Anda di halaman 1dari 4

PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN

TUJUAN

Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam dan diberi taraf pekerja berpencen. Bahagian majikan akan dikembalikan
kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf
berpencen oleh JPA

3. Belum mencapai umur 55 tahun

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

1. Telah menerima bukti pengesahan taraf berpencen


2. Ahli tidak layak memohon sekiranya ahli adalah anggota tentera yang bersara secara
pilihan
3. Pengeluaran pekerja berpencen dibenarkan sekali sahaja

KELAYAKAN PENGELUARAN

Ahli boleh mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki
simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang
Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Tarikh Cetakan : V01/01/2018


MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Mulai 1 Januari 2018, selepas ahli membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan
mencarum bagi pekhidmat awam adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim
kebolehalihan (portability)

2. Skim kebolehalihan (portability) membenarkan pekhidmat awam yang berada di bawah skim
ini menukar pekerjaan di antara badan / agensi kerajaan yang lain atau daripada sektor
awam kepada sektor swasta di sepanjang tempoh perkhidmatan tanpa hilang kelayakan
faedah persaraan (pencen) tertakluk kepada:

i. Tarikh lantikan ke jawatan baharu di sektor awam bermula pada 1 Januari 2012
ii. Pekerja tersebut perlu mengakhiri perkhidmatan (bersara) di dalam perkhidmatan awam

KAEDAH BAYARAN

Bayaran Dalam Malaysia


Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-
 Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
 Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
 Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
 Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan
dibuat melalui Cek Jurubank

Bayaran Luar Malaysia


Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-
 Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat
matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank
Asing; ATAU
 Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam
borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank
Asing

Tarikh Cetakan : V01/01/2018


DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Permohonan di Kaunter KWSP


Pemegang myKad
 Permohonan diproses secara ‘Hassle Free’, iaitu ahli tidak perlu mengisi borang
permohonan
Bukan pemegang myKad
 Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL)
 Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)

Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (mengikut format KWSP)


Rasional  Majikan mengesahkan ahli telah diberi status pekerja berpencen

Maklumat Akaun Bank

(Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun
bank semasa membuat permohonan pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran
pengeluaran)

Dokumen Tambahan

 Surat pengesahan Majikan (ahli anggota polis)


Rasional  Sekiranya tiada dokumen lain yang boleh dibuat rujukan silang antara No.
Polis dan No. K/P awam merujuk orang yang sama
 Borang KWSP 3 (Pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter /
permohonan melalui pos
 Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan
 Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa

2. Permohonan Melalui Pos


 Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL)
 Salinan myKad / dokumen pengenalan diri
 Borang KWSP 3 (Pindaan)

Tarikh Cetakan : V01/01/2018


DOKUMEN SOKONGAN

 Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pekerja Berpencen untuk semua
dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter
 KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak
lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

NOTA AMARAN

Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen
Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan
dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan
pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda
tidak melebihi RM10, 000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini,
sila hubungi :-

 Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran


 Pusat Pengurusan Perhubungan Tel: 03-8922 6000
 Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang
dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat
www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan
panduan umum kepada ahli

Tarikh Cetakan : V01/01/2018

Anda mungkin juga menyukai