Penutupan jalan dan lebuhraya masa kini telah menjadi lumrah dalam pengangkutan di kawasan
bandar membangun seperti Kuala Lumpur. Faktor utama penutupan jalan adalah untuk kerja- kerja
pembinaan, menaiktaraf, dan pembaikan jalan. Walaupun secara umumnya, penutupan adalah
untuk kebaikan pengguna pada masa hadapan, namun kesannya kepada pengguna mahupun
lalulintas tidak dapat dielakkan. Dalam kajian ini, Jalan Persekutuan Sungai Buloh yang berada di
Jajaran Mass Rapid Transit (MRT) dari arah Sungai Buloh ke Kota Damansara dijadikan kajian
kes berikutan penutupan lorong. Kajian ini penting bagi memberi gambaran sebenar sama ada
kesan penutupan lorong tersebut memberi impak yang besar atau sebaliknya kepada aliran
lalulintas di jalan bekenaan Justeru, kesan penutupan lorong di jalan ini dikenalpasti menerusi
kaedah pemerhatian di kawasan kajian serta analisis ciri-ciri aliran trafik seperti kelajuan, aliran,
ketumpatan serta tahap perkhidmatan jalan tersebut.
ABSTRACT