Anda di halaman 1dari 22

1.

0 Penghargaan

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bersyukur saya di atas kurnian Tuhan kerana
dengan keizinan-Nya, saya berjaya melengkapkan kerja kursus Statistik Asas GSA 1072
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kerja kursus ini memerlukan saya mengumpulkan
data dan menganalisa data tersebut dan seterusnya mewakilkan data tersebut dalam bentuk
perwakilan data yang sesuai berdasarkan perwakilan data yang terdapat dalam proforma
Statistik Asas.

Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang pensyarah
yang banyak membantu saya serta membimbing saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Pensyarah yang saya maksudkan ialah Dr.Wee Kim Teck dan juga Encik Puah Kien Kok.
Berkat bimbingan dan nasihat mereka, saya dapat melengkapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Mereka membantu saya dengan menilai draf yang telah saya sediakan, kemudian
mereka memberikan beberapa pandangan dan nasihat untuk memperbaiki draf yang telah
saya sediakan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang
secara tidak langsung membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus. Selain itu, terima
kasih juga saya ucapkan kepada rakan sekumpulan saya kerana telah membantu secara
langsung ketika saya berusaha menyiapkan kerja kursus ini. Berkat kerjasama mereka, saya
dapat menentukan idea-idea yang boleh saya gunakan dalam kerja kursus ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih saya hulurkan kepada kedua orang tua saya kerana
berkat sokongan dan dorongan mereka, saya berjaya melengkapkan kerja kursus ini. Ketika
saya hampir berputus asa, mereka memberikan sokongan moral kepada saya agar saya
tidak berputus asa dan berusaha lagi agar kerja kursus ini dapat disiapkan.

Melalui kerja kursus ini, saya dan rakan sekelas banyak mempelajari perkara baru
tentang Statistik Asas. Ilmu yang dipelajari ini pasti akan dapat membantu saya untuk
menjadi seorang pendidik yang berdedikasi dan cemerlang suatu hari kelak setelah saya
menamatkan pengajian.

1
2.0 Pengenalan kepada Statistik Asas

Menurut sejarah, perkataan statistik sebenarnya berasal daripada perkataan Latin


yang bermaksud “State” iaitu negeri atau negara. Pada awalnya, statistik digunakan untuk
mengumpul data atau maklumat yang menerangkan beberapa aspek berkaitan dengan
sesebuah negeri atau negara semenjak zaman Mesir, Greek dan Rom. Pada masa itu, data
yang dikumpul bertujuan untuk memudahkan pengutipan cukai dan kerahan tenaga kerja.
Setelah itu, kerajaan-kerajaan Eropah Barat begitu taksub dengan data statistik ini kerana
mereka bimbang kuasa politik dan ketenteraan mereka terancam sekiranya berlaku sesuatu
wabak penyakit yang buruk dan boleh menyebabkan perubahan jumlah penduduk. Justeru,
mereka telah mengumpul data kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Pada tahun 1662, Captain John Grant yang merupakan seorang ahli statistik dari
England telah menerbitkan semula data mengenai kelahiran dan kematian berpunca
daripada penyakit-penyakit tertentu. Perkara ini kemudiannya berterusan dengan kajian-
kajian seperti kadar kelahiran mengikut jantina, kepesatan penduduk dan beberapa lagi.
Semenjak itu, pihak kerajaan, para peniaga mahupun individu telah bergantung kepada data
statistik sebagai satu panduan untuk pentadbiran, urus niaga serta kepentingan peribadi.
Pada masa kini, proses pengumpulan, pengkelasan, penyimpanan dan proses
mendapatkan kembali data yang telah disimpan ada suatu proses yang mudah kerana kini
semuanya berbantukan komputer dan teknologi maklumat.

2
3.0 Perlaksanaan Tugasan/Kajian

Kajian ini telah dilaksanakan di kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, saya telah meniliti isu yang menarik untuk
dijadikan sebagai bahan kajian.

i. Pemilihan Isu

Seperti yang kita ketahui, untuk memasuki Institut Pendidikan Guru calon-
calon perlu memiliki kelayakan akademik yang cemerlang bagi melayakkan mereka
menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Calon-calon yang ingin memohon
perlulah meraih sekurang-kurangnya 5A untuk melayakkan diri menduduki ujian
tersebut. Memandangkan kerja kursus ini berkaitan dengan matapelajaran
matematik, saya telah memilih isu yang berkaitan dengan matapelajaran tersebut
supaya kajian yang saya lakukan ini kelihatan lebih relevan dan sinonim dengan
matapelajaran matematik. Selain itu, matapelajaran matematik juga amat berkait
rapat dengan kursus Statistik Asas yang saya pelajar di institut.

Dalam kajian ini, saya telah memilih isu yang berkaitan dengan para guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Saya telah memilih untuk
melakukan kajian tentang korelasi antara jangka masa mengulangkaji matapelajaran
matematik dengan keputusan matapelajaran matematik dalam peperiksaan
percubaan SPM. Saya memilih untuk melakukan kajian ini kerana saya berpendapat
bahawa lebih lama seseorang itu mengulangkaji pelajaran, maka semakin baguslah
keputusan peperiksaan yang akan diperolehi. Begitu jugalah persepsi saya untuk
matapelajaran matematik dalam peperiksaan SPM, pelajar yang meluangkan lebih
banyak masa untuk mengulangkaji matapelajaran matematik akan mendapat
keputusan yang cemerlang untuk matapelajaran matematik.

3
4.0 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, saya telah menetapkan beberapa objektif yang ingin saya capai pada
akhir kerja kursus Statistik Asas ini. Antara objektif utama yang ingin saya capai ialah seperti
berikut:

i. Meningkatkan kemahiran dalam asas statistik, dapat mentadbir, menganalisis


dan menterjemahkan data dengan tepat.
ii. Belajar tentang Taburan Normal dan mengira ukuran kecenderungan memusat
dan serakan.
iii. Menggunakan analisis korelasi untuk membuat interpretasi antara dua
pembolehubah.
iv. Menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
disepadukan dalam sesi P&P.
v. Mempertingkatkan penguasaan teori dan pengalaman praktikal yang dijalani
sepanjang kursus boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

4
5.0 Cara Pengumpulan Data

Borang soal selidik merupakan alat utama yang saya gunakan untuk proses
mengumpulkan data dan maklumat. Saya telah menyediakan borang soal selidik untuk
tujuan pengumpulan data. Saya telah meminta nasihat daripada rakan-rakan dan juga
merujuk kepada pensyarah untuk mengenalpasti kesilapan pada borang soal selidik yang
telah saya sediakan. Setelah kesalahan pada borang soal selidik dikenalpasti, maka saya
dengan kadar yang segera telah membetulkan kesalahan tersebut. Kemudian, saya telah
membuat 30 keping salinan borang soal selidik untuk memperoleh data mengenai korelasi
jangka masa mengulangkaji matapelajaran matematik dan keputusan ujian matematik para
guru pelatih dalam peperiksaan SPM mereka. Selain itu, kebenaran untuk mengedarkan
borang soal selidik telah saya dapatkan daripada pensyarah sendiri iaitu Encik Wee Kim
Teck dan Encik Puah Kien Kok. Borang selidik tersebut boleh dirujuk pada halaman
lampiran di akhir tugasan ini.

Secara umumnya, borang soal selidik yang telah edarkan merangkumi dua bahagian
yang merangkumi perkara-perkara berikut:

Bahagian A: Latar belakang responden/guru pelatih

1) Opsyen/Kursus
2) Nama
3) Umur
4) Jantina
5) Kaum
6) Agama

Bahagian B: Soalan soal selidik

Dalam bahagian B, responden atau guru pelatih diminta untuk menjawab tiga soalan
ringkas yang berkaitan dengan jangka masa mengulangkaji matapelajaran matematik dan
keputusan ujian matematik dalam peperiksaan SPM. Tiga soalan yang telah sediakan untuk
mengumpul data dan maklumat ialah seperti berikut:

1) Apakah markah matapelajaran matematik yang anda perolehi dalam peperiksaan


percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
2) Berapa lama masa yang anda gunakan untuk mengulangkaji matapelajaran
matematik dalam tempoh satu hari?

5
3) Berapa kali kekerapan anda mengulangkaji matapelajaran matematik dalam tempoh
satu hari?
6.0 Mengumpul data

Setelah membuat sebanyak 30 keping salinan borang soal selidik, saya telah
mengedarkan borang selidik tersebut melalui serahan tangan. Tempoh masa yang yang
diambil bagi penghantaran dan pemulangan semula borang selidik adalah dalam tempoh
masa 3 hari. Sebanyak 30 orang responden atau guru pelatih telah saya pilih untuk
menjalankan kajian ini dan untuk tujuan mengumpulkan data. Saya telah memilih 10 orang
responden daripada kumpulan pengajian PPISMP Sejarah, 10 orang daripada kumpulan
pengajian PPISMP Matematik 1 dan 10 orang daripada kumpulan pengajian PPISMP
Pengajian Agama. Saya telah memilih 15 orang responden lelaki dan 15 responden
perempuan untuk mengimbangkan data yang dikumpul. Selepas tempoh masa 3 hari,
kesemua borang soal selidik yang telah diedarkan dikembalikan semula dengan jumlah
yang cukup. Hasil kajian yang telah saya lakukan ialah seperti berikut.

6
7.0 Data Mentah
7.1 Markah (%) matapelajaran matematik dalam percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).
54 78 71 91 80
86 87 81 62 87
65 57 93 92 72
78 68 61 76 75
67 91 78 73 89
83 82 87 89 58

7.2 Berapa lama masa yang diambil untuk mengulangkaji matapelajaran matematik
dalam tempoh satu hari.

1 jam 2 jam 4 jam 2 jam 3 jam


3 jam 4 jam 2 jam 4 jam 1 jam
4 jam 1 jam 3 jam 3 jam 4 jam
3 jam 3 jam 4 jam 1 jam 2 jam
2 jam 4 jam 1 jam 4 jam 4 jam
4 jam 3 jam 3 jam 2 jam 3 jam

Penyusunan Data: {1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,3,3,3,3,3,3,3,3,3,4,4,4,4,4,4,4,4,4,4}

Pengiraan Min = 𝑚𝑖𝑛

{1+1+1+1+2+2+2+2+2+2+3+3+3+3+3+3+3+3+3+4+4+4+4+4+4+4+4+4+4}
= 30

{4+12+27+40}
=
30

= 2.767

Pengiraan Mod = {1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,3,3,3,3,3,3,3,3,3,4,4,4,4,4,4,4,4,4,4}

=4

Pengiraan Median = {1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,3,3,3,3,3,3,3,3,3,4,4,4,4,4,4,4,4,4,4}

3+3
= 2

7
6
=2

=3

7.3 Berapa kali kekerapan mengulangkaji matapelajaran matematik dalam tempoh


satu hari.

1 kali 1 kali 2 kali 2 kali 3 kali


2 kali 2 kali 4 kali 1 kali 2 kali
1 kali 3 kali 1 kali 2 kali 1 kali
2 kali 2 kali 1 kali 1 kali 2 kali
2 kali 1 kali 2 kali 3 kali 1 kali
1 kali 2 kali 2 kali 1 kali 2 kali

Penyusunan Data: {1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,3,3,3,4}

Pengiraan Min = 𝑚𝑖𝑛

1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,3,3,3,4
={ 30
}

53
= {30}

Pengiraan Mod = {1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,3,3,3,4}

= 14

Pengiraan Median = {1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,1,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,2,3,3,3,4}

2+2
=
2

=2

8
8.0 Analisis Kajian Mengikut Perwakilan Data yang sesuai.

8.1 Analisis soalan yang telah dijawab oleh responden/guru pelatih berdasarkan borang soal
selidik.

Jadual 1.1: Apakah keputusan matapelajaran matematik yang anda perolehi dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Markah Ujian 54- 64- 74- 84-


Matematik 64 74 84 94
Bilangan Responden 5 6 9 10
Carta Pai

Markah Ujian Matematik

54-64 64-74 74-84 84-94

Carta Bar

Markah Ujian Matematik


12
10
10 9

8
6
6 5

0
54-64 64-74 74-84 84-94
Bilangan Responden 5 6 9 10

9
Carta Garis

Markah Ujian Matematik


12
10
10 9

8
6
6 5

0
54-64 64-74 74-84 84-94

10
Jadual 1.2: Berapa lama masa yang anda gunakan untuk mengulangkaji matapelajaran
matematik dalam tempoh satu hari.

Masa
1 jam 2 jam 3 jam 4 jam
Mengulangkaji
Bilangan
5 6 9 10
Responden

Carta Pai

Masa Mengulangkaji

10

1 jam 2 jam 3 jam 4 jam

Carta Bar

Masa Mengulangkaji
12

10
Bilangan Responden

6
Bilangan Responden
4

0
1 jam 2 jam 3 jam 4 jam
Bilangan jam

11
Graf Garisan

Masa Mengulangkaji
12
10
10 9
Bilangan Responden

8
6
6 5

0
1 jam 2 jam 3 jam 4 jam
Bilangan jam

12
Jadual 1.3: Berapa kali kekerapan anda mengulangkaji matapelajaran matematik dalam
tempoh satu hari.

Kekerapan Mengulangkaji 1 Kali 2 Kali 3 Kali 4 Kali


Jumlah Responden (Orang) 12 14 3 1

Graf Garisan

Kekerapan Mengulangkaji
16

14

12

10

0
1 Kali 2 Kali 3 Kali 4 Kali
Jumlah Responden
12 14 3 1
(Orang)

Graf Bar

Kekerapan Mengulangkaji

4 Kali

3 Kali

2 Kali

1 Kali

0 2 4 6 8 10 12 14 16

1 Kali 2 Kali 3 Kali 4 Kali


Jumlah Responden (Orang) 12 14 3 1

13
Carta Pai

Kekerapan Mengulangkaji

1
3

12

14

1 Kali 2 Kali 3 Kali 4 Kali

14
9.0 Analisis korelasi antara jangka masa mengulangkaji matapelajaran matematik dengan
keputusan markah matapelajaran matematik dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran
Malaysia.

Korelasi Antara Jangka Masa Belajar & Markah Matematik


4.5
y = 0.093x - 4.3634
4 R² = 0.9465
3.5

2.5
Series1
2 Linear (Series1)
1.5

0.5

0
0 20 40 60 80 100

Berdasarkan jenis perwakilan data yang di atas, beberapa analisis dapat dibuat.
Berpandukan graf korelasi yang di atas, paksi X telah diwakilkan dengan bilangan jam
mengulangkaji manakala paksi Y pula mewakilkan markah yang diperolehi oleh pelajar
dalam peperiksaan percubaan SPM. Paksi x menyaksikan terdapat 0.5 perbezaan antara
setiap kelas. Kelas tersebut telah ditandai pada graf iaitu pada kelas 1, 2, 3, dan 4. Paksi Y
pula menunjukkan perbezaan 20 markah antara setiap kelas seperti yang tertera dalam graf
dia atas.

Bagi menjelaskan proses menganalisis graf tersebut secara lebih teliti, saya telah
menganalisis data yang saya perolehi mengikut gred markah agar lebih mudah untuk
dipersembahkan dalam bentuk peratusan markah. Markah yang telah saya kumpulkan juga
mempunyai peratusan yang berbeza dari skala 0-100%. Berdasarkan hal tersebut, perkara
ini telah memberikan pelbagai interpretasi disebabkan markah yang dikumpulkan daripada
30 orang responden mempunyai peratusan yang berbeza antara satu sama
lain.Berpandukan peratusan markah yang dikumpulkan daripada 30 orang responden
tersebut, dapat saya simpulkan bahawa hamper keseluruhan responden menghabiskan
banyak masa untuk mengulangkaji matapelajaran matematik sebelum mereka menduduki
peperiksaan percubaan SPM mereka.

Hal ini terbukti kerana hampir separuh daripada responden memperoleh markah
dalam lingkungan 84 - 94% dalam peperiksaan percubaan SPM mereka. Dalam erti kata
15
lain, lebih ramai responden yang mendapat gred yang paling tinggi iaitu gred A hingga A+.
Saya akan menjelaskan satu demi satu kelas pemarkahan tersebut, pada kelas pertama
iaitu dari markah 54 – 64%, sebanyak 5 orang responden berjaya mendapat markah dalam
lingkungan tersebut. Bagi julat antara 64 – 74%, sebanyak 6 orang responden bersamaan
dengan 20% daripada jumlah responden telah berupaya meraihkan markah tersebut.

Selain itu, jumlah responden yang mendapat markah dalam lingkungan 74 – 84%
ialah seramai 9 orang iaitu 30% daripada jumlah kesuluruhan responden manakala baki
responden pula mendapat markah dalam lingkungan 84 – 94% iaitu sebanyak 10 orang.
Melalui tiga perwakilan data yang telah saya gunakan untuk mempersembahkan data
tersebut, kita boleh lihat bahawa hmpir 70% daripada jumlah responden berjaya mendapat
gred A dan A+ dalam peperiksaan percubaan SPM mereka masing-masing manakala 17%
mendapat gred B hingga B+ dan 20% lagi mendapat gred A-.

Menerusi tiga perwakilan data yang telah digunakan untuk mewakilkan markah
matapelajaran matematik dalam peperiksaan percubaan SPM, boleh disimpulkan bahawa
kesemua responden memahami topik-topik yang terdapat dalam skop pembelajaran
matematik. Selain itu, boleh disimpulkan juga kesemua responden berupaya untuk meraih
markah yang tinggi dalam matapelajaran matematik. Di samping itu, perwakilan data
tersebut juga menunjukkan peratusan yang positif yang bermakna kesemua responden lulus
dalam peperiksaan percubaan SPM mereka dengan minima gred B+.

Seterusnya, kita beralih kepada tiga perwakilan data yang telah digunakan untuk
mempersembahkan data mengenai masa yang digunakan untuk mengulangkaji
matapelajaran matematik dalam tempoh satu hari. Berdasarkan tiga perwakilan data
tersebut, jelas bahawa kesemua responden mengulangkaji dalam masa satu jam, dua jam,
tiga jam dan akhir sekali 4 jam. Berdasarkan data yang telah saya perolehi, sebanyak 5
orang responden mengambil masa satu jam untuk mengulangkaji matapelajaran matematik.
Selain itu, terdapat 6 orang responden yang mengulangkaji matapelajaran matematik
selama 2 jam sehari. Terdapat 9 orang yang mengambil masa 3 jam sehari untuk
mengulangkaji matapelajaran matematik manakala terdapat 10 orang yang meluangkan 4
jam sehari untuk mengulangkaji matapelajaran matematik.

Di samping itu,mengikut data korelasi yang telah saya hasilkan, dapat disimpulkan
bahawa responden yang meluangkan masa selama 4 jam sehari untuk mengulangkaji
matapelajaran matematik merupakan mereka yang berjaya mendapat markah yang tinggi
dalam peperiksaan percubaan SPM mereka. Ini jelas membuktikan bahawa semakin lama

16
seseorang itu meluangkan masa untuk mengulangkaji, maka semakin cemerlang lah
keputusan yang akan mereka perolehi.

Melalui data korelasi ini, terbukti bahawa untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik, seseorang itu perlulah meluangkan lebih masa untuk
mengulangkaji pelajaran kerana besar kemungkinan mereka akan memperoleh input yang
lebih banyak jika mereka belajar lebih lama. Selain itu, dapat disimpulkan juga kebanyakan
responden berjaya memahami topik-topik yang terdapat dalam matapelajaran matematik
kerana statistik menunjukkan kesemua responden lulus dalam peperiksaan percubaan SPM
mereka.

17
10.0 Cadangan
Hasil daripada kajian ini, saya telah meniliti beberapa aspek yang kurang diambil
berat bagi memastikan pelajar mendapatkan markah ataupun gred yang baik dan
cemerlang dalam peperiksaan mereka. Cadangan yang saya cadangkan ialah para
guru perlu menyediakan soalan yang sesuai mengikut aras soalan iaitu aras rendah,
sederhana dan akhir sekali aras tinggi. Setiap aras soalan tersebut perlulah memiliki
jumlah soalan yang seimbang agar pelajar mampu atau berupaya untuk membiasakan
diri mereka dengan aras soalan yang berbeza.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar guru memanfaatkan masa terluang pelajar
seperti pada waktu petang ataupun pada hujung minggu denagn memanggil pelajar-
pelajar yang lemah untuk menghadiri kelas pemulihan bertujuan untuk meningkatkan
pemahaman para pelajar tentang matapelajaran yang ditawarkan di sekolah
terutamanya matapelajaran matematik dan matapelajaran teras yang lain.
Seterusnya, saya mencadangkan agar para guru sering memberikan latihan latih tubi
kepada para pelajar untuk meningkatkan tahap kebiasaan para pelajar untuk menjawab
soalan. Ini kerana pelajar yang sering melakukan latihan latih tubi mapu untuk
memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan jelas kerana latih tubi tersebut
berupaya mematangkan pemikiran mereka.
Demikian merupakan cadangan yang mungkin boleh dijalankan bagi memperbaiki
atau mengekalkan keputusan yang baik atau cemerlang untuk matapelajaran di
sesebuah sekolah terutamanya matapelajaran matematik yang disifatkan sebagai salah
satu matapelajaran yang sukar difahami dan dikuasi dalam kalangan pelajar.

18
11.0 Kesimpulan
Menerusi kerja kursus ini serta kajian yang telah dilakukan, saya dapat membuat
satu kesimpulan yang signifikan. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui
tentang pelabagai jenis perwakilan data yang boleh digunakan untuk memudahkan
penyusunan data serta persembahan data andainya terdapat banyak data yang perlu
dianalisa serta diklasifikasikan.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa setiap perwakilan data juga mempunyai
fungsi, cara pembuatan dan kelebihan yang tersendiri. Dalam erti kata lain, setiap jeni
perwakilan data mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain yang boleh
digunakan untuk mempersembahkan data-data yang berbeza dan berlainan.
Namun, untuk memilih perwakilan data yang sesuai bukanlah satu perkara yang
boleh diambil mudah kerana jika tersilap memilih perwakilan data, sesuatu data
tersebut mungkin disalah tafsir oleh sesetengah pihak malah boleh menimbulkan
kontroversi.
Kesimpulannya, untuk memilih perwakilan data yang sesuai memerlukan seseorang
untuk mengetahui setiap ciri-ciri tentang setiap jenis perwakilan data yang ada. Selain
itu, untuk memilih perwakilan data yang sesuai untuk data tertentu memerlukan masa
yang cukup bagi mengelakkan data disalah tafsir dan sesuatu kajian itu menemui
kegagalan.

19
12.0 Refleksi

Pertama sekali saya ingin bersyukur pada Tuhan yang maha Esa kerana dengan
izinnya saya dapat melaksanakan tugasan saya bersama dengan rakan sekumpulan dalam
menjalankan tugasan ini walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang saya tempuhi tetapi
atas dasar semangat dan ketekunan saya cuba sedaya upaya untuk menghadapinya.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan halangan, saya serta rakan kumpulan
berusaha semaksimum mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut secara rasional dan
tidak terburu-buru untuk mengelakkan lebih banyak masalah yang timbul. Selain itu,andai
menghadapi masalah, saya akan duduk berbincang dengan rakan sekumpulan bagi mencari
jalan penyelesaian yang lebih sesuai dan relevan untuk menyelesaikan masalah kami.
Saya dan kumpulan saya diberikan tugasan yang bertemakan statistik matematik.
Selain daripada tugasan kumpulan, kami juga telah diberikan tugasan individu iaitu untuk
mengumpulkan data dan mempersembahkan data tersebut menggunakan sekurang-
kurangnya tiga perwakilan data yang sesuai dan relevan. Tugasan kummpulan kami pula
ialah untuk menyediakan satu rumusan berkaitan dengan jenis-jenis perwakilan data dan
menerangkan ciri-ciri perwakilan tersebut.
Dalam mengedarkan borang soal selidik saya berpuas hati terhadap tindak balas
yang diberikan oleh semua responden yang dipilih secara rawak walaupun terdapat
beberapa responden yang kurang memberi kerjasama tetapi masalah tersebut dapat diatasi
bagi meneruskan lagi kajian saya.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang
diberikan oleh ahli kumpulan saya iaitu Howard Victor Anak Petrus dan Abdul Raouf bin
Abdul Rahman kerana memberikan komitmen yang begitu memberangsangkan terhadap
tugasan yang diberikan walaupun sibuk dengan kerja masing-masing.
Kelemahan saya dalam melaksanakan tugasan ini adalah saya kurang
berpengetahuan menggunakan ataupun menghasilkan perwakilan data seperti yang telah
saya laksanakan, hasil daripada tunjuk ajar pensyarah serta rakan sekumpulan saya maka
kini saya telah pun mengetahui sedikit sebanyak tentang jenis-jenis perwakilan data yang
boleh diaplikasikan dalam statistik asas malahan dalam mata pelajaran yang lain juga.
Kelebihan dalam melaksanakan tugasan ini pula adalah apabila saya dan rakan
sekumpulan dapat bersatu dan sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugasan ini.
Selain itu juga, saya amat gembira melaksanakan tugasan ini bersama-sama dengan rakan
sekumpulan saya. Harapan saya pada kali ini adalah agar kementerian pelajaran
mempelbagaikan lagi tugasan seperti ini dan pihak yang berkaitan dapat menambah baik
apa yang sepatutnya.

20
Selain itu, menerusi kerja kursus ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak
tentang statistik asas dan juga jenis-jenis perwakilan data yang mempunyai ciri-ciri yang
berbeza antara satu sama lain. Di samping itu, kerja kursus ini juga menguji kesabaran serta
komitmen dan kerjasama saya dengan rakan sekumpulan kerana tanpa kesabaran,
komitmen dan kerjasama yang kuat antara ahli kumpulan, sudah pasti kerja kursus ini akan
gagal disiapkan tepat.
Kesimpulannya, kerja kursus ini memberikan pengalaman baharu untuk saya dan
ahli kumpulan saya. Kerja kursus ini memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk
memahami dengan lebih mendalam tentang jenis-jenis perwakilan data serta cara-cara
ataupun teknik yang digunakan untuk memilih perwakilan data yang sesuai.

21
13.0 Rujukan
14.0 Baba, A. (1997). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. kuala
lumpur.
15.0 Jaya, A. (n.d.). Statistik Asas. Retrieved Ogos 21, 2012, from
http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/Statistik%20Asas.pdf
16.0 Sabri Ahmad, T. Z. (2002). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
17.0 Sciences, I. o. (2010, jun 22). university of malaya. Retrieved Ogos 20, 2012, from
http://math.um.edu.my/BIBM/Istilah.mat?abj=p
18.0 Tap, A. O. (1997). Menyelami ufuk matematik. kuala lumpur: UKM.
19.0 Zain, S. M. (1978). The Role of Mathematics in Industry. kuala lumpur: UKM.
20.0 Zain, S. M. (2002). Fungsi Matematik . Kuala Lumpur: UKM.
21.0 Zam, C. (2011, April 21). CheguZam. Retrieved Ogos 20, 2012, from
http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-3-bab-4.html

22

Anda mungkin juga menyukai