Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP(SN) NAMA GURU PELATIH:


Ambilan Januari 2011
TAJUK KURSUS: SCE 3103 SEMESTER: 2
(Meneroka Bahan)
TARIKH MULA: TARIKH HANTAR:
____________________________________________________________________________

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, pelatih-pelatih seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti bahan asli dan bahan buatan manusia.


2. Mempamerkan pengetahuan tentang konsep asas bahan asli dan bahan buatan manusia,
komposisi kimia dan sifat-sifatnya.
3. Menunjukkan penggunaan bahan asli dan bahan buatan manusia dalam kehidupan
seharian dan industri.
4. Menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam "Meneroka Bahan" melalui
pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kurikulum sains sekolah rendah.

Projek ini akan menilai semua hasil pembelajaran pelatih dalam kursus ini

Objektif Projek

Projek ini membolehkan pelatih untuk:

1. mengumpul maklumat berkaitan amali dan PPIK bagi subjek Meneroka Bahan.
2. memperoleh pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dalam melaksanakan amali.
3. menyempurnakan semua tugasan amali.
4. menjawab semua soalan amali dan PPIK dengan lengkap.
5. mengadakan pameran sains berbentuk interaktif yang berkaitan dengan PPIK.
6. menduduki ujian dalam tajuk-tajuk yang ditentukan oleh pensyarah.

TUGASAN PROJEK (100%)

Industri kimia memainkan peranan penting dalam ekonomi dan taraf kehidupan kita. Industri
kimia memproses sumber alam melalui tindak balas kimia untuk menghasilkan pelbagai bahan
buatan yang sangat berguna dalam kehidupan harian ini. Melalui kursus ini pelatih dapat
menerokai kedua-dua bahan asli dan bahan buatan manusia. Bahan api, bijih dan galian, getah,
sutera, kapas serta wul adalah contoh-contoh bahan asli yang diterokai manakala aloi, sebatian
aromatik, alkohol, eter, amina, aldehid, keton, asid karboksilik, ester, amida, plastik, ammonia,
asid sulfurik, asid nitrik, bahan komposit, sabun dan kertas pula merupakan contoh-contoh
bahan buatan manusia yang diterokai.
Tugasan 1

Tugasan ini memerlukan pelatih untuk:

a. mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang semua amali yang


berkaitan dengan kursus ini.
b. menjawab semua soalan yang disertakan dalam setiap amali dan PPIK yang
berkaitan.
c. melaksana dan menulis laporan amali dan PPIK yang berkaitan. Tarikh
penghantaran amali dan PPIK akan ditetapkan oleh pensyarah.

Tugasan 2

Menduduki ujian bagi tajuk-tajuk tertentu yang ditetapkan oleh pensyarah untuk subjek
Meneroka Bahan bagi menguji tahap kefahaman pelatih.

Tugasan 3

Dalam kumpulan kerja yang telah ditetapkan, pelatih dikehendaki mengadakan pameran sains
berbentuk interaktif yang berkaitan dengan PPIK.

Perincian dokumen yang diperlukan bagi tugasan ini

1. Projek ini dilaksanakan secara individu iaitu bagi tugasan 1 & 2 dan secara berkumpulan
untuk tugasan 3.
2. Bagi Tugasan 3, penulisan refleksi adalah diwajibkan.
3. Penulisan tentang sumber rujukan mestilah mengikut format APA .
4. Penghantaran dokumen kerja kursus secara bercetak mestilah mengikut peruntukan
berikut:
i. Tulisan jenis Arial saiz 12
ii. Langkau 1.5 antara baris (line spacing)
iii. Cetakan pada kertas A4 tunggal
iv. Muka surat perlu dinomborkan
5. Muka depan kerja kursus perlu mematuhi standard berikut
a. nama
b. nombor indeks dan Mykad
c. kelas/ kumpulan
d. tajuk projek
e. nama pensyarah
6. Anda perlu menghantar tugasan ini pada atau sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Tanpa kelulusan pensyarah, penghantaran lewat boleh menjejaskan gred pencapaian
anda.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Menunjukkan kemahiran saintifik/kemahiran berfikir dan sumber pembelajaran yang


cemerlang.
2. Menunjukkan kematangan dan ketinggian ilmu dalam penulisan refleksi. Cadangan
tentang penyelesaian isu turut disertakan .
3. Cemerlang dalam pelaksanaan dan pengurusan dalam tugasan
4. Bahasa penulisan adalah cemerlang dan jelas.
5. Menggunakan bahan sokongan yang cemerlang.
6. Menunjukkan kerjasama yang baik dalam kumpulan.

Kriteria pemarkahan

Tugasan ini akan disemak dan dinilai berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________ ________________________

(En Tan Cho Chiew) (En Sylvester Saimon Simin)


Pensyarah Kimia Ketua Jabatan Sains & Matematik

Tarikh : ........................ Tarikh : ........................