan memahami kelakuan dipertimbangkan
baik dan buruk semasa berinteraksi dari sudut
P6:
dgn masyarakat. Etika sejagat undang2 tetapi
Orientasi
membantu seseorang utk menilai juga nilai, budaya,
Prinsip Etika
keadilan, hak, tanggungjawab, norma,
kebebasan dan hormat-menghormati kelaziman, faktor
apabila berinteraksi dalam semasa dan
masyarakat. agama.
3.2 Teori Perkembangan Moral Behaviourisme

 Teori Perkembangan Moral Behaviorisme:


 Lebih fokus kepada perubahan tingkah laku (gerak balas) akibat pengalaman
peribadi (rangsangan).
 Menekankan pengaruh orang dewasa dalam pembentukan tingkah laku
kanak-kanak.
 Peranan ibu bapa/penjaga mempengaruhi perkembangan moral kanak-
kanak melalui dendaan, ganjaran dan model.
 Mengabaikan aspek-aspek kognitif. Kenapa?
 Tingkah laku kanak-kanak boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
 Kanak-kanak yang menerima asuhan, disiplin dan latihan yang sesuai melalui
ganjaran dan dendaan oleh orang dewasa yang menjadi model baik akan memiliki
suara batin yang kuat.
 Tokoh yang menyokong Teori Perkembangan Moral Behaviourisme termasuk B. F.
Skinner, Ivan Pavlow, J. B. Watson, Sigmund Freud dan Norman Bull.

3.2.1 B. F. Skinner

 Teori Skinner berfokus kepada kaitan antara rangsangan dan gerak balas.
 Teori ini memperkenalkan dua jenis gerak balas:
1. Jenis S: Gerak balas respondan
 Gerak balas dihasilkan akibat daripada rangsangan (persekitaran)
2. Jenis R: Gerak balas operan
 Manusia bertindak ke atas persekitarannya tanpa sesuatu rangsangan yg diketahui.
 Gerak balas terhasil, bukan dihasilkan.
 Teori Perkembangan Moral oleh Teori Skinner:
– Semua tingkah laku manusia dikawal oleh alam sekitar.
– Moral seseorang dibentuk oleh alam sekitar, masyarakat dan budaya.
– Seseorang mewarisi tingkah laku yang diturunkan oleh budaya, agama, adat
dan masyarakatnya.
– Gerak balas ini jenis R atau gerak balas responden.
– Skinner juga banyak mengajar tentang ‘peneguran’:
1. Peneguran positif merujuk apa sahaja ganjaran yang boleh
menggalakkan pengulangan gerak balas operan.
2. Peneguran negatif merupakan sesuatu yang menyakitkan.
Pengulangan gerak balas berlaku untuk mengelakkan menerima
peneguran negatif.
 Skinner mengajar bahawa
– Pendidikan Moral merupakan peneguran terhadap tingkah laku individu.
– Ibu bapa / guru harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang
berkelakuan baik.
– Tingkah laku tidak bermoral harus dikenakan hukuman atau teguran negatif
supaya tidak berulang.
– Walau bagaimanapun, peneguran perlu diberi dari semasa ke semasa,
bukannya dalam jangka masa panjang.
 Kritikan Teori Siknner:
 Teorinya tidak dapat memberi gambaran jelas tentang
– perkembangan moral
– pendidikan moral melalui psikologi individu.
 Keinsafan, motif dan pendidikan mungkin menjadi kadar perubahan dalam tingkah
laku dan bukan dari segi ganjaran atau peneguran.
– Contoh: Seseorang berhenti merokok kerana keinginan dalaman atau keinsafan,
bukan gerak balas responden.

3.2.2 Ivan Pavlow/ J.B.Watson

3.2.2.1 Teori Perlaziman Klasik Pavlov (Ivan Pavlow)

 Nama lain:
a) Pelaziman gantian
b) Pelaziman pemindahan
c) Pelaziman bergerak balas/responden
d) Teori R-G
 Eksperimen: Kajian perkaitan rembesan air liur (anjing) dengan proses pelaziman.

Keadaan eksperimen
Pavlov semasa mengkaji
rembesan air liur dengan
proses pelaziman.

Gerak balas yang tidak dipelajari (fenomena semula jadi) : gerak balas tak terlazim
 Rembesan air liur dan jus gastrik
 Gerak balas yang dipelajari akibat rangsangan terlazim : gerak balas terlazim.
 Rangsangan terlazim : bunyi loceng, cahaya lampu.
 Fenomena-fenomena Perlaziman lain:
1. Fenomena generalisasi
2. Fenomena diskriminasi
3. Fenomena penghapusan
4. Fenomena pemulihan spontan
5. Fenomena pelaziman tahap tinggi
a) Rangsangan terlazim sekunder
b) Peneguhan sekunder
3.2.2.2 Teori Perlaziman Watson (J.B.Watson)

 J. B. Watson (1878-1958) merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat.


 Orang yang pertama mencipta istilah ’behaviourisme’.
 Banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.
 Kajiannya yang paling popular ialah Model Pelaziman Klasik.
 Tingkah laku manusia merupakan refleks terlazim yang dipelajari melalui proses
pelaziman klasik.
a) Gerakan refleks mudah seperti kelipan mata adalah semula jadi, diwarisi dan
tidak dipelajari.
b) Dalam situasi baharu yang kompleks, beberapa gerakan refleks mudah
digabungkan membentuk gerak balas
 terlazim melalui proses pelaziman.
 Pembelajaran berlaku berdasarkan dua prinsip utama:
 Prinsip kekerapan: Lebih kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu
berlaku, lebih besar kemungkinan ia berulang.
 Prinsip tempoh kebaruan: Jika tempoh gerak balas terhadap rangsangan itu
lebih singkat (lebih baru), lebih besar kemungkinan ia berulang.

3.3 Teori Perkembangan Moral Sosial


 Dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941.
 Dikaji secara mendalam dan diperhalusi oleh Albert Bandura dan R.H Walter (1963).

3.3.1 Albert Bandura


 Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian banyak tingkah laku yang
dipelajari melalui contoh, teladan dan peniruan termasuk penguasaan bahasa.
 Peniruan berlaku dalam lima bentuk:
Peniruan secara Merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan melihat
langsung tingkah lakunya.
Peniruan secara Peniruan secara tidak langsung apabila seseorang melihat
tidak langsung gambar, filem, tv, komik.
Peniruan melalui Merupakan tingkah laku yang sesuai pada satu masa tetapi
sekat lakuan tidak sesuai dalam situasi yang lain.
Peniruan melalui Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang yang terus
tidak sekat lakuan meniru amalan tingkah laku secara berterusan.
Peniruan secara Seseorang itu terus melakukan apa sahaja orang lain lakukan
elisitasi jika individu itu sudah tahu cara melakukannya.
 Dengan idea peniruan ini, maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh
dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal dan tidak formal.

Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura:


a) Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran drpd kecekapan demonstrasi guru sbg model.
d) Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.

 Rumusan: Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan


tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

Konsep Permodelan

 Permodelan = Prinsip Pembelajaran


 Melalui Pemerhatian Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam
proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu:
Pemerhatian  Manusia memberi perhatian kepada orang yang menarik,
popular, cekap atau disanjung.
 Kanak- kanak kecil merujuk kepada ibu bapa, abang
atau kakak atau guru-guru.
 Pelajar yang lebih tua merujuk kepada rakan sebaya
yang popular dan artis pujaan.
 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian ialah ciri-ciri
model seperti nilai, umur, jantina, status, perhubungan dengan
pemerhatian, kegunaan/faedah dan kemahiran pemerhati.
Mengingat  Pemerhatian harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang
diperhatikan dalam ingatan.
 Bandura mengajar bahawa butir-butir tingkah laku boleh
dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan
imaginasi.
Reproduksi  Seseorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat
maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting
sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model.
 Kecekapan mengulangi tingkah laku bergantung kepada
keupayaan fizikal, kemahiran psikomotor, dan kemahiran
mengingat dengan tepat.
Peneguhan/  Tingkah laku itu akan diulangi jika mendatangkan kepuasan,
Motivasi peneguhan positif atau ganjaran.
 Tingkah laku itu akan tersekat jika didenda atau ditegur.
 Ada 3 jenis peneguhan:
a) Peneguhan langsung
b) Peneguhan tidak langsung
c) Peneguhan diri (motivasi intrinsik)
– Konsep kendiri positif
– Keupayaan manipulasi diri
 Ada 4 jenis model yang berkesan ditiru oleh kanak-kanak:
a) Model yang lebih tua
b) Model yang berstatus tinggi
c) Model yang mempunyai kecerdasan tinggi
d) Model yang terkenal dalam bidang suatu kepakaran

Dengan merujuk Teori Permodelan Bandura, fikirkan cara menggunakan prinsip


pembelajaran melalui pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral.

Contoh Jawapan:
• Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dicontohi oleh murid.
• Demonstrasi guru haruslah mudah, jelas dan menarik supaya murid dapat menirunya.
• Hasilan guru seperti lukisan, karya, poster haruslah berkualiti supaya ditiru oleh murid.
• Guru juga boleh menjadikan murid lain sebagai model dalam dan luar kelas.
• Teknik main peranan dan simulasi sesuai untuk mengajar nilai moral.
• Guru mewujudkan suasana bilik darjah yang sihat untuk ditiru oleh murid.
• Gambar dan video harus ditapis supaya elemen keganasan tidak ditiru oleh murid.

3.3.2 Emile Durkheim

 Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim


o Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah
masyarakat dapat mengekalkan INTEGRITI mereka dalam dunia moden,
apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik
tidak dapat dipastikan.
o Menurutnya kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang
terasa dekat dengan masyarakat.
 Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan autoriti yang
mengesahkan moraliti (Durkheim, 1906).
 Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia sebagai
satu jenis ikatan sosial atau kontrak.
 Menurut Durkheim, kanak-kanak perlu memahami peraturan yang memelihara
hubungan sosial yang dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka.
 Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan
di sekolah adalah formal.
 Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara
masyarakat dan kanak-kanak.
3.4 Teori Perkembangan Moral Humanistik (Personaliti)

 Ahli psikologi aliran humanistik/ personaliti percaya bahawa:


– Fitrah manusia adalah mulia dan baik.
– Pertumbuhan kanak-kanak berlaku secara semula jadi jika persekitaran
adalah sesuai.
– Pendidikan mengikut ‘keperluan pelajar’.
– Sekolah harus mengutamakan pendidikan ‘afektif’, kerana:
o Pembelajaran (moral) manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya.
o Cara belajar setiap individu berbeza.
o PdP bergantung kepada kehendak dan perkembangan emosi murid.
o Setiap individu berpotensi dan berkeinginan mencapai kecemerlangan
kendiri (Carl Rogers & Maslow).
 Ciri-ciri Pandangan Humanistik:
 Pengalaman dan psikologi manusia berbeza daripada haiwan.
 Kajian humanistik
– akur dengan kehidupan manusia yang bermakna.
– merangkumi proses dalaman (subjektif) dan tingkah laku.
– berlandaskan teori ‘psikologi’ dan ‘psikologi gunaan’.
– Pertimbangan diberikan kepada perbezaan individu.

3.4.1 Carl Rogers

 Carl Rogers (1902 - 1987) adalah pelopor mazhab Humanistik.


 Tokoh penting Client Centered Counselling.
 Ciri-ciri Teori Carl Rogers:
o Pengalaman seseorang hanya dialami dan difahami olehnya sendiri sahaja.
o Setiap individu berhasrat mencapai kesempurnaan kendiri.
o Konsep kendiri seseorang adalah unik.
o Tingkah laku seseorang adalah selaras dengan konsep kendiri dan
kepercayaannya.
o Kefahaman tingkah laku seseorang hanya dapat diketahui melalui proses
komunikasi.

Teori Konsep Kendiri Carl Rogers


 Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi diri sendiri
tentang minat, sikap dan nilaindan kebolehan melihat persepsi orang lain terhadap
diri sendiri dengan persekitaran.
 Konsep kendiri positif adalah percaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal,
mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.
 Carl Rogers berpendapat bahawa pembentukan moral yang baik adalah melalui
model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya,
orang dewasa dan dirinya sendiri.
 Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep
kendiri yang positif.
 Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya
sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.
 Penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan, fizikal, kasih
sayang dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moralnya.
 Cara-cara membina konsep kendiri positif kanak-kanak
a) Galakan bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak.
b) Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan memberi pujian
atau ganjaran.
c) Ibu bapa memupuk nilai moral dan agama yang baik dalam jiwa kanak-kanak
sejak mereka kecil lagi.
 Prinsip Pendekatan Pendidikan Rogers:
o Mengutamakan pendidikan berpusatkan murid (Learner-Centered Education)
o Mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan.
 Prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan:
a) Pembelajaran = naluri ingin tahu
b) Pembelajaran berlaku jika bahan pelajaran seiras dengan objektif pelajaran murid.
c) Keberkesanan PdP hanya dpt dicapai jika di bawah situasi yang kurang berancam.
d) Keberkesanan PdP meningkat jika murid sendiri mengambil inisiatif dan terlibat
aktif.
e) Membimbing murid menilai hasil pembelajaran dirinya supaya pemikiran kreatif dan
reflektif dapat ditingkatkan.
f) Aktiviti PdP haruslah bersifat kontekstual demi memupuk kemahiran hidup murid.
 Rogers menakrifkan orang yang sihat dan dapat ‘berfungsi secara keseluruhan’
bercirikan:
a) Keterbukaan kepada pengalaman
b) Kehidupan yang wujud
c) Kepercayaan organismik
d) Perasaan bebas
e) Kreativiti

3.4.2 John Wilson


3.5 Teori Perkembangan Moral Psikoanalisis

3.5.1 Eric Erickson

 Teori Eric Erickson dipanggil Teori Perkembangan Psikososial.


 Teori ini merupakan teori terbaik keperibadian dalam bidang psikologi.
 Seperti Sigmund Freud, Erikson percaya bahawa keperibadian berkembang
mengikut peringkat.
 Perkembangan PERSAMAAN EGO:
– Persamaan ego adalah perasaan sedar yg berkembang melalui interaksi sosial.
– Perkembangan ego selalu berubah berdasarkan pengalaman dan informasi
baru daripada interaksi sosial.
 Teori Erickson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu:
a) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
b) Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-
keperluan asas.
c) Perkembangan manusia mengikut tahaptahap tertentu.
d) Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat
berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya .
e) Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap yang berikutnya.
 Erickson mengajar 8 tahap dalam perkembangan manusia:
Tahap Umur Ciri-ciri perkembangan Contoh
emosi
• Rasa kepercayaan • Bayi mestilah menjalinkan
dibina dlm tahun hubungan kasih saying serta
pertama membina rasa kepercayaan dengan pengasuh atau
kepercayaan secara sebaliknya membentuk perasaan
berperingkat. tidak percaya.
Trust vs. 0-18 • Membina rasa • Jika tidak diberi penjagaan yang
Mistrust bln ketidakpercayaan jika sepatutnya seperti penyusuan, tidak
keperluannya tdk dpt dijaga atau lampin tidak ditukar,
dipenuhi. ketidakpercayaan kepada orang lain
• Ketidakpercayaan timbul dalam diri bayi yang akan
akan membentuk menimbulkan ketakutan dan
tingkah laku negatif. berprasangka.
• Keinginan memiliki • Perkembangan kanak2 pada tahap
kuasa. ini tertumpu kepada perkembangan
Autonomy 18 • Keinginan membuat kemahiran fizikal seperti berjalan
vs. bln- 3 sesuatu dengan daya dan pelbagai lagi.
Shame/doubt thn usaha sendiri. • Rasa percaya kepada keupayaan
• Merasa malu jika tidak diri timbul jika berjaya dan
diberi kuasa. menerima sokongan.
• Merasa malu di depan • Sekiranya gagal mereka akan
orang. ragu-ragu terhadap keupayaan diri
• Merasa takut
melakukan kesalahan.
• Belajar cepat. • Kanak-kanak cuba berdikari
• Bergerak cepat. melakukan sesuatu dan jika gagal
• Peka kepada hal betul perasaan bersalah akan timbul.
dan salah. • Mereka meneroka persekitaran
• Berasa serba salah dan mencuba kemahiran baru.
Initiative vs. 3-6
jika diketawakan. • Mereka juga suka bertanya dan
guilt thn
• Membina sikap negatif meminta penjelasan.
jika merasa serba salah. • Rasa bersalah terhadap diri sendiri
apabila kanakkanak dihukum atau
tidak diberi peluang semasa
mencuba kemahiran baru.
• Keinginan menguasai • Kanak-kanak mesti menghadapi
sesuatu. pembelajaran kemahiran baru atau
• Keinginan berjaya. sebaliknya menghadapi risiko
• Menguasai kemahiran perasaan rendah diri, kegagalan
asas fizikal dan sosial. dan tidak cekap.
Industry vs. 6-12 • Memerlukan • Kemahiran yang diperoleh berkisar
inferiority thn peneguhan positif/ di alam persekolahan.
penghargaan • Kanak-kanak yang gagal dalam
terhadap tugas yang peringkat ini akan berasa rendah diri
disempurnakannya. dan tiada keupayaan, bukan sahaja
• Berasa kompleks terhadap pencapaian akademik
rendah diri jika dikritik. tetapi juga dalam hubungan sosial.
• Cuba memahami diri • Remaja mesti Berjaya mencari
• Menghadapi krisis identiti dalam pelbagai aspek seperti
identiti pekerjaan, peranan jantina, sosial,
• Sensitif kepada dan sebagainya; jika tidak perasaan
perubahan badan dan rendah diri akan timbul.
Identity vs. imej diri • Mereka akan meniru identiti orang
11-20
role • Membentuk konsep lain di persekitaran.
thn
confusion kendiri positif dan juga • Sekiranya gagal, akan timbul
negatif kecelaruan identiti, rasa tidak
• Perkembangan emosi selamat, raguragu, dan akan
berlandaskan emosi mengalami pelbagai masalah di
dari peringkat – peringkat seterusnya.
peringkat awal.
• Berusaha terus • Manusia membentuk keintiman
Intimacy vs. 20-40
mencari identiti. dalam perhubungan menuju ke alam
Isolation thn
• Berusaha membentuk perkahwinan serta membina kerjaya;
ikatan kemesraan. sekiranya gagal akan merasa
• Sesetengah individu terasing dan tersisih.
yang gagal kerana • Individu pada peringkat ini sudah
pengalaman berupaya menjaga dan melindungi
dikecewakan, terus individu lain (suami/isteri dan anak)
keterasingan. tanpa hilang identiti diri.
• Generativiti bermaksud • Kehidupan berkeluarga dan kerjaya
memberi sumbangan yang baik dapat memuaskan hati,
kepada generasi atau sebaliknya akan membawa
berikutnya atau kepada perasaan mementingkan diri
Generativity
40-60 melakukan aktiviti serta hanya memusatkan kepada
vs.
thn produktiviti. perkembangan atau aktiviti diri.
stagnation
• Individu akan berasa • Mereka yang tidak dapat
kecewa kerana gagal membentuk keintiman akan rasa
dalam pencapaian terasing dan akan menghindari
yang bermakna. perhubungan dengan orang lain.
• Integriti adalah hasil • Merupakan kemuncak
kebanggaan terhadap perkembangan iaitu berkaitan
kehidupan yang dengan kejayaan hidup berkeluarga
berharga dan karier akan menimbulkan
Integrity vs. 60
• Orang tua yang kurang kepuasan dalam diri.
despair thn >
puas hati dengan • Perkara sebaliknya jika gagal akan
kehidupannya akan membawa kepada kedukaan dan
takut mati. kekecewaan di hari tua dan berputus
asa dengan kehidupannya.

3.5.2 Sigmund Freud

- Definisi personaliti: Sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang, iaitu perlakuan


yang dilihat boleh dilihat oleh orang lain seperti tingkah laku, tindak balas, gaya,
pemikiran, khayalan, sifat membela diri dan konsep kendiri.
- Freud mempercayai bahawa manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi.
Manusia menurutnya bersifat tidak nasional, tidak sosial dan banyak desakan
yang merosakkan dirinya sehingga manusia tidak berupaya menentukan arah tuju
kehidupannya.
- Struktur personaliti atau pemikiran manusia terbahagi kepada tiga komponen iaitu:
Id - unsur biologikal atau dorongan naluri semula jadi dari paras
pemikiran yang rendah atau bawah sedar
- bahagian pemikiran manusia yang primitif dan tidak rasional
- dorongan, desakan kemahuan asas naluri yang inginkan kepuasan
yang segera
- sentiasa mencari keseronokan dan kepuasan tanpa memikirkan
akibatnya kepada orang lain, peraturan dan persekitaran.
- tidak mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat, tetapi
berhubungan dengan sktuktur keperibadian lainnya yang
menghubungkait id dengan dunia luar.
- Contoh: menyelesaikan masalah lapar, dahaga, hiburan dan
memenuhi kemahuan seks
Ego - struktur dalaman personaliti yang terbentuk melalui pengalaman
dan realiti
- tidak wujud semasa lahir
- berfungsi sebagai pengatur atau pengawal kehendak yang tidak dapat
dipuaskan oleh id dan mengasimilasikan maklumat daripada
persekitaran dan memberi taakulan, pemikiran dan penyelesaian
masalah (Tam, 2006)
- Mula berkembangan pada 1-2 tahun (ketika pertama kali mereka
berinteraksi dengan masyarakat)
- Naluri ego terbentuk apabila kanak-kanak mendapati bahawa tidak
semua yang dikehendaki dalam id dapat dipenuhi dan ketika inilah ego
wujud bagi mencari alasan dan rasionalnya terhadap masalah itu.
- berfungsi dengan bertindak terhadap satu peristiwa yang
mendatangkan kecemasan dan biasanya konflik yang berlaku antara id
dan super ego
- Apabila ego gagal untuk memuaskan naluri id,
 maka wujudlah konflik, ketegangan/ kecemasan.
 Cara mengatasinya:
a. Menggunakan asas pengalaman sosialisasi dan tenaga fikiran
dan nyata dan sebenar;
b. Mewujudkan konsep ‘mekanisme bela diri’ yang dilakukan
dengan menolak, menentang dan tipu helah dengan
memesongkan keadaan sebenar.
- Sebahagian besar tindakan ego adalah dalam prasedar.
Super - Gabungan suara batin dan ego-unggul yang berfungsi untuk
ego menentukan tingkah laku.
- Tanggungjawab eksternal (Id dan ego: bersifat perkembangan internal)
- merupakan penerapan, penghayatan norma dan nilai-nilai moral dalam
masyarakat, penanaman standard moral yang diterima ego daripada
ibu bapa dan masyarakat
- berkembang dalam lingkungan umur 5 tahun
Berdasarkan pandangan Freud, sktuktur personaliti atau pemikiran manusia digambarkan
seperti ‘iceberg’. Sebahagian besarnya permikiran manusia tersembunyi di alam bawah
sedar (bahagian bawah iceberg). Sebahagian lagi, berada di antara alam sedar dengan
alam bawah sedar (tengah iceberg) dan alam sedar, iaitu sebahagian kecil di bahagian
atas iceberg.

Alam sedar: keadaan yang Nampak dan yang


dirasai ketika ini, kuliah, pakaian, tugas, rakan-rakan

Prasedar: bahagian antara sedar dan bawah sedar


muncul dalam bentuk mimpi-mimpi

Bawah sedar: sebahagian besar hidup manusia di


alam bawah sedar, konflik masa lalu, pengalaman
baik dan buruk seperti cinta ditolak, dimalukan,
hubungan tidak baik adik beradik, tidak lulus ujian,
kegagalan, mencuri, bergaduh, perasaan berdosa

Alam Pemikiran pada masa ini, kini, sekarang yang dilakukan seperti belajar,
sedar memakai baju, hadiri kuliah dan berbincang dengan rakan-rakan dan perkara-
perkara yang masih diingat dengan jelas.
Prasedar Pemikiran yang telah tersimpan sementara waktu.
Bawah Pemikiran manusia menjadi alam bawah sedar setelah lebih kurang 5 hingga
sedar 10 tahun sesuatu perkara dilakukan. Pengalaman yang tersimpan dalam alam
bawah sedar ini termasuklah pemikiran, naluri semula jadi, keinginan tidak
rasional, perlakuan bermoral atau tidak bermoral yang pernah dialami dan
sebagainya yang telah lama berlaku.

- Menurut Freud, perkembangan diri setiap individu terbahagi kepada lima peringkat:
Umur Peringkat Keseronokan dan kepuasan serta penguasaan moral
0-18 bln Oral Lebih bertumpu kepada mulut dan bibir kerana masih menyusu
dengan ibu. Keperluan fisiologi perlu dipenuhi dengan kasih sayang.
2-4 thn Anal 肛门 Banyak berfokus kepada dubur 肛门 dan pengawalannya, cara
membuang najis dan desakan ibu bapa untuk mengawal disiplin.
4-6 thn Falik 阳具 Peringkat kritikal iaitu kanak-kanak merasakan alat jantina
menjadikan punca keseronokan.
6-12 thn Latensi Kecenderungan untuk bergaul dan berinteraksi dengan persekiaran,
潜伏 suka berkawan dan mencari pengalaman, sifat ingin tahu.
12-18 thn Genital Alat jantina muncul semula menjadi punca keseronokan utama
生殖器
BAB 4: HUBUNGKAIT TEORI PERKEMBANGAN MORAL DENGAN INSAN
BERMORAL

4.1 Model perkembangan Kanak-kanak menyeluruh Lickona


Seseorang individu dianggap bermoral sekiranya dia mengamalkan ketiga-tiga dimensi
moral (penaakulan moral, emosi moral & tingkah laku moral) yang selaras dengan model
dimensi moral Lickona.

Head-Moral Knowing Heart-Moral Feeling Feet-Moral Action


“Know the Good” “Love the Good” “Do the Good”

- mengajar nilai positif - Menggalakkan nilai - menggalakkan


- memberi ganjaran manusia/ komuniti tabiat positif
tingkah laku positif - menggalakkan suri - bekerja secara
- berkembang teladan yang positif berkumpulan
penaakulan moral dan berkembang sifat - sedia membantu
empati orang lain

Penaakulan Moral
• Istilah lama: Pemikiran moral
• Pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.
– Seseorang memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan
berasaskan prinsip moral dan nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.
– Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.
• Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional
berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Perasaan Moral
 Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati,
prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.
 Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.
 Perasaan moral penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang
individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial.
 Contoh: Perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa
membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

Perlakuan Moral
• Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.
• Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang
mendorong seseorang bertindak secara bermoral.
• Contoh perlakuan moral
– Bertanggungjawab, Berdedikasi, Berprihatin, Bekerjasama, Berintegriti
Sifat Individu Bermoral
• Bagaimana kita mengetahui bahawa seseorang itu bermoral ?
– Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang
menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya.
– Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa.
– Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-
aspek kerohanian dan pemikiran.
• Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan
menentukan insan bermoral iaitu:
a. Prinsip Keadilan
 Satu prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat
 tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri
 mementingkan saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa
 Kadang kala, keadilan tidak ditunjukkan apabila seseorang yang bekerja lebih tetapi
masih mendapat layanan yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka
dan bukan hanya sama dengan orang lain.

b. Prinsip Alturisme
 perlakuan atau tindakan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang
lain mengatasi kepentingan diri sendiri
 Individu altruisme ialah orang yang pemurah dan individu yang menuntut kepuasan
bukannya untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain seperti sanggup mengorbankan
kepentingan diri untuk orang lain.
 Alturisme melahirkan perasaan kasih sayang, simpati dan empati yang seterusnya
menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri, kebencian dan tamak
 Sebagai contoh, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu
menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu
mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak
yatim yang kehilangan ibu bapa.

c. Prinsip Autonomi
 meliputi konsep pertimbangan bebas dan kebebasan memilih
 tdk merangkumi perkara2 yg boleh meruntuhkan / memusnahkan kebajikan org lain
 Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar
adalah tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral. Ini disebabkan individu
yang dipaksa membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara
rasional dan adil. Tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar.
 Sebagai contoh, Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok
membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah
ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah
dipengaruhi oleh sesiapapun.
4.2 Modal Insan Menyeluruh (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Matlamat & Objektif Pend Moral KSSR


MATLAMAT
Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah kesejahteraan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF
• Memahami dan menghayati nilai-nilai universal
• Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia
• Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan
diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara
• Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaanmoral dan
perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

• Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
• Warganegara Malaysia yang
a) Berilmu pengetahuan
b) Berketerampilan
c) Berakhlak
d) Mulia
e) Bertanggungjawab
f) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
g) Memberi sumbangan
SENARAI NILAI MURNI KSSR
No. Nilai Definisi
1 Kepercayaan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
kepada Tuhan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
2 Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan
orang lain dengan memberikan bantuan dan sokongan moral
secara tulus ikhlas.
3 Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.
4 Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
6 Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang dengan
memberikan layanan yang bersopan serta menghormati
peraturan institusi sosial.
7 Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
8 Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
9 Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
10 Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
11 Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguhsungguh dan
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
12 Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
13 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
14 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup.