Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan

Masyarakat Dusun dari dulu hingga sekarang bergantung hidup terhadap makanan ruji

yang penuh dengan karbohidrat iaitu nasi. Maka tidak hairanlah masyarakat Dusun telah mula

menanam padi untuk memenuhi keperluan asas keluarga masing-masing sejak dulu lagi.

Peredaran masa pasti akan mengubah semua hal yang ada dalam dunia ini. Begitu juga

dengan padi sawah yang dahulunya diusahakan secara tradisional, kini diusahakan dengan

cara moden selaras dengan kemajuan teknologi.

Untuk memastikan sejarah ekonomi masyarakat Dusun di kampung Minodung tidak

hilang ditelan zaman, saya sebagi salah seorang generasi baharu di kampung ini mengambil

inisiatif untuk menulis esei ilmiah tentang penanaman padi sawah tradisional agar semua

sejarah dapat diturunkan kepada generasi yang akan datang pula agar mereka lebih jelas

dengan identiti mereka sendiri sebagai orang Dusun.

Dalam esei ilmiah ini, bukan sahaja sejarah penanaman padi sawah tradisional

kampung minodung yang akan diketengahkan, malahan penulisan ilmiah tentang masyarakat

Dusun dan maklumat tentang lokasi kajian akan dijelaskan dengan lebih perinci untuk

mendapatkan hasil kajian yang terbaik. Hal ini juga akan membantu mana-mana pembaca esei

ilmiah ini untuk membuat sebarang konklusi dan menilai setiap ayat dalam hasil kajian

melalui maklumat awal yang ditulis dalam esei ini.

Esei ilmiah ini mengandungi tiga bahagian iaitu Masyarakat Dusun, Latar Belakang

Lokasi Kajian dan Sejarah Penanaman Padi Sawah Tradisional Di Kampung Minodung

Tambunan.

1
MASYARAKAT DUSUN

Asal Usul Masyarakat Dusun

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Dusun menjelaskan

tentang kelahiran kaum Dusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari Nunuk Ragang1

sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh pelosok negeri

Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru,

contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, suku kaum

Dusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di negeri Sabah.

Asal usul masyarakat Dusun mendapat pelbagai spekulasi dan kesimpulan serta tekaan

tanpa bukti yang kukuh . Menurut Hewett (1923), perkhawinan di antara anak perempuan

Raja China di Sungai Kinabatangan dengan Sultan Brunei yang kedua telah melahirkan

salasilah keturunan Dusun di Sabah. Teori ini diperkuatkan oleh pendapat Moore yang

menyatakan China telah meninggalkan koloninya di Borneo Utara pada awal abad ke-13.

Pendapat ini disokong oleh kenyataan Baker yang menyatakan bahawa kerajaan tradisi China

pernah wujud di kawasan Kinabatangan.

Masyarakat Dusun juga sangat percaya terhadap kuasa bobolian2 yang dikatakan

sangat penting untuk membantu memakmurkan kehidupan masyarakat Dusun yang

kebanyakannya datang berubat dengan bobolian disamping melakukan upacara ritual yang

lain seperti monginsok3 dan banyak lagi. Bobolian boleh dikatakan sebagai satu elemen yang

penting dalam hidup masyarakat Dusun kerana masyarakat Dusun terutama sekali masyarakat

2
tradisional sangat percaya dengan keberkesanan rinait4 yang diucapkan oleh bobolian dalam

setiap upacara ritual.

Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali

sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah mencapai

kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka.

Tetapi, oleh kerana masih terdapat etnik dari pedalaman seperti Tambunan dan banyak lagi

yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun" dipersatukan

menjadi muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Hingga hari

ini masyarakat Kadazandusun dan masyarakat Dusun percaya mereka berbeza tetapi

sebenarnya asal usul mereka sama sahaja tetapi seolah-olah diubah oleh peredaran masa.

3
Kegiatan Ekonomi

Umumnya aktiviti harian kaum Dusun adalah bertani. Orang-orang Dusun adalah

kaum yang sangat rajin dan memenuhi masa lapang dengan bersawah, menanam tembakau

atau sigup5 dan buah-buahan. Kaum Dusun juga menanam tanaman yang semakin mendapat

tempat dalam pasaran ekonomi dan tinggi nilai komersialnya seperti pokok getah dan kelapa

sawit di tanah warisan masing-masing. Tidak hairanlah kalau sering kita perhatikan ramai

wanita Dusun yang sanggup melakukan kerja buruh harian yang biasanya hanya dilakukan

oleh lelaki.

Tanaman utama kaum Dusun ialah padi sawah. Oleh kerana mereka memerlukan

kerbau untuk membantu kerja-kerja mereka di sawah, kerbau merupakan haiwan yang sangat

penting bagi kaum Dusun. Pandangan (worldview) dan cara hidup masyarakat ini berpusat

pada penghasilan padi dan pengamalan kepercayaan animisme seperti bambarayon6.

Selain daripada mengusahakan tanaman padi sawah, masyarakat Dusun turut

menternak binatang seperti kerbau, ayam, itik dan khinzir. Semua binatang ini diternak

dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan sumber makanan di samping menambahkan

sumber pendapatan dengan menjual binatang ternakan mereka itu sekiranya ia melebihi

keperluan asas keluarga masing-masing.

Biasanya masyarakat Dusun juga akan mencari hasil hutan seperti sayuran dan buah

untuk memenuhi keperluan hidup seharian dengan menjadikan semua ini sebagai barangan

makanan utama. Apabila hasil hutan yang diperolehi melebihi keperluan asas penduduk,

4
mereka biasanya akan menjual semua hasil hutan tersebut di pasar tamu. Dengan itu,

pendapatan penduduk dalam bentuk wang akan sedikit sebanyak tertambah.

5
LATAR BELAKANG LOKASI KAJIAN

Latar Belakang Negeri Sabah

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang

dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "Sabbah " atau

"Sappah" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak

ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali

sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali

sebagai pisang menurun. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para

pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di

Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sebelum kedatangan

Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota

Kinabalu disebut Api-Api. Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo

Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau

bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri Sabah

menyertai Malaysia.

Negeri Sabah meliputi kawasan seluas kira-kira 73 619 kilometer persegi. Negeri ini

bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan

negara Brunei. Negeri Sabah terbahagi kepada lima bahagaian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat,

Pantai Barat dan Pedalaman. Bahagian ini pula dibahagikan kepada 23 daerah yang dapat

dilihat pada peta yang berada di bawah ini.

6
7
Daerah Tambunan

Daerah Tambunan meliputi kawasan seluas 134 680 hektar atau 520 batu persegi.

Daerah ini terletak dalam kawasan Pedalaman dan bersempadan dengan daerah Keningau di

Selatan, daerah Ranau di Timur, daerah Papar di sebelah barat, daerah Penampang di sebelah

barat laut dan daerah Tuaran di sebelah Utara. Bentuk muka bumi daerah ini adalah berbukit

bukau dan purata ketinggian ialah antara 650 meter sehingga 950 meter. Daerah Tambunan

boleh dihubungi melalui jalan raya berturap dari Keningau, Ranau dan Kota Kinabalu.

Daerah Tambunan dibahagikan kepada tujuh mukim. Mukim merupakan pembahagian

kawasan dalam daerah tersebut yang mengandungi beberapa kampung di dalamnya. Mukim-

mukim yang membentuk daerah Tambunan ialah Lintuhun, Nambayan, Sunsuron,

Monsorulung, Patau, Kirokot dan Toboh. Daerah Tambunan mempunyai 103 buah kampung

di mana 81 buah kampung mempunyai badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK) dan 22 buah kampung lain tidak mempunyai badan JKKK. Jumlah

penduduk ialah 35,667 orang yang menggabungkan semua etnik yang tinggal di Tambunan.

Majoriti penduduk daerah Tambunan menganuti agama Kristian dan sebahagian kecil

daripada penduduk menganuti agam Islam dan lain-lain. Agama Kristian Katolik mula

disebaarkan secara aktif kepada penduduk daerah Tambunan oleh Rev. Fr. Quinn dan Rev. Fr.

Connoly yang juga telah mengasaskan pusat dan sekolah mission Kristian Katolik di

Tambunan.

8
Mukim Toboh

Mukim Toboh terdiri daripada 15 buah kampung dan kampung Minodung yang

merupakan kawasan kajian saya ialah salah satu kampung yang membentuk mukim Toboh.

Kampung-kampung tersebut adalah seperti dalam jadual di bawah.

1) Kampung Minodung 9) Kampung Gagaraon


2) Kampung Lumondou 10) Kampung Botung
3) Kampung Tangaban 11) Kampung Piasau
4) Kampung Tibabar 12) Kampung Lotud Sukung
5) Kampung Mangi Pangi 13) Kampung Timbou
6) Kampung Maras Karas 14) Kampung Nauduh
7) Kampung Toboh 15) Kampung Tinompok
8) Kampung Kituntul

Mukim ini mempunyai seorang Ketua Anak Negeri (KAN), seorang pemaju mukim

dan seorang pemaju masyarakat. Mukim ini mempunyai 7853 orang penduduk dengan 15

buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan 13 orang Ketua Kampung.

Jika dipecahkan mengikut kegiatan ekonomi penduduk, secara umumnya, 9.5 peratus

penduduk terlibat dalam kegiatan pertanian, 3.5 peratus kegiatan perkhidmatan, 1.03 peratus

dalam kegiatan perikanan, 0.04 peratus kegiatan perindustrian dan 1.43 peratus dalam lain-

lain kegiatan7.

9
Kampung Minodung

Kampung Minodung merupakan kampung yang agak baru berbanding dengan

kampung-kampung yang ada berdekatan dengan kampung ini. Kampung Minodung

mempunyai keluasan 13.10 ekar. Jumlah penduduk yang menghuni kampung ini ialah 450

orang dengan 64 buah keluarga serta 47 buah rumah pada tahun 2012. Walau bagaimanapun,

menurut pengerusi JKKK, Puan Monia Stanis, kebanyakan rumah yang dibina di kampung ini

tidak berpenghuni kerana pemiliknya bekerja di daerah lain dan hanya membina rumah untuk

persediaan apabila mereka pencen nanti.

Lebih kurang 99 peratus penduduk kampung ini menganuti agama kristian dan yang

selebihnya menganuti agama lain. Selain itu, masih terdapat segelintir penduduk yang masih

mengamalkan amalan tradisi enggan mempercayai semangat padi dan lain-lain lagi. Mengenai

asal-usul kampung pula, banyak spekulasi yang mengatakan bahawa nama ‘Minodung’

diambil sempena bentuk kampung dari pandangan atas yang berbentuk hidung namun tidak

dapat dibuktikan kesahihannya. Terdapat juga mitos yang mempunyai sebab mengapa nama

kampung ini dinamakan sedemikian rupa.

Pada masa dahulu terdapat sebuah tasik di hujung kawasan kampung yang didiami

oleh seekor naga raksaksa. Tasik tersebut sangat dalam dan merupakan sumber air utama

penduduk kampung pada masa itu. Pada suatu hari, seorang anak gadis penduduk kampung

ini telah datang ke tasik tersebut untuk mengambil air tetapi malangnya, dia telah hilang di

tasik itu, cuma bekas air milik gadis itu sahaja yang kelihatan tidak jauh dari tepi tasik.

Penduduk kampung percaya bahawa gadis itu telah diheret oleh naga raksaksa tersebut.

10
Penduduk kampung akhirnya bermuafakat untu menggali lubang sarang raksaksa tersebut

untuk mencari gadis yang hilang itu. Tanah yang telah digali diangkut dan dilonggokkan di

satu tempat hingga menjadi satu timbunan yang sangat besar dan tinggi. Timbunan tanah itu

dipanggil oleh penduduk kampung sebagai poingodung-godung. Peristiwa itu telah membawa

kepada nama baru kawasan itu kepada kampung Minodung.

11
Kegiatan Ekonomi

Sebahagian besar penduduk kampung Minodung masih mengekalkan tradisi terutama

mananam padi secara sara diri sebagai aktiviti utama mereka. Majoriti penduduk kampung

Minodung menanam padi sebagai kegiatan utama mereka. Sebahagian kecil penduduk bekerja

dalam sektor perkhidmatan. Walaupun mereka bekerja dalam sektor perkhidmatan, mereka

masih mengusahakan padi sawah kerana biasanya isteri mereka adalah suri rumah sahaja.

Oleh itu, isteri mereka akan mengusahakan tanah yang ada dengan menanam padi dan suami

akan menolong selepas waktu pejabat atau waktu cuti.

Selain itu, penduduk kampung Minodung sekarang sedang aktif menanam tanaman

yang lebih mendapat tempat di pasaran sekiranya dijual seperti getah dan kelapa sawit di

tanah masing-masing. Ada juga yang menoreh getah di tanah orang lain untuk mendapatkan

bahagian dalam bentuk wang sekiranya getah tersebut dijual dalam bentuk kepingan.

Penduduk kampung Minodung juga terutama sekali wanita, sangat gemar bercucuk

tanam untuk dijadikan hobi disamping menambahkan sumber makanan untuk keluarga

masing-masing dan kadangkala semua hasil cucuk tanam tersebut dijual untuk menambahkan

pendapatan sampingan penduduk. Antara tanaman yang sering diusahakan ialah kacang tanah,

ubi kayu, ubi keledek, jagung, pisang dan sayur-sayuran.

Menternak juga menjadi kegiatan utama penduduk kampung Minodung dengan

menternak binatang yang mampu memberikan kebaikan atau pulangan yang baik kepada

penternak sendiri. Antara binatang yang diternak ialah ayam, itik, khinzir dan kerbau.

Penduduk juga mempunyai kolam sendiri dan menternak ikan air tawar yang agak mahal

harganya di pasaran seperti ikan tilapia, ikan merah dan ikan haruan.

12
SEJARAH PENANAMAN PADI SAWAH TRADISIONAL DI KAMPUNG

MINODUNG, TAMBUNAN

Asal Usul Padi Sawah

Penanaman padi sawah di Malaysia hanya bermula pada abad ke-17. Lebih kurang

pada masa yang sama ia diperkenalkan di Amerika Utara tetapi sejarah perusahaannya telah

lama wujud atau berlaku lebih awal. Itulah sebabnya padi liar wujud di kebanyakan bahagian

di dunia. Kepentingannya dalam bidang pertanian membuatkan ia diusahakan di kebanyakan

tempat.

Di Asia telah lama dikenali sebagai kawasan timur di Utara India dan Utara Thailand

yang menjadi kawasan pertama perusahaan tanaman padi. Kesan peninggalan arkeologi dari

kawasan berkaitan menunjukkan ia berusia sekitar 3000 tahun lalu. Ada yang mendapati

bahawa padi ditemui di daerah Jiangsu, China berusia sekitar 6000 tahun. Ada juga yang

menemuinya di sepanjang Sungai Yangtze di bahagian tengah negara China. Ini membuktikan

bahawa kawasan asal perusahaan tanaman padi yang bermula semenjak 8500 tahun dahulu

ialah daerah Jiangsu dan kawasan Sungai Yangtze di China.

Dua ribu tahun dahulu, tanaman padi telah berkembang di India, China dan kawasan

utara negara-negara Asia Tenggara. Beberapa tahun selepas itu, Padi sawah berkembang ke

Korea dan Jepun. Walaupun perkembangannya agak perlahan sehinggalah pada abad ke-18,

padi sawah dikembangkan ke bahagian utara negara-negara tersebut apabila usaha-usaha baru

digunakan untuk menyesuaikannya dengan cuaca sejuk dilakukan.

13
Di Asia semangat padi sentiasa dianggap berbentuk wanita terkecuali di Filipina

dengan alasan yang tidak diketahui, secara tradisional ia adalah lelaki. Di Bali, Indonesia,

kuih-muih dari yang dihasilkan daripada beras dengan pelbagai warna untuk dihantar ke kuil-

kuil. Di Malaysia terutamanya dalam kalangan masyarakat Dusun dan beberapa suku kaum

lain, padi atau beras merupakan pusat kegiatan keagamaan dan kepercayaan tradisi.

14
Cara Penanaman Padi Sawah Tradisional

Sistem Pengairan

Sistem pengairan atau terusan dalam bahasa Dusun ialah kinolian. Kinolian menurut

warga emas yang telah ditemubual merupakan peringkat yang mempunyai prioriti paling

utama kerana padi sawah tidak akan wujud tanpa kehadiran air. Dalam proses penanaman

padi sawah tradisional, kinolian akan didahulukan oleh penanam padi untuk dibersihkan

untuk memudahkan kerja pembersihan sawah.

Kinolian akan menyalurkan air ke kawasan sawah penanam padi dalam beberapa

peringkat. Pendek kata, semakin dekat kedudukan sawah pada kinolian semakin besar

peluang untuk mendapatkan bekalan air untuk menyuburkan padi sawah serta membersihkan

sawah. Kinolian akan dibuat secara gotong-royong oleh masyarakat tradisional dengan

membuat saliran yang sederhana besarnya dan dibuat dengan menyambung saliran tersebut

dengan sungai. Kinolian hanya akan dibuat satu sahaja untuk kawasan sawah penduduk agar

kinolian lebih sistematik dalam proses mengairi kawasan padi sawah.

Petani akan mengadakan gotong-royong membersihkan kinolian sebanyak dua kali

dalam setahun untuk melancarkan pengaliran air sungai ke sawah. Aliran kinolian boleh

dikawal oleh petani daripada mengairi sawah masing-masing tetapi individu berkenaan harus

meminta kebenaran daripada petani yang lain agar tiada perselisihan faham antara mereka.

15
Gambar di atas jelas menunjukkan keadaan sebenar kinolian yang digunakan oleh

petani tradisional di kampung Minodung untuk mengairi padi sawah pada masa dulu lagi.

Kinolian akan dialirkan sebaik sahaja petani selesai membuka semak dan rumput di sawah

masing-masing untuk mengelakkan ia tumbuh menghijau semula. Namun ada masanya,

petani terpaksa menutup saliran apabila air berlebihan masuk dalam sawah dan

menghapuskan haiwan perosak yang ada pada masa itu.

Jenis Peralatan dan Bahan

Untuk menanam dan menuai padi, terdapat banyak alat yang digunakan untuk

memudahkan kerja petani yang ketika itu belum dilengkapi dengan sebarang peralatan

moden. Antara alat-alat yang digunakan ialah tasok8, tatanom9, ragus10, kolobon11,

lingaman12, sangkung13, gagamas14, basung15, guni dan pokok gladulus atau lebih dikenali

sebagai pokok penyembuh dalam kalangan petani.

16
Tasok digunakan oleh petani tradisional dalam proses mangasok16 yang merupakan

langkah pertama penanaman padi. Tasok akan digunakan untuk membuat lubang kecil pada

tanah untuk diisikan dengan bibit padi. Ia adalah proses menyemai tonomon17 untuk dijadikan

totok18 untuk menanam padi secara menyeluruh di sawah apabila totok tersebut sudah

mencapai tahap matang dan boleh dicabut. Namun, sebelum petani memilih sesuatu tempat

itu untuk dijadikan tatakan19 mereka akan membersihkan tempat tersebut terlebih dahulu dan

ditinggalkan semalaman. Sekiranya pada malam tersebut, petani bermimpi buruk tentang

tatakan yang dipilih mereka tidak akan meneruskan niat untuk menjadikan tempat tersebut

sebagai tatakan sekiranya petani bermimpi baik maka tempat tersebut boleh dijadikan

tatakan. Orang Dusun mengelar kepercayaan ini sebagai poginipian.

Tatanom khasnya dibuat daripada batang besi yang kecil dan pendek untuk digunakan

membuat lubang pada tanah juga tetapi ia hanya digunakan semasa musim menanam padi

yang sebenarnya. Tatanom membantu petani untuk mempercepatkan lagi proses penanaman

padi dan menjamin pertumbuhan akar padi dengan lebih baik. Struktur tatanom yang berat

serta panjang sangat sesuai digunakan untuk menanam padi pada sawah yang berair di

kampung Minodung. Gambar di bawah menunjukkan keadaan petani tradisional

menggunakan tatanom dalam proses penanaman padi.

17
Ragus dan sangkung pula sangat sinonim dengan musim pembersihan kawasan sawah

semasa cara penanaman padi tradisional masih digunakan ketika dulu. Proses mamaragus

dilakukan sebanyak dua kali sebelum padi ditanam secara kekal untuk satu tahun. Untuk kali

pertama proses mamaragus dilakukan, ia dipanggil mamahaba20 oleh petani ketika ini. Hal ini

kerana, mamaragus untuk kali pertama dikatakan khas untuk merebahkan rumput-rumput

yang terdapat di sawah. Proses mamaragus untuk kali kedua pula, dilakukan sehari sebelum

padi ditanam agar tanah sawah dapat digambur dengan sempurna supaya proses penanaman

padi akan berjalan dengan lancar. Ragus akan dipasang pada kerbau dan benda yang berat

akan diletakkan pada ragus. Biasanya kanak-kanak pada masa dulu sangat suka menaiki ragus

tersebut di samping membantu ibu bapa masing-masing mamaragus sawah mereka. Gambar

di bawah menunjukkan ragus yang telah dipasang pada kerbau oleh petani tradisional.

18
Sangkung pula digunakan untuk membersihkan batas padi dan mongihang21 sawah

agar lebih bersih untuk memudahkan proses penjagaan dan penuaian padi nanti. Gambar di

bawah menunjukkan gambar sangkung yang sering digunakan oleh petani tradisional di

kampung Minodung.

Kolobon, lingaman , basung dan guni pula digunakan semasa proses penuaian padi

semasa musim menuai. Kolobon digunakan untuk menyimpan padi dalam tangkob22,

lingaman untuk memotong padi daripada jerami dan basung serta guni yang digunakan untuk

menyimpan padi yang telah dipotong daripada jerami. Gambar di bawah menunjukkan

gambar basung dan lingaman yang kini tidak digunakan lgi kerana hanya petani tradisional

yang menggunakannya dulu.

19
Bahan yang digunakan juga lebih bersifat semulajadi dan mesra alam untuk digunakan

pada tanah serta air dalam memastikan kualiti padi sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Bahan yang digunakan ialah tohun23. Ia digunakan khas untuk menjaga padi daripada

serangan binatang perosak.

Penjagaan Rapi Padi

Setelah padi tumbuh dan mula membesar, petani tradisional kampung Minodung dulu

akan mengadakan satu upacara ritual yang dinamakan Mansalud. Upacara ini diadakan untuk

mendoakan supaya padi tersebut dapat membesar dengan baik dan semua petani tradisional

ketika itu akan memohon agar sawah padi mereka diadakan Mansalud. Upacara ini akan

dilakukan oleh bobolian dengan menggunakan bongou24, poring25, bidou26 dan ayam

kampung. Bobolian akan membawa semua benda tersebut ke sawah dan membaca rinait khas

setelah bobolian duduk di sawah yang memohon upacara Mansalud. Setelah selesai, bobolian

akan menyembelih ayam kampung yang dibawa ke sawah seterusnya dibawa ke rumah

empunya sawah untuk dimasak seterusnya dimakan bersama-sama dengan petani yang lain.

Upacara ini akan diraikan dengan meriah sekali dengan meminum toumis27, mogilang-ilang28,

20
memalu gong dan tarian tradisional. Hal ini akan berterusan hingga pagi. Ini merupakan cara

petani tradisional menjaga padi mereka menerusi kepercayaan mereka bahawa doa mereka

didengari oleh penjaga padi.

Kewujudan haiwan perosak di sawah kampung Minodung memang sudah lama

dibimbangkan oleh petani. Apatah lagi petani tradisional yang ketika itu kekurangan alat atau

bahan yang boleh menghapuskan haiwan perosak dengan berkesan. Namun petani tradisional

ketika itu memiliki satu kelebihan iaitu haiwan perosak padi yang ada sangat sedikit. Haiwan

perosak yang wujud ketika itu ialah tikus dan lungou29. Cara petani tradisional mengatasi

masalah ini ketika itu adalah bagi mengurangkan masalah tikus yang merosakkan padi, petani

akan membuat kasip30 untuk menjerat tikus yang ada di sawah masing-masing. Di samping

menjaga padi daripada serangan tikus, sumber makanan petani juaga akan bertambah kerana

masyarakat Dusun memakan tikus untuk dijadikan lauk semasa makan. Melindungi padi

daripada dimakan oleh lungou pula merupakan perkara yang sangat membimbangkan petani

tradisional. Untuk mencegah lungou daripada tinggal dalam padi, petani terpaksa menutup

aliran kinolian agar tanah sawah kering untuk sementara waktu dan lungou akan mati dengan

sendiri kerana lungou memerlukan air untuk terus hidup.

Hal yang membimbangkan petani juga ialah rumput yang sangat susah untuk

dihapuskan seperti paka. Paka ialah sejenis rumput yang boleh hidup dalam air dan sering

melilit akar padi. Ini membantutkan tumbesaran padi dan menyebabkan hasil yang

dikeluarkan oleh pokok padi tidak berkualiti. Oleh itu, petani terpaksa menggunakan cara

yang sama untuk mencegah lungou iaitu menutup aliran kinolian dan mencabut rumput paka

21
dengan tangan sendiri tanpa menggunakan gagamas agar akar rumput paka dicabut secara

kekal daripada tanah sawah berkenaan.

Padi yang dihasilkan ketika itu juga dikatakan sangat berkualiti kerana petani

tradisional tidak menggunakan sebarang bahan kimia seperti petani sekarang untuk menjaga

padi daripada sebarang haiwan perosak atau mencegah rumput yang boleh hidup dalam air

untuk membelit akar padi. Kesuburan tanah ketika itu langsung tidak terganggu dan padi yang

dihasilkan sangat lumayan pulanganya.

Kesesuaian Jenis Padi

Jenis padi yang ditanam ketika petani menjalankan penanaman padi secara tradisional

di kampung Minodung biasanya diambil daripada kampung yang berdekatan seperti

kampung Toboh dan kampung Kituntul. Mereka menggunakan sistem barter untuk

mendapatkan tonomon yang pelbagai untuk mendapatkan padi yang sempurna jerami dan

buahnya.

Jenis padi yang ditanam di kampung Minodung ketika itu merupakan jenis padi yang

tahan lama apabila disimpan dalam sulap31 kerana petani tradisional hanya menanam padi

sawah sekali dalam setahun. Kedudukan geografi sawah juga menyebabkan petani tradisional

harus teliti dalam soal memilih jenis padi yang hendak ditanam. Tempoh matang padi juga

harus diambil kira oleh mereka ketika itu. Tempoh matang padi yang dikehendaki adalah lima

hingga enam bulan sahaja.

22
Padi yang ditanam oleh petani tradisional di kampung Minodung adalah padi Siam,

padi Pasir, padi Lukit, padi Rayung dan padi Apin-apin. Semua padi ini akan dipilih daripada

kumpulan padi yang terbaik semasa musim menuai. Seterusnya petani tradisional akan

menuai padi yang telah dipilih sebagai tonomon itu akan dituai berasingan dan tidak boleh

dituai semasa hari hujan kerana apabila hari hujan semasa menuai tonomon, baka yang akan

dihasilkan semasa penanaman padi nanti tidak akan berkualiti. Ini juga merupakan antara

kepercayaan petani tradisional di kampung Minodung pada masa dulu.

Musim

Oleh kerana masyarakat Dusun yang mengusahakan padi sawah dengan cara

tradisional sekali dalam setahun sahaja, musim dapat dikenalpasti dengan baik. Musim ini

terbahagi kepada empat iaitu musim membersihkan sawah, musim mangasok, musim

mananom dan musim menuai.

Musim membersihkan sawah biasanya dilakukan pada bulan Februari. Petani

tradisional akan membersihkan sawah seperti mongimbadas32 dan mongihang. Biasanya

musim ini akan tamat pada bulan Mac yang mana petani tradisional akan mangasok im ini

akan berakhir dengan cepat pada bulan April juga. Musim mananom akan bermula pada bulan

Mei dan biasanya akan berakhir paling lewat pun bulan Jun. Seterusnya musim menuai jatuh

pada bulan Oktober.

23
Tanah Penanaman Padi

Tanah penanaman padi sawah tradisional di kampung Minodung dulu terletak di dua

kawasan iaitu sondot33 dan soborong34. Petani biasanya akan sentiasa berhubungan antara satu

sama lain agar mereka dapat membantu satu sama yang lain untuk mengusahakan tanah

penanaman sawah masing-masing.

Tanah penanaman padi di sondot biasanya agak keras dan ada juga yang berbatu.

Manakala tanah di soborong lebih lembut berbanding tanah sondot dan soborong terletak

berdekatan dengan kampung Nauduh. Oleh itu, ia jauh sedikit daripada kampung Minodung

berbanding sondot yang berdekatan sahaja dengan kampung Minodung.

Menurut petani tradisional ketika itu, pokok pisang tidak boleh ditanam di tanah

penanaman padi sawah kerana ia akan menyebabkan air daripada kinolian akan ditarik dengan

banyak ke sawah yang tanahnya ada ditanam pokok pisang. Mana-mana petani yang ada

menanam pokok pisang di tanah sawah ketika itu akan disuruh untuk momunso pokok pisang

tersebut dengan segera agar pembahagian air daripada kinolian akan sentiasa adil.

Tanah penanaman padi juga boleh diusahakan oleh individu yang bukan pemilik tanah

tersebut dengan kebenaran tuan tanah. Petani tradisional yang mengusahakan padi sawah di

tanah orang lain akan menanam padi untuk mereka dan sebagai balasan kepada budi baik tuan

tanah yang ‘meminjamkan’ tanahnya, hasil padi selepas musim menuai akan dibahagikan

dengan nisbah 1:2 iaitu satu guni padi untuk tuan punya tanah dan dua guni padi untuk petani

yang telah bersusah payah mengusahakan tanah penanaman padi tersebut.

24
Hasil Penanaman Padi

Bambarayon

Upacara ritual bambarayon sering dibangkitkan dalam cerita atau sejarah hidup

masyarakat Dusun terutama sekali dalam meraikan hasil padi yang banyak serta memastikan

bamabarayon menjaga padi yang diletakkan dalam tangkob36 di sulap. Upacara ini

merupakan kewajipan untuk setiap petani tradisional yang kebanyakan masih pagan tanpa

sebarng pegangan agam ketika itu. Bambarayon dikatakan dilakukan untuk memastikan hasil

padi tidak susut dan padi tersebut sentiasa dijaga oleh bambarayon dengan cara menjamu

bambarayon dengan makanan seperti ayam kampung, telur, nasi dan toumis37. Bambarayon

akan datang menjamu semua itu dalam bentuk serangga. Gambar di bawah menunjukkan

bahan yang digunakan oleh bobolian dalam upacara ritual bambarayon.

Seperti yang kita boleh lihat dalam gambar di atas, kayu dan tingaton38 serta daun juga

digunakan untuk melaksanakan upacara ritual ini. Tujuan kayu digunakan dalam upacara ini

ialah untuk memberikan alat kepada bambarayon untuk menghalau mana-mana individu yang

cuba mencuri atau merosakkan padi dalam tangkob. Tingaton pula digunakan khas untuk

membawa bambarayon berinteraksi dengan bobolian. Satu tajau toumis akan dibawa dan

25
beberapa orang akan mengikut bobolian untuk naik ke tangkob untuk bersama-sama

menghabiskan toumis tersebut kerana semua orang hanya dibenarkan keluar dari sulap setelah

rinait selesai dilafazkan serta setelah toumis tersebut habis diminum. Gambar di bawah

menunjukkan seorang bobolian sedang melafazkan rinait dalam upacara bambrayon.

Selepas semua upacara selesai, petani bersama dengan penduduk kampung yang lain

akan meraikan dengan meriah sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap bambarayon.

Linopot39 akan diagihkan kepada semua orang selepas upacara selesai. Linopot yang diberikan

harus dihabiskan dan tidak boleh dibuang kerana ia akan menjejaskan hasil padi pada tahun

yang akan datang. Linopot tersebut mengandungi sepotong telur, secebis daging ayam

kampung dan segumpal nasi untuk dimakan. Gambar di bawah menunjukkan isi yang ada

dalam linopot.

26
Rumusan

Kesimpulannya, ramai yang mengakui kehebatan cara penanaman padi tradisional

yang kekurangan banyak kemudahan namun masih boleh menghasilkan padi dengan kualiti

yang sangat baik malahan tahan lama. Sehinggakan ada petani tradisional yang mampu

mengusahakan sawah padi lebih daripada satu kawasan tanah sahaja.

Hasil kajian menunjukkan bahawa cara penanaman padi tradisional sangat efektif di

kampung Minodung tanpa sebarang pengaruh dari luar selain diteliti dengan lebih lanjut

setelah ditukarkan dari bentuk lisan ke bentuk tulisan. Kehidupan penduduk kampung

Minodung ketika itu juga sangat makmur kerana semua penduduk mematuhi peraturan yang

ada walaupun mungkin mereka tidak mendapat didikan formal yang sempurna, mereka dapat

mendisiplinkan diri dengan sifat tolak ansur serta mematuhi ajaran nenek moyang mereka

seperti mengadakan upacara ritual mansalud dan bambarayon.

Generasi baru harus tahu dan mahir dalam menceritakan semua ini kepada orang yang

bukan berbangsa Dusun untuk mengukuhkan lagi identiti kita sebagai salah satu penduduk

bumiputera yang tetap di Sabah.

27
Nota Akhir

1. Nunuk Ragang merupakan ‘Pohon Ara Merah’ yang menjadi tempat tinggal

masyarakat dusun pada zaman dahulu.

2. Bobolian ialah bomoh/dukun/pawang dalam bahasa Dusun.

3. Moginsok ialah satu upacara ritual yang dilakukan untuk membersihkan tapak rumah

agar tidak diganggu makhluk halus.

4. Rinait ialah mantera dalam bahasa Dusun.

5. Sigup ialah tembakau dalam bahasa Dusun.

6. Bambarayon ialah upacara ritual yang memuja semangat padi agar hasil padi sentiasa

baik.

7. Nota Daerah Tambunan, Sabah 2011.

8. Tasok ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang kecil pada tanah.

9. Tatanom ialah alat yang diperbuat daripada besi dan tirus digunakan untuk menanam

padi.

10. Ragus ialah pembajak tanah dalam bahasa Dusun.

11. Kolobon ialah tikar yang diperbuat daripada buluh.

12. Lingaman ialah alat penuai padi yang memisahkan padi daripada jerami.

13. Sangkung ialah cangkul dalam bahasa Dusun.

14. Gagamas ialah parang yang digunakan untuk memotong rumput.

15. Basung ialah sejenis alat yang digunakan untuk menyimpan padi.

16. Mangasok ialah proses menyemai benih padi.

17. Tonomon ialah benih padi dalam bahasa Dusun.

18. Totok ialah padi yang tumbuh daripada tonomon.

28
19. Tatakan ialah tempat yang dipilih oleh petani untuk dijadikan tempat semaian benih

padi.

20. Mamahaba ialah proses merebahkan rumput-rumput yang ada di sawah.

21. Mongihang ialah proses mencangkul tanah.

22. Tangkob ialah tempat penyimpanan padi dalam sulap.

23. Tohun ialah arang dalam bahasa Dusun.

24. Bongou ialah sejenis tempat minuman yang diperbuat daripada buluh.

25. Poring ialah buluh dalam bahasa Dusun.

26. Bidou ialah sejenis daun yang kasar.

27. Toumis ialah minuman tradisional Dusun yang diperbuat daripada beras.

28. Mogilang-ilang bermaksud makan besar bersama.

29. Lungou ialah sejenis ulat yang memakan daun padi hingga habis.

30. Kasip ialah sejenis jerat yang diperbuat daripada buluh.

31. Sulap ialah tempat penyimpanan padi.

32. Mongimbadas bermaksud membersihkan tepi batas padi.

33. Sondot ialah tempat yang dekat dengan kampung Minodung.

34. Soborong ialah kawasan yang terletak di seberang sungai.

35. Momunso ialah memusnahkan dalam bahasa dusun.

36. Tangkob ialah tempat khas penyimpan padi.

37. Tingaton ialah sirih dalam bahasa Dusun.

29
Bibiliografi

Gibon, Anthony. Tambunan : The People Their Culture and Customary Law. Kota Kinabalu:

Massa Press (s) Sdn. Bhd. , 1986.

Gawis, Geoffrey Gallus. Petani Padi dan Persoalan Kemiskinan: Satu kajian Masyarakat

Dusun di Mukim Toboh, Tambunan, Sabah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rooney, John. Khabar Gembira : A History of The Catholic Church in East Malaysia, and

Brunei, 1880-1976. Kota Kinabalu: Kota Kinabalu Mill Hill Missionaries.

Tangguk, Rozer@Roger. Kemiskinan Luar Bandar: Satu Kajian Kes Ke Atas Masyarakat

Kadazandusun di Kmapung Minodung, Tambunan, Sabah. Latihan Ilmiah. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

30

Anda mungkin juga menyukai