Anda di halaman 1dari 12

P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PENGERTIAN
SEBENAR
BID’AH
Pemahaman sebenar dalam Islam

MULTAQA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan
13 Safar 1429
bersamaan 29 Februari 2008

Risalah ini ditulis oleh:


Dr. Umar Abdullah Kamil

Dibentangkan oleh:
Prof. Dr. Muhammad Bin Ismail Zain
Al-Yamani

Penyuntingan dan pembukuan semula risalah ini (dalam format PDF) dilakukan oleh pihak
muslimnetwork.wordpress.com. Usaha ini bertujuan untuk menyebarkan risalah ini kepada umat
Islam agar mendapat penjelasan yang lebih terperinci tentang perkara yang ingin disampaikan di
dalam risalah ini. Penyebaran risalah ini oleh pihak pembaca amat digalakkan demi kepentingan
umat Islam dalam menuntut ilmu Allah s.w.t.. (Tiada caj atau bayaran akan dikenakan)

M u k a s u r a t |1
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

BID’AH

PENGERTIAN SEBENAR1
Permasalahan yang berkaitan dengan bid‟ah merupakan perkara yang amat
penting dan terlalu sensitif untuk dibincangkan kerana hal ini dikhuatiri memberi
ruang kepada hawa nafsu untuk meresap dan bercampur-aduk ke dalam kerangka
syariah yang murni dan bersih. Jika wajib kita menolak dan tidak menerima bid‟ah,
maka wajib jugalah kita memberi perhatian yang serius untuk memahami pengertian
istilah ini berdasarkan takrif yang terperinci, gambaran, dan keterangan yang jelas
agar tidak berlaku kesamaran fahaman antara bid‟ah dan bukan bid‟ah.

Kita sedia maklum bahawa zaman sentiasa berubah dan peristiwa yang
berlaku silih berganti, sedangkan nas-nas syara‟ tetap seperti sedia ada. Namun hal
ini tetap boleh dan sesuai untuk digunakan bagi memenuhi tuntutan semasa dengan
dihubungkaitkan perkembangan semasa dengan nas-nas yang sesuai sehinggalah
kita dapat mengetahui hukum Allah s.w.t. pada peristiwa tertentu atau kita berijtihad
dengan menisbahkannya kepada prinsip syara‟ yang paling hampir selagi hal itu
menepati “illah” dan tidak wujud “fariq” (perbezaan). Maka pada ketika itu, jelaslah
perkara-perkara yang termasuk ke dalam mansus (perkara-perkara yang dinaskan)
dan perkara-perkara yang mulhaq bi al mansus (dijalurgabungkan). Sekiranya ada
perkara-perkara al maskut ‘anhu (yang didiamkan; tidak disentuh oleh syara‟),
maka hal ini merupakan ‘afw (anugerah Allah s.w.t. yang kita bebas melakukannya)
seperti yang dinaskan oleh Nabi Muhammad yang maksum.

1
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Prof. Dr. Muhammad Ismail Zain Al-Yamani di dalam Multaqa Tiga
Ulamak Mekah Al-Mukarramah di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan
Yayasan Sofa Negeri Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Februari 2008, terjemahan dan terbitan
Sekretariat Penjelas Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

M u k a s u r a t |2
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

Perkara yang tidak diperkatakan oleh syara‟ (al maskut ‘anh) tidak salah kita
melakukannya.

Haram ialah perkara-perkara yang diharamkan oleh nas syara‟ atau terdapat
dalil pengharamannya berdasarkan penggunaan yang tepat dan betul mengikut
kaedah-kaedah syara‟. Fardhu pula ialah perkara yang diwajibkan oleh nas syara‟.
Al maskut ‘anh pula ialah ‘afw (anugerah Allah s.w.t. yang kita bebas
melakukannya) selagi tiada nas atau ijma‟ atau kaedah-kaedah istinbat (kaedah
mendapatkan hukum) yang menunjukkan sebaliknya.

Perkara yang diselisihpendapatkan oleh ulamak sama ada halal atau haram
merupakan perkara yang tidak ditegah (la zajra fih)

Ulamak sering berselisih pendapat dalam banyak masalah ijtihadiyah. Mereka


semua berada dalam hidayah Allah s.w.t. selagi perselisihan itu didasari oleh ijtihad
yang betul dan tidak menurut hawa nafsu.

Imam Sufyan Al-Thauri r.a. menyatakan: “Apabila kamu melihat seseorang itu
melakukan amalan yang diselisihpendapatkan oleh ulamak, sedangkan kamu
berpendapat sebaliknya, maka janganlah kamu menegahnya.”

Dalam kitab Al-Adab Al-Syar’iyyah, Imam Ibnu Muflih menyatakan bahawa


Imam Ahmad Ibnu Hanbal r.a. telah meriwayatkan daripada Al-Marwazi r.a.: “Tidak
sayugia seseorang faqih memaksa orang ramai untuk menggunakan mazhabnya
dan bertegas dalam perkara tersebut.”

Imam Nawawi r.a. dalam kitab Syarah Sohih Muslim menyatakan:


“Seseorang mufti atau qadhi tidak boleh memaksa pendapatnya untuk digunakan
kepada orang yang berlainan pendapat dengannya selagi pendapat orang itu tidak
menyalahi nas atau ijma‟ atau qiyas jali.”

Rasulullah mengkategorikan muhdats (perkara baharu yang tiada


bandingan awal) kepada saiyi’ (buruk) dan hasan (baik).

M u k a s u r a t |3
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

Sunnah ialah lawan kepada istilah bid‟ah. Sunnah ialah perkara-perkara yang
terhurai di bawah nas-nas, prinsip-prinsip syara‟ seperti ijma‟, qias atau perkara-
perkara yang terhurai di bawah maslahah yang diterima oleh syara‟ walaupun hal itu
tidak pernah didahului (dilakukan) oleh Rasulullah . Namun, maslahah tadi
mestilah tidak bertembung dan bertentangan dengan nas dan prinsip-prinsip syara‟
serta menimbulkan mafsadah (kerosakan).

Sebahagian manusia berlaku ekstrim dengan menjadikan semua muhdats


yang berkaitan dengan amalan baik dan ketaatan yang tidak pernah dilakukan pada
zaman Rasulullah mahupun pada tiga kurun pertama sejarah Islam sebagai
bid‟ah dhalalah (sesat). Mereka tidak menerima pembahagian bid‟ah yang dilakukan
oleh ulamak kepada maqbulah (diterima), mardudah (ditolak), hasanah (baik), dan
saiyah (buruk). Mereka menolak pembahagian tersebut dengan berhujjahkan hadits
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. daripada Sayyidina Jabir r.a., bahawa Nabi
Muhammad bersabda:

“seburuk-buruk perkara ialah muhdatsat (perkara-perkara yang baharu yang tiada


bandingan awal), sedangkan semua muhdatsat itu bid‟ah dan semua bid‟ah itu
sesat.”2

2
Riwayat Imam Muslim dalam kitab Sohihnya (2/591) Kitab Al-Jamuah, bab Meringkaskan Solat Jumaat
dengan lafaz:

‫وشر األمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضال لة‬

M u k a s u r a t |4
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

Mereka juga berhujjah dengan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud
dan Imam Tarmuzi daripada Al Irbad Ibnu Sariyah bahawa Nabi Muhammad
telah berkhutbah dan antara khutbah Baginda :

“Berhati-hatilah kamu terhadap muhdatsat (perkara-perkara baharu yang tiada


bandingan awal) kerana sesungguhnya semua muhdatsat itu bid‟ah dan semua
bid‟ah itu sesat.”3

Mereka yang menolak pembahagian tersebut lupa bahawa Rasulullah


sendiri telah membahagikan muhdats itu kepada maqbul dan mardud seperti hadits
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. daripada Sayyidina Jarir r.a. dan riwayat
Imam Ibnu Majah daripada Sayyidina Abu Juhaifah r.a. bahawa Rasulullah
bersabda:

“Sesiapa yang memulakan sesuatu perbuatan yang baik dalam Islam, maka
diberikan kepadanya pahala atas perbuatan tersebut dan diberikan pahala juga
kepada orang yang melakukan perbuatan itu selepas dirinya sehingga hari kiamat
tanpa dikurangkan sedikit pun pahala tersebut, dan sesiapa yang memulakan
sesuatu perbuatan jahat dalam Islam, maka dia akan memperoleh dosa perbuatan
tersebut dan berdosa juga orang yang melakukan perbuatan jahat itu selepasnya
tanpa dikurangkan sedikit pun dosa tersebut.”4

3
Riwayat Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya (5/15), Imam Al Turmuzi dalam kitab Sunannya (5/44), Imam
Ibnu Majah dalam kitab sunannya (1/71), Imam Al Hakim dalam kitab mustadraknya (1/95) dengan berkata:
Hadits ini sohih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Imam Bukhari dan Imam Muslim) tanpa ada illah dan jarh,
dipersetujui oleh Imam Al Zahabi. Imam Al Turmizi mamasukan hadits ini dalam kategori hadits hasan sohih.
Lafaz yang disebut adalah himpunan daripada beberapa turuq (sanad). Wa Allahu a’alam.
4
Hadits riwayat Imam Muslim dan kitab Sohihnya (2/705) dalam Kitab Zakat: Galakan Bersedekah, daripada Al-
Munzir Ibnu Jarir daripada bapanya r.a.. Hadits dalam musnad Imam Ahmad (4/357) dan dalam Sunan Al-
Kubra, Imam Al-Baihaqi (4/175) dan banyak lagi.

M u k a s u r a t |5
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

Jelas hadits ini membahagikan muhdatsah itu kepada mardud dan maqbul.

Hadits ini jelas menerangkan secara mutlak bahawa sesiapa sahaja boleh
memulakan sesuatu perbuatan yang baik pada bila-bila masa tanpa dibataskan
pada kurun-kurun tertentu. Jika hal ini dikatakan hanya boleh dilakukan pada zaman
tertentu (seperti zaman Khulafak Ar-Rashidin, zaman sahabat, dan zaman tabiin),
maka dakwaan itu merupakan dakwaan yang tidak bersandarkan kepada dalil.

Orang ramai telah menerima pembaharuan yang berlaku selepas tiga kurun
pertama sejarah Islam seperti pemberian baris dalam ayat-ayat Al-Quran, titik-titik
huruf, penyusunan juzuk-juzuk, rubu‟-rubu‟, ayat-ayat sujud, tanda-tanda setiap
sepuluh ayat, penomboran surah-surah, penomboran bilangan ayat, dan
penerangan antara ayat Makkiyah dan Madaniyyah di permulaan setiap surah serta
tanda-tanda waqaf boleh dan waqaf yang dilarang. Begitu juga sebahagian daripada
hukum-hukum tajwid seperti idgham, tanwin, dan istilah-istilah lain yang diletakkan di
dalam Al-Quran. Orang ramai juga menerima pembukuan ilmu-ilmu bahasa, Usul
Fiqh, Usuluddin dan lain-lainnya.

Kesimpulannya, kayu ukur untuk menilai sama ada muhdats boleh diterima
atau ditolak ialah bukan dengan melihat sama ada perkara itu pernah dilakukan oleh
orang terdahulu atau tidak, tetapi sewajarnya dinilai sama ada hal itu bertembung
atau bertentangan dengan nas-nas, prinsip-prinsip syara‟ atau kaedah-kaedah
istinbat. Jika ada pertentangan dengan perkara tersebut, maka sesuatu perbuatan
itu merupakan perbuatan yang berlawanan dengan syariat Allah s.w.t.. Perkara ini
dinilai sebagai bid‟ah dholalah kerana perkara ini berlawanan dan bertentangan
dengan nas-nas dan dalil-dalil. Pada pandangan syara‟, hal ini menjadi mazmumah
(tercela) apabila dilakukan.

Rangkaian pendapat ulamak: Bid‟ah dholalah ialah muhdats dalam


penggunaan syar‟ei bukan dalam aspek penggunaan bahasa.

Imam Ibnu Rajab menyatakan dalam kitab Jami’ Al Ulum Wa Al Hikam


halaman 223:

“Maksud bid‟ah ialah sesuatu yang baharu yang tiada asas syara‟ padanya.
Sekiranya sesuatu itu ada asas syara‟, maka perkara itu bukanlah bid‟ah walaupun
perkara itu merupakan bid‟ah menurut sudut bahasa”.

M u k a s u r a t |6
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

Imam Al-Taftazani dalam Syarh Al Maqasid (5:232) menyatakan: “Mereka tidak


mengetahui bahawa bid‟ah mazmumah ialah perkara yang baharu yang diwujudkan
dalam agama yang tidak bersandarkan kepada dalil syar‟ei. Maka, menjadi suatu
kejahilan seandainya ada pihak yang mendakwa bahawa semua perkara yang tidak
pernah dilakukan oleh para sahabat Nabi itu sebagai bid‟ah dholalah sedangkan
tiada dalil yang menunjukkan keburukannya. Hal ini kerana terdapat pihak tertentu
yang hanya berpegang dengan sabda Nabi Muhammad yang berbunyi:

‫إياكم ومحدثات األمور‬

Mereka tidak tahu bahawa maksud hadits tersebut ialah membuat sesuatu
perkara baharu dalam agama yang tiada sandaran daripadanya (syariat agama).
Kata-kata ini menyamai hal yang diperkatakan oleh Imam Ibnu Rajab: “Sesiapa yang
melakukan perkara yang baharu dan dikaitkan pula dengan agama, sedangkan tiada
sandaran (tuntutan agama) yang dijadikan rujukan, maka perkara itu adalah
dholalah.”

Imam Ibnu Al-Athir (1:80:1328H) menyebut di dalam kitab Al Nihayah:


“Bid‟ah itu ada dua bentuk iaitu bid‟ah huda dan bid‟ah dholalah. Perkara yang
bertentangan dengan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulullah , maka perkara itu
termasuk dalam kumpulan yang dicela dan tidak dapat diterima. Manakala perkara
yang termasuk dalam kumpulan umum (melakukan perbuatan hasil daripada
mengambil maksud perintah Allah s.w.t. dan galakkan Rasulullah secara umum)
seperti perkara-perkara yang disunatkan dan digalakkan maka perkara itu termasuk
dalam kategori bid‟ah yang terpuji.”

Bid‟ah hasanah (perkara baharu yang dilakukan yang bersandarkan kepada


tuntutan agama) pada hakikatnya merupakan Sunnah. Berdasarkan kepada takwilan
ini, maka hadits yang menyatakan “setiap muhdatsah itu bid‟ah” hanya merujuk
kepada perkara-perkara baharu yang bertentangan dengan usul syariah dan tidak
menepati Sunnah.

Imam Ghazali r.a. menyebut dalam kitab Ihya Ulumuddin (2:428): “Bukan
semua perkara baharu itu dilarang tetapi perkara yang ditegah itu sebenarnya ialah
perkara yang bertentangan dengan Sunnah yang tsabit (yang diterima sebagai dalil)
dan meleraikan (mengasingkan) sesuatu perkara itu daripada sandaran syara‟.”

M u k a s u r a t |7
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

Imam Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan di dalam kitab Manaqib Al-Syafi’i: Beliau


meyatakan: “Muhdatsah itu terdiri daripada dua jenis; pertama, sesuatu perkara
yang baharu yang bertentangan dengan kitab Allah s.w.t., Sunnah, atsar dan ijma‟.
Hal ini merupakan bid‟ah dholalah. Kedua, sesuatu perkara yang baharu yang tidak
menyalahi salah satu daripada perkara tersebut, maka muhdats seperti ini tidak
mazmumah (tercela).” 5

Sebenarnya, semua perbuatan dan tindakan yang bertujuan untuk


merealisasikan matlamat atau kemaslahatan keagamaan mahupun keduniaan
seperti sambutan Maulid Al-Rasul jauh sekali untuk dikatakan perkara itu
sebagai bid‟ah dholalah walaupun perkara itu merupakan perkara baharu dalam
kehidupan umat Islam.

Setiap perbuatan dan tindakan yang tidak bertentangan dengan perintah dan
larangan Allah s.w.t. hendaklah dikelaskan sama ada perkara itu perkara yang baik
atau buruk berdasarkan daripada kesan yang bakal berlaku hasil daripada
perbuatan tersebut.

Perkara–perkara yang mendatangkan kebaikan kepada salah satu daripada


lima kemaslahatan (kemaslahatan agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta), maka
perkara itu dikira sebagai Sunnah hasanah dan hal ini akan wujud perbezaan sama
ada perkara tersebut akan menjadi sunat atau wajib atas penilaian mengikut kadar
kemaslahatan dan kebaikan yang ingin dicapai.6

Seandainya ada perkara-perkara yang menyebabkan kehancuran dan


kemudaratan kepada salah satu daripada lima kemaslahatan yang dinyatakan tadi,
maka perkara itu akan termasuk ke dalam sunnah saiyi‟ah. Hal ini juga akan wujud
perbezaan sama ada perkara tersebut akan menjadi makruh atau haram
berdasarkan penilaian tahap kesan kemudaratan atas perbuatan perkara tersebut
terhadap lima kemaslahatan yang dinyatakan itu tadi.

Sekiranya ada perkara-perkara baharu yang tiada kesan baik mahupun


buruk, maka perkara tersebut termasuk dalam perkara mubah (yang diharuskan).

5
Kitab Al-Hilyah, Imam Abu Nu’aim (9:113).
6
Al-Fadhil Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari, risalah yang mengandungi nukilan berkaitan dengan
pendapat-pendapat ulamak tentang pembahagian bid’ah dan persoalan-persoalan yang berkaitan dengannya.

M u k a s u r a t |8
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

MUHDATSAT YANG DILAKUKAN OLEH

PARA SAHABAT

Muhdatsat yang dilakukan antaranya ialah seperti yang diriwayatkan di dalam


kitab Sohih Bukhari dan Muslim, bahawa Sayyiduna Bilal r.a. telah melakukan
perkara baharu iaitu dua rakaat setiap kali selepas berwudhu‟. Maka Nabi
Muhammad membenarkan perkara tersebut dan memberi tabsyir (berita
gembira) kepadanya bahawa beliau adalah antara orang yang terawal masuk syurga
(kerana perbuatannya tersebut).7

Imam Al-Bukhari meriwayatkan tentang Sayyiduna Khubaib r.a. yang


melakukan solat dua rakaat semasa orang Quraisy datang untuk membunuhnya
sebagai tanda sabar. Maka Rasulullah reda dengan perkara tersebut dan
kemudian menjadikan hal itu sebagai ikutan.8

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Sayyidina Rifa‟ah Ibnu Rafi‟, bahawa


seorang lelaki menambah kata-kata, “ ‫ ” ربنا ولك الحمد‬selepas menyebut

“ ‫” سمع هللا لمن حمده‬. Kemudian Rasulullah memberikannya khabar gembira.9

Hadits yang diriwayatkan dalam musnaf „Abd Al Razzaq dan riwayat Imam Al-
Nasa‟i daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a., bahawa seorang lelaki datang ketika
orang ramai sedang solat. Apabila dia memasuki sof solat, beliau berkata:

‫هللا أكبر كبيرا والحمد هلل كثيرا وسبحان هللا بكرة وأصيال‬

Kemudian Rasulullah menyampaikan berita gembira kepadanya bahawa


pintu-pintu rahmat di langit terbuka kerana perkataan tersebut.10

Imam Turmizi meriwayatkan, bahawa Sayyidina Rifa‟ah Ibn Rafi‟ telah bersin
semasa solat, lalu beliau berkata:
7
Sohih Al-Bukhari (3:34) Kitab Al-Tahajjud, bab Kelebihan Bersuci Pada Waktu Malam Dan Siang, Kelebihan
Solat Pada Waktu Malam Dan Siang. Sohih Muslim (4:1910) Kitab Kelebihan Sahabat, bab Kelebihan Bilal.
8
Sohih Al-Bukhari (7:379) Kitab Maghazi.
9
Sohih Al-Bukhari (2:284) kitab Al-Azan, bab nombor 126.
10
Sunan Al-Nasa’i (2:125) kitab Al-Iftitah, Musnaf Abd Al-Razzaq (2:76) dan Sunan Abu Daud (1:485)

M u k a s u r a t |9
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

‫الحمد هلل كثيرا طيبا مباركا عليه كما يحب ربنا ويرضى‬

Maka Rasulullah bersabda: “Lebih tiga puluh malaikat berebut-rebut untuk


membawa kalimah tersebut ke langit.”11

Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Nasa‟i dan Imam Muslim, 12 bahawa
sekumpulan sahabat duduk berzikir menyebut-nyebut nama Allah s.w.t. dan
memujiNya kerana hidayah (yang mereka peroleh sehingga mereka memeluk Islam)
dan anugerah kehadiran Rasulullah kepada mereka. Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Jibril a.s. telah memberitahu daku bahawa sesungguhnya Allah


s.w.t. berbangga terhadap perbuatan yang kamu lakukan di hadapan para malaikat.”

Tindakan Rasulullah dalam menerima perbuatan para sahabat itu


membawa kita kepada natijah berikut:

1. Baginda tidak menolak perbuatan taat yang menepati kehendak


syara‟ dan tidak bertentangan dengannya. Perbuatan tersebut dikira
sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. yang boleh dilakukan
pada bila-bila masa sama ada pada waktu siang atau malam dan tidak
dianggap makruh atau bid‟ah dholalah selagi perkara tersebut dilakukan
sebagai memenuhi tuntutan Allah s.w.t. yang umum dan tiada sebarang
larangan yang berkaitan dengan hal tersebut.

2. Ibadat-ibadat khusus yang tidak dikaitkan oleh syara‟ dengan sesuatu


perkara; tidak salah menetapkan ibadat khusus dengan sesuatu masa
atau tempat. Rasulullah menerima perbuatan Sayyidina Bilal r.a. yang
menetapkan solat sunat selepas mengambil wudhu‟ dan menerima
perbuatan Sayyidina Khubaib r.a. yang melakukan solat ketika hendak
dibunuh.

11
Sunan Al-Turmizi (2:254) bab Al-Solah, tentang seorang lelaki datang bersolat lalu bersin.
12
Sohih Muslim (4:2075) kitab Al-Zikr, bab Kelebihan Berkumpul Membaca Al-Quran Dan Berzikir. Sunan Al-
Nasa’i (8:249) dan lain-lain.

M u k a s u r a t | 10
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

3. Tindakan Nabi Muhammad menerima doa-doa baharu di dalam solat,


mengkhususkan bacaan surah-surah tertentu yang tidak pernah
dikhususkan oleh Nabi sendiri dan tambahan zikir-zikir dalam solat;
hal ini memberitahu kita bahawa bukanlah bid‟ah membaca doa-doa
baharu yang tidak bertentangan dengan doa-doa yang warid daripada
Nabi terutamanya pada waktu istijabah doa seperti selepas solat,
selepas azan, semasa turun hujan dan sebagainya. Kita juga dapat
mengetahui bahawa tidak salah menjadikan doa-doa, ibtihalat (munajat)
dan zikir-zikir yang dicipta oleh para ulamak yang soleh sebagai wirid
selagi hal itu tidak bertentangan dengan syara‟.

4. Tindakan Nabi yang akur dengan perbuatan para sahabatnya


berhimpun dan berzikir di dalam masjid untuk memperingati anugerah-
anugerah Allah s.w.t. menunjukkan keharusan berkumpul untuk tujuan
kebaikan, berzikir, dan membaca Al-Quran di dalam masjid dan tempat
lain sama ada secara sir (tidak menguatkan suara) atau jahr (menguatkan
suara) dengan syarat tidak sampai menimbulkan kekecohan (kerana
manjadi gangguan kepada orang lain dan sebagainya) selagi seseorang
itu melakukan perkara baharu itu untuk memenuhi tuntutan Allah s.w.t.
yang umum dan tiada pula sebarang tegahan yang berkaitan dengannya.
Maka selagi itulah perbuatan tersebut dikira sebagai qurubat (cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.) dan bukannya bid‟ah.

M u k a s u r a t | 11
P e n g e r t i a n S e b e n a r B i d ‟a h .

BID’AH DHOLALAH

Sebahagian umat Islam sering menjatuhkan hukum bid‟ah dholalah terhadap


perkara-perkara baharu dengan alasan Nabi dan para sahabat tidak pernah
melakukan perkara baharu tersebut. Membid‟ahkan dan menjatuhkan hukuman
sesat kepada orang ramai adalah perbuatan “melampau dalam beragama”. Hal ini
juga menggambarkan keadaan sesuatu pihak yang kurang memahami dan kurang
mendalami prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syara‟.

Mereka berasa ‘ujub dengan diri sendiri, lalu memperlekehkan pendapat dan
pemahaman para ulamak Islam yang muktabar. Mereka tidak peduli dan tidak rasa
bersalah apabila menyalahi pendapat ulamak sehingga mereka tidak dapat melihat
kebenaran kecuali hanya pada pendapat yang mereka pegang atau memang kerana
mereka suka memperkotak-katikkan orang lain. Kami berlindung dengan nama Allah
s.w.t. daripada mengikut hawa nafsu dan melakukan perkara-perkara yang tidak
mahir kerana kelemahan dan kejahilan diri sendiri.

Imam Ibnu Tamiyyah dalam kitabnya Iqtida’ Al Sirat Al Mustaqim


menyatakan dalam kesimpulannya:

“Perkara-perkara yang tiada tuntutan untuk dilakukan pada zaman itu (perkara-
perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi ); sekiranya umat Islam
memandangnya sebagai maslahah kerana berlaku insiden baharu maka boleh
dilakukan perkara baharu itu untuk memenuhi keperluan.”

Jika ada pihak yang menyangka bahawa tidak boleh melakukan sesuatu
perbuatan kecuali yang telah tsabit daripada Nabi dan dalam bentuk tertentu
sahaja, maka pendapat itu adalah terbatal berdasarkan hadits-hadits yang
menunjukkan penerimaan Rasulullah terhadap ibadat, doa, dan zikir hasil ijtihad
para sahabat. Baginda kadang-kadang mengiringi penerimaan tersebut dengan
tabsyir (memberi khabar gembira), keredaan Allah s.w.t., balasan syurga,
keprihatinan para malaikat, terbukanya pintu rahmat di langit dan seumpamanya.

Wa Allahu A’lam

SEKIAN.

M u k a s u r a t | 12

Anda mungkin juga menyukai