Pengenalan
Buku Tamadan Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) yang ditulis oleh Mohd Razimi Husin,
mengandungi lapan bab iaitu pengenalan ilmu ketamadunan dalam pembinaan tamadun
Malaysia, konsep asas tamadun islam, interaksi antara pelbagai tamadun islam dalam tamadun
melayu, tokoh-tokoh tamadun islam dan tamadun asia, interaksi tamadun asia dan relevansinya
di malaysia dan dunia, isu-isu kontemporari tamadun islam dan tamadun barat serta islam hadhari
dan proses pembangunan negara. Buku ini membincangkan tentang tamadun islam dan tamadun
asia dengan baik. Topik yang kami hendak mengulas di sini ialah krisis alam sekitar dari bab 7
iaitu isu-isu kontemporari tamadun islam dan tamadun barat. Dalam topik ini penulis menjelaskan
tentang krisis-krisis alam sekitar yang sedang berlaku di Malaysia. Ulasan topik memerlukan
pemerhatian tajam daripada pengulas memandangkan terdapat beberapa aspek penting yang
perlu dikupas iaitu aspek isi kandungan petikan tersebut, kekuatan dan kelemahan, laras bahasa
yang digunakan, dan juga keseluruha petikan.
Ringkasan Topik
Secara keseluruhanya topik ini mengupas tentang keadaan alam sekitar di Malaysia dan
cara-cara untuk mengatasinya. Menurut penulis, krisis alam sekitar yang dihadapi oleh
masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting,
penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( human’s dominance over nature) dan
manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest). Kedua-dua pemikiran ini muncul
daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia dan peranannya
di dunia ini. Penulis juga berkata bahwa keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca
daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan
ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak
melakukannya.
Seterusnya, pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar
adalah pemikiran mereka terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan ini,kita tidak
sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula jadi.
Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam yang lebih
sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak mampu menandingi
pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu diselamatkan.
Ringkasnya, kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar
merupakan sebahagiaan daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai
makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini. Alam persekitaran dan makhluk-
makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat.
PENILAIAN
Tema
Penulis telah memilih tema alam sekitar sebagai fokus utama penulisan topik ini. Ini
bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada pelatih-pelatih IPG agar mereka
akan menghayati nilai mencintai dan menghargai alam sekitar dan juga akan mempraktikannya
apabila memulakan perkhidmatanya sebagai guru dui sekolah kelak.
Ciri-ciri
Penulisan penulis topik ini lebih mencirikan kepada fakta dan cara-cara penyelesaian
serta dipersembahkan dengan gambar-gambar dan rajah. Bagi menguatkan lagi hujah agar boleh
meyakinkan pembaca menerima pendapat beliau
Kandungan
Gaya Penulisan
Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujah, pendapat, bukti, fakta-fakta
beserta dengan contoh dan idea idea sendiri bagi penyelesaian. Penulis menggunakan bahasa
yang terus dan mudah difahami tentang message yang cuba dibawa dalam penulisannya ini.
Melalui sokongan dan bukti yang dikemukakan, penulis berjaya meyakinkan pembaca tentang
isu-isu alam sekitar yang sedang berlaku di Malaysia dan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia
untuk menjaga alam sekitar kita.
Kredibiliti kandungan
Bagi pendapat pengulas terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan penulisan
penulis. Hal ini kerana setiap hujah penulis disertakan dengan fakta yang tepat dan benar dan
telah memberi beberapa cadangan yang meyakinkan pembaca. Bagi pengulas, penulis berjaya
meyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.
Kekuatan
Berdasarkan keseluruhan topik ini, didapati bahawa kekuatan dan kelemahan mengenai
kandungan topik ini. Kekuatan yang ada pada topik ini ialah ia menerangkan secara terperinci
menegenai masalah yang dikaji dan menggambarkan situasi sebenar di mana berlakunya
masalah yang dikenal pasti tersebut. Selain itu, toipk ini juga turut memuatkan bahan-bahan
penilaian dan fakta-fakta secara terperinci di samping menceritakan satu persatu isu alam sekitar
iaitu dari segi udara, tanah dan air. Sebagai contohnya,
Pencemaran terbahagi kepada dua jenis, iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semula jadi dan faktor manusia. Faktor semula jadi ialah pencemaran yang berlaku
akibat bencana alam seperti letusan gunung berapi, tsunami dan gempa bumi. Letusan
gunung berapi berlaku akibat bukaan atau rekahan pada permukaan atau kerak bumi
yang membenarkan gas, abu dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah
permukaan bumi. Apabila gunung berapi meletus, magma akan keluar sebagai lahar atau
lava. Gas beracun yang teracun akan mengancam hidupan di sekeliling gunung berapi.
Petikan di atas merupakan salah satu contoh daripada topik tersebut yang telah dikupas
oleh penulis dengan terperinci. Beliau telah mengemukakan fakta-fakta sains dengan bagus
disertaan dengan laporan kajian. Penulis ini juga berjaya membawa kesedaran kepada pembaca
tentang isu-isu alam sekitar di Malaysia punca dan cara-cara penyelesaian kekangan tersebut.
Kelebihan yang seterusnya ialah, penulis memberikan fakta dengan buktinya sekali.
Dalam penulisan yang baik, fakta yang diberi haruslah lengkap dengan bukti yang nyata dan
betul. Misalnya, dalam penulisan topik tersebut penulis sudah menyatakan suatu fakta secara
terang, ringkas dan sangat mudah difahami oleh pembaca. Tamsilnya,
Pernyataan di atas menerangkan bahawa setiap fakta yang diberi perlu benar dan
diterima oleh ramai. Apabila merujuk pada kenyataan di atas didapati bahawa terdapat peraturan
yang nyata dan benar yang mengatakan apabila seseorang berbuat kesalahan mereka akan
dikenakan hukuman dan denda yang setimpal. Oleh itu, apabila mengeluarkan suatu kenyataan
atau fakta perlulah berfikir sebelum bertindak.
Di samping itu, kelebihan topik ini turut terletak pada aturan penulisan yang sistematik
dan tersusuan. Penulis cuba membuat kronologi terhadap penulisan beliau supaya pembaca
boleh mengikuti urutan tersebut dengan tidak lari daripada penyampaian mesej atau tema yang
cuba disampaikan kepada pembaca. Misalnya, penulis menceritakan mengenai punca-punca
yang membawa kepada pencemaran alam sekitar. Penulis turut mencadangkan beberapa
langkah atau usaha-usaha menangani krisis alam sekitar ini supaya penulisanya berada dalam
satu urutan yang betul dan sepatutnya.
Kelebihan penulisan penulis ialah seterunya ialah, pengulas dapat mengenal pasti
penggunaan keywords atau kata kunci berkaitan topik. Bagi memudahkan pemahaman pembaca
kata kuncinya terletak di sebelah petikan pembacaan. Manakala, penerangan atau definisi
sebegini terletak pada akhir bab ataupun di belakang buku. Tetapi, dalam buku ini bagi setiap
topik terdapatnya kata kunci yang telah mengemukakan dan menerangkan beberapa perkataan
baru. Sebagai contohnya:-
Pencemaran faktor semula jadi- letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami
Nota kaki ini penting untuk menggariskan perkara utama dan perkara penting yang cuba
ditekankan oleh penulis dalam penulisan apabila meletakkan kata kunci, maka pembaca akan
mudah untuk mencari point utama mengenai topik yang dibaca. Apabila pembaca menghadapi
sebarang kemusykilan mereka boleh merujuk pada kata kunci dan dapat menjelaskan keraguan
mereka dengan serta-merta. Tidak perlu mencari kamus untuk mencari makna perkataan baru
yang baru kenali sebab telahpun ia disediakan dalam bentuk kata kunci. Penulis topik ini telah
meletakkan nota kaki menunjukkan beliau sangat teliti dan bersikap rajin dalam membuat rujukan
yang agak lengkap.
Selain itu, terdapat juga peta minda ataupun rajah dan gambar-gambar sebagai kekuatan
bagi topik ini. Penulis telah pun menggunakan kaedah penggunaan peta minda dan gambar
ataupun visual bagi memudahkan dan pembaca memahaminya dengan lebih. Penggunaan peta
minda dan gambar mempercepatkan lagi pemahaman pembaca dan menarik perhatian pembaca
untuk membacanya sebab ia ringkas, padat dan tepat. Dengan menggunakan gambar penulis
menerangkan sesuatu topik secara visual. Hal ini kerana jikalau penulis hanya membincangkan
idea beliau dengan hanya menulis ia tidak akan menarik perhatian pembaca dan seterusnya
membosankan. Apabila penulis menggunakan gambar-gambar ataupun peta minda ia menarik
perhatian pembaca untuk terus membacanya.
Dari segi persembahanya penulis telah menyampaikan isi-isi yang secukupnya bagi
pembaca dan Berjaya membawakan kesedaran tentang krisis alam sekitar dan impaknya kepada
kehidupan manusia. Topik ini memberi kesedaran atau motivasi kepada pendidik terutamanya di
Malaysia untuk menghargai dan mencintai alam sekitar serta menerapkan nilai-nilai berkaitan
dengan alam sekitar dalam diri pelajar-pelajar. Ia akan membantu dan membentuk pelajar-pelajar
yang menyayangi alam sekitar dan tidak merosakkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini
dapat membentuk masyarakat yang memelihara dan memulihara alam sekitar.
Kelemahan
Kelemahan yang terdapat dalam topik ini ialah penulis sangat kurang menggunakn
penanda wacana pelbagai fungsi. Penulis tidak menggunakan penanda wacana berbentuk urutan
seperti pertama, kedua, ketiga, seterusnya dan banyak lagi. Oleh sebab itu, pembaa akan
tertanya-tanya tentang fakta yang cuba disampaikan oleh penulis. Pembaca tidak boleh ikuti
urutan yang cuba disampaikan oleh penulis kerana ayat-ayatnya juga sangat panjang. Sebagai
contohnya:-
Daripada petikan di atas kita boleh melihat bahawa penulis tidak menggunakan sebarang
penanda wacana. Penggunaan penanda wacana dalam petikan di atas sepatutnya diperlukan.
Hal ini kerana petikan tersebut memang cukup besar dengan mempunyai tiga ayat kompleks.
Apabila menggabungkan beberapa ayat perlulah menggunakan penanda wacana seperti
seterusnya, kemudian dan sebagainya untuk memastikan pembaca faham apa yang penulis ingin
berkongsi. Dengan adanya penanda wacana pembaca dapat membacanya mengikut intonasi
yang sepatunta dengan menaikkan suara dan mengurangkan suara pada tahap dan tempat yang
sesuai. Penggunaan penanda wacana bukan sahaja bagi keselesaan pembaca supaya dapat
memahami isinya dengan baik malah untuk memisahkan satu ayat daripada satu ayat agar
kedua-duanya tidak bertindik dan mengelirukan pembaca.
Seterusnya, kelemahan topik ini ialah banyak menggunakan ayat yang panjang dan
berputar-belit. Ayat yang panjang akan membuatkan pembaca cepat merasa binggung dan
bosan. Penulis ini kurang bijak dalam menghasilkan ayat yang mantap dan padat. Cuma terdapat
beberapa ayat sahaja yang betul-betul ringkas, padat dan mudah difahami. Contoh ayat yang
ditulis panjang lebar ialah pencemaran alam berlaku di segenap pelosok negara tidak kira
sama ada di desa terpencil, di bandar yang hiruk-pikuk, di lautan dalam, di daratan yang
tebentang luas, di litosfera dan di atmosfera yang tidak terjangkau. Pada pandangan
pengulaa ayat yang panjang dan berputar belit langsung tidak menarik perhatian kerana ia hanya
lebih mengelirukan kerana pembaca terpaksa membaca berulang kali untuk memahami sesuatu
isi. Secara keseluruhanya, pengulas berpendapat bahawa penulis ini gemar menggunakan ayat
yang panjang-panjang.
Masih lagi merujuk kepada kelemahan rujukan pengulas mendapati bahawa Mohd Razimi
Husin ini kekurangan sumber, bahan dan rujukan. Hal ini kerana beliau asyik menggunakan fakta-
fakta tanpa sebarang rujukan atau pandangan tokoh-tokoh atau penulis lain. Kebanyakkan isi-isi
semuanya berbentuk akademik dan lebih kepada fakta yang terikat. Penulis asyik menerangkan
fakta sahaja. Seharusnya penulis mesti memberi kritikan cadaangan, atau pandangan beliau
sendiri. Ini menunjukkan penulisan beliau sama seperti membaca buku teks sahaja. Lagipun,
beliau tidak menerangkan apa yang sepatutnya dibincangakan. Manakala, beliau telah
memasukkan fakta-fakta yang tidak relevan dengan topik seperti beliau telah memasukkan
maklumat tetang sains yang tidak begitu penting dan relevan dengan topik perbincagan.
Penulis tidak langsung berpegang pada fakta dan pendapat ahli sarjana dan pakar dalam
topik ini bagi menguatkan hujah yang diberikan. Dalam topik ini tidak mempunyai sebarang
pandangan tokoh yang dinyatakan oleh penulis. Segalanya adalah daripada diri sendiri. Dalam
suatu tulisan ilmiah perlunya pandangan tokoh dan ahli sarjana untuk mengukuhkan lagi
pandangan, pernyataan mereka.
Laras Bahasa
Antara penanda bidang atau disiplin ilmu ialah laras bahasa. Hal ini kerana lain bidang
ilmu, maka akan lain pula laras bahasa. Pengarang tidak boleh sewenang-wenang menggunakan
istilah. Kesilapan menggunakan istilah atau ayat akan menyebabkan makna tersasar.
Dalam bahasa Inggeris, istilah laras dikenali sebagai ‘register.’ Istilah ini dipopularkan oleh
Thomas Bertram Reid pada tahun 1956. Sebelum itu, Straumann (1935) pernah mengkaji
Newspaper Headlines: A study in linguistic method dan Savory (1967) yang mengkaji The
Language of Sciene. Yang dimaksudkan laras ialah ragam bahasa atau variasi bahasa. Ragam
penggunaan bahasa adalah berbeza antara satu bidang ilmu dengan satu bidang ilmu lain. Selain
itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan wujud kepelbagaian laras, seperti situasi,
tajuk, persekitaran, status sosial, kerahsiaan isu, genre, geografi, bentuk penyampaian dan
sebagainya. Dalam wacana ini memandai khalayak memahami bahawa faktor bidang ilmu
sebagai penyebab wujud kepelbagaian ragam bahasa.
S. Nathesan (1995) mengkategorikan tiga aspek membina laras, iaitu (a) aspek Leksis,
(b) aspek tatabahasa, dan (c) aspek ketenunan. Leksis bermaksud komponen-komponen bahasa
yang membina istilah atau ayat. Ia terdiri daripada kata (kosa kata / pembendaharaan kata), istilah
pinjaman dan istilah bukan pinjaman (bahasa). Tatabahasa merujuk aturan bahasa atau sistem
bahasa seperti pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat. Manakala ketenunan pula
merujuk cara-cara ayat digabungkan.
Rencana ini mempunyai laras bahasa yang sesuai untuk dibaca oleh umum. Rencana
pendidikan ini merupakan rencana yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Setiap lapisan
umur dapat membaca rencana ini dan memahaminya dengan mudah kerana penulis
menggunakan bahasa standard. Penggunaan istilah-istilah juga diterangkan dalam rencana ini.
Sebagai contoh:-
Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (karbon
monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, ozon, sulfur oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa
campuran bahan-bahan ini.
Dengan ini, jika terdapat dalam kalangan pembaca yang terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah yang tidak mengetahui perkataan atau istilah karbon monoksida, nitrogen oksida,
hidrokarbon, ozon dan sulfur oksida, mereka dapat memahami perkataan tersebut apabila
membaca topik ini. Hal ini secara tidak langsung menambah Iagi ilmu pengetahuan mereka.
Kesimpulan
Selain itu, masalah kesihatan yang akan menjenguk masyarakat tentu mengundang
pelbagai bahaya yang lain. Sekiranya punca telah dikenalpasti, kilang , masyarakat setempat dan
pihak berkuasa tempatan menggembleng tenaga menyelesaikan masalah pencemaran tersebut.
Langkah bersepadu sebegini memastikan beban yang berat akan menjadi ringan dan semua
pihak akan merasa faedahnya. Selepas itu tindakan susulannya ialah mengekalkan amalan
perkilangan yang baik dan masyarakat peka dengan perkembangan sihat itu.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu
bumi akan di panjangkan usianya. Sikap mengambil berat ini penting untuk menerajui sektor
perkilangan yang mesra alam demi menjaga keharmonian alam sekitar dan penghuninya.
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa, penulisan topik ini dapat menyedarkan
pembaca tentang krisis alam sekitar di Malaysia serta punca-puncanya dan langkah-langkah
mengatasinya. Sebagai seorang guru yang berkaliber, perlulah mengikut dan menyokong
langkah-langkah atau dasar-dasar kerajaan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita
yang semakin pupus hari demi hari. Sebagai usaha menyelamatkan alam sekitar kita masing-
masing perlulah mengambil inisiatif dan melaksanakan akiviti atau usaha yang sepatutnya
dijalankan. Alam sekitar adalah salah satu anugerah daripada tuhan. Sebagai ciptaan tuhan yang
tidak ternilai kita yang perlu bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah ditetapkan
kepada kita.
PERSEMBAHAN
Menerusi perbandingan yang dilakukan terhadap buku lain yang bertajuk Tamadun Islam
dan Tamadun Asia yang ditulis oleh Abdullah Zhudi Omar etc., pengulas berasa buku ini sangat
sesuai dijadikan bahan bacaan berbanding dengan buku 2 serta rujukan murid-murid sekolah
rendah kerana kandungan yang padat dengan kaedah penyampaian yang berbeza iaitu melalui
fakta.Buku 2 tidaklah mempunyai banyak bahan rujukan dan tidak mempunyai foot note atau nota
kaki berbanding dengan buku 1 yang diulas.
Laras bahasa buku 2 sukar difahami dan kena dibaca beberapa kali untuk memahami
kandungannya.Ia merupakan hujah-hujah aras tinggi yang sukar difahami dan isi kandungannya
tidak menepati isu-isu terkini.Penulis buku 2 tidak begitu mengulas hujah isi yang berkaitan
dengan kehendak topik manakala hanya memberi pandangan sendiri berdasarkan prinsip
agama.Penulis buku 2 tidak menggunakan sebarang pengurusan grafik seperti peta minda, carta
organisasi, rajah atau gambar di dalam penulisannya.Penulisannya hanya berfokuskan lebih
kepada penulisan ilmiah yang hanya membosankan para pembaca.Kaedah-kaedah yang telah
digunakan di dalam buku 1 sangat memuaskan manakala kaedah penyampaian buku 2 tidak
begitu menarik perhatian pembaca.
Penyampaian idea penulis buku 1 lebih khusus kepada topik yang dibincang.Beliau telah
banyak menceritakan tentang krisis alam sekitar seperti pencemaran yang tertentu.Manakala,
penulis buku 2 telahpun membincangkan topik ini secara umum sahaja.Beliau hanya dengan
amnya telah beritahu konsep krisis alam sekitar kepada pembaca.Hal ini mungkin tidak akan
memberi gambaran yang jelas kepada pembaca supaya dapat memahami topik ini.Pengulas
berpendapat bahawa penulis buku 2 haruslah menggunakan contoh-contoh atau rujukan-rujukan
tertentu supaya penulisannya senang difahami oleh setiap pembaca.
Persamaan kedua-dua buku ini ialah tiada penggunaan penanda wacana di dalam
penulisannya.Ini agak menyukarkan para pembaca kerana ayat-ayat yang ditulis oleh kedua-dua
penulis agat panjang dan rumit.Pembaca hanya membaca setiap ayat dengan intonansi dan nada
yang sama.Pembacaannya hanya bersifat monotos iaitu satu bunyi tanpa nada yang tinggi
ataupun rendah.Perkara seperti ini haruslah dibaiki oleh penulis supaya menggunakan penanda
wacana yang betul pada masa kelak.Setreusnya, kedua-kedua penulis tidak memberi contoh-
contoh yang relevan untuk mengukuhkan lagi hujah atau huraian mereka sendiri.Ia menyebabkan
pembaca tidak mendapat satu gambaran yang jelas dan luas tentang topik yang dibaca.
Di samping itu, kedua-dua penulis buku ini tidak langsung menggunakan pandangan
tokoh semasa menghuraikan dan membuktikan hujah mereka semasa penulisannya.Perkara ini
merupakan kelemahan dalam kedua-dua buku kerana fakta-fakta yang diberi oleh mereka
haruslah disokong oleh rujukan atau pandangan serta bukti yang nyata pakar bidang, penulis
buku lain dan sebagainya.Sebuah penulisan ilmiah haruslah mempunyai pandangan dan
pendapat tokoh lain untuk menegaskan pendiriannya.
Seterusnya, bahasa dalam kedua-dua buku ini sangat memuaskan dan senang difahami
oleh para pembaca.Mereka hanya menggunakan bahasa aras rendah supaya senang difahami
pembaca.Seterusnya, penulis buku 1 telah banyak merujuk kepada sumber-sumber lain seperti
kajian tindakan, jurnal, statistic.Ini jelas dilihat dalam penulisannya yang padat dengan fakta dari
sumber lain.Penulis buku 2 telah banyak menggunakan bahasa inggeris berbanding kepada
penulis buku 1.Pengulas berpendapat bahawa penulis buku 2 haruslah mengurangkan
penggunaan bahasa asing ( inggeris) supaya tidak mencemarkan martabat bahasa kebangsaan
kita.Penggunaan bahasa Inggeris juga harus dikurangkan supaya pembaca tidak takut membaca
perkataan-perkataan asing sebegini.Contohnya,