Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

Industri buku di Malaysia pada umumnya berkembang dengan perlahan berbanding dengan
negara-negara jiran. Buku dikatakan memainkan peranan penting dalam pembentukan
tamadun dan menjadi asas pendidikan kepada sesebuah negara maju. Buku juga dianggap
‘duta’ kecemerlangan budaya sesuatu bangsa kerana ia berperanan sebagai agen mendidik
rakyat supaya berjiwa kebangsaan,mencintai tanah air, mewujudkan muhibah antara kaum,
menjauhkan perkara negatif, mengenal diri sendiri dan orang lain dan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan membina tamadun ilmu.

Buku juga mendidik kita kearah membina kekuatan rohaniah dan pemikiran sebagai
asas untuk mendukung dan mengimbangi pembangunan kebendaan dan fizikal. Untuk
memperjuangkan industri buku,beberapa NGO dan badan kerajaan telah muncul iaitu Dewan
Bahasa & Pustaka (DBP), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku. Badan ini telah
bekerjasama untuk meningkatkan industri buku tempatan.Pada tahun 1956.

Mengikut statistik pembaca buku Perpustakaan Negara Malaysia (PNM),pada tahun


2014 sebanyak 237,426 orang,dan telah meningkat pada tahun 2015 sebanyak 330,107
orang.Manakala pada tahun 2016,statistik pembaca buku telah menurun ke 326,797 orang.
Statistik pinjaman buku PNM pula, jumlah pinjaman buku pada tahun 2014 sebanyak
870,455 buah buku.Pada tahun 2015 jumlah pinjaman buku telah turun secara mendadak ke
352,573 buah buku.Pada tahun 2016 jumlah pinjaman buku telah meningkat semula ke
420,737 buah buku. Untuk memupuk minda kelas pertama,kita memerlukan sokongan
industri buku yang hebat kerana industri buku mampu mengangkat pemikiran masyarakat ke
tahap yang lebih baik melalui pembudayaan amalan membaca serta mencintai ilmu

Page | 1
2.0 BADAN KERAJAAN DAN NGO INDUSTRI BUKU TEMPATAN

2.1 Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)


Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1969 dengan nama
asalnya MBPA.Sejak dari awal penubuhannya,Persatuan Penerbit Buku Malaysia
amat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti mahupun menyertai program-program
yang diadakan oleh pihak lain.Menurut sumber bertulis yang direkodkan secara
sistematik,segala aktiviti dan kegiatan Persatuan Penerbit Buku Malaysia bermula
pada tahun 1972.Melalui rekod-rekod surat masuk dan keluar yang disimpan,dapat
menunjukkan Persatuan Penerbit Buku Malaysia merupakan sebuah persatuan yang
aktif sama ada diperingkat dalam negara mahupun antarabangsa.

Dengan tertubuhnya Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).


Kemajuan dalam industri perbukuan dapat diperkukuhkan kerana wujudnya sebuah
persatuan untuk para penerbit(sama ada kerajaan,swasta mahupun persendirian)yang
bergabung untuk memberi sumbangan yang lebih bersepadu. Keadaan ini
mewujudkan suasana dan persaingan kerja yang lebih adil dan harmonis. Pelbagai
saranan dan pendapat dapat diutarakan secara sistematik dan berkesan melalui
persatuan. Malahan setiap resolusi, memorandum, cadangan dan pendapat akan
dinilai secara bersama dan tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan demi
memartabatkan industri perbukuan negara ke tahap yang lebih gemilang lagi.

Persatuan Penerbit Buku Malaysia masih lagi aktif menganjurkan pelbagai


aktiviti seperti seminar,bengkel,forum,dialog,kursus,majlis amal,kajian ilmiah,dan
latihan yang diadakan khusus untuk melatih ahlinya melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan bersesuaian dengan bidang penerbitan. Dengan itu,segala perkembangan
terkini tentang industri perbukuan Negara dapat diketahui dengan cepat dan tepat
kerana para ahlinya menguasai bidang teknologi penerbitan yang semakin canggih.
Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur.Dimana ia adalah acara yang akan diadakan pada tiap-tiap
tahun.Terdapat Penerbit dari tempatan dan juga luar negara yang menyertai Pesta
tersebut.Selain itu anjuran di bawah MABOPA antaranya MABOPA Book
Fair,MABOPA Bookfest ,dan lain-lain.

Page | 2
2.2 Perbadanan Kota Buku
Perbadanan Kota Buku ditubuhkan pada 6 Julai 2011. Dasar Buku Negara (DBN)
telah menyarankan agar diwujudkan suatu agensi perbukuan Negara yang disebut
sebagai ‘Pusat Buku’.Kota Buku ialah pusat sehenti bagi menghimpunkan
pembaca,penulis dan penerbit untuk bertemu dan membantu mereka menjalankan
pelbagai aktiviti yang berkaitan.

Antara Objektif Penubuhan Kota Buku ialah Menyediakan infrastruktur


kepada semua usahawan industri berkaitan buku dan penerbitan buku
tempatan.Menjadi pusat pameran dan jualan buku terbitan syarikat tempatan.Menjadi
pusat pertemuan kepada pelbagai urusan jual beli buku dan pelbagai urus niaga
berkaitan industri buku.Kotya Buku juga menyediakan infrastruktur bagi pelbagai
aktiviti membabitkan industri buku.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah sebagai contoh Perbadanan Kota Buku
melalui Akademi Kota Buku,mengadakan bengkel Kemahiran Melakar Aras Tinggi
(KMAT). KMAT ialah kemahiran melakar berdasarkan pemikiran dan daya imaginasi
untuk membolehkan sesuatu idea Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat
disampaikan dengan efektif serta book camp yang dianjurkan oleh Perbadanan Kota
Buku.Selain itu Perbadanan Kota Buku mengadakan program Gong Xi Buku yang di
sambut sama dengan Tahun Bari Cina baru-baru ini,tujuan Gong Xi Buku di adakan
adalah untuk bertukar-tukar buku di kalangan peminat buku dan berkenalan dengan
rakan baru.

Page | 3
2.3 Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia telah ditubuhkan pada 14 September 1993
dengan nama asal Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bagi memenuhi
prasarana industry terjemahan di Malaysia. Antara objektif penubuhan ITBM
termasuk memartabatkan industry terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal
berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat.
memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan.
memartabatkan industry terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal berkaitan
terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat, memperkasa
dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan.

2.4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama
asal Balai Pustaka. DBP ialah sebuah jabatan kerajaan untuk menggerak dan
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
ilmu. Antara objektif penubuhan DBP ialah untuk membina dan memperkayakan
bahasa Melayu dalam semua bidang, memperkembangkan bakat sastera, khususnya
dalam bahasa kebangsaan, mencetak, menerbitkan, membantu dalam percetakan atau
penerbitan buku-buku dalam bahasa kebangsaan, membakukan ejaan dan sebutan,
membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan, menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas.

Page | 4
Senarai kursus/bengkel/latihan yang dianjurkan ITBM dan DBP

Bil Badan Jenis kursus/Bengkel/Latihan Tarikh


1. ITBM Kursus penterjemahan (sambilan) 2018 10/3/2018-12/5/2018

2. ITBM Bengkel penyuntingan terjemahan 3/3/2018-24/3/2018


(sambilan)2018

3. ITBM Kursus asas Bahasa Arab (sambilan) 2018 10/3/2018-12/5/2018

4. ITBM Kursus penterjemahan Bahasa Arab-Bahasa 17/3/2018-5/5/2028


Melayu (sambilan)

5. ITBM English for writing and communication 10/4/2018-12/4/2018


(intensive) 2018

6. DBP Kursus penyegaran tatabahasa Bahasa Melayu

7. DBP Kursus penulisan professional: surat rasmi dan


memo

8. DBP Kursus penulisan professional kertas


kerja/kertas cadangan

9. DBP Kursus penulisan teks ucapan

10. DBP Kursus asas penerbitan

Page | 5
3.0 SUMBANGAN BADAN KERAJAAN DAN NGO TERHADAP
PEMBANGUNAN ILMU

3.1 Penerbitan Buku

Penerbitan buku yang pelbagai judul meliputi pelbagai bidang seperti buku
Umum, Sains, Matematik, Teknologi, Sastera, Agama, Pendidikan Rendah dan
Tinggi, Pengurusan, Sains Sosial, Seni, Kreatif serta banyak lagi. Buku-buk
berkenaan dapat disebar luaskan pula dengan pembeliannya oleh orang ramai dan
oleh perpustakaan seluruh negara. Ini akan menggalakkan dan memupuk minat
membaca kepada masyarakat. Maka, secara langsung dan tidak langsung ia membantu
dalam pembangunan ilmu.

3.2 Kepelbagaian kursus yang ditawarkan


Pelbagai kursus atau latihan turut ditawarkan bertujuan memberi pendedahan
mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang penterjemahan,aspek budaya
masyarakat, kejurubahasaan dan penyuntingan. Kursus-kursus yang dijalankan ini
secara tidak langsung meningkatkan ilmu dalam bidang penerbitan.

3.3 Penterjemahan buku bahasa asing ke bahasa kebangsaan


Khidmat terjemahan professional ini adalah dalam semua bahasa dan bidang.
Buku yang diterjemah akan disunting, disemak bagi memastikan perkataan yang
digunakan tepat serta sesuai dengan kehendak dan keperluan pelanggan. Ini bagi
menggalakkan minat membaca di kalangan masyarakat. Semakin banyak membaca
semakin bertambah ilmu.

Page | 6
4.0 BUKU INDIE
Berasal dari perkataan Inggeris, singkatan daripada perkataan ‘independent’ yang bermaksud
bebas, merdeka dan tidak bergantung pada syarikat besar untuk menerbitkan buku mereka.
Seperti yang di ketahui menerbitkan buku melalui syarikat besar arus perdana adalah perkara
yang agak susah, melalui tapisan yang rumit dan memakan masa yang lama. Ia tertakluk
kepada genre, polisi dan kualiti yang dikenakan oleh pihak penerbit. Hari ini semuanya dapat
dilanggar dengan mudah, sesiapa sahaja yang boleh ‘menulis’ boleh menjadi ‘penulis’ dan
menjadi penerbit. Buku indie ini ialah sebuah karya bebas, apa sahaja boleh diceritakan dan
boleh dijadikan cerita tanpa sekatan. Buku indie tidak mempunyai suatu ciri-ciri penulisan
yang tertentu, ada yang bersifat sarkastik, memberontak, maki-hamun, jenaka, catatan diari,
nasihat agama, kata-kata pendek, catatan perjalanan dan sebagainya.

Mengikut Laporan Biro Tatanegara buku indie mula berkembang di Malaysia pada
tahun 2000 tetapi ada pendapat lain mengatakan buku indie ini telah lama bertapak di
Malaysia sejak zaman permulaan internet tetapi tidak dikenali dan mendapat perhatian seperti
sekarang, jadi tarikh sebenar bila buku indie ini bertapak di Malaysia tidak dapat dinyatakan
secara tepat walau bagaimanapun fenomena buku indie meletus serta berkembang pesat
seumpama ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ dan laris bagaikan ‘pisang goreng panas’,
apabila syarikat penerbitan buku-buku indie yang boleh dikatakan memberi impak besar pada
fenomena buku indie seperti DuBooK Press, Fixi dan Lenjen Press ditubuhkan sekitar tahun
2010/2011 dan pada pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2017, tiga nama gergasi buku indie
ini tersenarai diantara 10 penerbit paling popular di PBAKL 2017, FIXI di kedudukan ke-
tiga, di ikuti Lenjen Press di kedudukan ke-sembilan dan di kedudukan ke-sepuluh Dubook
Press .

4.1 Persamaan & Perbezaan Buku Arus Perdana Dan Buku Indie

‘Sama tapi tak serupa’, buku arus perdana dan buku indie kedua-duanya ialah sebuah
‘buku’ bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan, menyampaikan maklumat,
menjadi bahan rujukan serta merupakan makanan pada minda, jiwa dan keperibadian
kerana manusia yang membaca ialah manusia yang bertamandun, dengan membaca
kita dapat membuka minda dan menjadi lebih baik. Buku juga jambatan kepada
cintakan ilmu.

Page | 7
Antara buku arus perdana dan buku indie ada berbezaan, antara yang paling
besar berbezaan yang dapat di lihat ialah penulisan ayat, buku arus perdana setiap
ayatnya berlapik dan berkias di tulis dengan tersusun dan mengikut garis panduan,
lebih sopan dan ‘malu’ selain itu buku arus perdana tidak mempunyai unsur-unsur
yang memberi kepincangan kepada masyarakat, bangsa dan agama. manakala buku
indie lebih berterus terang, syiok sendiri dan ‘garang’.

Walau apa pun setiap buku yang ditulis walaupun agak kasar penyampaianya
atau sebaliknya dan banyak kurangnya tetapi sesebuah buku itu tetap ada nilai murni,
pengajaran dan unsur-unsur positif yang ingin disampaikan cuma pengolahan cerita
buku indie wajar dikirtik untuk menambah baik bukan untuk dihentam atau di
lingkupkan agar penerbit buku indie dapat menerbitkan buku indie tempatan yang
berkualiti dan benar-benar menyumbang kepada pembangunan ilmu.

4.2 Buku Indie - Sisip Negatif

Antara sisip negetif buku indie yang boleh mendatangkan keburukan jika tidak
dibendung, diantaranya ialah buku-buku indie ini, pada dasarnya lebih terbuka dan
lantang menzahirkan idea. Selain itu buku indie bahasa penulisannya agak kasar,
pengunaan ayat seperti sumpah-seranah dan maki-hamun sebagai ekspresi diri kepada
sesuatu yang tidak disukai mereka. Dahulu penulis menyampaikan kemarahannya
secara berkias, tetapi di dalam penulisan indie ini, ia lebih banyak disampaikan secara
terang tanpa selindung. Tiada lagi seni dalam menyampaikan sesuatu pandangan,
bahkan bahasa slanga yang kasar telah menjadi suatu seni kepada mereka seolah-olah
siapa yang paling lantang dan keras bahasanya dialah yang hebat. Tidaklah semua
buku indie begitu cuma sebahagian dan sebahagian itulah yang memberi impak sisip
negatif kepada buku indie.

Antara lain novel-novel indie selain bahasanya yang kasar, kesat ada juga
yang bersifat lucah lebih dikenali sebagai ‘novel cabul’ dan ini yang paling
membimbangkan walaupun buku yang ditulis itu secara keseluruhan bukanlah lucah
semuanya dan ada nilai murni yang ingin disampaikan tetapi ayat-ayat lucah yang
ditulis secara jelas dan terperinci penulisannya amat menakutkan akan mempengaruhi
minda anak muda lagi-lagi anak remaja perempuan sebagai contoh novel terbitan
Lenjen Press bertajuk Uqasha:Nafsu tulisan Maria Isabella, dan juga novel Babi:
Page | 8
Bercinta di balik api tulisan Azwar Kamarulzaman. Golongan muda seperti yang
diketahui masih mentah, sedang mencari identiti dan mudah terpengaruh. Tajuk yang
berahi Visual muka depan buku indie juga antara faktor lain yang membimbangkan,
muka depan buku indie kononnya yang lebih ‘cool’ tetapi sebenarnya memberi
‘makna berganda/double meaning’. Sebagai contoh novel terbitan FIXI berjudul
Seronok tulisan Saad Omar mengunakan gambar pisang yang diselimutkan, dan juga
novel COMOLOT tulisan Hilmi Loma yang mengunakan visual gambar bibir yang
berahi. Muka depan seperti ini yang kita tengok pun kita boleh agak isi di dalamnya
penulisanya bagaimana dan memberi maksud apa yang ingin disampaikan, patutkah
buku seperti ini diberi pada remaja untuk dibaca? Apa yang perlu dilakukan dan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung buku-buku indie yang tidak
‘sihat’ ini?.

4.3 Buku Indie Dan Sumbanganya

Walau begitu banyak sisip negetif dari buku indie tetapi, buku-buku indie tidak
dinafikan sumbangan utamanya menarik minat golongan anak-anak muda untuk
membaca kerana bahan bacaan indie telah mendapat tempat di hati golongan anak
muda terutamanya bagi mereka yang inginkan kebebasan berfikir dan bertindak tanpa
sebarang sekatan. Antara faktor yang menarik minat golongan muda untuk membaca
buku indie ialah tajuk yang diletakkan pada buku indie kelihatan bersifat catchy,
menarik dan “sempoi”. Selain itu kandungan buku-buku indie lebih segar, berterus-
terang dan menyeronokan jika dilihat dari sudut positif. Antara faktor lain yang
menarik golongan anak muda membeli buku indie ialah promosi jualan buku indie
yang murah contoh seperti buku terbitan FIXI dengan hanya RM50.00 sebanyak 5
buku dari FIXI dapat dimiliki. Satu buku RM10.00, sangat murah dan mampu milik,
bukan sahaja FIXI membuat promosi seperti itu DuBook Press juga pernah
melakukan promosi yang sama satu buku RM5.00,beli buku dapat hadiah (jika
bertuah). Lenjen Press juga tidak terkecuali membuat promosi harga runtuh, tujuh
buku RM98.00, satu buku RM7.00 dan penghantaran percuma bagi sesiapa yang beli
RM100.00 keatas. Promosi-promosi ini yang membuatkan bukan sahaja anak muda
tetapi pada sesiapa yang memang minat membaca, yang ingin cuba-cuba membaca
buku indie membeli buku indie dari 3 syarikat Gergasi ini. Faktor-faktor Ini antara
yang dilakukan penerbit buku indie untuk menarik minat golongan muda membaca
dan membantu dalam pembangunan ilmu.

Page | 9
5.0 KESIMPULAN

Budaya membaca sangat penting bagi pembentukan minda seseorang. Amalan membaca
dalam kalangan masyarakat perlu ditingkatkan bagi mencapai objektif menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Kepentingan membaca menjadi keutamaan sepertimana wahyu
pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Iqra’ yang bermaksud bacalah. Ini
menjelaskan bahawa membaca adalah pintu kepada ilmu.

Kadar celik huruf terutama dalam kalangan bumiputera telah menigkat kepada 98%
tahun lalu hasil daripada pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan badan-badan
NGO. Peningkatan jumlah penerbitan buku-buku adalah secara langsung menunjukkan tahap
dan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia telah meningkat. Ia adalah antara indikator yang
amat penting dalam membandingkan pencapaian semasa dan terdahulu. Rakyat Malaysia
perlu bersaing dengan negara lain yang lebih tinggi kadar minat membaca. Kita perlu sama-
sama menjadikan buku sebagai satu ikon demi menigkat kan tamadun ilmu.

Page | 10
RUJUKAN

(PNM), P. N. (2018, 2 18). Retrieved from Portal Perpstakaan Negara Malaysia (PNM):
http://www.pnm.gov.my/

Bernama. (2012, 4 14). Mapoba: pernerbitan industri buku. Retrieved from Malaysia Kini:
www.malaysiakini.com/news/195031

Jani, I. M. (2014, 6 1). Mapoba Book Fair 2014: Malaysia sebagai Negara Tema. Retrieved
from Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) :
mabopa.com.my/index.php/update/463/

Musa, N. H. (2016, 8 1). Publishers Workshop, Conquering The Challenges - Successful


Publishing Today. Retrieved from Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA):
http://mabopa.com.my/index.php/update/555/

Utusan Malaysia. (2017, 10 13). Teknologi Harapan Baharu Industri Buku Malaysia.
Retrieved from Institut Terjemahan & Buku Malaysia:
www.itbm.com.my/shop/pages/gallery/news/teknologiarharapanbaharuindustribukum
alaysia

Wahab, R. (2017, 6 4). Karya indie: mencari antara permata dan kaca. Retrieved from
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/karya-indie-mencari-
antara-permata-dan-kaca-1.489310

Page | 11

Anda mungkin juga menyukai