Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Cerita : Nahkoda Yang Tamak

Hai semua, pernah dengar tak cerita mengenai Nahkoda Yatim yang tamak? Ya saya
tahu, saya tahu, ceritanya bermula begini……

Suatu masa dahulu tinggal seorang pemuda di Kampung Asam Jawa. Namanya ialah

Yatim. Dia bekerja dengan pedagang yang bernama Muluk. Dia menjadi nahkoda

kapal dan dikenali sebagai nahkoda Yatim. Suatu hari seorang pedagang

memberitahu nahkoda yatim bahawa dia pernah menemui banyak harta karun di

sebuah pulau. Dia menunjukkan kepada Nahkoda Yatim seketul batu permata.

Nahkoda pun mahu ke pulau itu dengan segera.

“Aku akan memberikan kamu separuh daripada apa yang aku temui di sana”, janjinya

kepada pedagang itu.

Mereka pun belayar ke pulau itu. Apabila Nahkoda Yatim melihat harta karun itu,

dia mengarahkan orangnya membawa kesemua harta emas itu ke atas kapalnya.

Harta karun itu terlalu banyak sehingga memenuhi dua buah kapal. Nahkoda Yatim

memberikan pedagang itu sebuah kapal. Tetapi kemudian, dia menjadi tamak dan

berkata, “ sekarang kamu mesti memberikan separuh daripada apa yang kamu ada

kepada aku!”

Pedagang itu menjadi marah tetapi dia menyerahkan semula separuh daripada harta

karunnya kepada Nahkoda Yatim. Nahkoda Yatim juga mahukan kotak yang dipegang

oleh Si Pedagang. Pedagang itu pun menghulurkan kotak tersebut kepada Nahkoda

Yatim lalu belayar pergi.

Apabila Nahkoda Yatim membuka kotak itu, dia menemui sebiji botol yang tertulis

kata-kata :
“Sapu minyak itu ke mata kanan dan kamu akan dapat melihat harta karun”

“Sapu minyak itu ke mata kiri dan kedua-dua mata kamu akan menjadi buta”

Dia menyapu sedikit minyak ke mata kanannya. Sungguh luar biasa! Dia melihat harta

di laut, di dalam gua dan di atas darat.

Tanpa berfikir, dia turut menyapu sedikit minyak ke mata kirinya. Benda-benda di

sekelilingnya menjadi kabur- kemudia, dia tidak dapat melihat langsung! Tiba-tiba

rebut melanda. Ombak besar memukul kapalnya. Terdengar bunyi dentuman yang

kuat dan kapal itu mula karam. Nahkoda Yatim berteriak sewaktu jatuh ke dalam

laut. Dia berasa menyesal kerana terlalu tamak.

Terima Kasih !