Anda di halaman 1dari 4

Ilmu Asas Pertolongan Cemas (First Aid)

Pertolongan cemas atau lebih dikenali sebagai first aid sangat membantu di
dalam situasi genting. Walaupun pengamalannya biasanya berdasarkan
logik dan common sense, tetapi seringkali ianya sangat membantu di dalam
pelbagai situasi kecemasan.

Menggunakan rawatan asas berdasarkan ilmu pertolongan cemas


barangkali sudah mencukupi bagi sebahagian kes kecederaan, manakala
pada sebahagian situasi yang lain ianya menjadi asbab nyawa mangsa
berjaya diselamatkan.

Antaranya:

1) Cardiopulmonary resuscitation (CPR)


2) Recovery Position
3) Patah tulang (Fracture)
4) Pendarahan (Bleeding)
-Minor
-Major (Tikaman dan tembakan)
5) Pengsan
6) Melecur (Burn)

Langkah Pertama

Apabila berhadapan dengan situasi yang terdapat mangsa mengalami


kecederaan. Perlu dipastikan dahulu kawasan di sekeliling anda dan mangsa
tersebut selamat dan tiada ancaman lain sebelum anda mendekati mangsa
tersebut.

Kenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mangsa, jika kecederaan yang
dialami oleh mangsa adalah berat dan serius, sila hubungi dengan segera
nombor kecemasan 999. Mangsa dilihat tidak bermaya atau tidak sedarkan
diri, periksa pernafasan mangsa.

Anda boleh memeriksa pernafasan mangsa melalui cara:


1) Mengesan hembusan angin daripada saluran penafasan dengan
mendekatkan pipi anda.
2) Melihat pergerakan dada.

Sekiranya pesakit itu tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, lakukan CPR
kepadanya.
Cardiopulmonary resuscitation (CPR)
Cara-cara melakukan CPR

1) Pastikan tiada sebarang perkara yang menghalang saluran pernafasan


mangsa (longgarkan butang baju, buang benda yang terdapat di
dalam mulut *sekiranya ada)
2) Letakkan kedua-dua tapak tangan anda di bahagian tengah dada
mangsa (antara dua dada). Tekan dada mangsa sedalam 5 cm
dengan kadar tetap (dua tekanan dada pada satu saat). Prinsip asas
bagi tekanan dada adalah “Push Hard, Push Fast”.
3) Selepas mengenakan 30 kali tekanan pada dada (chest compressions),
lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut sebanyak dua kali.
(sekiranya anda tidak selesa untuk melakukannya, anda boleh memilih
untuk tidak melakukannya dan terus dengan melakukan chest
compressions)
a. Dongakkan kepala mangsa dengan menggunakan dua jari
anda pada dagu mangsa (elakkan menekan pada leher
mangsa)
b. Picit hidung mangsa dan pastikan saluran pernafasannya melalui
hidung telah ditutup rapi.
c. Letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan lakukan
hembusan. Pastikan dada mangsa bergerak naik apabila
hembusan dilakukan.
d. Lakukan sebanyak dua kali hembusan.
4) Sekiranya mangsa masih tidak bernafas, teruskan dengan 30 chest
compressions dan 2 rescue breathssehingga mereka sudah boleh
bernafas atau bantuan tiba.
5) Jika mangsa sudah boleh bernafas, posisikan mangsa di dalam
keadaan recovery position supaya mangsa dapat bernafas dengan
mudah dan baik.
Pengsan (faint)

Suasana yang cemas dan merimaskan kadangkala menyebabkan


sebahagian mangsa pengsan. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi
ini, anda perlu baringkan mangsa pada lantai dan tinggikan kaki mangsa
menggunakan kerusi atau apa-apa sahaja objek yang bersesuaian.

Biarkan mangsa berada di dalam posisi tersebut sehingga 10-15 minit.

Berikan jus buah atau manisan pada mangsa sejurus sahaja mangsa kembali
sedar.

Sekiranya muka dan bibir mangsa kebiruan, mempunyai degupan jantung


yang sangat perlahan dan mempunyai masalah dalam pernafasan, sila bawa
mangsa dengan segera ke hospital yang berdekatan.
Patah Tulang (Bone Fracture).

Sekiranya mangsa yang anda temui mengalami kepatahan tulang, sila


hubungi nombor kecemasan dengan segera sekiranya:

1) Pendarahan serius.
2) Kesakitan dirasai walaupun dengan sentuhan yang lembut.
3) Sendi kelihatan tidak normal.
4) Tulang tertusuk keluar.
5) Tulang yang disyaki patah adalah di leher, kepala atau tulang belakang.
6) Tulang yang disyaki patah adalah di pinggang.

Sila pastikan anda tidak menggerakkan tubuh badan mangsa kecuali


sekiranya perlu. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kecederan
tambahan.

Apa yang anda boleh lakukan:

1. Hentikan pendarahan (sekiranya ada), tekan luka mangsa dengan kain


yang bersih sekadar untuk hentikan pendarahan. Jangan terlalu kuat.

2. Tidak menggerakkan kawasan yang cedera. Pastikan kawasan cedera


tersebut dalam keadaan yang stabil dan tidak terlalu banyak
pergerakan berlaku. Sekiranya anda terlatih atau mengetahui cara-
cara untuk membuat dan memakaikan anduh, maka pakaikan kepada
mangsa.

3. Gunakan pek ais. Jangan gunakan ais secara langsung pada kulit
mangsa. Balutkan dengan kain. Tekap pada kawasan cedera untuk
kurangkan bengkak dan kesakitan.

4. Sekiranya mangsa seakan lemah semangat, bernafas pendek dan


cepat. Sila baringkan mangsa dan tinggikan sedikit kaki mangsa
(sekiranya boleh)

Anda mungkin juga menyukai