Anda di halaman 1dari 10

DEFENISI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti
tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kurang Upaya,
khususnya di peringkat tempatan dalam konteks stuktur perkhidmatan dan rancangan
pembangunan yang sedia ada.

TUJUAN PDK

 Memulihkan kanak- kanak Kurang Upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa.
 Memberi kesedaran kepada komuniti/ masyarakat setempat bahawa ada segolongan
masyarakat yang tidak berkeupayaan perlukan bantuan.
 Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada Kanak- kanak Kurang Upaya,
ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.
 Membentuk Jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan professional,
sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merancang program.

CIRI- CIRI PDK

1. Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan


2. Ibubapa/ penjaga/ ahli keluarga dan komuniti memainkan peranan penting
3. Guna teknologi dan kos rendah
4. Guna sumber komuniti

FAEDAH PENUBUHAN PDK

 bubapa mendapat pengetahuan cara mendidik anak- anak cacat dan melalui
penglibatan dalam program saling memahami masalah- maslah yang dihadapi oleh
kanak- kanak cacat.
 Kanak- kanak mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan keadaan mereka dan ini
dapat meminimumkan kecacatan yang dialami.
 Kesedaran kepada ibubapa bahawa kanak- kanak juga mempunyai kebolehan dan
keistimewaan sekirannya diberi peluang untuk mendapat bimbingan dan latihan
secara sistematik.
 Meringankan beban keluarga dari segi jagaan dan latihan serta membantu kanak-
kanak menguruskan diri dan berkomunikasi dengan persekitaran.
 Anggota badan dapat berfungsi setelah dibuat pergerakan juga, dapat berinteraksi
dengan rakan- rakan untuk mewujudkan pergaulan positif.
 Memupuk sikap berdikari dan dapat belajar dalam persekitaran yang selesa dan
mendapat hak- hak untuk belajar.

KONSEP PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Jabatan kebajikan Masyarakat sebagai “focal point” kepada pembangunan OKU dan
komitmen Kerajaan dilihat melalui beberapa tindak.

 Konvensyen mengenai Hak Kanak- kanak


 Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan peluang di Rantau Asia dan Pasifik
 Biwako Melennium Framework For Actoin
 PDK sebagai satu pendekatan altenatif dalam pemulihan OKU

KONSEP PDK

Program PDK berteraskan 3 model, iaitu :

 Home- based
 Centre- based
 Kombinasi Centre- home Based

Program pemulihan melibatkan :


1. Latihan melaui manual
2. Penyediaan peralatan pemulihan dan latihan “assistive devices”
3. Pengubahsuaian keadaan dalam rumah atau permis
4. Lawatan oleh pakar pemulihan seperti jurupulih anggota
5. Rujuk kepada perkhidmatan dan pendidikan

PERANAN PDK

Peranan PDK dalam pembangunan komuniti :


1. Pusat Advokasi
2. Pusat Sumber Maklumat OKU
3. Pusat Rujukan
4. Pusat Pendaftaran OKU
5. Pusat Pemulihan OKU

PENCAPAIAN

Faedah kepada Orang Kurang Upaya (OKU) :


1. Program latihan dan pemulihan bersesuaian mengikut keperluan dan jenis kecacatan.
2. Tidak disingkirkan dari keluarga, rakan dan masyarakat di mana ia dibesarkan.
3. Memupuk sikap lebih berdikari di kalangan OKU
4. Hubungan dan sokongan antara OKU dan keluarga dipupuk dan diperkukuhkan.

Faedah kepada keluarga masyarakat

 Insiden kecacatan dapat dikurangkan atau kecacatan lebih teruk dapat dicegah melalui
intervensi awal dan sokongan kelurga yang dilatih.
 Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli keluarga akan potensi anak mereka untuk
membangun dengan latihan dan bimbingan.
 Meningkatkan keyakinan komuniti terhadap keupayaan yang ada dan menjadi
masyarakat lebih matang dan penyayang.
 Perkhidmatan disediakan di kawasan luar Bandar kecil yang membolehkan taburan
perkhidmatan di semua peringkat secara lebih saksama.
 Pengubahsuaian boleh dilakukan di rumah dan dalam komuniti mengikut tradisi,
kesesuaian dan kemampuan OKU dan keluarga.
 Pendekatan yang berupa pembangunan perkhidmatan yang berkembang untuk
melibatkan lebih ramai orang dan memberi faedah lebih ramai OKU.

Faedah- faedah lain

 Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan dalam Komuniti edisi JKM Malaysia
( Bahagian perundingan dan Khidmat Masyarakat )
 Garis Panduan Latihan Pemulihan OKU dalam komuniti (edisi pertama) oleh
JPPDKK dengan kerjasama JKM Malaysia Latihan JOVC
 Latihan JOVC
 Latihan pekerja PDK :
 Latihan Kursus Asas
 Latihan di Jepun (pembiayaan JICA)
 Latihan PRS
Pengenalan
Program PDK di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat adalah satu
kaedah pembangunan komuniti untuk
OKU di mana program pencegahan,
pemulihan dan pembangunan boleh
dilaksanakan dengan penglibatan aktif
keluarga dan masyarakat setempat
supaya OKU dapat mengecapi peluang
sama rata serta diintegrasikan dalam
masyarakat.

Definisi PDK
PDK adalah satu strategi pembangunan
komuniti yang membolehkan golongan
OKU menjalani program pencegahan,
pembangunan dan pemulihan secara
bersepadu dari pelbagai sektor dan
membolehkan mereka bedikari dan
diintegrasikan dengan masyarakat.
Program PDK dilaksanakan melalui
kerjasama bersepadu OKU sendiri,
keluarga, komuniti, pihak
swasta,pertubuhan sukarela serta agensi
kerajaan yang berkaitan.

Latarbelakang Penubuhan
Program Pemulihan Dalam
Komuniti(PDK) telah diperkenalkan
sebagai projek perintis pada tahun 1984
di Batu Rakit, Kuala Terengganu dengan
bantuan teknikal dari Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO). Antara
program utamanya ialah untuk
meningkatkan kesejahteraan Orang
Kurang Upaya(OKU).

Kemudahan/Keperluan Asas Yang


Disediakan
- Bayaran sewa premis
- Elaun pekerja PDK
- Peralatan pemulihan/latihan
- Peruntukan untuk program/aktiviti PDK
- Insuran Takaful Berkelompok OKU
- Elaun kepada OKU yang mengikuti
program
- Pengiktirafan dan anugerah

Aktiviti PDK
- Kemahiran Motor Kasar
- Kemahiran Motor Halus
- Perkembangan Sosial
- Perkembangan Bahasa
- Pengurusan Diri Sendiri
- Pra-menulis, pra-membaca dan melukis
- Kreaviti-permainan, rekreasi dan lain-lain
- Latihan Vokasional
- Latihan Hidup Berdikari
Pelaksanaan program
PDK boleh
dilaksanakan dalam tiga
kaedah iaitu:
Konsep PDK
1. PDK di Pusat
(Centre Based)
- Program pemulihan
OKU dijalankan di  
pusat PDK selama 4  
jam sehari  
- OKU akan datang ke
pusat PDK untuk
menjalani program
pemulihan Username Login
    Tiada rekod ditemui.
2. PDK di Rumah
(Home Based)
- Program pemulihan
dijalankan di rumah
OKU yang tidak Keropok Keping
dapat hadir ke PDK
kerana kecacatan Email ID ******** Login pdknet.com.my 2095
yang dialaminya
ataupun masalah
pengangkutan
- Pekerja PDK akan
ke rumah OKU
untuk menjalankan
latihan pemulihan.
Bertugas 4 jam
sehari
- Pelaksanaan PDK di
rumah dapat
dilaksanakan
sekiranya lebih 15
OKU yang tidak
hadir ke PDK kerana
kecacatan atau
masalah
pengangkutan
   
3. PDK di Pusat dan di
Rumah (Kombinasi)
- Dijalankan di pusat
PDK selama 4 hari
selama 4 jam sehari
- Dalam seminggu,
satu hari selama 4
jam akan dikhaskan
untuk sesi ke rumah
OKU untuk melihat
perkembangan OKU
setelah menjalani
program pemulihan
Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK)

There are no translations available.

Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah
dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat
secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai
pelaksaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala
Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan
pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke
semasa.

Objektif PDK

Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat


 tempatan dalam program pemulihan OKU.

 Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

 Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima,


murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.

 Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk


memberi perkhidmatan.

 Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk


diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

 Home Based.
 Centre Based.
 Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

 Kemahiran motor kasar.


 Kemahiran motor halus.
 Perkembangan sosial.
 Perkembangan bahasa.
 Pengurusan diri sendiri.
 Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
 Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
 Latihan Vokasional.
 Terapi muzik.
 Sukan dan rekreasi.

Peranan JKM

 Bayaran sewa premis.


 Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
 Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
 Peralatan.
 Utiliti.
 Program / aktiviti
 Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK.
 Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
 Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan
JOCV
(Japan Overseas Cooperation Volunteers - SET, PT , OT, SW)
 Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.
 PDKNet- www.pdknet.com.my
 Pengiktirafan:

- Anugerah Pusat PDK Cemerlang.

- Anugerah Petugas PDK Cemerlang.

- Anugerah Keluarga Cemerlang.

Konsep PDK 'One Stop Centre''

PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan
pendekatan integrasi komuniti  di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi
memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan
keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK 'One Stop Centre'' :

 Pusat Intervensi Awal OKU.


 Pusat Sumber maklumat OKU.
 Pusat Rujukan OKU.
 Pusat Pendaftaran OKU.
 Pusat Advokasi.

PDKNet

PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya
seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu
dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat
menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian
komputer.

Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat
mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan
golongan ini.

Untuk capaian PDKNet, ianya boleh dilayari melalui laman web www.pdknet.com.my

Data PDK Sehingga Januari 2009

Bil Negeri PDK Penyelia PDK Petugas PDK Pelatih (OKU) PDK

1. Johor 59 59 257 2401

2. Kedah 23 23 117 1380

3. Kelantan 29 29 87 938

4. Melaka 17 17 77 584

5. Negeri Sembilan 36 36 230 1400

6. Pahang 41 41 103 1367

7. Perak 36 36 170 945

8. Perlis 4 4 14 165

9. Pulau Pinang 18 18 54 488

10. Sabah 23 23 85 1258

11. Sarawak 19 19 107 1380

12. Selangor 35 35 168 1455

13. Terengganu 37 37 143 1099

14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 9 9 34 199

15. Wilayah Persekutuan Labuan 2 2 3 40

JUMLAH 388 388 1,649 15,099

Anda mungkin juga menyukai