Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. ESEI TINJAUAN LITERATURE

3. ESEI PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR

4. ESEI PERBANDINGAN UJIAN SUMATIF DAN FORMATIF

5. PETA BUIH BERGANDA PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL

6. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

7. INSTRUMEN PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL

 Soalan Aneka Pilihan

 Soalan Objektif

 Soalan Temubual

 Senarai Semak

 Tugasan 2

8. REFLEKSI PENGALAMAN

9. RUJUKAN
PENGENALAN

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat


mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil
pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu


berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010
telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat
Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah
akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR telah
dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS dan dikenali sebagai PT3 (Pentaksiran
Tingkatan Tiga).
PENULISAN ESEI (TINJAUAN LITERATURE)

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan
pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan
satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Berikut merupakan definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh. Menurut Dunn
(1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya
dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa
pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam
aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui
pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam Kurikulum
Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pula menyatakan bahawa pentaksiran
ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang
produk sesuatu proses pendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan
proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki
proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat
formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh
ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk
mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran
menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman
pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian


daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam
kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti
pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat
tentang perkembangaa murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka
dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran
melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang
diperoleh.

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum
Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses untuk
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara
menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi
sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses
pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif
melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian
bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.
Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru
menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran,
dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar.

Menurut Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) Penilaian secara formal ialah
penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Melibatkan suatu prosedur atau
tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Dirancang atau dibina
berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi
dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan
bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.

Menurut Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka
mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atausatu bab dalam bab
yang berkaitan. Ciri-ciri Penilaian Formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian
murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan
semula selepas pelaksanaan sesuatu ujian. Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk
memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk memberi gred. Objektif utama adalah untuk
mengesan kejayaan dan kegagalan. Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan
serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru
juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak
dapat dinilai secara berpusat.

Menurut Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan
pada akhir sesuatu kursus. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun
atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi
maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.Objektif Penilaian di Sekolah
(Formatif dan Sumatif) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
Mengetahui keberkesanan pengajaran. Merancang dan mengubah suai pengajaran.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.Kepentingan Penilaian
dalam Pendidikan Moral Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat
awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya
ESEI BANDING BEZA KBSR DAN KSSR

Setelah meneliti keseluruhan latar belakang KBSR dan KSSR, terdapat persamaan
dan perbezaan antara KBSR dan KSSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR ialah KSSR
digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip KBSR,
maka empat prinsip di dalam KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu
secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid serta
pendidikan seumur hidup juga masih diterapkan dalam KSSR. Prinsip-prinsip yang
diterapkan dalam kedua-dua kurikulum ini adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Seterusnya, kedua-dua standard kandungan ini merupakan teras panduan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di semua sekolah.

Antara perbezaan KSSR dan KBSR ialah matlamat bagi KBSR dan KSSR berbeza.
Secara ringkasnya, KBSR bermatlamat untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Manakala, KSSR mensasarkan pencapaian
jangka panjang bagi memastikan pelajar mempunyai semangat kecintaan negara di
samping menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta melahirkan modal
insan yang boleh menangani cabaran pada masa depan. Malah, matlamat KSSR lebih
menumpukan ke arah skop yang luas bagi melahirkan insan yang seimbang dari segala
aspek supaya mereka dapat bersedia menangani dan menghadapi cabaran dunia
globalisasi kini berbanding KBSR yang hanya menjurus ke arah perkembangan potensi
murid secara menyeluruh. Oleh itu transformasi pendidikan yang berubah daripada sistem
KBSR kepada KSSR telah mengubah matlamat pendidikan rendah dan membuka skop
yang lebih luas lagi releven dengan keadaan semasa.

Seterusnya, selaras dengan matlamat masing-masing, terdapat banyak perbezaaan


objektif di antara KBSR dan KSSR. Perbezaannya ialah KBSR lebih memberi penekanan
dalam penguasaan Bahasa Melayu. Berbeza dengan KSSR yang menumpukan dalam
penguasaan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu, objektif
KBSR lebih berfokuskan ke arah kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar,
saintifik dan teknikal. Jika dibandingkan dengan KSSR, kemahiran yang ingin dikuasai
meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat serta
kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran
pada masa hadapan dan mempertungaktkan lagi jati diri.

Di samping itu juga, terdapat beberapa penambahan elemen di dalam objektif KSSR.
Penambahan tersebut ialah KSSR ingin melahirkan murid yang berpotensi untuk menjadi
usahawan bagi menyumbang perkembangan ekonomi negara. Selain itu, KSSR juga turut
mewujudkan ‘Global Player’ iaitu murid yang berdaya saing, berdaya tahan, berkemahiran
dalam komunikasi dan mempunyai jati diri. Yang menariknya, KSSR dilaksanakan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan dan
tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Oleh itu, objektif-objektif
KSSR telah disasarkan selaras dengan perkembangan semasa dan juga bagi mengatasi
isu-isu pendidikan yang hangat diperkatakan.

Selain itu juga, di dalam ciri-ciri KSSR, terdapat beberapa perbezaan serta
perubahan yang telah dilakukan. Perbezaan tersebut jelas dilihat dalam kemahiran asas
yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran asas semasa pelaksanaan KBSR terdiri
daripada 3M sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira. Sebaliknya KSSR telah ditambah
dengan satu lagi kemahiran asas yang baru iaitu menaakul dan ini menjadikan KSSR
menekankan kemahiran asas 4M (membaca, mengira, menulis dan menaakul). Asas
menaakul itu sendiri membolehkan murid mampu untuk memahami proses mendapat
sesuatu ilmu itu daripada menerima sesuatu ilmu itu seadanya. Justeru itu, dengan
penambahan satu fokus di antara KBSR dan KSSR, ini akan dapat melahirkan murid yang
dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka dalam pembelajaran. Tambahan lagi, ia
juga dapat melahirkan murid yang mempunyai skop pemikiran yang tinggi seperti mengkaji
masa depan bagi mencipta sesuatu ciptaan yang mendatangkan kebaikan kepada semua.

Selain itu, KSSR mempunyai tiga elemen tambahan iaitu kemahiran kreatif dan
inovatif, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penambahan tiga
kemahiran di dalam KSSR bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan
modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian yang mulia. Tidak seperti KBSR yang hanya
menerapkan di dalam diri pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Perubahan ini berlaku kerana walaupun KBSR telah mengaplikasikan elemen kreatif
dan kritis dalam proses pembelajaran dan pengajaran, namun masih terdapat banyak ruang
untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di
peringkat global. Justeru itu, penambahan elemen ini juga selaras dengan arus semasa
permodenan dan globalisasi dunia pada hari ini.
Malah, struktur KBSR dan KSSR merangkumi reka bentuk kurikulum dan organisasi
kurikulum. Dari segi aspek reka bentuk kurikulumnya, KBSR yang hanya mempunyai tiga
bidang utama sebagai komponennya, manakala KSSR pula telah berlaku perubahan
penambahan menjadikannya enam tunjang utama sebagai komponennya. Enam tunjang
tersebut adalah komunikasi, kerohanian, sikap serta nilai, kemanusiaan, keterampilan diri,
perkembangan fizikal dan estetik dan yang keenam ialah sains dan teknologi. Berbeza pula
dengan KBSR yang hanya terdiri daripada tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
keliling dan perkembangan diri individu. Dengan penambahbaikan yang telah dilakukan di
dalam reka bentuk ini, ia dapat meluaskan lagi skop pembelajaran murid-murid di peringkat
sekolah rendah dan sekaligus mendidik mereka dalam independent learning. Oleh itu,
perubahan yang berlaku ini menjadikan murid di sekolah rendah mampu melangkah setapak
lebih jauh jika hendak dibandingkan dengan KBSR. Perubahan ini memperlihatkan bahawa
KSSR ini lebih bergerak kehadapan berbanding dengan KBSR.

Selain itu, perubahan bentuk kurikulum daripada linear kepada modular juga
merupakan salah satu aspek yang berbeza di antara KBSR dan KSSR. Bentuk linear
bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula dari
kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan atau aktiviti. Berbeza dengan
bentuk modular yang diguna pakai dalam KSSR yang merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau
unit yang dinamakan sebagai modul.

Justeru itu, dengan perubahan yang berlaku dalam bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada organisasi kurikulum itu sendiri. Bagi KBSR yang merupakan
satu kurikulum yang berbentuk linear, ia telah menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan berasaskan mata pelajaran berkenaan yang merangkumi mata
pelajaran teras, wajib dan tambahan. Manakala bagi kurikulum yang berbentuk modular pula
iaitu KSSR, setiap tahap mempunyai modul yang berbeza. Sebagai contoh pelajar di tahap
pertama hanya menggunakan tiga modul sahaja iaitu modul teras asas, modul teras tema
dan modul elektif dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya. Di samping
itu, modul yang diorganisasikan mempunyai kandungan pembelajaran yang disediakan
dalam bentuk unit kendiri yang lengkap. Ini sekaligus mendidik para pelajar dalam
pembelajaran kendiri mereka. Tambahan pula, perubahan yang berlaku ini turut
menyumbang ke arah pembelajaran yang lebih sistematik dan meluas walaupun pada
peringkat sekolah rendah.
Di dalam pengenalan proses pelaksanaan kedua-dua kurikulum ini, perbezaan
mengenai aspek bahan kurikulum telah dinyatakan. Jika dahulu KBSR mengguna Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kini transformasi kurikulum yang baru iaitu KSSR telah merangka dokumen
Standard Kurikulum yang merangkumi Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.
Oleh itu, setiap warga pendidik perlu mengubah kaedah, strategi serta teknik mengajar dan
penyampaian berasaskan Standard Kurikulum ini. Bukan setakat itu sahaja, buku teks bagi
mata pelajaran KSSR turut diperkenalkan.

Selain itu, di dalam pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran, KBSR
amat menfokuskan peranan guru dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
dan meransang pembelajaran serta mengamalkan prinsip tertentu. Ini berdasarkan strategi
yang berpusatkan murid, mengambil kira faktor perbezaan individu dan berasaskan
kebolehan murid yang berbeza-beza. Sebaliknya, di dalam KSSR, guru lebih menfokuskan
pendekatan dan strategi sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara pendekatan tersebut ialah stretegi menterjemahkan dokumen
standard kurikulum, perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran, aktiviti yang sesuai
semasa pengajaran dan pembelajaran, kaedah penyampaian yang berkesan serta
pendekatan selepas pengajaran. Perbezaan ini menunjukkan bahawa KSSR mempunyai
skop yang luas di dalam pemantapan proses pengajaran dan pembelajaran.

Perbezaan yang seterusnya pula ialah dari segi penambahbaikan kaedah antara
KBSR dan KSSR. Berbanding KBSR yang telah mengesyorkan pelbagai kaedah seperti
tunjuk ajar guru, lakonan, simulasi, projek dan lawatan yang memberikan kesan dalam
pembelajaran, kaedah KSSR turut diperkenalkan dan ianya menggunakan kaedah-kaedah
hands-on learning. Antara kaedah di dalam KSSR ialah inkuiri penemuan, pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran konstuktivisme, pembelajaran secara kontekstual,
pembelajaran masteri, struktur pembelajaran kooperatif, pembelajaran luar bilik darjah serta
pembelajaran kendiri. Kaedah-kaedah KSSR ini telah ditambah baik daripada kaedah KBSR
dan ia memberi kesan yang lebih mendalam terhadap pembelajaran pelajar. Bukan itu
sahaja, kaedah hands-on learning ini membolehkan murid-murid tidak bergantung
sepenuhnya kepada guru dalam pemberian informasi pelajaran.
Bukan setakat itu sahaja, kaedah pentaksiran di antara kedua-dua kurikulum ini juga
mengalami perubahan. Semasa KBSR masih dijalankan, kaedah pentaksirannya amat
menekankan kepada penilaian sumatif. Penilaian sumatif ini ialah penilaian yang dilakukan
pada akhir satu-satu pembelajaran contohnya peperiksaan awam seperti UPSR. Berbeza
pula dengan KSSR yang menekankan penilaian formatif di mana penilaian ini dijalankan
secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Selain itu, guru-guru di sekolah perlu menggunakan kaedah pentaksiran yang
pelbagai bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang
menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid-murid tersebut.
Tambahan lagi, kaedah pentaksiran KSSR juga bersifat autentik dan holistik yang
bermaksud pentaksiran yang dijalankan boleh dipercayai dan menyeluruh. Justeru itu,
dengan pertukaran yang berlaku dalam kaedah pentaksiran ini membolehkan para pelajar
belajar untuk menambahkan lebih banyak pengetahuan dan mengurangkan tekanan pelajar
dalam peperiksaan. Secara ringkasnya perbandingan antara KBSR dan juga KSSR dapat
dilihat berdasarkan jadual dibawah:

KBSR KSSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan Berasaskan enam tunjang utama :


tiga bidang : -Komunikasi
komunikasi -Kerohanian, sikap dan nilai
Manusia dan alam sekeliling -Kemanusiaan
Perkembangan diri individu -Perkembangn fizikl dan estetika
-Sains dan Teknologi
-Keterampilan Diri

Bahan kurikulum Bahan kurikulum


-sukatan pelajaran -Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum Reka Bentuk Kurikulum


- linear -modular

Organisasi kurikulum tahap Satu Organisasi kurikulum tahap Satu


( Tahun 1,2,3 ) ( Tahun 1,2,3 )
-Mata Pelajaran teras, Wajib dan Modul Teras Asas, Teras tema dan
Tambahan elektif
Tahap 2 ( Tahun 4,5,6 ) Tahap 2 ( Tahun 4,5,6 )
- Mata Pelajaran teras, Wajib dan - Mata Pelajaran teras, Wajib dan
Tambahan Tambahan

Berfokuskan 3M ( Membaca, Menulis, Berfokuskan 4M ( Membaca, Menulis,


Mengira) Mengira, menaakul)
ESEI PERBANDINGAN UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang
wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan
memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi
pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan
kepada pelajar.

Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu
berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir
secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap
sesuatu pembelajaran. Ujian ini juga bertujuan Mengenal pasti tahap penguasaan dan
kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan
yang wujud.

Ujian ini dapat dijalankan secara formal,iaitu pentaksiran pensel-kertas yang melibatkan
kemahiran bahasa. Dimana murid perlu menguasai kemahiran membaca dan memahami
dan kemahiran menulis,ujian lisan adalah terkecuali daripada pentaksiran pensel-kertas
ianya hanya melibatkan kemahiran kognitif. Selain itu ujian ini juga dapat dijalankan secara
tidak formal iaitu melalui pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan.

Ujian ini juga boleh dibuat secara individu atau dalam kumpulan. Contoh ujian formatif ialah
ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui
tahap kebolehan pelajar. Ujian ini dapat membaiki kelemahan murid serta merta dengan
mengulang semula topik pembelajaran iaitu melalui aktiviti pemulihan,serta menjalankan
aktiviti pengukuhan iaitu melalui aktiviti pengayaan

Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program, iaitu selepas
beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid
dalam tempoh tertentu persekolahan.

Ujian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu,
atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu.
Selain itu tujuan ujian sumarif adalah untuk mengenal pasti pencapaian pelajar untuk
beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian
pelajar.

Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada
peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ujian ini dibuat secara formal ianyan melibatkan
ujian pensel-kertas dan lisan. Ujian sumatif dijalankan secara berkumpulan biasanya di
suatu tempat yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu ujian ini adalah bertujuan untuk menempatkan murid mengikut kumpulan
pencapaian yang sesuai.

Ujian ini juga memberikan pengiktirafan kepada pelajar dengan pembahagian sijil, hadiah
dan sebagainya
Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis
Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Satu jenis ujian formal atau tak Satu jenis ujian formal untuk
Pengertian formal untuk mengesan tahap mengesan tahap pencapaian dalam
penguasaan dan kemajuan murid di sesuatu tap persekolahan.
dalam kelas.

Mengesan pencapaian murid


Mengesan penguasaan dan berdasarkan beberapa unit
Tujuan kemajuan murid untuk membaiki pembelajaran dan pemeringkatan
kelemahan dengan kada segera. gred murid di dalam kelas.

Menjalankan ujian formal atau tidak Menjalankan ujian formal dalam


Aktiviti formal semasa sesi pengajaran dan beberapa waktu berdasarkan
pembelajaran sama ada dibuat ketetapan jadual secara individu
secara individu, kumpulan atau mengikut kelas.
menyeluruh.

Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan Semasa semester pertama


atau setiap hujung bulan. (pertengahan tahun) dan semester
kedua (akhir tahun).

Ujian tidak formal (pemerhatian dan Ujian formal adalah ujian kertas
Bentuk sesi soaljawab), atau formal (ujian pensel atau ujian, lisan dalam
bulan) melibatkan ujian kertas jangka masa yang ditetapkan
pensel dam masa yang singkat. mengikut kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan Secara kelas


atau kelas.

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit


tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau sesuatu tahap
kemahiran (ujian formal) persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan Penggunaan rekod profil atau
penggunaan senarai semak atau pensijilan.
rekod prestasi (bagi ujian formal)

Membetulkan kelemahan dengan · Menempatkan murid kumpulan


kadar segera atau menjalankan atau kelas yang sesuai.
Tindakan aktiviti pengayaan atau pemulihan di · Merancan g dan mengubahsuai
dalam kelas. pelajaran atau kurikulum.
· Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan
PETA BUIH BERGANDA PERBANDINGAN PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK
FORMAL

PELAKSANAAN PELAKSANAAN
Dilaksanakan
Dilaksanakan untuk menilai
secara
tahap
individu
penguasaan
TUJUAN
mengumpul dan
menilai
maklumat untuk
bantu murid
TEMPOH
TEMPOH PELAKSANAAN
PELAKSANAAN boleh disediakan
Mempunyai oleh guru
tempoh piawaian terutama selepas
tertentu proses pdp

PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN

MATLAMAT TIDAK
FORMAL
menentukan
keberkesanan FORMAL
PENYEDIAAN program PENYEDIAAN
BAHAN pendidikan BAHAN Melibatkan
Memudahkan yang dijalankan banyak
persediaaan untuk
sesiapa yang
menggunakan
ingin
menggunakan

PERANAN
KURIKULUM RANCANGAN KURIKULUM
Mungkin tidak PENDIDIKAN Berkaitan
berkaitan untuk tentukan dengan
dengan sasaran dan kurikulum yang
kurikulum yang objektif pdp ditetapkan
ditetapkan

Tidak sesuai Sukar membuat


dilaksanakan perbandingan
kepada kanak- antara individu
kanak
INSTRUMENT PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL

Soalan aneka pilihan yang berbeza aras

1. Nyatakan satu sikap anda terhadap keluarga

A. Kasih sayang
B. Bergaduh
C. Halau
D. Benci

2. Antara berikut penyataan manakah yang tidak benar tentang penjagaan alam
sekitar?
A. bahan-bahan terbuang boleh boleh digunakan semula
B. projek mengitar semula bahan terbuang adalah satu pembaziran
C. penggunaan sumber alam secara sederhana adalah amalan yang baik
D. kita harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memelihara dan memulihara
alam sekitar

3. Pilih pernyataan yang melambangkan sikap yang positif.


A). Nina merasakan bahawa buku yang hilang itu adalah berpunca dari
kelalaiannya.
B). Ravindran merasakan bahawa Imran mendapat markah yang tinggi adalah
disebabkandia meniru.
C). Chynthia berasa iri hati dengan kejayaan adiknya di dalam peperiksaan.
D). Karim mengejek rakannya yang kurang upaya.
Soalan Subjektif

1. Berikan lima contoh cara menghargai dan mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
i. ___________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________
iii. ___________________________________________________________________
iv. ___________________________________________________________________
v. ___________________________________________________________________
( 5 Markah )

2. Gambar di bawah menunjukkan perbuatan vandalisme yang sering dihadapi


oleh pihak sekolah.

(a) Terangkan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut.

(i) ……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………….........................……………………
………………………………………………………………….............

(ii) ……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………….........................……………………
…………………………………………………………………..............

3. Nyatakan tiga akibat daripada perlakuan tidak mematuhi peraturan menjaga


kebersihan alam sekitar
a. ___________________________________________
b. ___________________________________________
c.
Nama : ____________________ Kelas: _____________

Tarikh :______________

BAND 3 & BAND 4

B3D6E1 – Boleh mengamalkan sikap berani mempertahankan nama baik sekolah

B4D6E1- Boleh menceritakan perasaan apabila mempertahankan nama baik sekolah

TEMU BUAL

Guru merujuk Band 3 untuk menemu bual murid.

Bil Pernyataan Berani Tidak berani

1. Melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh


kawan kamu kepada guru?

- Menconteng dinding sekolah

- Membuang sampah dalam kawasan


sekolah

- Mencuri duit rakan

2. Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh


sekolah?

- Pertandingan kuiz

- Pertandingan bercerita

- Acara sukan (acara balapan)

3. Bertemu dengan pelawat

- Ucap salam

- Menunjuk arah

4. Apakah sikap yang perlu kamu amalkan untuk menjalankan tanggungjawab yang
diberi?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

5. Apakah perasaan kamu apabila dapat menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh
sekolah?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

NAMA MURID:
KELAS:

1. Mengajak rakan-rakan untuk membantu guru mengangkat buku YA TIDAK

2. Mengajak rakan-rakan membantu rakan yang memerlukan YA TIDAK


bantuan dalam pelajaran
3. Mengajak rakan-rakan membantu guru semasa sambutan di YA TIDAK
sekolah

4. Mengajak rakan-rakan membersihkan bilik darjah YA TIDAK

5. Mengajak rakan-rakan membantu kawan yang memerlukan YA TIDAK


pertolongan
6. Mengajak rakan-rakan membantu guru menceriakan kawasan YA TIDAK
sekolah contoh:mural

7. Lain-lain
SOALAN KUIZ

1. Berikan definisi bagi nilai-nilai di bawah ini:

a)Kepercayaan kepada tuhan

_________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

b)Amanah

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

c)Harga diri

________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

d)Bertanggungjawab

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2. Ejaan

Nilai berkaitan dengan perkembangan diri

Senaraikan kesemua nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri yang telah anda
pelajari

a. ____________________________________________
b. ____________________________________________
c. ____________________________________________
d. ____________________________________________
e. ____________________________________________
f. ____________________________________________
g. ____________________________________________
h. ____________________________________________

3. Tuliskan sama ada A , B atau C berdasarkan pernyataan di bawah.

A. Hemah tinggi B. Kasih sayang C. Toleransi

a)Sedia menerima pendapat orang _____________

b)Membenci penganiayaan terhadap kanak-kanak ______________


c)Tidak bersikap mementingkan diri sendiri _________________

d)Beradap sopan apabila bercakap dengan orang yag lebih tua ______________

e)Berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara _______________

f)Sanggup membantu untuk menyelamatkan nyawa orang lain ______________

g)Sentiasa sabar dan tenang ____________

h)Tidak ragu-ragu untuk meminta maaf apabila melakukan kesilapan ______________

i)Berjumpa doktor dengan segera apabila sakit ______________

j)Mementingkan keharmonian dan kesejahteraan ______________

4. Ibu Raveen telah jatuh sakit dan tidak mampu untuk menguruskan kerja rumah. Dia
hanya terlantar di atas katil. Apakah yang perlu dilakukan oleh Raveen?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Soalan Esei.

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum. Pelbagai
perayaanyang dirayakan oleh setiap kaum sepanjang tahun. Nyatakan LIMA perayaan yang
anda tahu dan cara anda merayakannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
REFLEKSI PENGALAMAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada keluarga saya atas segala pertolongan dari segi materialistik dan sokongan moral
yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang
telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk membaca beberapa pendapat tokoh tentang
pentaksiran dan menghuraikan jenis pentaksiran formal dan tidak formal. Di samping itu,
saya perlu melaksanakan esei mengenai perbezaan antara KBSR (Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah) dan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Saya juga menimba
pengalaman baru mengaplikasikan maslah antara ujian formal dan tidak formal dengan
menggunakan peta buih berganda untuk membuat perbandingan. Disamping itu, saya perlu
membuat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Selain itu, saya perlu menyediakan beberapa
soalan termasuk soalan objektif aneka pilihan dan soalan subjektif yang merangkumi
pelbagai aras mengikut Taksonomi Bloom. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami
dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam
merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan
perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan
menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat
menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya
untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang. Sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa menyiapkan tugasan
memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan. Saya terpaksa membahagikan
masa di antara menyiapkan tugasan agar dapat menepati masa yang telah ditetapkan. Di
samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh
pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat dari
pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi mendapatkan maklumat
yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi
memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada pensyarah
pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat.
Rujukan

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus sekolah. Pahang: PTS Profesional.

Atkin, JM, Hitam, P., & Coffey, J. (2001) penilaian. Kelas dan piawaian sains
negara. Washington, DC: National Academies Press.

Chappuis, S. (2005). Adakah penilaian formatif kehilangan maknanya? Minggu Pendidikan,


24(44), 38.

Dettmer Peggy A. & Hanna, Gerald S. (2004). Assessment for effective teaching: using
context-adaptive planning / Gerald S. Hanna,. Boston: Pearson A and B.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Martell, K, & Calderon, T. (2005). Assessment of students learning in bisness schools: What
it is, where we are, and where we need to go next. Vol 1. No. 1 pp 1-22. Tallahasee,
Florida: Association for Institutional research.

Morgan, C. & Watson, A. (2002). The interpretative nature of teachers’ assessment of


students’ Mathematics: Issues for equity. Journal for research in Mathematics
Educations, 33(2), 78-110.

Salvia J. & Yseldyke, J. (1978). Assessment in Special and remedial education. Boston:
Houghton Mifflin.

Stiggins, R., Arter, J., Chappuis, J., & Chappuis, S. (2006). Penilaian Kelas bagi pelajar
pembelajaran: Melakukan dengan betul-menggunakan dengan baik. Portland, atau:
Perkhidmatan Ujian Pendidikan.

Tabatha Rayment (2011). 101 Senarai penting tentang pentaksiran. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Tierney Robert J. & Readence John E. (2000). Reading strategies & practices (fifth edition).
Amerika: Library of congres cataloguing-in-publications data

Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral,

Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Anda mungkin juga menyukai