Anda di halaman 1dari 8

1

TEKS JURUACARA MAJLIS


SAMBUTAN HARI GURU SK SG KEM BATU 18 TAHUN 2014

BIL CUE ANN CATATAN


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Guru Besar SK.SG KEM BATU 18,
KETIBAAN En.Chapun Ak Dawin diringi oleh Yang Dihormati YDP PIBG, Puan Maria Ak
1 TETAMU Malang, Guru-guru Penolong Kanan, serta semua guru Sk Sg Kem Batu 18,
ASRI
Bintulu.

Salam sejahtera, Salam perpaduan, Salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha,
Encik Chapun Ak Dawin.
Guru Besar SK Sg Kem Batu 18;

Yang Dihormati,
Puan Maria AK Malang;
2
YDP PIBG SK Sg Kem Batu 18.
PROTOKOL
Penyelia Petang, ALEX
MAJLIS
Puan Lily Ak Nyungkan

Encik Ngian Diman,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Cik Rahanah Bana,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Barisan Pendidik yang dirai, warga kerja SK SG Kem Batu 18, Para Exco PIBG
dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Selamat datang ke
Program Sambutan Hari Guru
SK SG KEM BATU 18, BINTULU
Bersyukur kita kerana dapat sama-sama berkumpul di hari yang mulia ini
3 untuk meraikan Sambutan Hari Guru Tahun 2014 dengan tema;
UCAPAN Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
SELAMAT ASRI
DATANG (baca sama-sama)
Istana kota sebelas tingkat
Tempat baharu nakhoda pekan
Sama kata sama sepakat
Hari guru kita raikan.
2

Batu Bernama Si Batu Bata


Tempat Hinggap Siburung Balam
Guru Itu Ibarat Pelita
Memberi Cahaya Setiap Malam

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga


NYANYIAN buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. Semua
4 ALEX
LAGU hadirin dijemput untuk berdiri tegak
(nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin sekalian,
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis yang penuh bermakna ini, marilah sama-
5 BACAAN DOA sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Narzuan ASRI
Muji.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa oleh Ustaz Narzuan
sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan
dengan lancar.

Hadirian yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan.

Dipersilakan Cik Rahanah Binti Bana, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
BACAAN
6 Dipersilakan... ALEX
PERUTUSAN
(ucapan perutusan)

Demikanlah tadi teks ucapan Daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

BACAAN
TEKS Seterusnya dipersilakan Puan Lily Ak Nyungkan, Guru Penolong Kanan 1,
UCAPAN untuk membacakan teks ucapan Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia.
HARI GURU Dipersilakan.
7 ASRI
DARI (ucapan perutusan)
MENTERI
PENDIDIKAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
MALAYSIA
3

Sidang hadirin sekalian,

Berhenti Hujan Terbit Pelangi


Indah Dipandang Tak Mampu Didekati
Ikhlas Ajarannya Kami Sanjungi
Budimu Guru Dikenang Sampai Mati
UCAPAN
8 WAKIL Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan daripada Wakil Pelajar. ALEX
PELAJAR Untuk itu dipersilakan Nickyson Anak Kayak, selaku Ketua Pengawas untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan...
(ucapan)

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pengawas SK SG


KEM BATU 18. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis Seterusnya menjemput Encik Ngian Diman, Penolong Kanan


UCAPAN Kokurikulum, selaku wakil guru untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..
9 ASRI
WAKIL GURU (Ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Maria Anak Malang, Yang Di Pertua


UCAPAN YDP
10 PIBG SK SG KEM BATU 18, untuk menyampaikan ucapan beliau. ALEX
PIBG
Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Tak Molek Jika Ada Alu Tiada Lesungnya


Tak Berguna Jika Ada Dayung Tiada Perahunya
Tak Lengkaplah Majlis Jika Suaranya Tiada Berbicara.

Hadirin sekalian majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


UCAPAN Berusaha Encik Chapun Anak Dawin, Guru Besar SK Sg Kem Batu 18, bagi
PERASMIAN menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan gimik perasmian
11 ASRI
OLEH GURU Sambutan Hari Guru pada tahun ini.
BESAR Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

(Ucapan) dan (Gimik Perasmian, menyumpit)

Demikian tadi ucapan dan gimik perasmian oleh Yang Berusaha Guru Besar.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
4

Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek sempena sambutan Hari
Guru Tahun 2014.
(kek dibawa masuk)
ACARA
MEMOTONG
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar Encik Chapun Ak Dawin, ALEX
KEK HARI
GURU diiringi oleh Yang dihormati YDP PIBG Puan Maria AK Malang dan Guru-guru
Penolong Kanan sebagai mewakili semua guru untuk menyempurnakan acara
ini. Dipersilakan…

Majlis kita pada hari ini juga diserikan dengan sambutan hari lahir guru dan
murid yang lahir pada bulan April dan Mei. Diminta guru dan murid yang
akan saya umumkan namanya sebentar lagi, untuk tampil ke hadapan bagi
12 bersama-sama menyempurnakan acara ini.

(rujuk lampiran nama guru yang lahir pada bulan April dan Mei)
ACARA
MEMOTONG
KEK HARI ALEX
JADI GURU
DAN MURID

Demikian tadi acara sambutan Hari Lahir Guru dan Murid. Terima Kasih
diucapkan.
Pegang Kaca Harus Beringat
Bimbang Terluka Susah Nanti
Ikrar Dibaca Penuh Semangat
Janji Terpatri Disudut Hati

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap
tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.

Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke


atas pentas bagi membaca Ikrar yang akan diketuai oleh Encik Tinggi AK
13 BACAAN Badang.
IKRAR OLEH
(Ikrar) ASRI
SEMUA
GURU
Seterusnya ialah nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, Pendidik Bumi
Kenyalang dan sebuah lagu baru ciptaan Encik Tinggi Ak Badang bertajuk
Gurumu Segalanya. Dipersilakan…..
(Nyanyian lagu)
Menghilau laksana pokok kiambang
Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


5

i. Majlis diteruskan dengan persembahan Sajak oleh murid Tahun 6.


Dipersilakan….
ii. Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu oleh murid Tahun
4A. Majlis mempersilakan

PERSEMBAH Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan sajak dan nyanyian
AN MURID sebentar tadi.
14 ALEX
(Tahun 6 &
4A) Hadirin sekalian,
Sebagai acara selingan, kita akan mengetahui keputusan bagi anugerah guru
hasil undian murid.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Encik Chapun Ak Dawin bagi
mengumumkan penerima anugerah Guru Paling Prihatin dan Guru Paling
Penyayang. Dipersilakan…..
(Guru Besar mengumumkan penerima anugerah)

Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah untuk semua guru. Diminta


semua pengawas untuk bersedia.

PENYAMPAIA Majlis menjemput Yang Berusaha Guru Besar SK SG KEM BATU 18,
N HADIAH 1. Encik Chapun Ak Dawin bagi mendahului senarai penerima hadiah
15 ASRI
UNTUK sempena Hari Guru.
GURU 2. Seterusnya dijemput wakil bagi Penolong Kanan 1 : Puan Rosaline Lamui
Ledap,
3. Diikuti oleh Penolong Kanan Kokurikulum : Encik Ngian Diman
4. Penolong Kanan HEM : Cik Rahanah Bana
5. Penyelia Petang : Puan Lily Ak Nyungkan

1. Cikgu Wendy Stephen Sekai


2. Cikgu Zaarah
3. Cikgu Suzy
4. Cikgu Flora
5. Cikgu Siti Norlida
6. Cikgu Asmedia
7. Cikgu Noor Riah
6

8. Cikgu Nur Syazwani


9. Cikgu Nurhuda
10. Cikgu Azmi
11. Cikgu Amir Hamizi
12. Ustaz Narzuan
13. Cikgu Tinggie
14. Cikgu Razlie (dijemput wakil)
15. Cikgu Rosman
16. Cikgu Jail
17. Cikgu Sebastine
18. Cikgu Mohd Shaiful Nizam
19. Cikgu Noor Hidayati
20. Cikgu Atiqah Syahira
21. Cikgu Tengku Fatin Nabilah
22. Cikgu Magdalene
23. Cikgu Aini Fariza (dijemput wakil)
24. Cikgu Marylin (dijemput wakil)
25. Cikgu Evangelina
26. Cikgu Nursufiana
27. Cikgu Izatul Neziah
28. Cikgu Norhayati
29. Cikgu Siti Munirah (dijemput wakil)
30. Cikgu Aisyah Nadzirah
31. Cikgu Erny Yusnira
32. Cikgu Siti Fadzillah
33. Cikgu Siti Zulaiha
34. Cikgu Wan Harisah
35. Cikgu Buraidah
36. Cikgu Wan Nurul Syazwani
37. Cikgu Fadhillah
38. Cikgu Nor hafizah

Demikian tadi acara penyampaian hadiah kepada semua guru. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih.
7

i. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian oleh murid asrama.


Dipersilakan..
ii. Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh murid Tahap 1.
Dipersilakan…
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
PERSEMBAH
AN MURID Hadirin sekalian,
16 ALEX
(Asrama & Seterusnya, kita akan mengetahui keputusan bagi dua lagi anugerah guru
Tahap 1)
hasil undian murid.

Majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati YDP PIBG Puan Maria Ak
Malang bagi mengumumkan penerima anugerah Guru Paling Tegas dan Guru
Paling Kemas. Dipersilakan…..
(YDP PIBG mengumumkan penerima anugerah)

Sebagai tanda ingatan, majlis diteruskan lagi dengan acara pertukaran hadiah
antara guru. Majlis menjemput…

(bergilir-gilir menyampaikan hadiah)


1. Yang Berusaha Guru Besar Encik Chapun Ak Dawin untuk
menyempurnakan acara pertukaran hadiah.
2. Yang dihormati Penolong Kanan HEM, Cik Rahanah Binti Bana……
3. Yang dihormati Penolong Kanan kokurikulum, Encik Ngian Diman….
PERTUKARA
4. Yang dihormati YDP PIBG Puan Maria Ak Malang….
17 N HADIAH ASRI
GURU
Bagi menyempurnakan majlis dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

i. Majlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan murid


Tahun 4B. Mempersilakan….
ii. Acara diteruskan dengan persembahan dari murid Tahun 5B.
dipersilakan…
Majlis merakamkan ucapan terima kasih…..
PERSEMBAH
18 AN MURID Hadirin sekalian, ALEX
(4B dan 5B) Seterusnya ialah keputusan bagi dua anugerah guru hasil undian murid.

Majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati Encik Ngian Diman


bagi mengumumkan penerima anugerah Guru Paling Periang dan Guru
Paling Tegas. Dipersilakan…..
(Encik Ngian mengumumkan penerima anugerah)
8

i. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh murid


Tahun 3A. dipersilakan…
ii. Majlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarian
Ngajat Tampi. Majlis mempersilakan..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih…..

Hadirin sekalian,
PERSEMBAH Seterusnya ialah keputusan bagi anugerah guru yang terakhir iaitu anugerah
19 Guru Paling Popular. ASRI
AN MURID

Majlis menjemput Yang Dihormati Puan Lily Nyungkan


bagi mengumumkan penerima anugerah.
(Madam Lily mengumumkan penerima anugerah)

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih…..

Ya Allah Kau Berikanlah Rahmat


Untuk Dia Insan Guru Yang Kami Sayangi
Semoga Hidupnya Sentiasa Selamat
Dalam Setiap Cabaran Yang Diharungi

Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili jawatankuasa penyelaras Sambutan Hari Guru, SK SG KEM
MAJLIS
20 BATU 18 merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas kehadiran dan ASRI
BERSURAI
kerjasama hadirin yang telah hadir pada hari ini.

Sambutan Hari Guru pada hari ini akan diteruskan dengan acara sukaneka
pada jam 2.00 petang nanti. Majlis menjemput semua guru dan para tetamu
jemputan untuk menikmati jamuan ringan di __________________

Sekian, Terima Kasih