Anda di halaman 1dari 4

20.

TEMA : BUDAYA MEMBACA

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Cantik sungguh dayang nona Singgah berehat di pohon sena
Menarik minat pandangan mata Angin bertiup sepoi sepoi bahasa
Program nadi ilmu sangat berguna Program nadi ilmu sungguh berguna
Bagaimana menarik minat membaca? Jalankan kempen setiap masa
Sayur-sayuran ditanam manusia
Mencangkul tanah terpijak paku
Budaya membaca amalan mulia
Apa relevan membaca buku?
Duduk membaca buku cerita Bunga kebangsaan bunga raya
Sambil bersembang bersama rakan Perlu disebar kepada rakan
Cintai buku amalan kita Membaca buku amalan berjaya
Bagaimana cara ia dimanfaatkan? Kerana ilmu membawa kejayaan

21. TEMA : GAYA HIDUP SIHAT

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Pergi ke sungai menaiki sampan Bunga mawar mekar indahnya
Sampan diukir cantik berpahat Lalu dipetik sang putera
Generasi muda menjadi harapan Aktiviti sukan banyak faedahnya
Apakah faedah gaya hidup sihat? Badan sihat hidup sejahtera
Mendayung sampan dipinggir jeti,
Hembusan angin sejuk terasa,
Mari bersenam setiap hari,
Penguat minda cergas sentiasa.
Jatuhnya tongkat si nenek tua,
Dibantu ikhlas niat di hati,
Kuat dan cergas impian semua,
Pengubah hidup yang lebih kualiti.

22. TEMA : PENDIDIKAN CEMERLANG

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Sirih gaharu dijaga cermat, Serindit berkidung di pohon sena,
dibungkus rapi kain berwarna; di ranting tinggi tiadakan gayat;
berjerih guru menyemai maklumat, berbuah ilmu serata buana,
ilmu dituai, buahnya di mana? menjadi panduan sepanjang hayat.
Bercuti bersama di Semporna, Berehat sebentar sementelah lelah,
Kagum dengan Burung Engggang Kenyalang, Memakan rakus ranumnya buah kiwi,
Tanpa pendidikan yang cukup sempurna, Manfaat ilmu sinar indahnya terserlah,
Mampukah lahirnya modal insan cemerlang? Lahirnya insan kreatif memimpin pertiwi.
Bayu berlalu di teluk tenang, Tersenyum tunduk kata seia,
Menerpa lembayung mengorak tingkah, Tanda ikatan sudah terlestari,
Ilmu baru setampuk pinang, pembudayaan ilmu suatu amalan mulia
Kenapa gunung hendak dilangkah? mengangkat darjat insan bestari.

23. TEMA : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Merdu suara burung belatuk Dari Betong Bandar Bangi,
Terbang bersama si camar laut Membawa kain tanda beradat,
Perangai pemimpin laksana telunjuk Sungguh beruntung rakyat negeri,
Mengapa kelingking masih berkait? Dapat pemimpin berjiwa rakyat.
Pucuk geremi ulam pegaga,
Pergi ke sekolah menimba ilmu, Buah salak di dalam dulang,
Si bapa pula mencari rezeki, Datuk Patinggi amat berjasa,
Anak Pak Nini pula pemburu, Memimpin Sarawak ke puncak gemilng.
Adakah dia patut di contohi?
Buah manga di luar pagar, Dato Adenan pemimpin bestari,
Ambil galah tolong jolokkan, Berjasa berbakti kepada Negara,
Saya adik belum belajar, Selagi ada bulan dan matahari,
Apakah nilai yang perlu di amalkan? Setia kami untukmu Malaysia.

24. TEMA : AKHLAK MULIA

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Rama-rama berwarna-warni Kedidi angsa punai kenari
Hinggap sebentar di pohon selasih Bebas bernyanyi di tepi paya
Andai diterap nilai murni Budi bahasa dan nilai murni
Mengapa biadap wujudnya masih? Asas harmoni sejahtera budaya
Antan menyanyi lesung menari
Bunga cengkih penyedap rasa
Akal budi cerminan peribadi
Berhemah tinggi apa untungnya?
Jong Perlak melabuh sauh,
Sahaya rebah tidak terpunggah,
Andai akhlak dibuang jauh,
Apa musibah datang menyinggah?

25. TEMA : IBU MITHALI

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Ayu si dara memetik melati Bukakan layar turunkan sauh
Pemuda selisih seraya menyapa Hendak berlabuh di Pulau Pinang
Lembut bicara cantik pekerti Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
Bonda berkasih direngus mengapa? Hingga berjaya ke menara gading
Indah namanya si burung kiwi Buah labu di dalam raga
Duduk berteduh di pohon angsana Enak rasanya dibuat bingka
Ibu mithali gelaran pertiwi Kasih ibu sampai ke syurga
Tetapi mengapa diabai sahaja? Walau hatinya sering terluka
Harum sedupa si bunga mithali,
Disepit bambu di tepi perigi,
Kasihnya bapa bawa ke mati,
Kasihnya ibu ke mana pergi?.

26. TEMA : KESELAMATAN DI JALAN RAYA

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Harban Dewa anaknya Zanggi Cucur badak buah melaka,
Manis rupanya elok bercahaya Buat hidangan kaum kerabat;
Ingin cepat ke destinasi Tiada gunanya berlumba-lumba,
Perlukah kita berlumba- lumba? Biar lambat asalkan selamat.
Pergi ke pekan bersama ibu, Lemak manis bubur keladi,
Pergi ingin membeli buku Bubur nasi didalam belanga;
Kemalangan sering berlaku Nahas di jalan raya satu tragedi,
Apakah sebab ia berlaku? Sikap cuai sebab utama.
Mari bersama mencari akar, Karipap dijual dimana-mana,
Mencari akar di tepi paya, Sedap dimakan membuka selera,
Jalan berlubang tiada berpagar Ingatlah semua wahai pengguna,
Selamatkah kita di jalan raya? Jalan raya bukanlah pusara.

27. TEMA : MALAYSIA CERGAS

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


pergi kebun makan durian
makan durian tiga ulas,
Semua rakyat pergi bersukan
Apa pentingnya Malaysia cergas?
Berlagu ungags dihujung dedalu,
Tinggi berdiri pohon tembusu,
Malaysia cergas di canag selalu,
Mengapa diri sentiasa lesu?

28. TEMA : PERMAINAN TRADISIONAL

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Bunyi hon disangka kereta api, Pak Rahman menolak troli,
Kalau kereta api mana asapnya, Di dalam troli ada kotak,
Kalau tuan bijak bestari, Jawapannya mudah sekali,
Apakah permainan tradisional kita? Jawapannya adalah congkak.
Shamin di padang bermain bola, Ikan todak ikan ikan tenggiri,
Ayahnya pula memancing ikan bawal, Ikan tenggiri banyak tulang,
Kalau tuan semua bijak pendeta, Jawapannya senang sekali,
Apakah kepentingan permainan congkak? Dapat mengisi masa lapang.

Batu intan selisih permata,


Batu delima letak di dupa,
Congkak seremban permainan kita,
Warisan lama mengapa dilupa?

29. TEMA : PAKAIAN TRADISIONAL

PANTUN JUALAN PANTUN BELIAN


Anak itik dalam reban Kayu Jati kayu yang berat,
Anak ayam lupa di kurung Tersilap angkat jatuh didada,
Fesyen sekarang suka berkemban Fesyen sekarang mengikut barat,
Mana nak pandang si baju kurung Sebab ilmu tiada di dada.
Pergi ke Sogo cari terompah Seterunye Nabi Si Abu Jahal,
Terompah kulit punyalah mahal Lancang mulutnya berhati sakai,
Baik sekali berbaju tempah Baju ditempah sememangnya mahal,
Tapi harganya dah tentu mahal Alah membeli menang memakai.

Kolek ke hulu hingga ke Terengganu Cerita Hang Tuah zaman berzaman,


Singgah di Pahang menjeruk maman Dimula cerita dengan arakian,
Alangkah indah songket Terengganu Kain songket sememangnya warisan,
Tenunan asli zaman berzaman Dipakai ketika majlis perkahwinan.