Anda di halaman 1dari 2

Undang-undang wasiat di Malaysia

*/ memperuntukkan bahawa sesuatu wasiat menjadi batal jika pewasiat menjadi


seorang yang tak sempurna akal dan mati dalam keadaan tersebut. Seseorang yang tidak
layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak, wasiatnya adalah tidak sah kecuali dengan
izin dan kebenaran Mahkamah. Jika seseorang membuat wasiat ketika sakit, dia hendaklah
waras fikirannya, baik ingatan dan memahami wasiat yang dibuat. Seterusnya, seseorang
pewasiat dalam keadaan marad al-maut, wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu
pertiga dari hartanya dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga, wasiatnya
hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris (Seksyen 6 dan 12 Enakmen Wasiat
Orang Islam Selangor 1999 (No. 4/1999), Negeri Sembilan 2004 (No.5/2004) dan Melaka
2005 (No. 4/2005).

Benefisiari Wasiat
Benefisiari wasiat boleh berupa orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan
atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu wasiat dan, berhubungan
dengan hasil daripada sesuatu wasiat, termasuklah suatu tujuan agama atau kebajikan yang
tidak bertentangan dengan Hukum Syarak (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam
Selangor 1999; Negeri Sembilan 2004; Melaka 2005.
Seseorang benefisiari wasiat mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu bagi
memastikan ianya memenuhi kehendak syarak, iaitu wujud pada waktu wasiat dibuat,
diketahui siapakah yang menjadi benefisiari itu dan berkeupayaan untuk memiliki harta sama
ada orang dewasa, kanak-kanak, sempurna akal, tidak siuman, bahkan janin dalam
kandungan yang dilahirkan hidup kurang daripada enam bulan selepas wasiat dibuat. Jika
seseorang benefisiari mati sebelum kematian pewasiat, maka wasiat tersebut dianggap
terbatal. Seseorang benefisiari wasiat itu juga mestilah bukan pembunuh kepada pewasiat
(al-Sayyid Sabiq, 1987; Seksyen 7, 12(b) dan 14, Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor
1999; Negeri Sembilan 2004; dan Melaka 2005).

Wasiat kepada Waris


Benefisiari wasiat juga disyaratkan mestilah bukan di kalangan waris yang berhak
menerima pusaka pewasiat selepas kematian pewasiat. Pengenaan syarat ini adalah
mengikut pendapat jumhur fukaha yang bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan daripada Abi Umamah al-Bahili seperti berikut (al-‘Asqalani, 1995;
al-Shawkani, 1999):
‫ث‬ ِ ‫ق َحقَّهُ فَ ََل َو‬
ٍّ ‫صيَّةَ ِل َو ِار‬ َ ‫َّللاَ قَ ْد أ َ ْع‬
ٍّ ‫طى ِل ُك ِل ذِي َح‬ َّ ‫ِإ َّن‬
Terjemahan: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberi setiap orang yang mempunyai hak
akan haknya, oleh kerana itu tidak harus berwasiat kepada waris.
Kedudukan wasiat kepada waris yang hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat
kebenaran waris-waris yang lain adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-
Darqutni (2004) daripada Ibn ‘Abbas dan ‘Amru bin Syu‘aib:
‫ال وصية لوارث إال أن يجيز الورثة‬
Terjemahan: Tidak harus berwasiat kepada waris melainkan jika dibenarkan oleh waris-waris
lainnya.
Berdasarkan hadis-hadis tersebut, wasiat kepada waris tertentu tanpa mengira
kuantiti dan kadar wasiat tidak boleh dilaksanakan melainkan mendapat persetujuan
daripada waris-waris lain yang ada pada ketika kematian pewasiat. Sebaliknya, jika
persetujuan gagal diperolehi, maka wasiat tersebut dianggap terbatal. Wasiat kepada waris
yang dilaksanakan hasil daripada persetujuan waris-waris yang lainnya dalam konteks ini
adalah sama kesannya dengan wasiat kepada bukan waris (al-Kasani, 2005; al-Sharbini,
2005; Ibn Qudamah, 2004). Syarat-syarat bagi waris (atau waris-waris) yang memberi
persetujuan terhadap wasiat yang diberikan kepada waris tertentu adalah sebagaimana
berikut (Ibn Qudamah, 2004; al-Bahuti, 1982; Ibn Humam, 2003):
Waris yang memberi persetujuan itu mestilah tergolong daripada orang yang
berkeahlian untuk melakukan tabarru‘ iaitu baligh, berakal, tidak disekat tasarrufnya (mahjur
‘alayh) kerana bodoh, dungu atau dalam keadaan sakit mati. Oleh kerana itu, persetujuan
yang dibuat oleh waris kanak-kanak, gila, kurang akal adalah tidak sah. Termasuk juga dalam
hal ini ialah persetujuan yang dilakukan oleh wali mereka. Fukaha mazhab Shafi‘i menambah
bahawa waris yang memberikan persetujuannya itu mestilah tahu mengenai harta yang
diwasiatkan. Dengan demikian, tidak sah persetujuan dalam konteks ini jika waris yang
menyetujui wasiat itu sendiri tidak mengetahui apakah harta yang diwasiatkan oleh pewasiat.
Persetujuan para waris itu mestilah dilakukan selepas kematian pewasiat.
Berdasarkan hal ini, persetujuan yang diperolehi semasa pewasiat masih hidup adalah tidak
sah. Persetujuan yang dilakukan ketika pewasiat masih hidup itu boleh ditarik semula
selepas kematian pewasiat dan ini akan menyebabkan wasiat itu menjadi batal.

Anda mungkin juga menyukai