Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana
memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan
kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan
yang berkaitan dengan tajuk tugasan.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norildahayati bt Ilias yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari
awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu juga, saya juga mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi
kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan
dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan
sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan
juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,harapan
saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya serta kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada
masyarakat setempat khususnya.
PENGENALAN