Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

PERKARA TINDAKAN
Assalamualaikum w.bt dan salam sejahtera,
Pengumuman
Awal Majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Ceramah Keselamatan Polis
Diraja Malaysia di bawah Program Simulasi Akta 174. Program ini juga dianjurkan oleh Jabatan Hal
Ehwal Pelajar IPGKBM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.

Z Sebagai makluman, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, tuan-puan serta hadirin
dipersilakan mengambil tempat duduk di dalam dewan ini.

Mohon kerjasama hadirin untuk menukarkan mod telefon bimbit kepada mod senyap bagi
memastikan majlis pada hari ini disempurnakan dengan penuh bermakna.

Hadirin dipersilakan untuk berdiri apabila diumumkan ketibaan yang diraikan. Tuan/ puan
diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

Ketibaan dif-dif Majlis mengumumkan dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.


Z jemputan

Nyanyian Lagu Nyanyian Lagu Negaraku


K Negaraku *Hadirin dipersilakan duduk.
Alu-aluan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pengacara Majlis
Yang Berbahagia,
Puan Nurulhana Binti Hussain,
K Pemangku Pengarah merangkap Ketua Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan Luar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Yang Setia,
ASP Sundraseelan A/L Arumugam,
Ketua Unit Kepolisan Komuniti (Modern Policing), Balai Polis Pantai.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Hosen Bin Atar
Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu,

Yang Berusaha
Ustaz Anuar Bin Muhamamad,
Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu,
Yang dihormati
Para pensyarah Kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah, para tetamu
K undangan, staf sokongan, para pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana atas izin-Nya kita dapat bertemu dalam Ceramah
Keselamatan Polis Diraja Malaysia di bawah Program Simulasi Akta 174. Ceramah ini dianjurkan
oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, dengan
kerjasama Polis Diraja Malaysia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana dapat
meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
Buluh diasah jalinan disemat;
Gubahan diolah bawa berangkat;
Z Bersama kita memohon rahmat;
Moga majlis mendapat berkat.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Muadz bin Mohd Zaidi.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Muadz bin Mohd Zaidi
atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Wakil Pengarah.

Ucapan Wakil Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Puan Nurulhana
Z Pengarah Binti Hussain, Wakil Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Wakil Pengarah atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Hadirin,
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Ucapan PDRM Besar niat di dalam hati.

K
Majlis seterusnya menjemput, Yang Setia, ASP Sundraseelan A/L Arumugam, Ketua Unit
Kepolisan Komuniti (Modern Policing), Balai Polis Pantai untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Pemangku Pengarah atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Semoga segala isi
ceramah yang disampaikan tadi, dapat memberi kita manfaat dan pengetahuan tentang panduan
menjaga keselamatan dengan betul.

Baiklah hadirin, seterusnya bagi acara penyampaian cenderamata majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Setia, ASP Sundraseelan A/L Arumugam, untuk naik ke pentas
Z diiringi oleh :
Penyampaian
Cenderamata Yang Berbahagia Puan Nurulhana Binti Hussain dan Ustaz Anuar Bin Muhamamad untuk
menyampaikan cenderamata daripada pihak Ipg Kampus Bahasa Melayu. Dipersilakan.
Majlis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang menjayakan majlis pada hari ini. Kepada para tetamu jemputan, terima kasih kerana sudi
hadir bersama-sama kami .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadirin diminta bersedia bagi menyanyikan tiga rangkaian lagu,
Lagu IPGM
Penutup Lagu Institut Bahasa dan
Lagu Polis Diraja Malaysia. Hadirin dipersilakan berdiri.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini izinkan kami menyampaikan dua rangkap pantun,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di kota tinggi,
Baliklah tuan rehatkan diri,
Di lain masa bersua lagi

Sekian, saya sudahi dengan lafaz Assalamualaikum WBT


-
Terima kasih diucapkan. Majlis mempersilakan yang diraikan, tetamu kehormat dan para
jemputan untuk ke Bilik Jamuan Teratai bagi menikmati jamuan yang telah disediakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis mengumumkan perarakan keluar dif-dif jemputan.. Assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai