Anda di halaman 1dari 32

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin memberi besar terima kasih kepada tuhan kerana dengan izinNya
kami dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya dan menyiapkannya dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Selain itu, tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pensyarah yang
telah banyak membantu dan membimbing kami sepanjang kami membuat kerja kursus ini iaitu
Encik V. Rajasegara. Beliau juga telah banyak mendorong kami ketika kami dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini dan sentiasa bertanyakan perkembangan kerja kursus kami agar
kami dapat menghasilkan kerja kursus yang baik dan sempurna. Oleh sebab itu, dengan tunjuk
ajar dan bimbingan daripada beliau. Kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa kami kerana
telah menyokong kami sepanjang tempoh kami membuat kerja kursus ini. Mereka sentiasa ada
ketika kami memerlukan bantuan daripada mereka ketika membuat kerja kursus ini. Mereka
juga rela berkorban masa dan wang demi membantu kami melaksanakan kerja kursus ini. Oleh
yang demikian, dengan segala bantuan daripada ibu dan bapa kami, kami mampu
melaksanakan tugasan ini dengan baik dan sempurna.

Tidak lupa juga, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan para senior kerana telah banyak menghulurkan bantuan ketka kami
melaksanakan kerja kursus ini. Kami semua selalu mengadakan perbincangan dan bertukar-
tukar pendapat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini agar kami mampu menghasilkan
tugasan yang baik dan lengkap. Rakan-rakan dan senior kami tidak pernah menolak ketika
kami memerlukan bantuan daripada mereka, malah mereka sanggup berkorban masa dan
tenaga demi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Oleh sebab itu, akhinya kami
Berjaya menghasilkan kerja kursus ini dengan jayanya.

1
1.0 PENGENALAN

Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap
individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan
kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat
sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di
kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran.
Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik
sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari
aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P tidak akan mencapai objektif yang
telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan
golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan
persekitaran.

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa
sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka
ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi
yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas, impaknya
pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya
terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan
kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar
mencapai hasil pembelajaran.dan membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di
selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi
pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta
mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas.

2
2.0 KONSEP ALAM BELAJAR

Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan,
keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan
tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah
psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.

2.1 Psikososial

Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain.
Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan
dan perapatan atau kemesraan.

Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat membentuk keyakinan diri
pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan minda juga dapat
dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan
kebersihan diri dan juga alam sekitar.

Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara individu dengan individu
lain contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru
dan sebagainya. Ia adalah penting bagi membina disiplin diri dan menyedari tanggungjawab
sosial dan moral. Dunia sosial pelajar juga turut berkembang melalui perbincangan berkenaan
keadaan keluarga serta hubungan dengan rakan-rakan mereka yang saling memerlukan antara
satu sama lain.

2.2 Fizikal

Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan
persekitaran. Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar.
Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan.

Penerapan keativiti ke dalam bilik darjah seharusnya membawa kepada suatu


persekitaran yang menguji dan mendatangkan kepuasan kepada pelajar dan juga guru.
Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah seharusnya akan menjadikan pelajar-pelajar lebih
berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3
Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam
mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru hendaklah kreatif dan
inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar. Guru
yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan
menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik
darjah.

Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan
pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.
Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum
terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan pengcahayaan yang baik juga
turut mempengaruhi mood belajar.

2.3 Komuniti Pembelajaran

Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama antara manusia contohnya rakan


sebaya, keluarga, kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya
perubahan tingkahlaku. Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama, bantu membantu
dan perkongsian idea seterusnya dapat mengembangkan sosial dan minda pelajar. Contohnya
pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama dengan rakan mereka bagi mendapatkan
ganjaran bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya bersama-sama membantu pelajar
lain bagi mencapai kejayaan bersama.

Pelajar yang mempunyai keinginan bersaing yang kuat di dalam bilik darjah juga adalah
dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik berbanding dengan rakan-rakan yang
lain. Oleh yang demikian, persaingan yang sihat ini adalah salah satu cara yang baik untuk
meningkatkan tahap kecerdasan pelajar.

2.3.1 Komuniti Pembelajaran (Teori Ekologi Bronfenbrenner)

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Bronfenbrenner


memberi fokus utama kepada konteks sosial iaitu dimana kanak-kanak membesar dan individu
yang mampengaruhi kehidupan serta perkembangan kanak-kanak tersebut. setiap individu
berbeza kerana konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Bronfenbrenner telah menggariskan 5 sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu:

4
i. Sistem Mikro

Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu itu menghabiskan sebahagian besar
masanya. Situasi yang dimaksudkan adalah termasuk bersama keluarga, rakan sebaya, berada
di sekolah, atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro ini, individu
mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru, jiran
dan lain-lain lagi. Bagi Bronfenbrenner, seseorang individu itu bukanlah penerima yang pasif
kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbale
balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.

ii. Sistem Meso

Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sisitem mikro. Contohnya, menghubungkan
pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; iaitu antara pengalaman
bersama ahli keluarga dengan pengalaman bersama guru serta rakan sebaya. Pengalaman
dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam satu sistem mikro yang lain.
Contohnya, seorang pelajar yang menghadapi masalah dalam keluarga dengan merasa
tersisih, maka pelajar ini akan menghadapi masalah dalam menjalin hubungan yang positif
dengan gurunya.

iii. Sistem Ekso

Sistem ekso adalah keadaan dimana pengalaman dalam sesuatu seting (dimana pelajar tidak
aktif) akan mempengaruhi pengalaman guru serta pelajar itu sendiri secara langsung.
Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama
seperti Majlis Perbandaran). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan
kualaiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan pihak
tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut.

iv. Sistem Krono

Sistem ini merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan pelajar. Contohnya, pelajar
hari ini hidup dalam banyak perkara pertama yang dilaluinya. Mereka adalah generasi pertama
yang mengalami jagaan harian di tempat asuhan kanak-kanak(taska) atau dijaga oleh orang
lain atau pembantu rumah. Mereka juga adalah generasi pertama yang yang hidup dalam buih
elektronik (electronic bubble), juga generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran
yang tersebar.

5
2.4 Ciri-Ciri Alam Belajar

Alam belajar yang menunjukkan keserasian perkembangan dan pengalaman dengan


keperluan-keperluan unik kanak-kanak mempunyai tiga ciri seperti berikut :

2.4.1 Menggalakkan Penglibatan Aktif

Kanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan
penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan
aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar,
merasa, menghidu dan menyentuh.

2.4.2 Bersifat Kendiri

Keperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-kanak
adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras perkembangan,
gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-
faktor yang membantu dalam memformulasikan alam belajar.

2.4.3 Berpusatkan Pelajar

Pendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara total,


menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang sesuai
dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah berpusatkan pelajar.

3.0 PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK YANG OPTIMUM

Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam
belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman kanak-kanak. Terdapat tiga
pembahagian melalui pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum iaitu:

i. Pengalaman langsung ( first hand experience )

Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat
dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri.
Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan selepas itu, kanak-kanak itu
sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya.

6
Contohnya, apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik
kanak-kanak akan menarik tangannya kerana merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah
menggunakan deria sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman yang sebegini akan
mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh sesuatu yang panas lagi. Secara
tidak langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman mereka sendiri.

ii. Penglibatan aktif ( active involvement )

Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang melibatkan
diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-kanak yang tidak
aktif atau pasif. Untuk itu, ianya terpulang kepada usaha kanak-kanak itu sendiri disamping
sokongan dari ibu bapa dan guru. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat
menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa
dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang
perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan.

Contohnya, kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap
petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari
sudut fizikal dan kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di
dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan mempengaruhi
kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.

iii. Kebebasan belajar mengikut gaya belajar, gaya berfikir, minat, masa dan lain-lain.

Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan gaya belajar yang
berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak belajar
serta minat mereka terhadap sesuatu perkara.

Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta akan
mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan
membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah
dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk menonton
perlumbaan kereta.

7
4.0 PERANAN DAN KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN

4.1 Konsep Main

Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada
waktu yang sama mereka berlajar menerusi bermain. Tanggapan main antara kanak-kanak
dengan orang dewasa adalah berbeza. Main pada orang dewasa adalah untuk beriadah. Ada
juga yang menjadikan main sebagai suatu profesion seperti bermain bola sepak, badminton dan
golf. Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak-kanak
iaitu sosial dan kognitif.

4.2 Kepentingan Main dan Permainan

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi sendiri, dan
menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan dan alatan,
persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat
semasa bermain. Semua berasaskan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main
dapat memberi menfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.
Sebenarnya kanak-kanak yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau
makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Disebalik kanak-kanak yang bertanding untuk
membina kereta, menggunakkan bongkah dianggap tidak bermain.

4.3 Kategori dan Jenis-Jenis Main

Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak
mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main
kanak-kanak yang telah dikaji:

4.3.1 Permainan Sosial Mildred Parten (1932)

Beliau telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada
enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main
sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh
beliau terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Mildred Parten (1932) adalah
seperti berikut:

8
i. Perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior)

Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak
bermain.

ii. Permainan Solitary

Kanak-kanak bermain seorang diri dan dia juga tidak memperdulikan apa yang kanak-kanak
lain sedang buat. Kanak-kanak ini mungkin bermain membina menara dengan bongkah-
bongkah kayu dan lansung tidak menyedari apa yang sedang dilakukan oleh kanak-kanak lain
di dalam bilik yang sama.

iii. Permainan Memerhati (onlooker play)

Permainan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak yang bermain secara individu serentak
memerhatikan rakan-rakannya yang bermain di kawasan yang sama. Kanak-kanak tersebut
mungkin berinteraksi dengan rakannya. Kanak-kanak yang memerhatikan rakan-rakannya
bermain mungkin akan mengubah atau meningkatkan cara permainan mereka selepas
memerhatikan rakan mereka bermain.

Selalunya kanak-kanak yang memerhati akan bersikap pasif sementara rakan-rakannya sedang
bermain, tetapi kanak-kanak ini sangat peka terhadap pergerakan yang berlaku di sekelilingnya.

iv. Permainan Selari (parallel play)

Beberapa orang kanak-kanak bermain permainan yang sama jenis tetapi bermain di dalam
kumpulan yang berasingan. Seseorang kanak-kanak itu tidak terlalu bergantung kepada rakan-
rakannya untuk bermain. Contohnya, guru mengarahkan semua murid membentuk beberapa
kumpulan dan guru memberi setiap kumpulan permainan yang sama.

v. Permainan Assosiatif (associative play)

Permainan ini dimainkan secara beramai-ramai tetapi tidak memerlukan kerjasama yang kuat di
kalangan pemain. Contohnya, permain kejar-kejar, apabila seorang kanak-kanak dicuit oleh
pihak lawan maka kanak-kanak tersebut terkeluar dari permainan tetapi kanak-kanak yang lain
masih meneruskan permainan.

9
vi. Permainan koperatif (cooperative play)

Permainan ini juga dimainkan secara beramai-ramai. Setiap pemain mempunyai


tanggungjawab dan peranan masing-masing. Contohnya, bermain ‘pondok-pondok’, di dalam
permainan ini setiap kanak-kanak mempunyai peranan tersendiri seperti menjadi ayah, emak
dan sebagainya.

4.3.2 Permainan Kongnitif Sara Smilansky (1968)

Beliau melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat main dapat membina perkambangan
kognitif kanak-kanak. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur
dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan bermainan itu sendiri.
Pandangan Smilansky yang berbaza dengan Parten diangga sebagai pelengkap kepada
pandangan Parten. Kategori main kognitif mengikut Sara Smilansky (1968):

i. Main berfungsi (functional play)

Kanak-kanak ini bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba
memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Pada peringkat ini kanak-kanak
akan belajar mengenali barang permainan dan fungsinya. Mainan fungsional mendorong kanak-
kanak untuk berlatih dan belajar kemampuan fizikal mereka semasa menerokai persekitaran
yang baru. Contohnya, kanak - kanak sentiasa berusaha menyusun dominoes yang bertaburan
sehingga menjadi sebuah susunan atau bangunan.

ii. Main konstruktif (constructive play)

Mainan binaan boleh ditonjolkan oleh kanak-kanak dengan aktiviti bermain dimana dapat
membina pengetahuan mereka tentang dunia. Kanak-kanak mengubahsuai alat mainan dan
menggunakannya untuk membuat pelbagai bentuk. Kanak-kanak ini juga bermain dengan
mencipta sesuatu objek.

iii. Main dengan peraturan (games with rules)

Permainan pada peringkat ini bermula sekitar umur 7 atau 8 tahun. Pada peringkat ini , kanak-
kanak belajar bermain dengan peraturan dan had serta mengawal tingkah laku mereka untuk
membolehkan mereka mengikut peraturan sosial. Permainan dengan peraturan ini selalunya
dimainkan oleh kanak-kanak pada peringkat pertengahan dan dewasa.

10
iv. Mainan Simbolik

Pada peringkat ini, kanak-kanak bebas menunjukkan kreativiti mereka, kemampuan fizikal dan
keupayaan bersosial dalam beberapa cara, contohnya, dengan menjadikan diri mereka sebagai
benda lain, seperti binatang. Mainan simbolik juga berlaku apabila kanak-kanak menganggap
satu objek itu adalah objek yang lain –contohnya, bangunan itu adalah kereta, dan berlakon
menjadi seperti orang lain – emak, ayah atau nenek. Sebagai awal kanak-kanak dan kanak-
kanak prasekolah semakin membesar, mainan simbolik mereka menjadi bertambah bagus dan
pelbagai.

Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran bahawa memerlukan


masa ‘ untuk memainkannya’ dengan membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu
kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai
matlamatnya.

4.3.3 Mainan Sosiodramatik (dramatic play)

Permainan sosiodramatik ini menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai lakonan yang saling
berhubung kait dengan kehidupan keluarga, masyarakat dan kebudayaan mereka sendiri serta
kebudayaan warisan. Mainan sosiodramatik keseluruhannya terbahagi kepada dua jenis iaitu
sosiodramatik dan fantasi. Mainan sosiodramatik biasanya melibatkan realiti aktiviti kehidupan
dan peristiwa, manakala mainan fantasi pula melibatkan cerita dongeng dan mainan
pahlawan(superhero).

Mainan dramatik biasanya melibatkan penjaga rumah, cara berpakaian, pekerjaan, anak
patung, sekolah serta situasi mengikut minat kanak-kanak. Dalam mainan sosiodramatik ,
kanak-kanak berpeluang untuk menonjolkan diri mereka, menerima pelbagai watak atau
peranan dan berinteraksi dengan rakan.

Golongan profesional boleh belajar tentang kanak-kanak dengan menyaksikan dan


mendengar kanak-kanak memberitahu sesuatu pada anak patungnya semasa dia memberi
makan “awak makanlah semua ni kerana hanya ini saja yang ada di rumah kita.” Selepas
menyiasat, golongan profesional boleh membantu keluarga tersebut melalui jabatan kebajikan
masyarakat supaya membekalkan mereka dengan makanan dan pertolongan.

11
4.4 Ciri-Ciri Permainan

1) Motivasi intrinsik (dalaman)


2) Bebas untuk memilih
3) Menyeronokkan
4) Proses penyesuaian
5) Aktif
6) Penerokaan
7) Simulasi (menyerupai keadaan sebenar)

5.0 IMPLIKASI PERMAINAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sesuatu permainan yang dimainkan mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Permainan yang telah dibincangkan ialah permainan tradisional masyarakat
Melayu. Antara permainannya ialah galah panjang, guli, congkak, teng-teng, dan batu
seremban. Kesemua permainan tersebut mempunyai implikasinya yang tersendiri.

Antara implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah memupuk semangat


kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam sesuatu permainan kerjasama amatlah
penting. Oleh yang demikian semangat kerjasama tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar
dan akan dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seterusnya dapat
mengembangkan minda pelajar.

Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti
dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah permainan mereka juga perlu
menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap permainan yang diceburi oleh kanak-
kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan gembira dan keseronokan
semasa bermain. Oleh yang demikian, proses pembelajaran kanak-kanak akan lebih
menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan.

Seterusnya guru dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku


dalam matapelajaran tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid
terhadap apa yang dipelajari. Selain daripada itu, dalam aktiviti permainan ini juga dapat
menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j
uang yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan
interaksi antara mereka. Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat berfikir
secara kreatif dan kritis.

12
Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan juga terdapat proses
pempelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Ia juga amat
berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif, kritis serta inovatif di kalangan
kanak-kanak.

5.1 Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam Konsep Alam Belajar. (Trostle & Yawkey,
1981)

1) Fizikal
Guru memberi izin kepada murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak.
Guru membantu murid untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat.
2) Keseronokan (bermain)
Guru juga boleh turut serta bersama murid semasa bermain. Selain itu guru hendaklah
menyediakan bahan atau objek yang menarik bagi memeriahkan lagi suasana.
Seterusnya guru boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menang supaya timbul
motivasi diri murid untuk menang.
3) Mendalami / mengkaji
Guru akan memberi masa kepada murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau
bahan sebelum menggunakannya dalam pemikran kreatif.
4) Oral
Guru menggunakan “idea sparks” (idea yang pelbagai) dalam kreatif thinking. Contoh,
guru menyuruh murid bermain dengan anak patung dan tunjukkan bagaimana anak
patung itu berjalan ke kedai.
5) Huraian
Guru menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan
mudah difahami.(gambar-gambar)
6) Ubahsuai objek
Guru akan mengubahsuai sesuatu objek agar lebih menarik.
7) Menambah objek (penambahan)
Apabila murid sedang melakonkan sesuatu peranan guru boleh menyediakan alatan
yang relevan bagi murid-murid menggunakannya dalam permainan yang kreatif.

13
5.2 Langkah-langkah Perlaksaan Teknik Bermain Sambil Belajar

1) Menentukan tema iaitu tema yang berkaitan dengan pelajaran.


2) Tujuan guru hendaklah sama seperti untuk memotivasikan murid, membentuk konsep
atau memberi peneguhan.
3) Menentukan aras permainan yang dsediakn hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan
kanak-kanak.
4) Menentukan bentuk permainan sama ada secara individu atau kumpulan.
5) Menentukan jenis permainan seperti kad, main kad atau sebagainya.
6) Mengumpul bahan.
7) Menentukan cara menilai.

14
6.0 TUGASAN 1A:

Menjalankan satu kajian ke atas dua orang murid sekolah rendah yang dipilih di mana seorang
mempunyai pencapaian akademik yang baik manakala, seorang lagi mempunyai pencapaian
akademik yang rendah.

PELAJAR 1

Nama: Alvin Bantan Anak Nuel

Umur: 9 tahun

Asal: Kpg. Lobang Kompeni

Kelas: Tahun 3

Status tempat tinggal: Luar Bandar

Kedudukan dalam kelas: Pertama

Soalan 1: Apakah aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah?

Jawapan: pada waktu cuti, saya suka memancing bersama ayah saya.

Soalan 2: Apakah aktiviti yang kamu lakukan semasa waktu lapang?

Jawapan: Pada waktu lapang, saya suka membaca buku dan menyiapkan kerja rumah.

Soalan 3: Adakah anda memiliki sudut bacaan di rumah?

Jawapan: Ada, ibu menyediakan satu rak, untuk meletakkan buku.

Soalan 4: Siapakah yang selalu membimbing kamu semasa belajar di rumah?

Jawapan: Ibu selalu membantu saya semasa belajar, kerana dia marah kalau tidak belajar.

Soalan 5: Bila waktu kamu bermain?

Jawapan: saya bermain pada waktu petang, saya selalu bermain bola ke sekolah.

Soalan 6: Adakah kamu seronok ke sekolah?

Jawapan: ya. Kerana di sekolah saya jumpa banyak kawan dan ingin menimba ilmu.

15
PELAJAR 2

Nama: Syafik bin Sali

Umur: 9 tahun

Asal: Kpg. Melayu Seberang Lubok Nibong

Kelas: Tahun 3

Status tempat tinggal: Luar Bandar

Kedudukan dalam kelas: Ke-8

Soalan 1: Apakah aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah?

Jawapan: pada waktu cuti, saya suka bermain dengan abang saya.

Soalan 2: Apakah aktiviti yang kamu lakukan semasa waktu lapang?

Jawapan: Pada waktu lapang, saya suka ke kebun, mengikuti emak menanam sayur.

Soalan 3: Adakah anda memiliki sudut bacaan di rumah?

Jawapan: Ada, abang saya banyak buku di bilik dia.

Soalan 4: Siapakah yang selalu membimbing kamu semasa belajar di rumah?

Jawapan: Abang selalu membantu saya semasa belajar.

Soalan 5: Bila waktu kamu bermain?

Jawapan: saya bermain pada waktu petang, saya selalu bermain bersama abang saya.

Soalan 6: Adakah kamu seronok ke sekolah?

Jawapan: ya. Kerana di sekolah saya jumpa banyak kawan.

16
TUGASAN 1B:

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik berdasarkan teori-teori


pembelajaran dan disokong dengan kajian lepas.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Antaranya


faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan lokasi atau tempat
tinggal. Setiap murid mempunyai personaliti yang tersendiri. Faktor personaliti memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar (Eysenck
1979). Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Pertama ialah, murid yang peramah, suka bergaul dan ceria mudah mendapat ramai
kawan. Ini dapat meningkatkan pencapaian akademik apabila mereka dapat belajar secara
berkumpulan. Pada kebiasaannya, murid akan menjadi baik dan berjaya apabila mereka
bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin. Jika mereka bersahabat dengan rakan yang tidak
bermoral maka mereka turut gagal mengekalkan kejayaan yang dicapai sebelumnya (Sulaiman,
1996).

Ini bermaksud seseorang murid yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang


akademik akan menjadi sebaliknya jika berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap
yang malas dan tidak suka kepada sesuatu kejayaan dalam bidang akademik. Hal ini kerana,
seseorang rakan itu dapat mempengaruhi rakan yang lain untuk mengikuti jejaknya. Sebagai
contoh, dalam kajian yang saya jalankan, kedua-dua pelajar tersebut berminat untuk datang ke
sekolah tetapi seorang datang hanya ingin berjumpa rakan dan seorang lagi ingin menuntut
ilmu. Melalui niat yang berbeza daripada dua orang pelajar ini, maka pelajar yang datang ke
sekolah untuk menuntut ilmu menjadi pelajar yang cemerlang, manakala pelajar yang datang ke
sekolah hanya untuk berjumpa rakan menjadi pelajar yang agak kurang dalam pendidikan.

Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif impulsif
dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar memberi
respons secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka
membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar mengikut gerak hati.
Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan pemikiran sendiri.
Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat kesilpan.

17
Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada
menepati masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri ini menyebabkan mereka lambat
menyiapkan tugasan. Melalui kajian yang telah saya lakukan, kedua-dua pelajar tersebut masih
memerlukan bimbingan orang lain untuk menyiapkan kerja rumah atau pun semasa belajar. Hal
ini mungkin kerana mereka masih belum dapat membuat keputusan sendiri dalam membuat
sesuatu kerja.

Selain itu, penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada
murid. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid mengikuti
pelajaran dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi
kuantiti ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang
seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin,
mineral dan protein. Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental murid-murid
tersebut agak terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka terhadap pembelajaran
adalah lemah. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik dalam
mata pelajaran yang dipelajarinya.

Menurut Baumrind (di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga
iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibu bapa yang mengamalkan bentuk
asuhan keluarga autoritatif dapat membantu pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Ini
kerana, ibu bapa autoritatif adalah ibu bapa yang memberikan kebebasan yang terbatas kepada
anak mereka. Antara ciri ibu bapa autoritatif ialah menggalakkan anak-anak berdikari di
samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka dan anak-anak bebas
berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat menyokong dan membantu
perkembangan anak-anak mereka.

Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan cara asuhan autoritatif ini
menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik. Hal ini amat memainkan peranan yang amat
penting, kerana, dalam kajian saya saya mendapati, pelajar yang cemerlang mendapat didikan
daripada orang tua berkaitan perkara pelajaran. Tetapi pelajar yang kurang mendpat didikan
daripada orang tua, hanya mampu mendapat ssedikit sahaja ilmu kerana mereka hanya belajar
di sekolah sahaja. Hal ini juga mungkin dipengaruhi oleh pekerjaan ibu bapa.

18
Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor personaliti,
gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan faktor lokasi. Ini kerana setiap murid
mempunyai perbezaan individu tersendiri. Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah
tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-
langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan,
pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi
pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada
murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami masalah
perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan yang dilahirkan
haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan
amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang,
gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

19
7.0 TUGASAN 2:

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik berdasarkan teori-teori


pembelajaran dan disokong dengan kajian lepas. Cadangkan langkah-langkah bernas yang
boleh diambil oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan
murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang tidak sama.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan
pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai


urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap
perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

20
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan
oleh guru ialah kaedah sumbang saran, kaedah tunjuk cara (demonstrasi), simulasi atau
kaedah pengajaran kumpulan, kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah,
kaedah oudioligual, kaedah kodkognetif dan kaedah projek.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.
Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati
supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep
secara mudah dan berkesan.

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria
mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi
penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai
sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan
teknik perbincangan.

Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki
memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah,
lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah
dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,
mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam
bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain..

21
Pesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasanya
tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama
dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan
mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti
inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan
perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan
kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan iaitu
kematangan fizikal, kematangan intelek dan kematangan emosi

Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan


kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu
berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan
belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah
amat penting.

Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan


perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran.
Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika
berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu
menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah.
Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula
jadi pelajar.

Kematangan intelek merupakan kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan


mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria
(imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan
kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman
ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia
menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak
kepada proses mental yang lebih kompleks.

Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah


kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan
perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun
perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan
berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan

22
am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi
kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang
bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-
perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya
melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

Manakala kematangan emosi pula menggambarkan satu keadaan yang dikaitkan oleh
dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas
dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-
ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan
tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis
pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat
diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan
dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan
kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata

Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986)


mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau
pemodelan, iaitu pemerhatian, mengingati, reproduksi, penangguhan dan motivasi. Implikasi
daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui
beberapa cara yang berikut iaitu penyampaian harus cekap dan menarik, demonstasi guru
hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat dan hasilan guru atau contoh-contoh seperti
ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi

Selain itu, kaedah lain yang boleh digunakan oleh guru ialah pembelajaran ingatan, dan
lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku
tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan
selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal
pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah
tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut
mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan
lupaan.

23
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan
bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses
dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu. Berdasarkan daripada
tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang
dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.

Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran
secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan
pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran
bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan
menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu
pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan


kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya
upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada
seseorang .

Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan


dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus
Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh
ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak
kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan
dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis
pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri
dan nilai individu.

24
Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan
memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21,
yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran
berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan
prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau
bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih
kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘kerenah globalisasi’ .

Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati
oleh para pendidik bestari seperti, menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti
pengajaran pembelajaran yang bermakna, menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini
di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran
pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan
kemahiran generic, membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala
tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk
pelajar belajar mengikut kadar kendiri, bertanggungjawab menyediakan suasana yang
menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari dan sumbangan kreatif
dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu
proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori


mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan
sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa
bahagian . Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu
akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran. Pertama ialah teori Tingkah laku
(behavioris). Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan
tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.

Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk
adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan
perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara
pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka
gerakbalas yang berlaku juga positif.

25
Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus
memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah
kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang
dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran
atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah
rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .

Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan


sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang
serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti ini, guru perlu memahami
tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa
kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi proses belajar
dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya, bahan pelajaran disusun
dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat
memberikan respon tertentu, tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung
supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar dan setiap kali
pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motisai.

Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu


pengajaran seperti menarik perhatian, menyatakan objektif pelajaran, merangsang proses
mengingat semula kandungan lepas, bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan
pelajar, memberikan bimbingan, tugasan dan soalan, membuat penilaian tahap penguasaan
pelajar, mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Teori seterusnya ialah teori kognitif. Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu
ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah
pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini
juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh,
menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar
memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan
kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi
maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar
maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi.

26
Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif
sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer.
Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan, ingatan, kefahaman
pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .

Pembelajaran koperatif juga boleh digunakan semasa di dalam kelas, hal ini kerana
pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau
pasukan pelajar. Saya percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam
kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka.
Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi
pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang
ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada pelajaran yang sedang
dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan
yang lain.

Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan oleh guru ialat pembelajaran reflektif.
Pembelajaran seperti ini dapat membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan
pemahaman konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi
sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral
dan etika. Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa
teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam mata pelajaran matematik, beberapa urutan kerja
perlu difahami oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.

27
8.0 RUMUSAN

Kita perlu menyedari bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza daripada segi fizikal
dan pemikiran mereka. Untuk itu, ramai ahli pendidik kanak-kanak sendiri telah melakukan
kajian terhadap kanak-kanak. Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-
kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka berlajar menerusi bermain.
Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main pada orang
dewasa adalah untuk beriadah. Ada juga yang menjadikan main sebagai suatu profesion
seperti bermain bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan
berlaku pada perkembangan kanak- kanak iaitu sosial dan kognitif. Sebenarnya kanak-kanak
yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana
sukakannya.

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru kita mestilah peka akan kaedah yang paling
sesuai bagi kanak-kanak untuk belajar dan dapat menarik minat mereka. Kita tidak boleh
memaksa mereka untuk membuat sesuatu perkara yang mereka tidak tahu kerana mereka
akan merasa terpaksa dan menyebabkan pemikiran mereka terganggu. Ini akan menyebabkan
masa depan mereka terganggu. Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa
pembelajaran bahawa memerlukan masa ‘ untuk memainkannya’ dengan membuat sesuatu
menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam
aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik
kanak-kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu.

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing


pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab
terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap
adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak
mereka. Akhir sekali peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang.
Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan
2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan
dalam erti kata yang sebenar.

28
9.0 REFLEKSI

Pertama sekali saya berasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja
khusus EDU 3033 (Murid dan alam belajar) ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada
masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan kerja
kursus yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Encik V. Rajasegara. Melalui kerja khusus ini,
saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan tentang murid dan alam
belajar ini. Saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan
semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak masalah.

Saya telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan Institut Perguruan
Rajang. Saya juga mencari bahan rujukan di Perpustakaan Sibu. Selain itu , saya juga mencari
info tentang murid dan alam belajar ini melalui internet. Ini semua telah memudahkan saya
untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, saya juga telah mempelajari bagaimana
membahagikan masa dengan baik. Hal ini kerana, bukan satu sahaja tugasan yang dibuat
tetapi saya juga perlu menyiapkan tugasan lain juga. Dengan pembahagian masa yang baik,
akhirnya saya berjaya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.

Selain itu, saya telah berkomunikasi dengan rakan senior bagi mendapat maklumat dan
bahan bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan saya. Saya juga telah bertukar-tukar
pendapat mengenai tugasan saya ini bersama-sama rakan-rakan bagi memperbaiki kelemahan
saya. Dengan segala bantuan daripada rakan-rakan saya, saya telah berjaya menghasilkan
tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Walaupun begitu, saya tidak dapat lari daripada masalah. Saya menghadapi sedikit
masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak faham akan cara-cara untuk melakukan
tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan saya tetapi saya bersyukur kerana mempunyai rakan
sekelas yang begitu ambil berat dan tidak mementingkan diri. Saya juga berasa untung kerana
pensyarah saya sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk menyiapkan
tugasan ini terutama dalam bahagian yang tertentu. Pensyarah juga sering memberi bimbingan
secara berterusan berkaitan perkembangan kerja kursus kami ini malah beliau ada membantu
dalam memberi maklumat tambahan dalam tugasan kami agar kami dapat menghasilkan
tugaan yang baik dan memuaskan.

29
Ramai pelajar keliru dan tidak faham akan tajuk ini. Walaubagaimanapun, setelah
mendapat penerangan yang mendalam daripada pensyarah dan melalui penerangan yang
terperinci daripada pensyarah, saya mendapat sedikit ilham dan idea dalam melaksanakan
tugasan ini. Saya menhadapi pelbagai masalah dalam pencarian maklumat. Hal ini kerana
sumber maklumat mengenai tajuk-tajuk soalan ini amatlah terhad di buku mahupun di internet.
Selain itu, saya cuba mencari maklumat yang lebih ilmiah walaupun pada mulanya amat sukar
untuk mencari maklumat yang ilmiah di internet. Dengan bimbingan daripada pensyarah,
akhirnya saya berjaya mengatasi masalah saya ini dan Berjaya menghasilkan tugasan saya
dengan baik.

Pengalaman baharu yang saya perolehi daripada melakukan tugasan ini ialah, saya
belajar bagaimana membuat kajian dan penyelidikan berkaitan murid dan alam belajar ini.
melalui pemerhatian dan bacaan yang telah saya buat, strategi pengajaran yang berkesan
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Ini
kerana setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap kreativiti masing-
masing. Yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan kanak-kanak atau individu yang kreatif
ialah dengan usaha mereka sendiri untuk memperkembangkan sehingga setakat mana yang
mereka mahu. Oleh yang demikian, kini setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya mendapati
perkembangan kognitif dan soaioemosi kanak-kanak ada perkaitannya dengan persekitaran.

Selain itu, ilmu dan pengetahuan baharu yang saya perolehi ialah, saya tahu bahawa
konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan,
keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan
tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah
psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.Tindakan utama yang harus dilakukan oleh kita
sebagai pendidik ialah membentuk sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai
murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Oleh yang demikian, untuk memastikan
kesinambungan pertumbuhandan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah
amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tuntasnya, saya
telah sedar bahawa perkembangan kognitif dan sosioemosi kanak-kanak amatlah penting untuk
menjamin masa depan seseorang itu nanti

30
Selain itu, ilmu yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila ialah tanggapan main
pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang
sama mereka berlajar menerusi bermain. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang
dewasa adalah berbeza. Main pada orang dewasa adalah untuk beriadah. Ada juga yang
menjadikan main sebagai suatu profesion seperti bermain bola sepak, badminton dan golf. Main
pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial
dan kognitif.

Sekali lagi saya tekankan bahawa, saya berasa amat bersyukur kerana dapat
menyiapkan tugasan ini, kini saya dapat membuat penyelidikan dan kajian berkaitan sesuatu
perkara. Ilmu yang saya perolehi daripada tugasan ini akan saya gunakan dalam kehidupan
seharian saya dan saya semakin bersemangat untuk menjadi seorang guru yang dedikasi suatu
hari kelak. Saya merasakan tugas saya sebagai seorang guru suatu hari nanti adalah sesuatu
yang mulia dan saya berjanji akan melahirkan lebih ramai generasi muda yang berpendidikan
dan berguna kepada nusa dan bangsa agar mereka dapat menampung tampuk pemerintahan
Negara kita supaya menjadi lebih baik dan Negara kita akan lebih dikenali di persada dunia dan
setaraf dengan Negara maju yang lainnya. Oleh yang demikian ilmu berkaitan murid dan alam
belajar ini amatlah berguna bagi diri saya.

Akhir sekali, saya berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan tugasan
berkaitan murid dan alam belajar yang mencabar ini dengan sempurna. Saya berharap akan
mendapat tugasan seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak
membantu saya untuk meningkatkan lagi kefahaman saya dalam murid dan alam belajar ini.
Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat pelbagai
faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada
tugasan ini,saya akan mengamalkan konsep-konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan
kreatif apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu nanti dan berusaha mendidik anak
murid saya supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Dengan itu, harapan saya
ialah dengan segala ilmu yang saya perolehi ini, saya akan melahirkan lebih banyak generasi
yang sihat dan mampu memartabatkan Negara kita dalam bidang apa jua bidang yang ada di
dunia ini.

31
10.0 RUJUKAN

Choong Lean Keow, (2009), Murid Dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn

Bhd

Keow, C. L. (2008). Murid dan Alam Belajar. Subang Jaya, Selagor: Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

Mook Song Sang. 2008. Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.

Mak Soon Sang, (2009) , Murid Dan Alam Belajar. Subang Jaya Selangor. Kumpulan Budiman.

Noriati, A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan Alam

Belajar. Selangor Darul Ehsan : Laser Press Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, (2009) , Murid Dan Alam Belajar. Shah Alam Selangor. Oxford Fajar

Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi

dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.

32

Anda mungkin juga menyukai