Anda di halaman 1dari 8

PENULISAN REFLEKSI PRAKTIKUM 1

BAHAGIAN I

1) Penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang


merupakan salah salah satu isu yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan rancangan pengajaran harian di
dalam kelas.

ISU / MASALAH 2) Guru menjalankan aktiviti pembelajaran dan


SEMASA PdPc pemudahcaraan dengan agak kelam kabut demikian
kerana kurang keyakinan dalam diri dan menjadi
sebahagian daripada isu semasa pembelajaran dan
pemudahcaraan dijalankan.

1) Hal ini berlaku demikian kerana guru mengalami


kekurangan idea dalam mempelbagaikan bahan bantu
yang dapat membantu pelajar meningkatkan minat
mereka terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan. Hal
ini juga mungkin berpunca daripada aktiviti dalam
rancangan pengajaran harian kurang
memberangsangkan.
MENGAPA ISU /
MASALAH
2) Masalah gugup dan kelam kabut yang dilalui oleh guru
BERLAKU
adalah disebabkan oleh kekurangan persediaan semasa
melakukan rancangan pengajaran harian. Guru juga
mengalami perasaan berikut kerana kurangnya bahan
bacaan untuk lebih meningkatkan keyakinan guru
semasa dalam kelas.
BAHAGIAN II

1) Setelah selesai penyeliaan yang pertama, guru disarankan


untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar untuk
memperlihatkan cara dan corak pembelajaran abad 21
dijalankan. Guru juga diminta untuk menyesuaikan dan
menambah baik aktiviti yang dijalankan dalam
PENAMBAHBAIKAN pembelajaran seterusnya agar sesuai dengan tajuk dan
YANG DISARANKAN dapat menarik minat pelajar.

2) Di samping itu, guru juga perlu meningkatkan


keyakinan dalam diri supaya seperti menggunakan
suara yang kuat dan jelas dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan.

1) Guru menyediakan bahan bantu mengajar yang pelbagai


dan boleh menarik minat pelajar serta penambahbaikan
aktiviti yang boleh menggerakkan psikomotor murid
dalam masa yang sama sebagai langkah penambahbaikan
dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan.

LANGKAH 2) Guru juga akan membaca lebih banyak bahan bacaan


PENAMBAHBAIKAN yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran untuk
YANG AKAN memberikan dan menjawab soalan-soalan murid. Selain
DILAKUKAN itu, guru juga akan menggunakan suara yang lebih
lantang serta jelas bagi meningkatkan keyakinan dalam
diri sebagai contohnya, guru menggunakan “portable
wireless microphone” bagi membantu memperkuatkan
suara guru.
BAHAGIAN III

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tingkatan 4 ( 4PM )

Bab 8 ( Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum


Tema / Tajuk
Kedatangan Barat )

Masa 10.10 Pagi – 11.10 Pagi ( 60 Minit )

Tarikh 26 Julai 2017 ( Rabu )

Standard Kandungan :

8.1 Kesan Kedatangan Islam Terhadap Politik

Standard Pembelajaran :
Fokus
8.1.1 Menyatakan Pengaruh Islam Dalam Sistem Pemerintahan
Pentadbiran.

8.1.2 Menghuraikan Pengaruh Islam Dalam Sistem Pemerintahan Dan


Pentadbiran.

Bilangan Murid 24 Orang

Kegigihan dan keberanian bangsa dengan menyokong dan melibatkan


Nilai Utama
diri dalam usaha mendaulatkan Negara.

Yakin pada diri, agama, bangsa dan Negara dalam menerima


Nilai Sampingan
pembaharuan.

Strategi / Teknik Post It Notes

1) Murid dapat mengetahui pengaruh Islam dalam pemerintahan dan


Hasil Pembelajaran pentadbiran.
2) Murid dapat menghuraikan pengaruh Islam dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran.

“Portable Wireless Microphone” , kertas A3, buku teks sejarah, alat tulis,
Bahan Bantu Mengajar senaskhah yasin, papan putih, pen marker, latihan pengukuhan, dialog
lakonan.

Murid sudah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai aspek


Pengetahuan Sedia Ada
pembaharuan pengaruh Islam di Asia Tenggara.
Langkah Strategi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan

/Proses Catatan

Proses Guru Proses Murid

- Guru masuk ke kelas, menjawab - Murid bangun apabila guru


Set Induksi salam serta membaca doa bersama masuk ke kelas, memberikan Kaedah :
murid serta membenarkan murid duduk. salam, membaca doa serta
(5 minit) duduk setelah dibenarkan oleh Objek / bahan
guru. maujud
Persediaan kelas
- Guru meminta murid bersedia dengan - Murid bersedia dengan
pembelajaran pada hari tersebut dengan pembelajaran dan
mengemaskan meja masing-masing dan mengemaskan meja mengikut Nilai :
hanya buku teks sejarah, buku nota dan arahan guru.
alat tulis sahaja dibenarkan berada di -Keterlibatan diri
atas meja.
-Berpengetahuan
- Guru bercakap menggunakan
portable wireless microphone di -Rajin dan gigih
sepanjang pembelajaran di dalam
kelas.

ABM :
Objek / bahan maujud - Guru menunjukkan senaskhah - Murid melihat apa yang
surah yasin kepada murid dan ditunjukkan oleh guru dan -Buku teks sejarah
bertanyakan kepada murid beberapa menjawab soalan guru iaitu
soalan kepada murid sehingga surah yasin dan menyatakan -Buku nota
mendapatkan jawapan bahawa surah bahawa surah tersebut
yasin merupakan salah satu daripada merupakan salah satu surah -Alat tulis
surah yang terdapat di dalam al-Quran yang terdapat di dalam al-
yang diamalkan oleh orang Islam. Quran. -Surah yasin

- Guru memberikan soalan demi - Murid menjawab soalan guru


soalan sambil mengaitkannya dengan sehingga masuk kepada
tajuk pembelajaran pada hari tersebut pembelajaran pada hari tersebut
iaitu mengenai pembaharuan dan iaitu berkaitan pengaruh islam
pengaruh Islam di Malaysia sebelum terhadap politik (pentadbiran
kedatangan Barat. dan perundangan).

Langkah 1 - Guru memberitahu murid untuk - Murid mendengar Kaedah :


membentuk kumpulan melalui penerangan daripada guru.
( 3 minit ) penomboran akal bersama. Bentuk kumpulan

Pembentukan
- Guru memberitahu akan - Murid mendengar arahan
Kumpulan
membentuk lima kumpulan dan guru yang menyatakan Nilai :
setiap kumpulan diberikan sebanyak lima kumpulan
subtopik yang berbeza mengikut akan dibentuk berdasarkan -Kerjasama
nombor. Antaranya ialah : kepada tajuk-tajuk yang
diberikan oleh guru. -Penglibatan diri
1) Pentadbiran sebelum
-Jujur
kedatangan Islam.
2) Pentadbiran selepas -Adil
kedatangan Islam.
3) Perundangan undang-undang
bertulis.
4) Adat Perpatih.
5) Adat Temenggung.

- Guru seterusnya menerangkan - Murid mengikut arahan


maksud penomboran akal bersama guru dan melakukan aktiviti
yang memerlukan murid pertama penomboran akal bersama
di barisan depan kelas menyebut tersebut.
nombor satu diikuti murid kedua
menyebut nombor dua dan
seterusnya nombor tiga, empat,
dan lima.

- Guru meminta murid keenam - Murid akan mengulangi


untuk menyebut semula nombor semula nombor sehingga
satu dan begitulah seterusnya selesai.
sehingga setiap murid di dalam
kelas mendapat nombor masing-
masing.

- Murid bangun dan


- Guru kemudiannya meminta berkumpul dalam kumpulan
murid bangun dan berkumpul di masing-masing.
dalam kumpulan masing-masing
mengikut nombor yang mereka
peroleh.

Langkah 2 - Guru memberikan penerangan - Murid mendengar Kaedah :


aktiviti seterusnya iaitu aktiviti penerangan daripada guru
( 30 minit ) “Post It Notes”. mengenai aktiviti tersebut. -“Post It Notes”

Aktiviti
- Guru mengedarkan sehelai - Murid mengambil kertas
“Post It Notes” kertas A3 kepada setiap yang diberikan oleh guru. Nilai :
kumpulan.
-Rajin
- Guru memberikan subtopik
kumpulan masing-masing beserta - Murid mendapat subtopik -Berilmu
nota tambahan daripada buku- beserta nota tambahan
-Bersungguh-
buku rujukan lain. daripada guru.
sungguh
- Guru mengarahkan murid -Pengetahuan
dalam kumpulan untuk menulis - Murid dalam kumpulan
nota secara ringkas dengan menulis nota dalam bentuk
menggunakan peta I-think dan peta I-think mengenai topik
memperuntukkan masa selama masing-masing.
lebih kurang 10 minit untuk
ABM :
murid menyelesaikannya.
-Alat tulis

- Guru seterusnya mengarahkan - Murid memberikan kertas -Kertas A3


murid untuk memberi nota nota mereka kepada
mereka kepada kumpulan
sebelahnya dan mengambil pula kumpulan sebelah dan
kertas dari kumpulan sebelah lain mengambil nota dari
untuk untuk dibaca dan ditambah kumpulan lain untuk dibaca
nota yang dirasakan perlu dalam dan ditambah apa yang
tempoh masa yang diberikan oleh dirasakan perlu.
guru iaitu selama lima minit.

- Guru memantau aktiviti murid


sehingga selesai di mana sehingga - Murid membuat aktiviti dan
kertas kumpulan asal diberikan dipantau oleh guru.
kepada kumpulan mereka
kembali. Kertas tersebut akan
bertukar kepada setiap kumpulan
menunjukkan setiap kumpulan
akan mendapat subtopik yang
lain-lain untuk dibaca dan
ditambah notanya.
Langkah 3 - Guru memberikan satu tugasan - Murid mendengar Kaedah :
kepada setiap kumpulan iaitu penerangan aktiviti yang
( 10 minit ) setiap kumpulan perlu seterusnya oleh guru. Lakonan Spontan
mempersembahkan lakonan
Persembahan
beserta dialog secara spontan
Lakonan dan Dialog
mengenai pembelajaran mereka Nilai :
Spontan
pada hari tersebut.
-Yakin
- Guru memanggil secara rawak - Murid yang dipanggil oleh
murid dari setiap kumpulan untuk guru akan bangun dan -Berpengetahuan
mempersembahkan dialog secara mempersembahkan lakonan
-Berani
spontan mengikut topik yang dan dialog spontan dalam
dipilih oleh guru. kumpulan masing-masing. -Semangat

- Guru memberikan ganjaran -Kumpulan terbaik akan


kepada kumpulan yang terbaik. menerima ganjaran daripada
guru.

Langkah 4 - Guru memastikan murid bersedia - Murid bersedia untuk


untuk aktiviti yang terakhir iaitu aktiviti seterusnya.
( 10 minit ) “plickers”.

Aktiviti pengukuhan
- Guru memberikan kod bar yang - Murid mengambil kod bar
menggunakan
telah mempunyai nama dan masing-masing.
aplikasi “Plickers”
nombor setiap murid.

- Guru menerangkan tentang cara - Murid mendengar


penggunaan kod bar plickers. penerangan daripada guru.

- Guru memaparkan soalan pada - Murid melihat dan


papan putih dan memberikan membaca soalan di papan
masa selama 30 saat bagi setiap putih dan menjawab soalan
soalan. tersebut.
- Guru kemudiannya akan - Murid dapat melihat secara
memeriksa setiap jawapan yang terus samada jawapan
diberikan. mereka betul atau salah.
- Guru memberikan ganjaran - Murid yang mendapat
kepada murid yang mempunyai jumlah tertinggi akan
markah tertinggi. mendapat ganjaran.

Langkah 5 - Guru memberikan sticker notes - Murid mengambil sticker Kaedah :


kepada setiap murid. notes yang diberikan oleh
( 2 minit ) guru. -Refleksi
- Guru meminta murid menulis - Murid menulis refleksi
Refleksi
refleksi pembelajaran mereka pembelajaran dan
pada hari tersebut dan menghantarnya kepada Nilai :
menghantarnya kepada guru. guru.
-Jujur

- Guru menamatkan kelas. -Hormat

BBM :

-Sticker Notes

-Alat Tulis