Anda di halaman 1dari 1

Guru ialah mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah dan bukan

sekadar itu, guru jugalah yang mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca,
mengira. Guru juga merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi
murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi
warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga
memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.

Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk memartabatkan profesion keguruan di


Malaysia ini adalah guru perlulah seiring dengan perkembangan mata pelajaran yang
diperkenalkan di Malaysia. Kini, dalam setiap mata pelajaran mempunyai soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Maka,
untuk membolehkan pelajar dapat berfikir seperti itu, guru terlebih dahulu perlu lebih
mengetahui dan menguasai soalan-soalan yang berunsur KBAT supaya dapat memberi
tunjuk ajar kepada pelajar-pelajarnya.

Cadangan seterusnya adalah zaman ini merupakan zaman teknologi pesat


berkembang. Dengan berkembangnya teknologi menjadikan murid zaman sekarang
mengetahui terlalu banyak perkara seperti gossip-gossip artis antarabangsa, isu-isu semasa,
cerita dan lagu kesukaan mereka dan banyak lagi. Maka, jika seorang guru itu tidak
mengikuti perkembangan semasa yang amat diminati oleh pelajarnya akan mewujudkan
jurang persefahaman yang besar antara guru dan murid. Hal ini demikian kerana, jika
seorang guru itu mengikuti perkembangan semasa dan menghubungkaitkan dengan
pembelajaran harian, ia akan menarik minat murid untuk belajar dan rapat dengan guru.

Cadangan yang terakhir adalah guru perlu kreatif dan kritis dan tidak hanya bertumpu
kepada satu cara pembelajaran. Guru perlu mempunyai gaya pengajaran yang pelbagai
supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Murid zaman sekarang amat gemar
bermain ‘game’ ataupun permainan, maka guru perlu mencipta beberapa bahan bantu
mengajar yang mempunyai unsur permainan seperti kad uno, monopoly supaya pelajar lebih
berminat untuk belajar dan cara pengajaran seperti ini tidak bosan. Selain itu, guru juga
boleh memberikan hadiah kepada pemenang dalam permainan tersebut untuk menaikkan
semangat bersaing mereka untuk memenangi permainan tersebut.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara ataupun cadangan untuk memartabatkan


profesion keguruan di Malaysia dan beberapa cadangan di atas adalah salah satu contoh
yang amat baik untuk diguna pakai oleh guru supaya pelajar tidak akan berasa bosan untuk
ke sekolah dan belajar dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai