Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN

SEMPENA KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA

PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya
jua kita warga sekolah ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Kem
Membaca 1 Malaysia 2018 pada hari ini. Kem Membaca 1 Malaysia yang bertemakan
“Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia” merupakan program yang dilaksanakan bersama
JPN, BTPN, PKG, dan sekolah dengan kerjasama agensi kerajaan. Tujuan utama program ini
adalah untuk membina tabiat membaca dan budaya cinta akan ilmu dalam semua lapisan
masyarakat terutamanya golongan remaja selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat yang kaya maklumat.

Murid-murid yang dikasihi,

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca
secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan
memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid
Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumur hidup.
Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan
dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui membaca kita boleh
mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan kita
mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang
semakin mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka membaca merupakan aset kerajaan
yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa
yang kita pelajari pada hari ini.

Dengan itu saya berharap agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui program ini dapat
memberi manfaat kepada para pelajar. Dengan Bismillah saya merasmikan program KM1M
peringkat SMK Tun Sri Lanang.

Sekian Terima Kasih.