Anda di halaman 1dari 2

Karangan: Lengkapkan Cerita Kecurian

Soalan: Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba...


Lengkapkan cerita di atas.

Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba aku terdengar
bunyi sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan tiada di rumah
kerana bercuti ke Sabah.
Aku pun segera mengintai melalui tingkap. Aku ternampak kelibat dua
orang berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaan mereka sungguh
mencurigakan.
Aku segera ke bilik ayahku. Aku mengetuk pintu. Ayah keluar, aku terus
menceritakan perkara yang telah aku lihat tadi. Aku dan ayah terus mengintai
melalui tingkap. Aku mengesyaki yang mereka itu adalah pencuri. Ayah terus
menelefon polis.
Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung rumah jiranku. Aku
dan ayah sekadar memerhati melalui tingkap bagaimana pihak polis menyerbu
masuk dan dapat memberkas pencuri tersebut. Pihak polis mengucapkan terima
kasih kepada aku dan ayah.

Karangan: Pengalaman Pergi Berkelah

Soalan: Ceritakan pengalaman kamu pergi berkelah.

Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti
sekolah. Saya ke Air Terjun Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama-sama
keluarga. Saya berasa gembira.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi. Kami pergi ke sana dengan
menaiki kereta Proton Persona yang baru dibeli. Kami sampai di tapak
perkhemahan , kira-kira pukul 2:00 petang. Pemandangan di situ sungguh indah.
Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong emak
menyediakan hidangan yang telah dimasak di rumah. Bunyi air yang menghempas
ke batu membuatkan kami tidak sabar untuk pergi bermandi-manda. Alangkah
sejuk airnya, sehinggakan badan saya menggigil.
Selepas bermandi-manda, kami pun menikmati hidangan yang disediakan ibu
dengan berselera sekali. Sebelum tidur kami mendengar cerita pengalaman ayah
semasa kecil. Saya terus tertidur kerana keletihan.
Keesokannya, selepas berkemas, kami pun pulang ke rumah.