Anda di halaman 1dari 4

SJK TAMIL LADANG FLEMINGTON

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK


Bilangan 04/2017

Tarikh : 12 Oktober 2017 (Khamis)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SJKTLF

KEHADIRAN 12 / 12

1. Pn Susela Mariappan (Guru Besar )


2. En Manimekhan Govindaraju (Guru Kanan Pentadbiran)
3. Cik Kogilavaani Munadee (Tahun 1,2,5 & 6)
4. Cik Rukmani Murugan (Tahun 4)
5. Pn Shanmugavalli Vetivelloo (Tahun 3)

HADIR BERSAMA

6. En Rajeskumar Ganesan
7. Cik Gayathiri Elamkhovan (Guru Ko-ku)
8. Cik Jeyaprabha Kumaresan
9. Pn Amutha Munusamy
10. Cik Jeevitha Hasokar
11. En Kumaresan Kooronathan

Tidak Hadir (Bersebab)


1. En Mohd Aziman

1.0 Ucapan Setiausaha

1.1 Ketua Panitia Matematik mengalu-alukan kehadiran para guru dan mengucapkan ribuan
terima kasih kerana sudi menghadiri mesyuarat panitia bagi kali terakhir bagi tahun
2017 ini.

2.0 Ucapan Pengerusi

2.1 Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang
terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat Panitia Matematik Kali Keempat
bagi tahun 2017.
2.2 Harap semua guru telah habis menanda kertas peperiksaan dan mengisi markah di dalam
SAPS.
2.3 Mengingatkan semua guru membuat analisis peperiksaan Akhir Tahun bagi memperbaiki
dan mengenalpasti kelemahan murid.
2.4 Semua guru diingatkan supaya menyemak buku latihan murid. Ia penting disebabkan
guru dapat mengukur tahap pencapaian murid-murid serta guru dapat melakukan aktiviti
pengukuhan dan pemulihan terhadap murid yang dikenal pasti.
2.5 Guru juga diingatkan agar membuat PBS dan menyerahkan keputusan kepada SU PBS
sekolah.
2.6 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan
tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2017. Beliau juga berharap prestasi ini
dapat di teruskan dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Beliau berdoa semoga
keputusan UPSR juga terutamanya matapelajaran Matematik akan meningkat pada tahun
ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan untuk guru tahun enam memandangkan segala
usaha yang telah di curahkan untuk meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini.

Tindakan : Semua Guru MT

3.0 Pengesahan Dan Pembentangan Minit Mesyuarat

3.1 Dicadang oleh En Kumaresan Kooronathan

3.2 Disokong oleh Pn Shanmugavalli Vetivelloo

3.3 Minit mesyuarat yang lalu disahkan dengan sebulat suara tanpa pindaan.

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Mengikut takwim peperiksaan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh keputusan
UPSR adalah pada 23 November 2017.

4.2 Semua guru diminta sentiasa merujuk surat pekeliling yang ada.

5.0 Perancangan Strategik Panitia Matematik (2017-2020)

5.1 Panitia Matematik akan mengkaji semula perancangan strategik yang dibuat dan akan
membina semula pelan mengikut tahun 2017-2020.
5.2 Guru-guru Matematik diminta memberi kerjasama untuk merancang program dan aktiviti
untuk Panitia Matematik.
5.3 Perkongsian analisis kelemahan dan kekuatan murid tahun 6 2017:

5.3.1 Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan berkaitan
penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang.
5.3.2 Murid-murid juga lemah dalam soalan berdasarkan rajah.
5.3.3 Markah Kertas 1 cukup makan sahaja.
5.3.4 Cikgu Cik Rukmani Murugan menyarankan agar murid-murid menghafal terus nilai
pecahan dalam topik-topik seperti Jisim, Isipadu, Jarak dan sebagainya.
Contohnya ¼ = 25%, ¼ kg = 250 gram, ½ km = 500 meter.
5.3.5 Cikgu Kogilavaani Munadee juga memberi maklum balas agar pelbagai Modul
Latihan diberikan kepada murid-murid UPSR. Modul Latihan adalah penting bagi
meningkatkan pengukuhan dan kuantiti murid-murid UPSR tahun 2018

Tindakan : Semua Guru MT

6.0 Pengurusan Headcount

6.1 Semua guru diminta bekerjasama dengan S/U Peperiksaan Awam dan Dalaman dalam
menguruskan TOV dan Headcount.

6.2 Headcount individu perlu disediakan disamping Headcount Mata Pelajaran.

6.3 Headcount murid Tahun4, 5 dan 6 boleh dibuat melalui aplikasi Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS).

6.4 Pembentangan dan Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2017A seperti di bawah.

6.5 Semua guru matapelajaran Matematik membentangkan keputusan peperiksaan akhir tahun
2017 kelas masing-masing dari tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan : Semua Guru MT

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 Matapelajaran Matematik

A B C D E LULUS GAGAL
TAHUN GPMP
BIL % BIL % BIL % BIL BIL BIL % BIL % BIL %
1
2 100 0 0 0 0 0 0 0 0 2 100.00 0 0 1.00
AVVAI
2
2 66.67 0 0 1 33.33 0 0 0 0 3 100.00 0 0 1.66
BARATHI
3
2 66.67 1 33.33 0 0.00 0 0.00 0 0.00 3 100.00 0 0 1.33
KAMBAR
4
1 10.00 1 10.00 2 20.00 3 30.00 3 30.00 7 70.00 3 30.00 3.60
AGATHIYAR
5
1 25.00 1 25.00 0 0.00 0 0.00 2 50.00 2 50.00 2 50.00 3.25
VALLUVAR
6
0 0.00 1 33.33 2 66.67 0 0.00 0 0.00 3 100.00 0 0 2.67
NALADIYAR
7.0 Perksra berbangkit

KSSR dan PBS

7.1 Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi PBS ke dalam data offline. Pengerusi
mengingatkan semua murid perlu melepasi Band 4 kecuali murid yang berada di kelas
Linus ataupun murid yang mengalami masalah kehadiran sahaja.

Tindakan : Semua Guru Matematik

8.0 Hal-hal lain

8.1 Perbincangan aktiviti tahunan untuk Panitia MatematikTahun 2018.

8.2 Semua guru di minta memberi cadangan aktiviti panitia untuk tahun hadapan. Semua
cadangan perlu di sampai ke tangan setiausaha panitia selewat-lewatnya 18 hb
November 2017

8.2 Ketua Panitia perlu menghantar Perancangan Strategik 2018 pada bulan Januari 2018.

9.0 Penutup

9.1 Ketua Panitia merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru Matematik yang
sanggup memberi pandangan dan cadangan demi mempertingkatkan prestasi Matematik
murid.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… …………………………………….
(CIK KOGILAVAANI MUNADEE) (PUAN SUSELA MARIAPPAN)
Setiausaha Panitia Matematik Guru Besar SJKT Ladang Flemington

Anda mungkin juga menyukai