Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Pengenalan
2.0 Penafsiran dan pemahaman tentang kandungan DSKP BM SR bagi melahirkan modal
insan yang berguna
Dalam melahirkan modal insan yang berguna, Standard Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah telah digubal untuk memenuhi kehendak pendidikan semasa. Standard
Kurikulum Bahasa Melayu ini digubal untuk membolehkan murid berketrampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu
pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam
kehidupan harian. Kandungan DSKP BM SR adalah bersesuaian dengan matlamat
pendidikan yang hendak melahirkan Insan beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketrampilan dan sejahtera. DSKP BM SR bertujuan untuk melahirkan murid-murid
yang mampu memberikan tindak balas berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan
dengan betul adalah penting dalam memenuhi kehendak pendidikan semasa dalam
melahirkan modal insan yang berguna. Bersesuaian dengan objektif pertama dalam
DSKP BM SR tersebut, modal insan yang berguna sebagai sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara pada masa hadapan akan dapat dilahirkan.
1
Selain itu, objektif DSKP BM SR yang bertujuan membentuk murid-murid yang mampu
membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami dan menaakul maklumat
tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberi respons yang betul
sebagaimana yang terdapat dalam kemahiran sistem bahasa penting dalam melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan tinggi. Perkara tersebut juga membolehkan mereka
menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku yang sememangnya dijunjung
sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah. Peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara juga akan
dapat dijunjung. Dengan itu, martabat bahasa Melayu akan dapat ditingkatkan.
2
Di samping itu, kerajaan melalui PPPM (2013-2025) telah memperkenalkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk melahirkan golongan murid yang produktif tinggi,
mahir dalam komunikasi dan pengunaan teknologi maklumat untuk melahirkan modal
insan yang berguna pada masa hadapan. KBAT dinyatakan dalam kurikulum secara
ekplisit supaya guru dapat menterjemahkannya dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Dengan itu,
murid-murid akan dapat mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta
pengetahuan dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah sebagaimana
yang dinyatakan dalam DSKP BM SR. Hal ini jelas menunjukkan justifikasi dalam usaha
merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berguna pada masa
hadapan.
3
akan dapat dibentuk. Modal insan yang berguna dalam mengangkat martabat bahasa
Melayu sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilahirkan. Modul
tambahan kemahiran bahasa Melayu baku ini akan dapat membuktikan bahasa Melayu
juga mampu bertanding dengan bahasa lain.
Seterusnya, sebagai langkah memperbaiki DSKP BM SR, bidang fonetik dan fonologi
boleh dimasukkan ke dalam kandungan tatabahasa bagi matapelajaran bahasa Melayu
di sekolah rendah. Hal ini disebabkan, fonetik dan fonologi juga merupakan satu bidang
penting yang harus dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah. Bidang yang mengkaji
sistem bunyi bahasa ini tidak seharusnya hanya dipelajari di peringkat tinggi seperti
sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi sahaja tetapi juga harus didedahkan
kepada murid-murid di sekolah rendah. Bidang fonetik dan fonologi ini boleh diajar
secara asas kepada murid-murid sekolah rendah. Dengan itu kemahiran bertutur yang
telah dinyatakan dalam kemahiran mendengar dan bertutur akan dapat dikuasai dengan
baik oleh murid-murid pada peringkat ini.
5.0 Kesimpulan