Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27,

91009 Tawau.

KERJA KURSUS

NAMA SISWA PENDIDIK : NOR AIN BINTI AHMAD SUHAIMI

TUGASAN : KAJIAN KES

ANGKA GILIRAN : 2015052340058

NO MATRIKS : 8098

NO KAD PENGENALAN : 960909065382

UNIT : PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015

NAMA KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KOD : EDUP 3073

NAMA PENSYARAH : PUAN CLARICE JOANNES

TARIKH HANTAR : 03.03.2017


ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

TEMPAT KAJIAN

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

DAPATAN KAJIAN

PENUBUHAN

STRATEGI PENJANAAN KEWANGAN


ABSTRAK

Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ini diadakan adalah
bertujuan untuk mengenalpasti mana-mana persatuan atau pun pertubuhan bukan kerajaan
yang berdaftar yang mengalami masalah dalam isu kewangan. Objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk mengkaji cara-cara pengurusan persatuan yang efektif dan memberi cadangan
bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut dari berlaku serta
cara untuk menjana kewangan persatuan tersebut. Untuk memperoleh satu dapatan kajian
yang boleh digunapakai dalam kajian kes ini, kami telah menemubual guru- guru di SMK
Kinabutan khususnya ketua Panitia Sains dan Matematik. Melalui kajian ini, cara untuk
menguruskan sebuah persatuan dengan lebih berkesan akan dapat dikenalpasti di samping
mengetengahkan cadangan-cadangan serta alternatif dalam memastikan permasalahan
kewangan dalam sesebuah persatuan akan dapat dielakkan dan serta diselesaikan
menggunakan solusi yang berkesan.
1.0 PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi di atas limpah dan kurnia-Nya . Selawat dan salam
kita sampaikan kepada junjungan besar kita nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Dengan izin Tuhan yang
maha Esa maka dapatlah saya melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada saya.

Pertama sekali, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan
Loretta @ Lily Polus, Puan Ellina James Sikain, Puan Normadiah Bokoh dan Encik Mohd
Shahbudin Che Nawi kerana memberikan tunjuk ajar serta komitmen yang tinggi kepada saya
sepanjang tempoh masa saya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana
sentiasa memberikan dorongan dan pertolongan kepada saya dari aspek kewangan serta
nasihat yang berguna kepada saya.

Ucapan penghargaan ini juga saya khususkan kepada sahabat serta rakan sekelas saya
kerana sama-sama membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Kerana mereka sering
memperingatkan kepada saya jika sekiranya saya terleka dan lalai.

Akhirulkalam, saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara
langsung ataupun tidak. Budi baik kalian akan sentiasa dikenang
2.0 PENDAHULUAN

Lawatan Persatuan Teknologi Pendidikan dan Persatuan Sains dan Matematik ini merupakan
anjuran bersama Jabatan Teknologi Pendidikan dan Jabatan Sains IPG Kampus Tawau.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman
secara langsung kepada para siswa pendidik dalam bidang pendidikan khususnya dalam
teknologi dan sains. Melalui program ini juga, diharapkan para siswa pendidik dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan
organisasi persatuan yang akan diperolehi apabila berada di sekolah kelak.

Di samping itu, program ini dapat memberikan peluang kepada para siswa pendidik yang
menyertai program untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang
mereka lihat dan pelajari. Program yang dirancang ini, diharap dapat melahirkan para siswa
pendidik yang berpandangan jauh serta dapat membentuk pemikiran guru yang kritis dan
kreatif dalam kokurikulum.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


i. Meningkatkan kualiti akademik serta memberi peluang kepada para siswa pendidik
untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tentang penubuhan dan pengurusan
organisasi persatuan/kelab yang akan diperolehi semasa berada di sekolah.
ii. Menganalisis maklumat aktiviti penjanaan kewangan persatuan/kelab berpandukan
analisis SWOT.

3.0 Matlamat/Tujuan penubuhan persatuan

Menyediakan peluang dan ruang kepada rakan pelajar yang mempunyai minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan menggembeling tenaga, ilmu
dan idea dibawah satu pimpinan dan pertubuhan. Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti
yang lebih besar,sehat dan bermakna supaya boleh dimanaafatkan oleh semua ahli dan
komuniti.

3.0 TEMPAT KAJIAN

SMK Kinabutan, Tawau


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah seramai 64 orang guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2015 yang
terdiri daripada Persatuan Teknologi Pendidikan dan Persatuan Sains dan Matematik.
Manakala jumlah pensyarah pengiring adalah seramai empat orang.

 Lelaki : 23 orang siswa pendidik

 Perempuan : 41 orang siswa pendidik

 Pensyarah pengiring : 4 orang

- Dr. Ismail Bin Husin

- Encik Falawangi Bin Lahama

- Puan Loretta @ Lily Polus

- Puan Ellina James Sikain

DAPATAN KAJIAN

PROSEDUR PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN PERSATUAN

Prosedur pendaftaran
persatuan/kelab

kelulusan
permohonan
draf senarai ahli permohonan
menubuhkan
perlembagaan jawatankuasa oleh pendaftar
kelab
persatuan
Pertama sekali, pembentukan jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-
i. Tujuan dan matlamat
ii. Aktiviti dan kegiatan
iii. Peraturan
iv. Perlembagaan

Seterusnya, jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru
Besar dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas. Kemudian, guru harus
mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar. Kemudian, pendaftaran ahli-
ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar. Seterusnya
adalah mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :

i. Memilih Ahli Jawatankuasa


ii. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan
iii. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan
iv. Mengoperasikan kelab atau persatuan

SENARAI DOKUMEN DALAM PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja (Lampiran 1)


2. Draf Perlembagaan Persatuan (lampiran 1)
3. Draf Aktiviti Tahunan.
4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.(Lampiran 2)
5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru Besar)
(Lampiran3)
6. Pengendalian Mesyuarat Agung:
i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung. (Lampiran)
ii. Mesyuarat Agung. (Lampiran)
7. Kandungan fail persatuan (Lampiran )
Aktiviti Atau Strategi Penjanaan Kewangan Berpandukan Analisis SWOT

Analisis SWOT adalah suatu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan
organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta keadaan yang akan dihadapi pada masa
hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan (strength), kelemahan
(weakness), peluang (opportunity) dan cabaran (threat) (Tam, 2010). Di sekolah, pelbagai
sumber kewangan yang boleh diperoleh bagi melaksanakan suatu aktiviti kokurikulum
termasuk aktiviti persatuan. Tanpa kewangan yang mencukupi, sesuatu aktiviti kokurikulum
tidak boleh dilaksanakan. Antara sumber kewangan yang boleh diperoleh bagi melaksanakan
sesuatu aktiviti persatuan adalah seperti Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK), Bantuan
Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) dan sumber kewangan tambahan seperti tajaan
daripada pihak luar.

Di SMK Kinabutan, Persatuan Sains dan Matematik memperoleh sumber kewangan


daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK), Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan
(BBTP) dan sumber kewangan tambahan seperti sumbangan daripada pihak luar dan usaha
ahli sendiri untuk mengukuhkan kewangan persatuan. Bagi setiap perolehan sumber
kewangan Persatuan Sains dan Matematik ini, masing-masing mempunyai aspek-aspek
analisis SWOT yang dapat dinyatakan seperti berikut.

Salah satu aktiviti atau strategi penjanaan kewangan persatuan Sains dan Matematik
di sekolah adalah peruntukan daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK). Bantuan
Kokurikulum Sekolah (BKK) merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang
disediakan bagi menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum murid (Ahmad
Esa, 2005). Kadar peruntukan yang diterima oleh sekolah rendah adalah secara puratanya
RM10.00 seorang. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan BKK adalah merangkumi
pengendalian dan pengurusan persatuan, urusan makan minum dan penginapan, serta
pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum (Tam, 2010). Kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada BKK adalah bergantung kepada pengurusan kewangan oleh
pentadbir persatuan itu sendiri. Contoh kekuatannya adalah bendahari bijak menguruskan
kewangan dengan cermat dan mendapatkan keperluan yang penting sahaja. Manakala
kelemahannya pula adalah perbelanjaan yang terlalu banyak pada perkara-perkara yang
kurang penting seperti tempahan banting dan makanan berlebihan. Peluang yang terdapat
dalam strategi ini adalah perubahan pada polisi kerajaan berkaitan dengan bidang pendidikan.
Misalnya, berlaku penambahan jumlah peruntukan bagi melaksanakan persatuan. Cabaran
bagi sumber kewangan BKK adalah peruntukan yang diberikan adalah bergantung dengan
status ekonomi negara. Peruntukan ini mempunyai kebarangkalian untuk dikurangkan atau
diberhentikan bergantung kepada ekonomi negara.
Selain itu, strategi penjanaan kewangan persatuan tersebut juga bergantung kepada
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP). Fungsi BBTP adalah sama seperti BKK
yang mana sumbangan sumber kewangan tersebut adalah untuk kegunaan persatuan
(Ahmad Esa, 2005). Contohnya, pembayaran yuran pendaftaran atau penyertaan serta
pembelian hadiah aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Kekuatan yang diperoleh daripada
BBTP dalam persatuan Sains dan Matematik ini adalah sistem kewangan dapat ditadbir
dengan baik iaitu tidak berlaku penyelewengan dalam perbelanjaan persatuan. Bendahari
persatuan bersifat telus dalam mengendalikan kewangan. Kelemahannya adalah, murid
bukan warganegara Malaysia tidak layak menuntut bantuan ini (Tam, 2010). Kesannya,
pengurus sekolah hendaklah mengutip bayaran ini daripada ibu bapa atau penjaga murid
bukan warganegara. Peluang untuk mengembangkan sumber kewangan ini turut bergantung
kepada perubahan pada polisi kerajaan berkaitan dengan bidang pendidikan. Sekiranya
peruntukan adalah mencukupi, maka peruntukan boleh terus disalurkan kepada pihak
sekolah. Cabaran bagi aktiviti penjanaan kewangan persatuan ini adalah sekiranya kerajaan
tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi, Bayaran Tambahan Persekolah (BTP)
berkemungkinan diwujudkan kembali iaitu dengan cara mengutip bayaran daripada ibu bapa
murid.

Seterusnya, memohon tajaan atau sumbangan daripada pihak di luar sekolah


merupakan salah satu cara yang dianjurkan oleh persatuan bagi mendapatkan sumbangan
kewangan (Tam, 2010). Antara sumber atau badan yang boleh dihubungi adalah lembaga
pengarah sekolah, PIBG, badan-badan NGO, wakil rakyat serta styarikat-syarikat ternama.
Cara memohon sumbangan ini adalah seperti membuat surat memohon sumbagan dan
kutipan derma. Kekuatan bagi sumbangan daripada pihak luar ini adalah aktiviti persatuan
dapat dijalankan dengan lancar dengan adanya sumber kewangan yang diberikan oleh pihak
yang menyumbang. Kelemahan strategi ini adalah terdapat pihak yang berkemungkinan
menolak permohonan untuk memberikan sumbangan. Oleh sebab itu, pelaksanaan aktiviti
dalam persatuan tidak dapat dijalankan. Peluang bagi strategi yang dilaksanakan ini adalah
pihak penyumbang berkeinginan untuk mempromosikan produk ataupun pertubuhan itu
sendiri. Contohnya adalah syarikat banting memberi tajaan kepada pihak persatuan dengan
menaja banting secara percuma. Cabaran bagi strategi ini adalah terdapat saingan daripada
persatuan daripada sekolah lain iaitu sekolah yang terlebih dahulu memohon sumbangan
menyebabkan sekolah yang seterusnya ingin memohon sumbangan tersebut ditolak.

Di samping itu, strategi yang boleh digunakan bagi menjana kewangan adalah usaha
daripada ahli Persatuan Sains dan Matematik sekolah itu sendiri. Usaha ahli yang
dimaksudkan adalah ahli dalam persatuan menjana idea untuk mencari sumber kewangan
bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum. Contohnya adalah seperti membuat pertandingan
yang dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik iaitu pertandingan permainan Sudoku
antara persatuan, mahir sifir, roket air terbaik, poster, permainan magik colour, teka teki
matematik dan lain-lain aktiviti yang membuatkan pelajar berminat mengikuti pertandingan.
Kekuatan bagi strategi ini adalah kerjasama dalam ahli persatuan dalam berusaha bagi
mendapatkan sumber kewangan. Kelemahannya adalah pelajar bagi persatuan Sains dan
Matematik adalah kurang kreatif untuk memikirkan atau menjana idea bagi melakukan aktiviti
persatuan yang dapat membantu dalam sumber kewangan persatuan. Ahli persatuan terlalu
bergantung kepada guru penasihat untuk menjalankan aktiviti menjadikan pelajar kurang aktif
dalam aktiviti persatuan. Peluang yang terdapat pada strategi ini adalah penyertaan boleh
dibuka orang luar selain daripada warga sekolah. Sekiranya penyertaan yang banyak
diterima, maka persatuan akan memperoleh keuntungan yang besar yang seterusnya dapat
mengukuhkan sumber kewangan persatuan. Cabaran dalam melaksanakan strategi ini
adalah kurang sambutan daripada pihak luar. Contohnya, pelaksanaan karnival Sains dan
Matematik kurang mendapat sambutan daripada pihak luar dan seterusnya menjejaskan
sumber kewangan bagi perjalanan aktiviti persatuan.

Kesimpulannya, aktiviti dan strategi yang digunakan oleh Persatuan Sains dan
Matematik di SMK Kinabutan adalah boleh dianalisis menggunakan analisis SWOT dan setiap
satunya mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran tersendiri. Guru penasihat
dan ahli persatuan hendaklah bijak mengambil peluang dalam mengembang dan
mengukuhkan sumber kewangan persatuan dengan memanfaatkan sumber sedia ada dan
mencuba pelbagai kaedah baharu. Hal ini juga merupakan salah satu tujuan penubuhan
persatuan iaitu bagi melatih murid untuk lebih berani berkomunikasi dengan orang lain.
6.0 PENUTUP

Untuk mewujudkan satu persatuan yang baik, sistem pengurusan dan cara
pengendaliannya perlulah dititikberatkan. Peranan ketua persatuan juga sangat penting
dalam memastikan sistem pengurusan berjalan dengan baik dan lancar. Ketua persatuan juga
perlulah sentiasa memantau pergerakan anak buah dan memastikan setiap ahli menjalankan
tanggungjawab dan tugas masing-masing dalam persatuan. Ketua yang mampu untuk
mengetuai satu persatuan dengan baik merupakan salah satu aspek yang penting untuk
mewujudkan satu persatuan yang baik (Philip, 2014). PSM merupakan sebuah persatuan
yang boleh dijadikan contoh untuk cara pengurusan yang efektif dan juga penjanaan
kewangan yang baik.

LAMPIRAN 1
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN
NO. PENDAFTARAN 18/2002/SMKRTU
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.
11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut
ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Sains Dan Matematik
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan”
sahaja.

1. Pengerusi Mohd Faizal Bin Arifudin

2. Naib Pengerusi Mohd Azhan Bin Daud

3. Naib Pengerusi 2 Palicianana Anak Ampang

4. Setiausaha Chen Nyuk See

5. Penolong Setiausaha Thein Yee Chen

6. Bendahari Aliza Binti Abdullah

7. Ahli Jawatankuasa

7.1 Shila Binti Ahmadin

7.2 Daniel Arif Bin Samsul


7.3 Nadzatul Binti Razali

7.4 Ruzaimie Bin Hassan

7.5 Khairul Ibrahim Bin Isnin

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah
mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka
mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-
Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

…………………………………… ……………………………………
……………………. ……………………..
(MOHD FAIZAL ARIFUDIN) (CHEN NYUK SEE)
Pengerusi Setiausaha
Pengesahan:
Persatuan SainsSaya dengan ini mengesahkan bahawa
Dan Matematik Senarai
Persatuan Ahli Dan
Sains Jawatankuasa
Matematik di atas dan
Tarikh : perlantikan mereka adalah mengikut
Tarikh : Undang-Undang dan Peraturan-
Peraturan (Perlembagaan) Kelab PenggunaSekolah Menengah Kebangsaan
Kinabutan

.........................................................
(NORLAILAH BINTI CHENG CHENG)
Guru Penasihat Kelab Pusat Sumber dan IT
Tarikh: .................
Lampiran 1
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
SMK KINABUTAN TAWAU
NO. PENDAFTARAN 18/2002/SMKRTU

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.
11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut
ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Sains dan Matematik
Sekolah Menenah Kinabutan Tawau yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan: Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Menengah
Kebangsaan Kinabutan, Tawau

b. Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan,


91000 Tawau Sabah

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai persatuan dengan lebih terpimpin dalam
menimba Ilmu Berpengakap dan memupuk semangat bertanggungjawab dan
disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Persatuan Sains dan Matematik akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira


7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang
sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan
tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN


14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti


yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.
LAMPIRAN 2

Persatuan Sains dan Matematik,


Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan,
Peti Surat 60267,
91012 Tawau.
No. Tel : 089-912161
___________________________________________________________________

Ruj kami : XEA3062/


Tarikh : 04 Januari 2017

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan,
Peti Surat 60267,
91012 Tawau.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya .........................................................


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196,
yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Persatua Sains dan matematik, Sekolah Menengah Kebangsaan
Kinabutan, Tawau mulai 4 Januari 2017.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama AJK Tertinggi.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara di atas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

..................................................
( )
Guru Penasihat,
_________________________________,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan,
Tawau.

s.k Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Kinabutan


Fail
LAMPIRAN 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN


Peti Surat 60267
91012 Tawau Tel : 089-912161
SABAH Fax : 089- 913690
Email : xea3062@gmail.com

RUJUKAN : XEA 3062 /800-2/8(01


)
TARIKH : 05 Januari 2017

Guru Penasihat,
Kelab Pusat Sumber dan IT,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN,
Tawau.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB PUSAT SUMBER DAN IT

Merujuk surat tuan SMKTT/800- _______________bertarikh 04 Januari 2017 dinyatakan


bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996
seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A)
196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab Pusat Sumber dan IT,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, Tawau adalah diluluskan berkuatkuasa mulai
5 Januari 2017.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang


diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

(CHOO KOK KIN)


Pendaftar Kelab dan Persatuan,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN,
Tawau.

s.k. – Penolong Kanan Kokurikulum


Fail
LAMPIRAN 3

Persatuan Sains dan Matematik,


SMK Kinabutan,
Tawau, Sabah No Tel :09-8591349
___________________________________________________________________

Ruj kami : SKSI 05/01/01(01)


Tarikh : 02 Mac 2017
Guru Guru,
SMK Kinabutan,
Tawau, Sabah Tuan ,

SURAT PANGGILAN MESYUARAT PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

Tarikh : 2 April 2017 (Ahad)


Masa : 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Guru, SMK Kinabutan tawau
Panggilan : Mesyuarat Persatuan Sains dan Matematik

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan alu-aluan oleh penaung dan pengerusi


3.2 Kenal tugas dalam organisasi
3.3 Perancangan aktiviti
3.4 Hal-hal berbangkit

4. Kehadiran Tuan/Puan amat diharapkan bagi melancarkan mesyuarat kali ini. Kerjasama
dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima
kasih
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

(Razak Farhan )
Guru Panitia Sains,
Persatuan Sains dan Matematik,
SMK Kinabutan,
Tawau, Sabah
Lampiran G

Contoh Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Tarikh: 13.4.2003 (Sabtu)


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Bacaan SMK Kinabutan
Ahli yang hadir:
1. Mohamad Erfan bin Mohd Sani Pengurusi
2. Mohd Ekhmal bin Mohd Afandi Naib Pengerusi
3. Siti Norhaliza binti Taruddin Setiausaha
4. Kumari a/p Ramalingam Penolong Setiausaha
5. Wong Poh Tin Bendahari
6. Kamaruddin bin Basri Penolong Bendahari
7. Faridon Kamal bin Fadzil Ahli Jawatankuasa
8. Dzulkha Bibi binti Yussof AJK
9. Kamaliah binti Kamal AJK
10. Zulkifli bin Hashim AJK
11. Ragu a/l Ramanaidhu AJK
12. Tan Ah Kin AJK
13. Lee See Ming AJK

Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan Pengerusi

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-2


2.1. Pencadang
2.2. Penyokong

3. Perkara Berbangkit
3.1.
3.2
4. Laporan Jawatankuasa Kecil

5. Laporan Kewangan

6. Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi

Dicatat oleh, Tarikh : 13.4.2003

…………………………………………. ………..…………………………
( SITI HALIZA BTE AHMAD ) Disahkan oleh Guru Penasihat
Setiausaha,
Sains dan Matematik
KANDUNGAN FAIL KELAB DAN PERSATUAN

1.1 Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan daripada guru/murid


disertakan bersama :
a. Draf perlembagaan.
1
b. Draf aktiviti utama.
1
c. Senarai Jawatankuasa Penaja.
1

1.2 Surat kelulusan penubuhan daripada Penolong Pendaftar Sekolah. Ada penyataan 1
kelulusan penubuhan.
1.1 Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat. Ada penyataan penurunan 1
kuasa pengelolaan dan penyeliaan.
1.4 Minit Mesyuarat Agung Penubuhan. 1
1.5 Perlembagaan yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah. 1
1.6 Senarai Jawatankuasa yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah. 1
1.7 Perancangan aktiviti yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah. 1
1.8 Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah.. 1
1.9 Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin. 1
1.10 Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Setiausaha kepada 1
Pengetua/Guru Besar.
1.11 Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua/Guru Besar. 1
1.12 Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan. 1
1.11 Minit-minit mesyuarat yang diadakan. 1
1.14 Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli. 1
1.15 Laporan setiap aktiviti. 1
1.16 Laporan tahunan. 1
1.17 Daftar penilaian bagi setiap ahli. (Markah kokurikulum) 1
1.18 Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru Pemimpin kepada 1
Pengetua/Guru Besar.
1.19 Stok dan inventori. 1
1.20 Salinan Sijil Penyertaan/Surat Penghargaan/ Sijil Pencapaian 1