Anda di halaman 1dari 7

TAJUK KAJIAN

MENJAHIT MATA JAHITAN ASAS BAGI MURID TAHUN 4


MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

NAMA PENYELIDIK
NOR SHAFIKAH BINTI ROZALI
960103-02-5138

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN


22200 BESUT TERENGGANU.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN

Penyelidikan boleh didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara


sistematik melalui proses pengumpulan, menganalisis dan pentafsiran
sesuatu keputusan (Khalid, 2003). Penyelidikan merupakan satu prosedur
yang sistematik, saintifik, kritikal dan dinamik digunakan oleh manusia untuk
mencari makna, jawapan dan kebenaran terhadap sesuatu fenomena yang
berlaku di dalam dunia ini.

Di sekolah rendah, Reka Bentuk dan Teknologi telah menjadi mata pelajaran
yang perlu diajar kepada murid Tahap 2. Ia bertujuan untuk melahirkan insan
yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif
dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah mengikut
peredaran zaman. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih
berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan
memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung
kepada individu lain (Novak, 1984).

Pengajaran dan Pembelajaran dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi


membolehkan murid-murid mempelajari teori serta mengendalikan pelbagai
alatan tangan dan bahan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi
mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreativiti
mereka. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi juga bertujuan untuk
membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi
selaras dengan perkembangan industri yang semakin pesat berkembang di
negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat
murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Prinsip utama seorang guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan
mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru
sebenar ialah seorang yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai
penyampai ilmu (yang benar), penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk
ajar, pemudahcara, pemberi pedoman hidup serta contoh teladan ke arah
kebaikan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah (Abdul Fatah,
1996).
Seorang guru itu akan memainkan peranan mengikut situasi atau keadaan
dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas. Pengurusan
yang sistematik juga mampu melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran murid di dalam bilik darjah walaupun pelbagai cabaran dan
dugaan yang perlu guru tempuhi pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang
pendidik, guru hendaklah sentiasa ke hadapan seiring dengan perkembangan
global agar pendidikan di negara kita berkualiti sepanjang masa.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Masalah ini timbul setelah murid - murid yang diajar tidak memberikan
tumpuan sepenuhnya semasa mempelajari tajuk ini. Tajuk jahitan bagi mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4, merupakan satu tajuk yang
agak sukar untuk diberikan penjelasan kepada murid - murid. Ini kerana mata
jahitan yang ditunjukkan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh murid - murid
dan guru perlu menggunakan masa yang berlebihan untuk menjelaskan
kepada murid – murid bagaimana untuk menjahit satu per satu mata jahitan
tersebut.

Oleh itu guru perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk
membantu murid – murid dengan mengkaji bagaimana untuk membantu
murid – murid menyiapkan mata jahitan secara individu tetapi dalam
pembelajaran kolaberasi atau berkumpulan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya dapat mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid – murid,
namun, saya akan cuba menfokuskan kepada cara – cara menjahit dengan betul dan
mengenali mata jahitan tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran yang akan
dijalankan lebih kepada amali atau kerja buat sendiri. Faktor penekanan kepada teori
dikurangkan kerana murid – murid akan mudah jemu dan sedikit sebanyak akan
mengikis minat untuk belajar.

Satu inovasi yang diberi nama “RBT’s TOOL EXPLOTION BOX” direka khas untuk
membantu murid – murid belajar tajuk jahitan ini. Kandungan yang terdapat dalam
“RBT’s TOOL EXPLOTION BOX” adalah “nota kaki” asas mata jahitan, “contoh
jahitan asas” yang telah siap dibuat dan juga “kad jahitan” untuk aktiviti amali yang
direka khas untuk membantu murid – murid menjahit dan melihat mata jahitan
dengan lebih jelas. Pembelajaran secara kolaboratif atau berkumpulan digunakan
agar ahli kumpulan yang menguasai cara menjahit dengan betul dapat membantu
ahli kumpulan yang lain dalam penghasilan bahan secara individu. Pembelajaran
menggunakan “Kad Jahitan” ini berasaskan kepada pembelajaran Koperatif “Student
Team Achieved Division” (STAD).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am :

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan penumpuan murid – murid dalam
mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi iaitu bagi tajuk jahitan (rujuk
DSKP tahun 4 , S.P 6.1.4 : Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia,
jahitan jelujur kasar dan jahitan jelujur halus.).

Objektif khusus pembelajaran :


 Memulakan dan mengakhirkan jahitan dengan mata jahitan yang betul.
 Menjahit mata jahitan asas iaitu jahitan kia, jahitan jelujur kasar dan jahitan
jelujur halus.
 Mengenalpasti nama bagi mata jahitan yang dihasilkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun 4. Pemilihan murid adalah
berdasarkan kepada mereka yang tidak berkemahiran di dalam jahitan.
5.0 PROSEDUR KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal

Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenal pasti melalui beberapa


teknik iaitu : -

 Temubual
Temu bual bersama murid dengan menanyakan beberapa soalan bagi
mengenalpasti pengetahuan sedia ada, pengalaman dan minat
mereka tentang apa yang akan dipelajari.

 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan ke atas murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran RBT iaitu bagi tajuk “Pengenalan Peralatan Jahitan”
untuk mengenalpasti respon murid – murid terhadap tajuk tersebut.

 Ujian Pra
Ujian pra akan dijalankan bagi mengenalpasti sejauh manakah tahap
mereka menguasai pengetahuan tentang jahitan sebelum
mengaplikasikan kaedah “RBT’s TOOL EXPLOTION BOX”.

7.2 Cadangan Tindakan Intervensi

Aktiviti 1 : STAD (Student Team Achieved Division)

Pengkaji memilih 4 orang murid yang mempunyai markah tertinggi sebagai


ketua bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang ketua
dan 4 orang ahli. Formen dikehendaki mengambil bahan – bahan yang
disediakan iaitu :

 Gambar mata jahitan asas.


 Kad nama mata jahitan asas.
 Lembaran teka kata.
 Nota ringkas mata jahitan asas sebagai rujukan.
Aktiviti 2 : Kad Jahitan

Pengkaji memberikan pendedahan mata jahitan asas dengan menggunakan


kad jahitan. Pendedahan ini diberikan kepada ketua di dalam setiap
kumpulan. Sekiranya semua ahli kumpulan dapat menguasai kemahiran
jahitan asas yang pertama, ketua kumpulan akan meneruskan dengan
mempelajari mata jahitan yang seterusnya. Kad jahitan ini ditebuk dengan
lubang serta tersusun dengan jarak yang sama. Dengan adanya lubang –
lubang tersebut murid dapat menjahit dengan mudah sebelum mereka
mempraktikkan di atas fabrik yang sebenar. Kad jahitan diedarkan kepada
setiap ahli di dalam setiap kumpulan. Ketia kumpulan bertindak dengan bijak
supaya semua ahli dapat menghasilkan mata jahitan di atas sekeping kain.

Aktiviti 3 : Hasilan Terbaik

Setiap hasilan yang terbaik akan dipamerkan supaya dapat memotivasikan


murid – murid lain untuk proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi. Pengkaji akan menyediakan ganjaran kepada kumpulan yang
berjaya.

5.3 Penilaian Tindakan Intervensi

Penilaian tindakan diambil dengan melaksanakan ujian pos dan pemerhatian


ke atas aktiviti menghasilkan artikel jahitan iaitu sub tajuk yang seterusnya di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN


1. Menulis proposal
2. Menjalankan tinjauan awal
3. Merancang tindakan intervensi
Melaksanakan tindakan intervensi
4.
1
Melaksanakan tindakan intervensi
5.
2
6. Menjalankan penilaian
7. Menganalisis keputusan penilaian
8. Refleksi keseluruhan kajian
9. Menulis laporan kajian