Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan

mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri.


Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.
[30 markah ]
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak
kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup
sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman
yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang
gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa
kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah.
Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh
masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani
satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa
mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang
seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang
diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan
masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia
itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu
kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar
pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk
mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa
manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal
memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan
impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap
suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani
kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi
senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan
yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar
daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua
toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan
jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki
satu gaya hidup yang baik buat manusia.
Sementara itu, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting
dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam
sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya.
Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan
manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan
kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang
berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh
memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin
memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana
kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga
di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka
yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan
persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup
dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif
sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak
ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gaya hidup
yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan
terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam
hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal
menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang
boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas
membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang
ingin sejahtera kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai