Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan

Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan pada 19 Mac 1983 merupakan usaha

yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memastikan etika kerja dan penyampaian perkhidmatan

awam yang lebih baik terutamanya untuk warga guru.Matlamat kempen ini juga bertujuan

menanam dan memupuk sifat – sifat kepimpinan yang berkesan untuk dicontohi , dihayati dan

diamalkan oleh semua penjawat awam . Kempen ini juga bertujuan meningkatkan produktiviti

dan turut mengamalkan perkhidmatan yang bersih , cekap dan amanah serta merupakan dasar

kerajaan untuk mencapai dan juga memperkukuhkan nilai – nilai murni bagi mempertingkatkan

kualiti kerja.

Dalam usaha merealisasikan slogan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberikan

peranan utama dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan berketrampilan serta

mempunyai teladan yang baik dalam menangani cabaran dan bersaing dalam era globalisasi.

Melalui misi utama kementerian juga dalam membentuk modal insan kelas pertama dalam

pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia , usaha yang paling utama ialah

melahirkan warga pendidik yang mempunyai akhlak dan teladan yang cemerlang supaya boleh

dicontohi oleh anak didik mereka. Segala usaha ini perlu bermula di peringkat sekolah dan

peranan utama guru besar merupakan penggerak utama dalam mengembeleng segala tenaga

setiap guru dan kakitangan untuk memastikan objektif ini tercapai.

1
.1 Definisi etika, Pengajaran dan Pembelajaran Beretika

Etika dari segi didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kelakuan seseorang individu


yang dapat diterima secara moral melibatkan kepercayaan tentang betul atau salah
sesuatu tingkah laku atau perbuatan. Bermakna etika merupakan amalan-amalan
murni yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan, pekerjaan dan
sebagainya yang diterima masyarakat dan berupaya membentuk akhlak dan sahsiah
diri serta kumpulan atau organisasi dengan cemerlang.

Amalan etika yang baik akan menjadi amalan kakitangan organisasi yang
bekerja dengan jujur, amanah, menepati masa, cekap, berhemah dan produktif Etika
yang baik memberi gambaran atau imej positif kepada organisasi, syarikat dan jabatan
Etika ini juga mempunyai hubungan rapat dengan tingkah laku kakitangan organisasi
tersebut. Etika yang bersih, menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi dan begitu
juga jika sebaliknya yang berlaku. Etika kerja sering kali dibincangkan dalam konteks
nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam
menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap organisasi.

Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang etika. Teori etika telah mula
diperkatakan sejak zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah memberikan tumpuan
kepada kebaikan moral. Socrates (469 – 399 B.C) dan anak muridnya Plato (428-348
B.C) umpamanya menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-
rakannya berfikir tentang kebaikan (virture) dan kesihatan roh (health of soul). Idea
utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan meyakinkan orang agar
berakhlak mulia (virtuous). Socrates berpandangan adalah mustahil seseorang dapat
merasai kebahagiaan tanpa memiliki etika atau moral yang baik. Manakala tindakan
tidak beretika akan memberi kesan mengganggu orang lain. Malah beliau juga
menganggap individu yang tidak beretika sebagai tidak mempunyai psikologi yang
sihat. Manakala Plato berpandangan kebaikan sejati hanya dapat dicapai melalui
pembelajaran falsafah dan peringkat pengetahuan yang tinggi. Oleh itu mengikut Plato
kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual. Walaupun pandangan

2
Socrates dan Plato disanggah oleh Aristotle (384 – 322 B.C) yang melihat kebaikan
moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual . Aristotle melihat etika
bergantung kepada sifat bukan perbuatan dan sifat itu dibentuk oleh setiap tindakan
yang dipamerkan oleh individu.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan terhadap etika, namun sesiapa pun


tidak dapat menolak peranannya dan pengaruhnya dalam menentukan tingkah laku dan
tindakan seseorang individu. Sebagai contoh, dalam keadaan ketiadaan wang untuk
membeli makanan seseorang telah terlihat seorang buta yang sedang mengambil
wangnya yang terjatuh. Jika jiwa individu itu tidak memiliki iman dan etika yang kuat
sudah pasti dia mengambil wang tersebut kerana si buta tidak mengetahuinya dan
mendahulukan keperluan peribadinya. Sebaliknya dia tidak berbuat demikian malah
membantu si buta mendapatkan wang yang terjatuh dan berasa puas kerana dapat
membantu.

Oleh yang demikian, sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah
bergantung kepada penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya
tidak terkeliru dengan prinsip atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan.
Dengan kata lain, kebaikan adalah berhubung dengan kualiti dalaman yang dimiliki
oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti dan tindakan dalam kehidupan hariannya.

Masalah-masalah etika dalam pengurusan sama ada dalam sektor awam atau
sektor swasta adalah kompleks disebabkan oleh kesan yang berpanjangan, pilihan
penyelesaian yang berganda, hasil yang bercampur-campur, kejadian tidak menentu
serta implikasi-implikasi peribadi.

Jelasnya, masalah etika terdapat di semua peringkat apabila adanya individu


yang mengambil tindakan bersifat mengutamakan kepentingan diri sehingga memberi
kesan negatif kepada orang lain. Sebagai contoh, rasuah umpamanya telah mula
meyusup ke peringkat pentadbiran negara. Berita Harian pada 15 September 2007,
menyiarkan laporan statistik oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Nakotik Bukit Amam

3
melaporkan 167 penjawat awam terlibat dengan kesalahan mengedar dan memiliki
dadah. Turut dilaporkan 39 daripada 167 penjawat awam terbabit adalah kakitangan
Kementerian Pelajaran. Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz pada tahun 2007 dalam statistik beliau melaporkan pada
tahun 2007 seramai 217 kes rasuah adalah di kalangan anggota polis. Inilah yang
dikatakan “ Harapkan sokong, sokong membawa rebah ” . Implikasi yang berterusan
tanpa sebarang analisa akan meruntuhkan sistem pentadbiran dan kepercayaan rakyat
kepada pentadbir dan sistem yang ada.

Berpegang kepada prinsip “ mencegah lebih baik daripada merawat ” , maka


amat tepat jika memilih saluran pendidikan sebagai ajen merubah etika masyarakat
yang kian hancur pada hari ini. Menteri Pelajaran Malaysia, dalam Perutusan Sempena
Sambutan Hari Guru 2005 mengatakan “ ……..guru merupakan golongan di barisan
paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan sesuatu hasrat itu
menjadi kenyataan… “ . Justeru memilih proses pemulihan menerusi bidang
pendidikan adalah satu langkah bijak mengekang kemerosotan etika generasi hari ini
dan pada masa hadapan. Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran etika penting diberi
bermula dari peringkat awal lagi .

Pendahuluan

Kemantapan kepimpinan guru besar merupakan pemacu dalam menggerakkan institusi sekolah

yang diterajui dalam landasan ke arah kecemerlangan. Menurut Abas Awang & Balasundran A.

Ramaih (2002) menyatakan guru besar sebagai ketua jabatan di sekolah yang diberi amanah

untuk merealisasikan aspirasi dan pembangunan pendidikan negara. Menurut Ayob Jantan

4
(2005) dalam bukunya ‘Pengetua Sekolah Yang Efektif’ menyatakan guru besar perlu

mempunyai kemahiran kepimpinan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Menurut beliau juga

, masalah guru lambat datang kerja , masalah hutang, melanggar displin dan sebagainya

memerlukan perincian secara berhemah dalam mengatasi permasalahan tersebut.. Justeru itu

guru besar sebagai seorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran dalam mengelola anak

buahnya dalam mencapai slogan kepimpinan melalui teladan.Kejayaan sesebuah institusi

bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbir iaitu orang yang mengarah dan memimpin

kakitangan secara keseluruhannya. Menurut Fatimah Wati Halim (1997) menyatakan pemimpin

juga membawa maksud seorang daripadanya cuba memimbing dan mendorong yang lain dalam

usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin bermakna dia telah

berjaya mempengaruhi anggota- anggota yang lain di dalam institusi tersebut. Kebolehan

mempengaruhi bergantung kepada usaha yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.

Menngikut Dr Robiah Sidin (1988) dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’ menyatakan

terdapat dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin. Pertama iaitu kuasa

yang datang dengan jawatannya dalam organisasi itu dan yang kedua kuasa yang berpunca

daripada keadaannya sendiri atau kuasa individu . Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan

adalah penting kerana ianya memberi kepercayaan kepada anggota- anggotanya. Walau

bagaimanapun untuk kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang

berunsurkan kebolehan tersendiri.

Dalam erti kata lain kemantapan kepimpinan yang ada pada guru besar perlu sebagai pemacu

dalam kejayaan merealisasikan slogan kepimpinan melalui teladan. Menurut McNulty (2005)

menegaskan tugas guru besar tidak hanya terhad kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah

5
beliau harus menggerakkan segala bentuk sumber dan dan modal insan di bawahnya terutamanya

guru supaya dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Drake dan Roe (1999)

menyebut bahawa segala aktiviti yang berlaku di sekolah merupakan tanggungjawab guru besar

malah penghasilan sebuah sekolah yang efektif , harmoni dan cemerlang adalah hasil daripada

kepimpinan guru besar yang berkesan.

Pandangan ini ini turut disokong oleh Shields (2005) dan Hughes (1995) yang menyatakan tugas

utama guru besar tidak terhad kepada peranan fungsional seperti pengelolaan , penyelarasan dan

penilaian tetapi perlu juga menjadi suri teladan atau sumber insipirasi kepada para guru. Di

samping itu juga menurut Bush (2003) dan Hussein Hj Ahmad ( 2001) kepimpinan sekolah

disaran mengamalkan gaya kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan seperti

membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus , mudah didekati, kerap

memberi motivasi , membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru. Mengikut Chan Yuen

Fook (2001) pula , aspirasi pendidikan negara tidak akan mencapai matlamat sekiranya

kepimpinan sekolah terlalu menumpukan kepada pentadbiran sahaja sedangkan bidang

kepimpinan sekolah hari ini bersifat dinamik, kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih

tinggi.

Sehubungan dengan itu , Fullan (2001) menyatakan guru besar pada era globalisasi kini perlu

mempunyai ciri- ciri kepimpinan profesional. Ciri kepimpinan profesional ini merujuk kepada

sikap tegas guru besar dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat yang realistik serta

menekankan keunggulan ketika di sekolah. Di samping itu juga Ghazali Othman (2001)

menegaskan bahawa guru besar juga perlu menekankan aspek pembangunan manusia seperti

kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah. Justeru itu dalam merealisasikan slogan

tersebut , peranan guru besar sebagai pemimpin penting dalam memberikan keseimbangan dalam

6
pengurusan dengan kepimpinan yang efektif sebagai pembuka ruang dalam penghasilan guru

yang mempunyai teladan yang boleh dicontohi anak didik mereka. Sekiranya usaha ini mencapai

objektif maka secara tidak langsung produktiviti kerja dan kepuasan dalam bekerja akan mampu

tercapai.

Kepimpinan guru besar yang efektif mampu memastikan anak


buahnya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugasan.

Selain daripada mempunyai kuasa untuk mengarah, guru besar juga sebagai pemimpin

memerlukan nilai moral yang terbaik untuk ditunjukkan kepada bawahannya agar beliau

dihormati dan disegani. Seseorang pemimpin juga perlu menjadi role model ataupun contoh yang

mempunyai keperibadian yang luhur. Sebagai contoh daya kepimpinan yang dimiliki oleh Tun

Dr Mahathir yang dikatakan datang paling awal pada pukul 7.25 pagi dan beliau tidak pernah

lewat datang ke pejabat sepanjang 22 tahun berkhidmat .Berikut merupakan nilai murni yang

perlu ada sebagai pemimpin yang wajar dicontohi oleh anak buahnya.

1.Bersih , cekap dan amanah

7
Nilai bersih , cekap dan amanah merupakan nilai yang perlu ada di dalam diri seseorang

pemimpin. Antara maksud bersih adalah bersih dari segala amalan negatif seperti rasuah,

penyelewengan dan pecah amanah. Cekap pula merujuk kepada cara kerja yang dilakukan dan

secara sistematik kerja yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan .Manakala

amanah pula merujuk kepada sikap bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang telah

diberikan untuk tugas- tugas tertentu.

2. Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja

Dalam keadaan tertentu , guru besar sebagai pemimpin perlulah menurunkan kuasa kepada orang

di bawahnya. Sebagai contoh kuasa boleh diturunkan kepada bawahannya semasa guru besar

sedang menjalani kursus yang lama atau sedang bercuti.Beliau mestilah memberikan kuasa

mentadbri kepada penolongnya agar kerja – kerja pentadbiran tidak terbengkalai.

3. Mempunyai emosi yang seimbang dan pandai berjenaka

Dari segi emosi pula , guru besar haruslah mempunyai emosi yang stabil dan seimbang terutama

dalam membuat keputusan supaya dalam tatacara yang betul dan tidak mengutamakan

kepentingan peribadi. Manakala guru besar yang pandai berjenaka akan mendekatkan lagi

dirinya dengan orang bawahannya.

4. Memberi teladan yang baik kepada pekerja.

Teladan yang baik kepada para pekerja dibawahnya amat penting di dalam institusi kerana di

dalam sekolah , murid sering menjadikan guru sebagai role model. Justeru itu sebagai pemimpin

perlulah sentiasa mengamalkan dan menunjukkan teladan yang baik pada sepanjang masa. Guru

8
besar sebagai role model akan dicontohi oleh guru dan seterusnya anak murid secara tidak

langsung.

5. Tidak mengawal kakitangan sehingga menimbulkan konflik

Mengawal kakitangan adalah penting untuk memastikan objektif dan matlamat institusi tercapai

namun guru besar juga harus memberi ruang kepada kakitangannya. Sikap toleransi dan

pertimbangan waras harus ada dalam setiap tindakan yang diambil terutama dalam mengambil

tindakan tatatertib. Kakitangan akan stress sekiranya setiap pergerakan mereka dikawal dan ini

akan menyebabkan konflik seterusnya menyebabkan punca masalah displin.

6.Sentiasa terbuka kepada kritikan membina

Sebagai guru besar yang mempunyai kepimpinan teladan haruslah sentiasa mengamalkan sikap

minda terbuka terhadap kritikan membina. Kritikan ini biasanya terjadi apabila terhadap isu yang

mereka tidak berpuas hati. Sehubungan dengan itu, ianya harus diambil serius dan dijadikan

rujukan dalam memperbaiki segala permasalahan yang timbul.ada kalanya guru besar juga silap

dalam tindakannya kerana beliau juga hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada

kesilapan.

Menurut Kamus Dewan , profesion merupakan suatu bidang pekerjaan khasnya yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi serta latihan khas seperti

perguruan , perubatan dan sebagainya. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas

konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latiha ikhtisas yang cukup bermutu. Individu yang menjalankan

profesion ini juga mempunyai kualiti , dedikasi , bertanggungjawab , jujur dan bermoral tinggi

9
serta mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

organisasinya.

Menurut Awang Had Salleh (1980) perguruan di negara ini lebih menjurus kepada pekerjaan

daripada profesion. Nilai – nilai tara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan

oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan

nilaitara perkhidmatan tersebut. Nilaitara ini akan menjadi garis panduan dalam usaha

memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.Oleh yang demikian guru haruslah

menunjukkan tingkah laku yang murni serta menjadi contoh teladan yang boleh dicontohi oleh

anak muridnya. Guru juga harus mempamerkan perilaku terpuji dan mengelakkan daripada

bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan menyebabkan hilang

kepercayaan umum terhadap profesionnya. Guru harus menerapkan di dalam jiwa bahawa

tanggungjawab utama guru ialah mendidik anak muridnya menjadi warganegara yang berguna

kepada agama, bangsa dan negara.

Guru haruslah menumpukan perhatian kepada anak muridnya dan menyedari kepentingan murid

mengatasi segalanya. Guru juga harus menumpukan perhatian dan mengambil tindakan secara

adil terhadap semua murid tanpa ada unsur prejudis dan juga diskriminasi.Guru juga harus

mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan murid serta berkeupayaan membimbing

mereka memperkembangkan potensi mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Namun demikian terdapat isu – isu yang melanggar etika profesion perguruan di kalangan guru

seperti guru tidak masuk ke kelas untuk mengajar, lewat hadir ke kelas dan juga ke sekolah, guru

memukul murid dan sebagainya.

10
Kaedah –kaedah Pelaksanaan

Untuk memastikan kejayaan penerapan etika di kalangan para guru , guru besar sebagai peneraju

utama perlu melaksanakan tindakan dan penambahbaikan terhadap guru- guru. Terdapat aktiviti

– aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam memastikan keberkesanan ini pada peringkat

organisasi sekolah.

1. Membacakan Ikrar Tatatususila Profesion Keguruan dan Etika Perkhidmatan Awam pada

hari pertama persekolahan , pada Hari Guru dan semasa perhimpunan rasmi dengan para

murid.

11
2. Guru besar juga boleh meminta para guru membaca dan mengedarkan kepada guru

tentang nila- nilai utama dan Nilai Kualiti dalam perkhidmatana awam serta pekeliling

ikhtisas semasa perjumpaan atau mesyuarat guru yang pertama dan kedua pada setiap

tahun.

3. Mengadakan kursus kepimpinan melalui teladan dan kursus motivasi kepada semua guru

pada pertengahan tahun persekolahan.

4. Menguatkuasakan sistem surat peringatan iaitu memo , surat amaran dan surat tunjuk

sebab serta tindakan tatatertib bagi guru yang bermasalah yang masih tidak menunjukkan

sebarang perubahan walaupun telah dinasihati secara berhemah dan dirujuk kepada

kaunseling.

5. Menyediakan dan menggalakkan para guru dan kakitangan memahami peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan dalam Buku Perkhidmatan Awam dan salinan pekeliling

– pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini diberikan kepada

semua warga guru dan kakitangan untuk dibaca dan perlu dikembalikan semasa serahan

tugas pada akhir tahun.

6. Mengadakan kempen Kepimpinan Melalui Teladan secara berterusan dan dalam kempen

tersebut para guru sentiasa diingatkan supaya menjaga tingkahlaku mereka. Ini kerana

setiap perkara yang dilakukan oleh guru akan mudah dicontohi oleh murid. Guru besar

dan pentadbir yang lain juga perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada guru

– guru yang lain.

7. Menerapkan dan menyebarkan nilai- nilai positif kepada warga sekolah supaya mereka

dapat sentiasa mengamalkan budaya kerja dan akhlak yang terpuji seperti kejujuran,

intergriti, berdisplin, amanah , semangat bekerja sebagai sepasukan dan keikhlasan.

12
8. Menampalkan dan meletakkan contoh kata – kata hikmah, petikan nasihat dan contoh

teladan yang baik pada laluan yang sering digunakan oleh guru dan kakitangan supaya

mereka akan sentiasa beringat dan juga mengamalkan teladan yang terpuji.

9. Mengambil berat tentang kebajikan guru dan menjalinkan hubungan yang erat di antara

guru dan kakitangan. Ini dapat menimbulkan perasaan selesa kepada guru untuk

berkomunikasi dengan guru besar dalam menyatakan pandangan , masalah dan

berbincang tentang prestasi kerja.Kephiratinan guru besar terhadap kebajikan akan

menjadikan cara menegur , membimbing dan mengarah dirasakan sebagai teguran yang

membina. Ini juga merupakan motivasi terbaik kepada guru untuk terus menunjukkan

teladan dan peningkatan prestasi kerja mereka.

Apa yang penting guru besar sebagai pemimpin perlu menerapkan budaya kerja yang

berpegang kepada etika akan melahirkan warga pendidik yang bersifat

amanah,benar,bijaksana,telus,adil,bertanggungjawab dan berdedikasi. Menurut perspektif

Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad Uthman El Muhammady dalam

artikelnya ‘Intergriti Tanggungjawab Bersama’ dinyatakan bahawa sifat dan akhlak Nabi

Muhammad S.A.W merupakan akhlak yang wajar dicontohi. Nabi Muhammad s.a.w.

mempunyai sifat-sifat utama seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah, dan lain-lain. Sifat

ini merupakan nadi utama kepada pencapaian hasil kerja yang berkualiti yang

dipertanggungjawabkan dan menjadi pendinding kepada berbuatan salah dan tidak bermoral.

13
Papan tanda ini memperingatkan budaya kerja yang wajar
diteladani dan dipamerkan sebagai peringatan bersama.

Peranan Guru Besar

Sehubungan dengan itu juga ketrampilan guru besar sebagai pemimpin perlulah memiliki sense

of mission dan sense of porpose , berwawasan, jelas hala melalui pernyataan visi dan misi

sekolahnya. Beliau juga berkeupayaan menjelaskan kepada warga sekolah dan komuniti

setempat tentang visi dan misi sekolah dengan cara walk the talk iaitu kepimpinan melalui

teladan. Selain itu juga beliau perlu cekap dan mempunyai strategi dalam merangka pelbagai

kaedah supaya dapat mencapai objektif organisasi.

2. Guru besar juga perlu mempunyai kemahiran dalam membimbing guru dan bertindak sebagai

mentor. Beliau juga perlu mempunyai kekuatan personaliti dan minda dari segi intelek dan juga

pengalaman supaya dapat menghadapi cabaran serta membuat keputusan yang tepat.

3. Selain daripada itu juga, guru besar perlu mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal

yang baik serta diplomasi dan juga berfikir secara kreatif. Guru besar yang mempunyai

kemahiran tersebut mampu meraih sokongan guru dan komuniti setempat dalam usaha mencapai

objektif organisasi.

4. Guru besar juga perlu berpijak pada landasan yang tepat dan disokong oelh sifat muaddib,

murabbi dan mursyid bercirikan insan cemerlang. Beliau juga harus menerapkan teladan yang

terbaik dan terpuji sepanjang masa, amanah , proaktif dan bersikap profesional.

14
5. Seiring dengan itu juga peranan guru besar perlu diiktiraf secara umum bahawa sekolah yang

ditadbir menepati konsep sekolah dan tidak dipersepsikan dengan gambaran lain. Oleh yang

demikian , guru besar perlu memastikan iklim dan suasana sekolah haruslah mempunyai sentiasa

kondusif dan mempunyai kemantapan akademik serta mempunyai sahsiah yang terpuji. Ini akan

melahirkan satu budaya sekolah yang sihat sehingga wujud perhubungan yang harmoni di

kalangan warga sekolah.

6.Akhir sekali guru besar perlulah mempunyai gaya kepimpinan yang mampu menarik sokongan

dan kerja berpasukan warga pendidik di bawahnya. Beliau harus mempunyai komitmen yang

tinggi dan mendapat kerjasama erat daripada guru, murid dan juga komunitiu setempat serta

memastikan dirinya mempunyai tahap kesihatan yang baik dari segi jasmani , emosi dan intelek.

Guru perlu menjadi contoh teladan agar murid menjadi warganegara


yang berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

15
KOD ETIKA PERGURUAN

a) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
b) Guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
c) Dalam semua hubungan dan tugas guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
d) Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat , persatuan atau persendirian.
e) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tidak kira bangsa , agama dan kepercayaan.
f) Guru haruslah bertugas sebagai ‘penganti ibubapa ‘ dalam usaha membentuk
tingkahlaku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
g) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa , warna kulit, jantina , bahasa, agama, kepercayaan politik , tempat
asal , keturunan , daya intelek dan lain-lain.
h) Guru harus mengesan , menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek ,
daya cipta dan rohani.
i) Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang berkaitan.
j) Guru tidak harus bertingkahlaku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
k) Guru tidak harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid ,
masyarakat dan negara.
l) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang warga negara yang taat setia dan berguna.
m) Guru tidak harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
n) Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contih baik / role model
kepada muridnya.

16
o) Guru tidak harus menerima apa – apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.
p) Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
q) Guru tidak harus memaksakan kepercayaan , keagamaan , politik persenirian terhadap
muridnya.
r) Guru tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
s) Guru tidak harus menjatuhkan nama baik guru lain.
t) Guru haruslah menggunakan cara yang sah sahaja iaitu berdasarkan kecekapan untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan.
u) Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar- besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

KAJIAN KES

Dalam konteks melibatkan para pendidik pembangunan sahsiah penting untuk menjadi role

model yang boleh diteladani oleh anak murid. Menurut Abdul Jalil (1998) , pembangunan

sahsiah yang sempurna sebagaimana dalam tuntutan agama serta nilai – nilai budaya murni

dalam masyarakat merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ianya merupakan wadah

dalam kehidupan individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pembangunan sahsiah

juga merujuk kepada aspek perubahan dalam diri individu sama ada kearah perubahan positif

17
atau negatif menurut Wan Azmi (1992). Ini penting kerana perubahan yang positif akan

membentuk individu yang membina jati diri yang unggul dan merangkumi segala aspek yang

murni. Pembangunan sahsiah juga menjadikan individu tersebut bertamadun , intelek serta

berdaya maju menurut Mohd Nasir (2006). Maka fokus pembangunan sahsiah memerlukan

perubahan dalam tingkahlaku secara keseluruhan luaran dan dalaman. Rumusannya sahsiah

merupakan ciri – ciri keseluruhan yang konsisten pada individu serta mewakili perwatakan yang

mampu dinilai dan diperhatikan melalui tingkahlaku.

Dalam kajian kes ini merujuk kepada pengalaman penulis yang mengajar di Sekolah Rendah

Kebangsaan Bukit Ridan yang terletak di pinggir bandar Muadzam Shah selama hampir 20 tahun

mendapati isu kehadiran guru menjadi fokus utama kajian saya. Terdapat 53 orang guru yang

bertugas di sekolah tersebut dan aspek kehadiran guru di dalam sekolah serta di dalam kelas

menjadi kajian saya. Aspek kehadiran guru amat penting untuk memastikan proses pedagogi

berjalan lancar.Malah ketidakhadiran guru boleh didefinisikan sebagai melanggar etika

profesional perguruan dan merupakan kesalahan besar yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut pengamatan saya juga , dari segi aspek kehadiran guru ke sekolah boleh dikatakan

mencapai 100 peratus kehadiran namun kehadiran segelintir guru untuk mengajar di dalam kelas

boleh dikatakan kurang memuaskan. Terdapat segelintir guru didapati sering lewat hadir ke

dalam kelas dan ini mendatangkan implikasi yang besar terhadap murid dari aspek keselamatan

terutamanya.

Saya juga membuat pemerhatian secara rambang pada hari Isnin 19 Oktober 2015 dan pada hari

Rabu 21 Oktober 2015 di kelas tahun 2 Cemerlang mendapati pada jam 8.15 pagi sepatutnya

guru telah bersedia untuk memasuki kelas dan memulakan proses pengajaran dan pembelajaran

namun guru tersebut tiba lewat hadir selama 17 minit. Ini menyebabkan kelas tersebut berada

18
dalam situasi yang bising dan murid tidak berada dalam kawalan guru.Pada pendapat saya ini

tidak sewajarnya berlaku dan menyalahi etika. Guru sewajarnya sudah berada di dalam kelas dan

memulakan proses pedagogi terhadap murid. Sebarang kejadian yang tidak diingini boleh

berlaku tanpa pengawasan guru dan guru perlu menepati jadual masa yang telah ditetapkan.

Dalam konteks etika , guru perlu hadir tepat pada masanya dan dari segi emosi ternyata guru tidak dapat
membentuk peribadi yang unggul. Saya juga bertanyakan pada murid tentang guru tersebut dan maklum balas
yang diterima menyatakan guru tersebut sering hadir lewat di dalam kelas 2 Cemerlang. Walaupun
berulangkali telah ditegur oleh pihak pentadbir ternyata guru tersebut memandang lewa dan masih bersikap
sedemikian.Guru sewajarnya mempunyai etika dan memastikan nilai nilai murni seperti menepati masa
dipatuhi supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Dalam konteks ini , Guru Besar sebagai ketua jabatan perlu memberi teguran yang lebih keras seperti memberi
kaunseling kepada guru tersebut supaya tidak mengulangi tingkahlaku tersebut. Ini penting supaya guru
menyedari kepentingan masa dan juga risiko yang mungkin akan berlaku sekiranya kelas tidak mempunyai
guru yang bertanggungjawab.Guru tersebut wajar menghadiri kursus pembangunan sahsiah supaya dapat
memotivasikan dirinya sebelum memotivasikan orang lain contohnya memberi motivasi dalaman seperti
memupuk minat untuk belajar.Justeru itu guru perlu menyedari pentingnya pemikiran yang positif dan
keluhuran peribadi yang murni.

19
Guru tersebut perlu sedar bahawa menjalankan tugasnya dengan penuh beretika supaya mendapat
penghormatan daripada orang ramai dan murid-murid. Mengajar dengan kesabaran dan bertanggungjawab
terhadap tugasnya. Guru tersebut perlu mempunyai fikiran yang matang dan berpositif, selalu berbincang
dengan rakan sekerja semasa menghadapi masalah dalam masa dua bulan kajian tindakan dijalankan bagi
usaha memperbaiki tingkahlakunya yang ganas terhadap anak murid itu, dan catatkan apa yang telah
dibincangkan, dan apa yang telah bertambah baik serta memperbaikan tingkahlaku yang ganas tersebut dalam
fail yang disedia khas.

Selepas menghadiri kursus atau selepas dibimbing oleh kaunselor dan dalam masa kajian tindakan dijalankan
guru tersebut dapat mengenali personaliti guru sentiasa diutamakan, mempunyai penampilan diri yang baik
supaya murid dapat mencontohi. Sebagai seorang guru amalkan akhlak yang mulia dan mempunyai
pembangunan jiwa yang sihat dan mempunyai pegangang agama yang kuat.

Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal,
emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama.Oleh
itu ia member kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat.

Dari segi cara bersosial sebagai pengembang atau ejen sosial. Perasaan bersosial dalam diri
kanak-kanak sudah wujud sejak kecil lagi dan ia hendaklah disuburkan dengan cara yang baik
dan menggunakan pendekatan sosial secara psikologi dan perpatutan dengan tahap
perkembangan seseorang kanak-kanak itu. Jadi asas bagi pendidikan sosial ini adalah terdapat
dalam lingkungan pendidikan sosial di sekolah. Sekolah haruslah mengendalikan latihan
praktikal yang didahului oleh guru, contohnya seperti mengadakan permainan, sukan, hari
perayaan bersama atau menyelesaikan dan berbincang dengan guru dalam masalah pelajaran. Ini
secara tidak langsung boleh mengajar seseorang kanak-kanak itu supaya berani bersosial dalam
cara yang baik. Dalam erti kata yang lain, guru juga sebagai kawan dalam hubungannya dengan
murid.

Guru juga sebagai orang tengah dan penghubung antara rakyat dan kerajaan dan dari sinilah juga
dapat diketahui bahawa peranan seorang guru bukan saja kepada muridnya malahan juga kepada

20
masyarakatnya iaitu sebagai pendamping rapat di luar sekolah, penghidupan, siahsah
kemasyarakatan, kesusasteraan dan kesenian. Oleh itu setentunyalah seorang guru perlu
mewujudkan hubungan yang mesra sesama guru yang lain agar menjadi contoh yang baik bagi
murid.

Sebenarnya ada banyak cara bagi seorang guru mengajarkan cara bersosial kepada murid-
muridnya iaitu antaranya ialah turut serta atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dengan
murid sebagai contoh terdekat dalam bersosial, membawa reformasi untuk kepentingan
masyarakatnya dengan cara mendampingi diri dengan aktiviti masyarakat, cara ini sedikit
sebanyak akan mendapat pemerhatian oleh murid dalam melihat cara gurunya bertingkah laku
dan bergaul dengan orang ramai yang sekali gus dapat menjadi ikutan bagi murid-murid itu.
Guru yang sentiasa bergabung diri dan bercampur ( pandai bergaul dan menyesuaikan diri )
dengan masyarakat sekeliling juga akan dapat mewujudkan keselesaan yang sesuai dengan
kebudayaan, bangsa dan undang-undang bagi sesuatu tempat. Oleh itu, dalam dalam hal ini
setentunyalah seorang guru itu dalam bersosial perlulah mempunyai mental life yang terbuka.

Aspek – aspek penting dalam mengatasi permasalahan

1.Menganalisa Masalah Pekerja atau Kepincangan Organisasi

Dalam sesi perbincangan , guru besar sebagai ketua jabatan perlu menganalisa keadaan

organisasi , sikap pekerja terhadap organisasi dan perlakuan negatif yang menimbulkan masalah

dalam pengurusan organisasi dan insititusi. Guru besar hendaklah berusaha memastikan langkah

– langkah penyelesaian dapat diperbaiki supaya pekerja tersebut yang bermasalah dapat

mengubah tabiat dan meningkatkan prestasi. Tekanan juga boleh dikurangkan dan pekerja

mendapat peluang meluahkan perasaan yang terpendam di samping memperbaiki hubungan dan

juga meningkatkan suasana kerja yang sihat.Pihak pengurusan juga setelah menganalisa masalah

pekerja tersebut perlu memanggil kakitangan tersebut dan mencari jalan penyelesaiannya. Segala

masalah yang diutarakan melalui komunikasi dua hala ini mampu melegakan perasaan dan

21
tekanan kakitangan tersebut. Pihak pengurusan yang diterajui oleh guru besar juga perlu melihat

reaksi komunikasi bukan lisan melalui kakitangan yang bermasalah dan mencari punca

penyelesaian.

2.Mempertingkatkan Komunikasi Dalam Organisasi

Melalui Dialog Bulanan yang diadakan pada setiap bulan di tempat kerja , ianya dapat membantu

mempertingkatkan lagi taraf komunikasi di antara kakitangan bawahan dengan pihak

pentadbiran. Saluran perhubungan dan karenah birokrasi dapat diatasi dan ini juga memberi

peluang kepada kakitangan untuk meluahkan perasaan mereka. Pihak pengurusan juga

mewajibkan kehadiran kakitangan supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka untuk

menyampaikan apa sahaja maklumat atau aduan yang berkaitan supaya diambil perhatian oleh

pihak atasan. Melalui Dialog Bulanan juga akan mendekatkan lagi pihak pengurusan dengan

semua lapisan kakitangan yang ada di samping menganalisa permasalahan yang sedia ada.

Mereka juga berpeluang mengutarakan pendapat , pandangan dan idea serta mendengar masalah

peringkat akar umbi.

3.Mewujudkan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja di sekolah

Mengikut PKPA Bilangan 7 Tahun 1991 yang bertajuk Panduan Mengenai Kumpulan

Meningkat Mutu Kerja (KMK) merujuk muka surat 105 di mana bermaksud sekumpulan kecil

pekerja – pekerja 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara

tetap untuk mengenalpasti , memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan sesuatu

aktiviti yang hendak dijalankan atau dilaksanakan. Kumpulan ini mengemukakan cadangan –

cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan .

Seterusnya mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Dalam falsafah KMK ini berdasarkan konsep pengurusan dan kemanusiaan. Pengurusan secara

22
kemanusiaan bermakna pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini

adalah kerana manusia merupakan aset penting dalam sesuatu jabatan. Pengurusan secara

penyertaan pula bermakna bahawa tiap – tiap pekerja tidak mengira kedudukannya dalam

organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan. Selain

daripada itu juga , melalui KMK yang diwujudkan mampu mengatasi masalah berkaitan dengan

permasalahan yang timbul dan juga menangani daripada awal sebarang kesulitan yang timbul.

KMK juga merupakan satu mekanisme di mana para kakitangan boleh menyertai dalam proses

penyelesaian masalah demi meningkatkan mutu kualiti dan produktiviti jabatan mereka.

KESIMPULAN

Penerapan etika dalam profesion perguruan tidak akan berjaya jika tiada usaha dan kerjasama

daripada semua pihak dalam organisasi sekolah. Menurut Jamilah Ahmad & Yusof Boon (2011)

menyatakan faktor utama yang mendorong kepada pencapaian kejayaan ini bergantung kepada

kepimpinan guru besar dalam menentukan hala tuju kejayaan institusi tersebut. Kepimpinan

merupakan salah satu proses dan tingkahlaku di mana seseorang pemimpin perlu mengambil

tindakan – tindakan yang tertentu untuk mempengaruhi individu lain supaya dapat berusaha

secara sukarela dan bekerjasama untuk mencapai objektif organisasi tanpa mementingkan

kepentingan diri. Justeru itu , pemimpin perlulah mempunyai ciri – ciri pemimpin yang berkesan

dan mengamalkan gaya kepimpinan yang terbaik.

Tidak dapat dinafikan guru besar di sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk

mengubah organisasi ke arah kecemerlangan.Guru besar juga harus menjadi role model yang

mampu dicontohi oleh guru di bawahnya seterusnya menjadi role model kepada pelajar.

Pemupukan nilai murni serta teladan yang terpuji harus dilaksanakan secara berperingkat demi

memastikan kakitangan mampu lebih berdaya saing dan mempunyai moral serta akhlak terpuji.

23
Dimensi moral dirujuk kepada penaakulan, perlakuan dan emosi seseorang individu. Ia akan

membenarkan individu sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga supaya setiap yang

dilakukannya adalah mengikut kehendak normatif di mana individu itu berada. Sistem

pendidikan dalam negara kita lebih menekankan kepada intelek iaitu ilmu pengetahuan. Dalam

membentuk insan yang bermoral iaitu yang sentiasa mengamalkan etika dalam kehidupan

sehariannya, maka ianya haruslah diamalkan dan difahami secara amnya. Ini bertepatan dengan

usaha kita untuk membentuk dan melahirkan warga kerja yang berperibadi mulia dan

bertanggungjawab melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat

Malaysia.

Guru merupakan pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak

Usman Awang, beliau ada menyatakan, ”jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika

hari ini seorang raja menaiki tahta, jika hari ini seorang presiden sebuah negara, sejarahnya

dimulakan oleh seorang guru biasa”. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas

yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Sebagai guru besar, kita

seharusnya dapat memahami slogan dan merealisasikannya supaya dapat dicontohi oleh guru –

guru seterusnya.

Rumusannya penting untuk menerapkan etika di kalangan guru kerana mereka merupakan role

model dalam membentuk generasi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Seperti kata

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari

Guru 1999, beliau menyebut;

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara

berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan

24
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh

itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan

watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai

pendidik yang unggul.”

RUJUKAN

Daripada Halaman Web

1. http://mylittletask.blogspot.com/2010/11/ciri-ciri-pemimpin-yang-baik-dalam.html

2. http://www.freewebs.com/sejarahkita/drmahathir.htm

3. http://www.top5reason.com/index.php/7-ciri-utama-seorang-pemimpin-yang-baik/

4. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/slogan-kepimpinan-melalui-teladan.html

5. http://imranradzi.blogspot.com/2010/09/ciri-ciri-kepemimpinan-dari-perspektif.html

6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

7. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/236-bersih-cekap-dan-

amanah.html

8. http://my.news.yahoo.com/kepimpinan-melalui-teladan-kunci-kempen-budi-bahasa-lee-

085546494.html

9. http://drjamiladimin.wordpress.com/2012/09/21/memimpin-dengan-budi/

10. http://semekanet99.tripod.com/ulasanbuku2.htm

11. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&s

ec=Rencana&pg=re_01.htm

12. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&s

ec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2j04CSMRO

13. http://formulapm.tripod.com/mahathir2.html

25
14. http://noddenberek12kbr.blogspot.com/2008/08/pengetua-sebagai-kepimpinan-

sekolah.html

Daripada Buku.

1.Asma Abdullah (2006), Ke Arah Glokal Dimensi Budaya Dalam Pengurusan Malaysia,Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

2. Ayob Jantan (2007),Pengetua Sekolah Yang Efektif, PTS Profesional Publishing Sdn Bhd ,

Kuala Lumpur.

3. Dasar – dasar Pembangunan Malaysia (1994), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Malaysia.

4.Ee Ah Meng -Psikologi pendidikan II ( Semester II ) , Sukatan Pelajaran Terbaru Diploma

Perguruan Malaysia ( cetakan kedua 1997 ) . Teori – Teori Pembelajaran muka surat 113 – 149 -

Penerbit Fajar Bakti.

5. Hussein Mahmood (1997) “ Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah’ Dewan Bahasa Dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

6. Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005), Pengurusan & Kepimpinan

Pendidikan ( Teori , Polisi dan Pelaksanaan) ,Penerbit Universiti Putra Malaysia.

7. Malaysia, (2006). Perintah-perintah Am dan Arahan perkhidmatan. Kuala Lumpur:


International Law Book Services.

8. Mok Soon Sang.( 2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1&2 .
Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
7. Noraini Ahmad ( 2007) , Budaya Kerja Cemerlang, Utusan Publications Sdn Bhd , Kuala

Lumpur.

8.Ragbir Kaur. 2008. Psikologi Pendidikan 1.Psikologi perkembangan. Fajar Bakti. Shah Alam

26
9.. Wan Mohd Mahyiddin (1996) , Kepimpinan sorotan pelbagai aspek bagi meningkatkan

kualiti dan pencapaian, Fajar Bakti Sdn Bhd.

10.Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,

Hlm 70-71.

Daripada Jurnal

1.Ahmad Atory Husain & Malike Brahim .(2005) Politik Pentadbiran di Malaysia :Penilaian

Pegawai Awam Terhadap Dasar Politik dan Kepimpinan Nasional. Universiti Utara Malaysia.

2.Lokman Mohd Tahir . (2008) Analisis Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah .Universiti

Teknologi Malaysia. Disertasi Ph.D.

3.Jamilah Ahmad & Yusof Boon (2011) . Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Di Malaysia. Journal of Edupres , Volume 1 , pages 323-335 ,September 2011, Fakulti

Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.

4. Zaharah Hassan , Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan

Awam.

27

Anda mungkin juga menyukai