Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pengenalan

Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan subjek yang dianggap tidak begitu penting di
sekolah oleh sesetengah pihak yang cetek pengetahuannya. Hal ini demikian kerana,
melalui Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah tidak mendapat sambutan dan
hasil pembelajaran yang optimum sama ada oleh murid mahupun tenaga pengajarnya.
Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilalui selama lima hari
bermula 21 sehingga 25 Ogos 2017, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dapat diperhati serta dianalisis bagi tujuan menyiapkan skop tugasan kursus Kurikulum
Pendidikan Jasmani dan Kaedah Pengajaran (PJMS3063). Maklumat yang diperoleh hasil
daripada pemerhatian dan soal jawab amat penting dalam menghasilkan laporan kritis
terhadap inovasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang
dilaksanakan oleh guru perlu diinovasi atau divariasikan lagi agar murid mendapat manfaat
atau mencapai objektif yang telah guru tetapkan dengan berkesan. Inovasi dapat dinyatakan
sebagai satu proses yang mana boleh dikaitkan dengan pemilihan kreatif, organisasi,
penggunaan sumber manusia dan bahan dengan cara yang baru serta unik yang akan
menghasilkan tahap pencapaian yang lebih tinggi untuk matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan (Richland, 1965). Melalui itu, PdP akan lebih berkesan bagi melahirkan murid
yang mampu mengembangkan potensi diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial untuk memenuhi keperluan abad ke-21 serta keperluan negara pada masa akan
datang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah ditetapkan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Kekuatan

Proses PdP bagi Pendidikan Jasmani dilaksanakan pada waktu pertama sehingga
waktu keempat persekolahan yang mana dijalankan secara sistematik oleh guru. Murid
dijemput dari kelas oleh guru dan dibawa ke padang dengan alatan yang telah dikeluarkan
dari stor sukan oleh guru. Pengurusan masa dan pergerakan yang sangat terkawal oleh
guru ini dapat memastikan keselamatan murid dijaga dengan baik. Dalam pada itu, guru
bersama-sama murid melaksanakan aktiviti memanaskan badan dengan permainan musang
dan ayam serta melakukan aktiviti regangan secara tidak langsung mengaplikasikan konsep
yang dinyatakan oleh Duane Knudson. Menurut Duane Knudson (2013) dalam Kok Lian Yee
(2013), konsep memanaskan badan adalah aktiviti yang dilakukan secara aktif (intensiti
rendah) dan regangan pasif yang mampu meningkatkan kadar nadi rehat dan mempercepat
peredaran darah ke seluruh badan. Salah satu tujuannya adalah menyediakan tubuh badan
murid dari aspek fizikal dan fisiologi untuk melakukan aktiviti yang lebih tinggi intensitinya.
Guru menggunakan gaya pengajaran arahan dalam PdP dimana guru mendemontrasi
perlakuan atau kemahiran pada awalnya dan murid akan melakukan meniru perlakuan yang
guru lakukan selepas arahan diberikan. Gaya pengajaran arahan merupakan satu daripada
sepuluh gaya pengajaran bagi mengajar Pendidikan Jasmani (Mosston M. & Ashworth S,
2002). Gaya arahan sangat sesuai untuk murid tahap satu kerana kaedah penerangannya
yang ringkas, jelas dan tepat. Keseluruhannya, guru mempunyai kawalan kelas yang sangat
efisyen dan melancarkan proses Pdp selama 30 minit. Secara tidak langsung murid akan
sentiasa dalam pengawasan guru serta dapat melakukan kemahiran dengan baik.

Kelemahan

Berdasarkan permerhatian serta soal jawab bersama beberapa orang murid, mereka
kurang minat bahkan tidak melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti PJ. Dalam hal ini
sepatutnya, guru perlu menggalakkan murid untuk turut serta dalam aktiviti PJ kerana
menurut Jean Piaget (1962), main akan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan idea, perasaan dan emosi. Murid ini hanya berpakaian baju sekolah lengkap dan
alasan tidak memakai pakaian PJ apabila ditanya adalah “baju hilang, baju belum
dicuci,baju tertinggal dirumah”. Perkara sedemikian secara amnya telah merencatkan
proses PdP untuk melibatkan murid dalam PJ secara menyeluruh. Seterusnya, murid bebas
untuk melakukan aktiviti kerana guru tidak menetapkan kawasan yang sepatutnya sesuatu
PdP PJ itu dijalankan. Disebabkan itu, murid tidak mempunyai hala tuju dan menyukarkan
guru untuk mengawal murid semasa aktiviti dijalankan. Aspek keselamatan murid mahupun
guru perlu dititikberatkan dari awal sehingga selesai satu tempoh PdP PJ yang dijalankan.
Tragedi yang boleh dikaitkan berlaku pada murid tingkatan dua di sesubuah sekolah di
Kelantan yang mana maut dihempap tiang gol ketika bermain bola pada waktu PJ (petikan
dari BH Online, 2016). Sewaktu melaksnakan PdP guru kurang prihatin terhadap alatan
yang akan digunakan sama ada masih lagi selamat digunakan atau tidak dan kurang
memenuhi ciri-ciri keselamatan yang baik. Sebagai contoh, kedudukan kaki pagar kecil (mini
hurdles) yang diletakkan bertentangan dengan arah murid memulakan aktiviti akan
membahayakan murid ketika melepasi pagar tersebut. Ditambah pula keadaan kawasan
yang tidak selamat apabila mendapati meja (bucu meja) di hadapan kawasan aktiviti. Dari
aspek peralatan pula, guru sangat meminimumkan penggunaan alatan walaupun terdapat
banyak peralatan di dalam stor sukan. Wajarkah dua biji bola sahaja digunakan untuk murid
yang seramai 30 orang apabila mengajar kemahiran menyangga dalam permainan bola
tampar? Sedangkan masih banyak bola yang mampu digunakan oleh guru untuk
memaksimumkan alatan yang ada bagi tujuan PdP. Kesilapan ini jika dilihat datangnya dari
guru yang bukan opsyen PJ serta tidak mempunyai pengetahuan tentang kemahiran asas
sesuatu permainan dan kaedah pengajaran yang tidak sesuai diaplikasikan telah
menyebabkan murid mendapat peluang yang terhad untuk mencuba dan memperbaiki
kesilapan yang telah mereka lakukan. Murid-murid ini tidak akan dapat memahami dan
menguasai kemahiran jika mereka hanya sekadar diberi dua kali percubaan sahaja
sepanjang 30 minit waktu PdP. Pengurusan terhadap stor sukan perlulah dikemaskini agar
ianya lebih sistematik dan tidak digunakan untuk tujuan yang lain. Kemudahan yang sangat
optimum perlu dimanfaatkan oleh guru dengan memberi peluang kepada murid untuk
meneroka kemahiran secara berulang-ulang agar murid menguasai kemahiran dengan
teknik yang betul seterusnya mencapai objektif yang guru tetapkan. Untuk itu, murid
berkeupayaan memupuk pembelajaran kendiri dan mengembangkan kreativiti tanpa
bergantung pada orang lain (Gage dan Berliner, 1991).

Cadangan Penambahbaikan

Proses PdP Pendidikan Jasmani di sekolah perlulah mengikut Dokumen Standard


Kurikulum Pentaksiran (DSKP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kandungan DSKP yang telah dirangka secara terperinci serta sistematik dalam
melahirkan murid yang mampu memenuhi enam elemen Aspirasi Murid serta selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan oleh guru disetiap sekolah
tanpa gagal. Guru perlu menetapkan dalam rancangan pengajaran tahunan bagi setiap
tahun agar sukatan DSKP dapat diselesaikan dengan berjaya. Namun demikian, kekangan
masa yang telah diperuntukkan bagi aktiviti PJ iaitu selama 30 minit pada satu sesi
sememangnya tidak mencukupi. Situasi yang dihadapi adalah guru akan menjemput dan
menghantar murid ke kelas yang mana sudah kira-kira 5 minit. Sebelum dan selepas murid
menjalankan aktiviti, murid akan melakukan aktiviti memanas dan menyejukkan badan yang
mengambil masa lebih kurang 5 minit. Jika perlakuan ini tidak diambil berat, risiko
kecederaan amat tinggi dialami oleh murid semasa aktiviti. Maka, masa yang tinggal hanya
20 minit untuk sesi penerangan, demonstrasi guru, pembetulan kesalahan murid-murid. Jika
dikaitkan dengan penggunaan alatan yang tidak memuaskan, mampukah objektif guru pada
hari tersebut tercapai? Penggunaan alatan yang paling maksimum amat penting dalam
proses pembelajaran murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Kemahiran akan dikuasai
jika dilakukan secara berulang-ulang dengan bimbingan oleh individu yang mahir dengan
kemahiran tersebut. Kaedah pengajaran guru perlu dipelbagaikan agar murid tidak bosan
seterusnya menghilangkan rasa minat murid untuk melibatkan diri dalam PJ. Guru perlulah
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan terhadap gaya pengajaran melalui buku yang dikarang
oleh Muska Mosston & Sara Ashworth, 2002 yang berjudul Teaching Pysical Education
serta menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam DSKP dengan teknik yang
betul. Dengan itu, murid akan menunjukkan rasa minat dan kembali melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PJ di sekolah. Akhir sekali, perkara yang tidak patut ditegah oleh guru
adalah dengan membiarkan murid kekal seronok dengan bunyi jeritan sokongan rakan-
rakan mereka, gelak tawa dan muzik atau lagu. Adalah tidak wajar jika memaksa murid
untuk diam ketika bermain dengan alasan mengganggu proses PdP kelas lain. Dimana
kepuasan yang patut murid kecapi ketika aktiviti PJ? Jika suasana yang ditimbulkan oleh
sesebuah kelas PJ itu meriah dan seronok, sudah tentu murid di kelas lain juga tertarik
dengan aktiviti PJ seterusnya meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti PJ di sekolah.
Dengan ini, masalah dan kelemahan di atas dapat diatasi secara dasarnya kerana untuk
menarik minat murid dalam aktiviti PJ, inovasi dalam kaedah pengajaran perlu diperbaiki
serta dipertingkatkan dalam diri setiap guru khususnya guru yang bukan dari opsyen PJ di
sekolah. Golongan ini perlu mengajar subjek Pendidikan Jasmani akibat kekurangan guru
opsyen PJ yang ditempatkan disesebuah sekolah.

Kesimpulan

Kejayaan atlet negara kita dalam sesuatu sukan tidak lari daripada Pendidikan
Jasmani yang mana kemahiran asas sesebuah sukan tersebut mula diajar dibangku sekolah
lagi. Namun demikian, masih ramai masyarakat yang mengkritik pelaksanaan PJ di sekolah.
Golongan ini perlu diberi pendedahan secara berterusan agar mereka akan terus
memahami sehingga ke akar umbi. Ini kerana, mereka hanya mementingkan akademik
murid semata-mata tanpa melibatkan kemahiran psikomotor yang mana asas kepada
sesuatu perkembangan fizikal. Maka, gurulah yang bertanggungjawab dalam mengatasi
masalah ini dengan cara yang sesuai agar pihak-pihak berkenaan tidak terus-menerus
menghentam pelaksanaan PJ di sekolah. Guru perlu menghasilkan produktiviti yang terbaik
bukan sahaja dalam bidang akdemik malah kokurikulum juga agar ianya mampu menutup
mulut golongan yang tidak mengetahui kepentingan PJ yang dijalankan di sekolah pada
dasarnya. Untuk itu, keberkesanan boleh dipertingkatkan dengan cara guru PJ
mengaplikasikan serta menginovasikannya dalam proses PdP mereka melalui model STEP
(Black & Stevenson, 2012). S yang membawa maksud space (ruang) dimana guru
menetapkan kawasan yang sepatutnya dijalankan bersesuaian dengan aktiviti dan bilangan
murid. T pula bermaksud task (tugasan/aktiviti) yang akan diberikan oleh guru kepada murid
mengikut tahap keupayaan murid atau cara pengelolaan guru terhadap sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Seterusnya, E membawa maksud equipment (alatan) yang mana bilangan,
kesesuaian aktiviti dan keselamatan alatan adalah amat penting dalam pelaksanaan
sesuatu tempoh Pdp. Huruf yang terakhir, P bermakna people (orang/murid) yang
merangkumi bilangan, latar belakang dan keupayaan murid dalam sesuatu aktiviti. Keempat-
empat eleman ini saling berkait antara satu sama lain bagi membentuk sebuah PdP
Pendidikan Jasmani yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Secara
keseluruhannya, inovasi dalam proses PdP Pendidikan Jasmani memainkan peranan dalam
melahirkan murid yang mampu memenuhi keperluan negara pada masa akan datang
selaras dengan Aspirasi Murid yang terkandung di dalam PPPM serta matlamat yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dicapai dengan jayanya.
Rujukan

Black & Stevenson (2012). A model for inclusion in physical education and sport. Retrieved
24 August 2017, from http://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=
http://www.englandathletics.org/shared/getfile.ashx%3Fitemtype%3Ddocument%26id
%3D10176&ved=0ahUKEwiPlciWyYjWAhXCOY8KHavzAXsQFgiaATAS&usg=AFQj
CNE6XB2UPaOobH7ZHWB 6oS8kRUIiTA

Gage, N. & Berliner, D. (1991). Educational Psychology (Edisi Kelima). Boston: Houghton,
Mifflin.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Retrieved 22 August 2017, from Pelan


PembangunanPendidikanMalaysia:http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/
articlefile/2013/articlefile_file_003 107.pdf

Mosston, M & Ashworth, S. (2002). Teaching Physical Education. Retrieved 24 August 2017,
from https://books.google.com.my/books?redir_esc=y&id=LdjtAAAAMAAJ&focus=
searchwithinvolume&q=style

Piaget, J. (1962). Play, Dream & Imitation in Childhood. New York: Norton

Richland. (1965). Management of Educational Innovation. Retrieved 23 August 2017, from


http://eprints.ioe.ac.uk/19053/1/261060.pdf

Yee, K. L. (2013). Manual Kecergasan Fizikal. Retrieved 23 August 2017, from


http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201B.pdf

Anda mungkin juga menyukai