Anda di halaman 1dari 13

1

GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN


PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

1.0 TAJUK
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

2.0 ANJAKAN
Anjakan 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa , komuniti dan sektor
swasta secara meluas
Anjakan 10 : Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

3.0 TEMPOH MASA


Tahun 2015 sehingga Tahun 2025

4.0 LATAR BELAKANG

Program ini dilaksanakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis


Ekonomi Negara pada 19 Januari 2015 yang telah meluluskan cadangan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Program
Sekolah Transformasi (PST) dengan peruntukan sebanyak RM 13.68 juta bagi
tahun 2015. Perlaksanaan Program Sekolah Transformasi KPM telah mendapat
mandat daripada Mesyuarat Taskforce KPM PST Bil.1/2015.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal KPM Bil.1/2017 pada 11 Januari 2017


telah memutuskan Program Sekolah Transformasi ditukarkan nama kepada
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


2

5.0 MATLAMAT

Memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi guru


dengan mengutamakan kemenjadian murid menerusi peningkatan
kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP) berkesan disokong oleh
pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
menghasilkan sekolah berkualiti di Malaysia menjelang 2025.

6.0 OBJEKTIF

Meningkatkan kualiti sekolah menerusi;

a) mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik

b) membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang


komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi
serta pembimbing kepimpinan

c) membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan


dengan mengutamakan kemenjadian murid dan;

d) pelibatan aktif komuniti setempat.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pengetua dan Guru Besar (PGB), Guru Penolong Kanan (GPK), Guru dan
PIBG/ Komuniti.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


3
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 DAN TERMA
RUJUKAN

a) Jawatankuasa Induk TS25 KPM


Peranan Jawatankuasa adalah untuk:
i. menentukan dasar baharu dalam pelaksanaan TS25.
ii. mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu berkaitan TS25
diperingkat KPM.

Bil. Ahli Jawatankuasa Jawatan


1. Pengerusi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - KPPM
2. Urus setia Bahagian Pendidikan Guru
3. Ahli Jawatankuasa i. Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia
Pembangunan Profesionalisme
Keguruan - TKPPM(PPK)
ii. Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia
Operasi Pendidikan –TKPPM(O)
iii. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
iv. Pengarah Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian
v. Pengarah Institut Aminuddin Baki
vi. Pengarah Institut Pendidikan Guru
Malaysia
vii. Pengarah/SUB yang berkaitan
(mengikut keperluan)
4. Kekerapan Minimum 2 kali setahun
5. Agenda i. Pengesahan Minit Mesyuarat
ii. Perkara Berbangkit
iii. Isu-isu ST25
iv. Hal-hal lain

b) Jawatankuasa Teknikal TS25 KPM


Peranan Jawatankuasa adalah untuk:
i. memantau kemajuan sekolah dan prestasi kewangan
TS25.
ii. menentukan dasar baharu dalam pelaksanaan TS25.
iii. mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu berkaitan TS25
diperingkat KPM.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


4
Bil. Ahli Jawatankuasa Jawatan
1. Pengerusi Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia
Pembangunan Profesionalisme Keguruan -
TKPPM(PPK)
2. Urus setia Bahagian Pendidikan Guru
3. Ahli Jawatankuasa i. Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia
Operasi Pendidikan –TKPPM(O)
ii. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
iii. Pengarah Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian
iv. Pengarah Institut Aminuddin Baki
v. Pengarah Institut Pendidikan Guru
Malaysia
vi. Pengarah Bahagian Pengurusan
Kurikulum
vii. Pengarah Lembaga Peperiksaan
Malaysia
viii. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik
dan Vokasional
ix. Ketua Nazir Sekolah
x. Pengarah/SUB yang berkaitan
(mengikut keperluan)
4. Kekerapan Minimum 10 kali setahun
5. Agenda v. Pengesahan Minit Mesyuarat
vi. Perkara Berbangkit
vii. Isu-isu ST25
viii. Hal-hal lain

c) Jawatankuasa Task Force TS25 Peringkat Negeri


Peranan Jawatankuasa adalah untuk:
ii. memantau kemajuan sekolah dan prestasi kewangan
TS25.
iii. mengawal pertukaran PGB dalam tempoh sekurang-
kurangnya 3 tahun berada di sekolah TS25.
iv. mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu serta
memastikan pelaksanaan aktiviti TS25 berjalan dengan
lancar.
v. merancang pelan strategik bagi TS25.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


5
Bil. Ahli Jawatankuasa Jawatan
1. Pengerusi Pengarah JPN
2. Pengurus Program Timbalan Pengarah JPN
3. Urus setia Rakan ELIT JPN
4. Ahli Jawatankuasa i.
Ketua Sektor Jaminan Kualiti
ii.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
iii.
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
iv. Ketua Sektor Penilaian dan
Peperiksaan
v. Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan
vi. Ketua Sektor Pengurusan Sumber
Manusia
vii. Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
dan ICT
viii. Ketua Nazir Negeri
ix. Ketua Penolong Pengarah BTPN
x. Semua Ketua PPD
5. Kekerapan Minimum 3 kali setahun
6. Agenda Am i. Pengesahan Minit Mesyuarat
ii. Perkara Berbangkit
iii. Laporan kemajuan Sekolah
iv. Isu-isu TS25
v. Hal-hal lain

d) Jawatankuasa Task Force TS25 Peringkat Daerah

Peranan Jawatan kuasa adalah untuk:


i. memantau kemajuan sekolah dan prestasi kewangan
TS25.
ii. mengawal pertukaran PGB dalam tempoh sekurang-
kurangnya 3 tahun berada di sekolah TS25.
iii. mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu serta
memastikan pelaksanaan aktiviti TS25 berjalan dengan
lancar.
iv. merancang pelan strategik bagi TS25.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


6
Bil. AHLI JAWATANKUASA JAWATAN
1. Pengerusi Pegawai Pendidikan Daerah
2. Pengurus Program Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
3. Urus setia Pegawai Meja TS25
4. Ahli Jawatankuasa i. Unit Pengurusan Sekolah
ii. Unit Pengurusan Akademik
iii. Unit Pembangunan dan
Pengurusan Aset
iv. Unit Pengurusan ICT
v. Unit Pengurusan Pentadbiran
vi. Wakil SIPartners+
vii. Wakil SISC+
viii. Pengetua/Guru Besar
5. Kekerapan Minimum 3 kali setahun
6. Agenda Am i. Pengesahan Minit Mesyuarat
ii. Perkara Berbangkit
iii. Laporan kemajuan Sekolah
iv. Isu-isu TS25
v. Hal-hal lain

e) Jawatankuasa Pengurusan Peringkat Sekolah


Peranan Jawatan kuasa adalah untuk:
i. memantau prestasi dan kemajuan peringkat sekolah.
ii. mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu serta
memastikan pelaksanaan aktiviti TS25 berjalan dengan
lancar.
iii. merancang dan melaksanakan Pelan Intervensi
Transformasi Sekolah(PinTaS).

Bil. AHLI JAWATANKUASA JAWATAN


1. Pengerusi Pengetua/ Guru Besar

2. Setiausaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran


3. Ahli Jawatankuasa i. GPK HEM
ii. GPK Kokurikulum
iii. Ketua Bidang (SM)/Ketua Panitia
(SK)
iv. Kaunselor/Guru Bimbingan
v. Wakil Guru Cemerlang

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


7
4. Kekerapan Minimum 4 kali setahun
5. Agenda Am i. Pengesahan Minit Mesyuarat
ii. Perkara Berbangkit
iii. Kemajuan Sekolah
iv. Isu-isu TS25
v. Hal-hal lain

TERM OF REFERENCE (TOR)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Menangani dan menguruskan perkara yang melibatkan isu dan polisi.
Terdiri daripada BPG, BPSH, IAB, IPGM, JNJK, BPK, BPTV dan LP.
2. Mengarahkan sebarang tindakan baharu, memantau kemajuan,
menyemak pencapaian sekolah.
3. Memperaku sekolah bagi TS25.
4. Membangunkan pelan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25).

TERM OF REFERENCE (TOR)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

1. Menyelaras TS25 Peringkat Negeri.


2. Memberi sokongan pengurusan dan pentadbiran TS25.
3. Mengawal pertukaran PGB di sekolah sepanjang tempoh 3 tahun
mengikuti program TS25. Pertukaran hanya boleh dilakukan sekiranya
PGB menghadapi masalah kesihatan kronik, kenaikan pangkat,
pencen, tindakan tatatertib atau masalah sikap dan perlu dimaklumkan
kepada KPM. Faktor ini penting kerana pertukaran yang kerap akan
memberi impak pada pencapaian dan kelestarian budaya transformasi
sekolah.
4. Menyelaras latihan kepada PGB/GPK baharu bagi sekolah TS25
bermula tahun 2020.
5. Mewujud dan menggerakkan rangkaian TS25 bermula tahun 2020.
6. Menyelaras pelan tindakan pembangunan TS25.
7. Mengarahkan (akauntibiliti) sebarang tindakan baharu, memantau
kemajuan, menyemak pencapaian sekolah dan kepimpinan sekolah.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


8
8. Menyelaras pemantauan pelaksanaan TS25.
9. Merancang tindakan susulan dan menilai keberkesanan tindakan
susulan.
10. Melapor kemajuan transformasi sekolah dan prestasi kewangan TS25
dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPN dan KPM.

TERM OF REFERENCE (TOR)


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

1. Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan mengikut keperluan


sekolah (Cth: dari segi pelaksanaan kurikulum, sumber manusia,
kewangan dan lain-lain).
2. Mengawal pertukaran PGB di sekolah sepanjang tempoh 3 tahun
mengikuti program TS25.
3. Membantu perancangan pembangunan guru bersama-sama PGB,
GPK Pentadbiran dan Rakan ELIT IAB dan IPG.
4. Memantau perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi
Sekolah (PInTaS) dan kemajuan sekolah-sekolah TS25.
5. Menguruskan latihan kepada PGB/GPK baharu bagi sekolah TS25
bermula tahun 2020.
6. Merekod perbincangan dan penyelesaian isu-isu pelaksanaan.
7. Mengurus pelaporan kemajuan sekolah dan prestasi kewangan TS25
kepada JPN.
8. Melaksanakan pemantauan pelaksanaan TS25.
9. Merancang intervensi dan tindakan susulan.
10. Menilai keberkesanan dan penambahbaikan berterusan.

TERM OF REFERENCE (TOR)

SEKOLAH TS25

1. Merancang dan melaksanakan Pembangunan Profesionalisme


Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC).
2. Melaksanakan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS).
3. Melaksanakan pencerapan dan pemantauan kurikulum, kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


9
4. Melaksanakan bimbingan (kepimpinan dan pedagogi) dan
pemantauan perkembangan prestasi guru dan staf.
5. Melapor kepada PPD dalam urusan harian sekolah:
a) Perkembangan pelaksanaan PInTaS
b) Status prestasi perbelanjaan kewangan dan;
c) Perkembangan prestasi guru dan staf.

PERANAN RAKAN ELIT DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

1) Melaksanakan dan menyelaraskan program bimbingan dan sokongan


kepada PPD dan sekolah TS25.

2) Membantu menggerakkan rangkaian TS25.

3) Menguruskan latihan kepada PGB/GPK baharu bagi sekolah dalam TS25.

4) Membantu melaksana kawalan kualiti TS25.

5) Membantu menyampai dan menjelaskan sebarang tindakan baharu


kepada PPD

6) Memantau kemajuan kepemimpinan PGB.

7) Menyediakan laporan kemajuan sekolah dan prestasi kewangan kepada


KPM.

PERANAN PEGAWAI MEJA TS25 DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

1) Merancang, menyelaras dan melaksanakan pemantauan dan


bimbingan kepada sekolah TS25 bersama-sama pasukan pegawai TS25.
2) Melaksanakan latihan kepada PGB/GPK baharu bagi sekolah dalam TS25.
3) Membuat perancangan PInTaS bersama-sama sekolah TS25.
4) Memantau perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi
Sekolah (PInTaS) sekolah-sekolah dalam daerah.
5) Merekod dan membincangkan isu-isu pelaksanaan secara berkala.
6) Menyelaras, mendokumentasi dan menghantar laporan kemajuan
sekolah dan prestasi kewangan kepada JPN.
7) Membantu menyampai dan menjelaskan sebarang tindakan baharu
kepada sekolah.
PERANAN RAKAN ELIT SIPARTNERS+ DAN SISC+

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


10
1) Merancang strategi bagi bimbingan kepada sekolah TS25
2) Memberi bimbingan berterusan kepada PGB/GPK, ketua panatia dan
guru.
3) Membantu pihak sekolah dalam penyediaan Program Intervensi
Transformasi Sekolah (PInTaS)
4) Melaporkan kemajuan bimbingan kepada Jawatankuasa Task force TS25
Daerah.
5) Melaksanakan gerak kerja kolaboratif bersama-sama Rakan ELIT IAB dan
IPG.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

a) Pemantapan Pengoperasian TS25


i. Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Task Force TS25.
ii. Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah.

b) Pengoperasian TS25
i. Melaksanakan Latihan
 Latihan Kepimpinan TS25
 Latihan Pembelajaran TS25
ii. Pengesanan pelaksanaan dan keberkesanan bimbingan oleh
Rakan ELIT ke Sekolah TS25
 Pengesanan kemajuan dan pelaksanaan sekolah oleh
pegawai meja TS25 PPD - sekurang-kurangnya 4 kali setahun
mengikut sukuan (Februari, Mei, Ogos dan November).
 Bimbingan SIPartners+/SISC+ - sekurang-kurangnya 1 bulan
sekali.
 Verifikasi Rakan ELIT JPN - 3 kali setahun mengikut keperluan/isu.
 Menggunakan instrumen pengesanan dan kemajuan
pelaksanaan dan borang bimbingan sedia ada.

iii. Pengumpulan data keberhasilan TS25

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


11
 Menggunakan Dashboard TS25 yang dibangunkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Pelaporan TS25 :
 Peringkat JPN:- 3 kali setahun dalam Mesyuarat Task
force TS25 JPN dan BPSH
 Skop pelaporan:- Kemajuan sekolah TS25 ( prestasi
kepimpinan dan guru, prestasi kewangan, isu-isu,
tindakan baharu dan lain-lain yang berkaitan.)
 Peringkat PPD:- 3 kali setahun dalam Mesyuarat Task
force PPD dan JPN
 Skop pelaporan:- Prestasi PGB dan guru, prestasi
kewangan, Program PinTaS, kemajuan bimbingan
kepada PGB dan guru, isu-isu, Intervensi dan tindak susul
dan lain-lain berkaitan berkaitan peningkatan prestasi
TS25.

10.0 KAEDAH PENGUKURAN PRESTASI TS25

a) Pengukuran prestasi sekolah TS25


i. Menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
2 (SKPMg2)

11.0 TEMPOH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data bagi prestasi sekolah dilaksanakan sebanyak 3 kali


setahun mengikut ketetapan berikut:
a. 30 Mac
b. 30 Julai
c. 30 November

12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


12
Peruntukan kewangan daripada Bahagian Kewangan, KPM

13.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

Dalam melaksanakan TS25 ini, risiko yang bakal dihadapi turut


dikenalpasti. Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk memastikan
tindakan susulan dapat diambil oleh semua peringkat pelaksana
supaya objektif berjaya dicapai.

BIL INSIDEN RISIKO TINDAKAN CATATAN


1 Kelewatan Penataran Menggerakkan Rakan ELIT di Surat Arahan/
Program Transformasi JPN dan PPD Bahan penataran
Sekolah kepada TS25.
2 Pengumpulan data tidak Menggunakan Surat Arahan
mengikut tempoh pengumpulan data secara
ditetapkan. atas talian.
Contoh: Google form

3 Pergerakan PGB dan GPK Latihan mengikut modul Surat Arahan di


kerana kenaikan pangkat, kepada PGB dan GPK keluarkan oleh JPN
sakit kronik atau masalah baharu oleh pegawai meja
disiplin oleh JPN Rakan ELIT PPD.
4 Pertukaran personel bagi Menyediakan senarai tugas Manual Prosedur
pegawai meja TS25 yang tercatat dalam MPK Kerja (MPK)
5 Kepakaran Master Trainer Melaksanakan kolaboratif Penilaian kepuasan
tidak dapat membantu berterusan antara SIPartners+ pelanggan/penilai
meningkatkan pengurusan dan SISC+ antara daerah.
an kompetensi.
kepimpinan TS25
6 Jika tiada peruntukan Kursus dilaksanakan secara Cetakan interface
kewangan / kewangan online atau kaedah lain yang laman sesawang
terhad bagi tujuan latihan. bersesuaian. Penganjur
utama.
memuat naik bahan ke
laman sesawang yang
dikenal pasti.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017


13

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN I 2017