Anda di halaman 1dari 9

PERSAMPELAN DAN KAEDAH KUTIPAN DATA KUALITATIF

Sampel kajian kualitatif berbeza dengan sampel kajian kuantitatif kerana sampel
yang diambil mewakili populasi lokasi/tempat kajian dijalankan manakala subjek
kajian kualitatif dipilih secara bertujuan (Gay & Airasian 2000). Kajian kualitatif
menggunakan pensampelan bertujuan. Subjek kajian dipilih mengikut kriteria-kriteria
yang ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian berkenaan dijalankan. Kaedah kutipan
data kajian kualitatif melibatkan beberapa langkah penting iaitu fokus kajian,
kutipan data menggunakan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, penulisan
diari, nota lapangan dan pengesahan protokol temu bual serta pemerhatian (Creswell
1994). Penyelidik sebagai pemerhati atau penyelidik sendiri melibatkan diri dalam
aktiviti yang diperhatikan, boleh digunakan dalam kajian kualitatif. Alat perakam
suara atau video digunakan selain senarai semak pemerhatian (Cohen et. al. 2000)
Tujuannya adalah untuk membantu penyelidik menyemak semula apa yang diperhatikan.
Ini akan membantu meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan hasil pemerhatian yang
diperoleh. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan ‘peer checker’ di kalangan
rakan penyelidik atau individu yang dilatih untuk membuat pemerhatian. Terdapat
tiga bentuk temu bual yang boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, separa
struktur atau temu bual bebas. Penyelidik perlu menyediakan protokol temu bual yang
terdiri daripada pengenalan, soalan pembuka, soalan kunci, soalan-soalan berkaitan
soalan kunci dan soalan penutup. Protokol temu bual disediakan untuk menjawab
persoalan kajian. Temu bual yang dijalankan biasanya direkodkan menggunakan alat
perakam audio supaya tidak ada maklumat yang akan tertinggal atau tercicir. Temu
bual berkenaan akan ditranskripkan oleh penyelidik atau pembantunya. Hasil analisis
data temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif atau kekerapan tema. Perlu
diingatkan bahawa kebolehan penyelidik mengemukakan soalan demi soalan banyak
membantu kajian yang dijalankan. Jika tidak subjek kajian akan menyatakan perkara-
perkara di luar fokus kajian yang dijalankan. Dokumen seperti minit mesyuarat,
surat khabar, kertas kerja, latihan, surat-surat dan dokumen yang berkaitan
digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Pelbagai bentuk kutipan data digunakan
dalam kajian kualitatif. Data kualitatif yang diperoleh membantu memantapkan kajian
yang dijalankan. Data-data berkenaan saling melengkapi antara satu sama lain.

PERSAMPELAN
SAMPEL
Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber
informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai
1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240
orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240
orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel. Realitinya, keinginan pengkaji adalah
untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan.
Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan meliputi
kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan
menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi.
Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki. POPULASI

Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada
dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel. POPULASI SASARAN

Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan
asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang
dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi
pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006). POPULASI CAPAIAN

Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan


pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan
kajian. Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel
adalah seperti berikut:
Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer
terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor. Populasi sasaran: semua
murid tahun lima di Selangor Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah
Hulu langat, Selangor Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat,
Selangor. PERSAMPELAN
• •

• •

Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau


fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji. Persampelan merupakan proses memilih
sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu
penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena)
yang dipilih. Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu
populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena). Matlamat persampelan adalah
untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang
menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi
untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili
oleh sampel tersebut. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh
mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan. PERSAMPELAN

PROSEDUR Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu:


• •

Persampelan kebarangkalian (secara rawak) Persampelan bukan kebarangkalian (secara


tak rawak) Kebarangkalian (secara rawak)

Persampelan

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis


kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek
sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri
yang terdapat dalam populasi kajian. Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian
dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai
subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan
mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur
persampelan kebarangkalian.
Persampelan

bukan

kebarangkalian

(secara

tak

rawak)

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji
dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan
pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan
kriteria yang ditetapkan. Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti
pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru
daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-
guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar
kurang daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli
jawatankuasa penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah
berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi
sampel penyelidikan pengetua. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan
kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian.

Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikan kualitatif,


maka hanya jenis persampelan bukan kebarangkalian yang dibincangkan dalam konteks
persampelan ini. (1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)
Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau
presampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience Sampling, pengkaji
memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan
jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual. Sebagai contoh, pengkaji melakukan
kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program
seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu
peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini,
pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di bahagian hadapan dewan seminar
secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya peserta yang berada di bahagian
belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-
peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa
kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja, pengkaji
tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan
merupakan persampelan rawak. (2) Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada


prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu
sahaja
dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus
penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya
dipilih oleh pengkaji sebagai responden. Sebagai contoh, jika pengkaji ingin
mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok, dan
hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden.
Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya.
Dalam kes ini, responden-responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar
yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel
begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi
kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili
semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan
subjek kajian yang dipilih sahaja. (3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis
yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek
berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza
dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek
dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya
dilakukan ke atas kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu,
responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan.
Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang
dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan
sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi,
dan prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-
kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi. Sebagai contoh, pengkaji ingin
mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan program
komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajarpelajar kepada dua kategori iaitu
kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada
tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di
sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar
untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang ditemui dahulu
dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun pengkaji
memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak
dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu,
keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah
prosedur persampelan kajian ini. (4) Persampelan Dimensional

Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes.


Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji,
dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk
mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan kuota. Di bawah
persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel
bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-
kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut. Sebagai contoh,
dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawaipegawai lelaki dan
perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan
kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur
persampelan dimensional.

Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih


berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri
tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian. (5) Persampelan Kes
Kritikal

Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian
dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh,
luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya digunakan
untuk kajian kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau
kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes
berikut;
• • •

seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika beberapa penghuni


rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka mengalami tanah runtuh
cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang
upaya

Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan
mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang
mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga
dikenali sebagai sampel kes ekstrim. (6) Persampelan Variasi maksimum

Dalam persampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individu-individu


atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi
dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar. Sebagai contoh,
kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja tahap IQ
terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam
kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti
pekerja-pekerja. (7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan
iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai
ciriciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya
apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti
sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek
ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan
subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah
persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua
responden yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila
senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan
perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi
yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-
guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas
pegawaipegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur
persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada
keadaankeadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.