Anda di halaman 1dari 3

Teks MC Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017

berbilang kaum hidup bersama,


Bersopan santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,
Tahun baru cina disambut gembira,

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN KEPADA…

Yang Berbahagia En Roger Seet Tee Gee


Pengerusi MCA Bahagian Jelebu merangkap naib pengerusi MCA negeri Sembilan dan
Ketua hal ehwal kampung baru.

Yang Berusaha
En. Amir Fuad Bin Mohd Dom,
Pengetua SMK Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri

En Mahat Bin Bujang


Guru Penolong Kanan Akademik dan pentadbiran

Pn. Mazni binti Mohamed Isa


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

En Rahman Bin Mohamad


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Ketua-ketua bidang, guru-guru, serta pelajar yang dikasihi sekalian.

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DIHARI YG


BERBAHAGIA INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI
MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2017..
HADIRIN SEKALIAN…

TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN adalah untuk membina sebuah masyarakat


penyayang, Merapatkan hubungan di antara pelajar SMK DUSAJ dan Memberi
kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan nilai murni kasih sayang.

IBARAT PANTUN YANG BERBUNYI

ANAK MONYET ANAK KERA


ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

PARA HADIRIN SEKALIAN.

SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, En Amir Fuad


Bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato Undang Syed Ali Al-Jufri UNTUK MEMBERIKAN
UCAPAN serta merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017.

DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA Tn pengetua


diatas ucapan sebentar tadi.

SETERUSNYA,MAJLIS diteruskan dengan gimik perasmian sambutan tahun baru cina


smkdusaj 2017. Di jemput tn pengetua memotong ribbon sebagai simbolik perasmian.

Majlis diteruskan dengan penyerahan kad tahun baru cina pada semua kelas dari unit
RIMUP. Dengan itu dijemput tn pengetua diiringi oleh en Rahman bin Mohamad untuk
penyerahan kad tahun baru cina. DIjemput ketua tingkatan (senarai kelas).
MAJLIS diteruskan lagi dengan pemberian angpau kepada pelajar yatim. Dengan itu
dijemput En Seet Tee Gee diiringi oleh En amir fuad bin mohd dom. Untuk makluman
semua, peruntukan duit untuk pemberian angpau datang daripada kutipan mingguan
guru dan pelajar serta sumbangan dari tetamu jemputan kita En Seet Tee Gee (DNS)
Ahli Majlis Kawasan Zon 7, Majlis Daerah Jelebu. Dipersilakan

Dijemput pelajar :

1. (senarai nama)

Terima kasih di ucapkan kepada En Seet Tee Gee atas kesudian menyampaikan
angpau kepada anak-anak yatim.

Seterusnya adalah pemberian angpau kepada semua pelajar cina. Dengan itu, diminta
semua pelajar cina berdiri dan beratur mengikut kelas.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA En Amir Fuad bin


Mohd Dom.

Sambutan tahun baru cina smkdusaj diteruskan lagi dengan persembahan daripada
semua pelajar cina tingkatan 5. Dipersilakan ….

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA persembahan ITU TADI,MAKA


SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.
diucapkan kepada semua, pelajar selamat bercuti, selamat menyambut tahun baru cina
dan jaga diri.

TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…