Anda di halaman 1dari 28

Topik 42: Kaedah

Bersih Harta
Haram – Part 3

1 Rejab 1439
3 Muharram 1439 Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Surau Ar-Rahman
24 September 2017
18 Mac 2018 Ustaz Lariba Seksyen 10, Shah Alam
Ulangkaji Sebab-Sebab Harta Haram
2

¨ Haram secara li-dhatihi - Harta pada


asalnya haram sebab ‘ainnya, intipatinya
atau zatnya
¨ Contoh harta yang haram secara li-dhatihi
ialah arak, khinzir dan daging binatang
yang tidak disembelih
¨ Haram secara li-ghayrihi - Harta pada
asalnya harus tetapi menjadi haram
sebab perbuatan, aktiviti atau transaksi
haram
¨ Contoh harta haram secara li-ghayrihi
adalah seperti wang curi, rasuah, riba,
hasil judi dan untung dari penjualan
saham tidak patuh syariah
Cara Salah Bersih Harta Haram Secara Li-Ghayrihi
3
3
¨ Ada orang menganggap harta haram boleh dibersih melalui:
¤ Bayar hutang atau cukai

¤ Buat renovation rumahnya (tandas, dapur dll)

¤ Beri kepada ibu-bapa

¨ Mereka dakwa asalkan tidak gunakan untuk makan, kira OK


¨ Harta haram tidak boleh dibersihkan dengan dimanfaatkan
oleh diri sendiri dan keluarga di bawah tanggungan nafkah
¨ Sebab harta itu bukan milik
beliau dan ada orang yang
dizalimi, maka wajib
dibersihkan dengan cara
yang betul
Adakah Berdosa Ambil Wang Dari Orang
Lain Yang Dapatnya Secara Haram?
4

¨ Soalan: Adakah seseorang itu turut berdosa kerana


mengambil sebagai hadiah, bayaran, nafkah atau hutang
wang orang lain yang berasal dari sumber haram?
¨ Seseorang yang menerima wang dari
pihak yang lain hendaklah
memastikan atas traksaksi apa wang
itu diterima.
¨ Adapun urusan sebelum itu, yang
tidak membabitkan diri penerima,
maka itu tidak pertanggungjawabkan
kesalahan itu ke atas penerima
tersebut.

http://drmaza.com/home/?p=1238
Adakah Berdosa Ambil Wang Dari Orang
Lain Yang Dapatnya Secara Haram?
5

¨ Seseorang berhutang dengan kita, dia bayar dari


hasil wang haram yang diperolehi seperti
menang loteri, kita halal ambil hutang kita
sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan.
¨ Pemindahan wang kepada kita, atas asas
membayar hutang, tiada kaitan dengan judi.

¨ Jika pengurus bank konvensional atau taukeh


arak beli barang di kedai kita, halal kita terima
wang mereka kerana wang itu diterima atas
dasar jual-beli, bukan judi, atau riba atau arak.
¨ Kegiatan salah ditanggung dosa oleh
pelakunya, sedang yang menjual barang halal
kepada mereka tidak terlibat.
http://drmaza.com/home/?p=1238
Adakah Berdosa Ambil Wang Dari Orang Lain
Yang Dapatnya Secara Haram?
6
6

¨ Adakah isteri-isteri dan anak-anak dianggap turut berdosa


mengambil manfaat atas pendapatan haram suami?
¨ Dalam Islam, isteri dan anak tidak bersalah atas kerja yang
dibuat suami dan sebab sudah berpindah ‘ain
¨ Nafkah yang diberikan suami
kepada isteri dan anak adalah
halal diterima kerana itu
tanggungjawab wajib suami
¨ Tapi pemberian itu tidak
membersihkan harta haram itu
Adakah Berdosa Ambil Wang Dari Orang Lain Yang
Dapatnya Secara Haram?
7

¨ Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h


pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri
dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah
mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
¨ “Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat
kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu
mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan
kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar.
Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu,
jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi,
memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan
yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah
s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika
seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak
mengapa”.
Adakah Berdosa Ambil Wang Dari Orang Lain Yang
Dapatnya Secara Haram?
8

¨ Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud: “Aku


ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku
makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan,
dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil:
14675).
¨ Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn ‘Umar


bahawa beliau ada jiran yang
memakan riba atau mempunyai
pekerjaan yang haram, kadang-
kala dia jemput makan,
bolehkah hadir?. Jawab Ibn
‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra,
bil: 11138).
Dalil Berubah Hukum Untuk Perpindahan
Harta Haram Li Ghayrihi
9

¨ Hadis diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Dihadiahkan kepada Halal


Barirah daging. Lalu Rasulullah s.a.w. datang dan bekas
masakan berada di atas dapur. Lalu Nabi s.a.w.
dihidangkan dengan roti dan lauk yang sedia ada di
rumah (tanpa daging tersebut). Lalu Rasulullah s.a.w. SEDEKAH
bertanya: bukankah tadi saya melihat ada bekas
masakan di atas dapur yang di dalamnya ada daging?
Mereka menjawab: ya, ada wahai Rasulullah. Daging
(itu ialah daging) yang disedekahkan kepada Barirah.
Kami rasa tak senang untuk memberikan daging
tersebut kepada kamu (justeru Nabi haram menerima
sedekah). Lalu Nabi menjawab: Pemberiannya kepada
HADIAH
Barirah adalah sedekah, dan pemberian Barirah kepada
kita adalah hadiah. (HR Muslim)
¨ Perubahan milik memestikan perubahan hukum
sekalipun ainnya (dagingnya) adalah sama, dengan
syarat asalnya harus
Kita Tidak Menanggung Dosa Orang Lain
10

¨ “…Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu


jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya;
dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian
kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia
menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu
berselisihan padanya.” (Surah al-An’am, ayat 164)
Perpindahan ‘Ain Berubah Hukum
11

¨ Ringkasnya, perpindahan wang haram yang dimiliki oleh pekerja


bank konvensional, pekerja di kilang arak atau wang hasil judi
menjadikan hukumnya berubah setelah pemilikannya
berpindah melalui kontrak baru seperti jual-beli, deposit, modal
mudharabah, nafkah dan seumpamanya.
¨ Terpakai untuk harta haram li-ghayrihi saja, bukan li-dhatihi

Jual-Beli,
Gaji, Riba,
Labur,
Untung
Simpan

Hukum Haram Hukum Harus


bagi penerima bagi penerima
Cara Pembersihan Harta DiPerolehi Secara
Li-Ghayrihi Yang DiLarang
12

¨ Tetapi… jika pemberian wang haram itu menunjukkan secara


jelas sikap bersekongkol dengan dosa, maka ia diharamkan
kerana redha dengan maksiat.
¨ Seperti seseorang belanja makan dengan wang judi
sempena meraikan kemenangan judinya
¨ Atau mempromosi syarikat judi tersebut
secara jelas dengan cara memberi bantuan
atau tajaan, maka haram bersekongkol
dengan kemaksiatan seperti itu.
Kategori, Asbab & Cara Bersih Harta Haram
Cara
13 Pembersihan
Li Dhatihi
Musnahkan
(Sebab ‘Ain)
Mahl Aqad (Subjek
Sedekah
Kontrak)

Batil (Batal)

Khalal fi Arkam
Mal Haram Pemilik
Ada Kontrak (Cacat Rukun Lain)
(Harta
Haram) Tiada
Tas-hih (Boleh
Pembersihan
Diperbaiki)
Rida (Dengan
Izin) Fasid Musnahkan
(Bercanggah) Pemilik
No Tas-hih (Tidak (Shafie &
Li Ghayrihi Boleh DIperbaiki) Hambali)
(Sebab Tiada Kontrak Sedekah
Perbuatan) (Maliki &
‘Adam Rida Hanafi)
(Tanpa Izin)
Pemilik
*Dipetik dari A Framework for Islamic Financial Institution to Deal with Shariah Non-Compliant Transactions, ISRA
Bersih Harta Haram Sebab Li-Ghayrihi (Insurans
Konvensional Yang Tak Patuh Shariah)
14

¨ Jenis harta: Hasil dari insurans konvensional


¤ Jenis hasil: Pampasan, hasil pelaburan atau
hasil simpanan dalam insurans konvensional
¤ Cara bersih: Pampasan dan hasil mesti
disedekahkan dan memberhentikan segera
langganan insurans kovensional
¤ Hanya bayaran pokok pembeli polisi dikategorikan sebagai
harta halal dan harta peninggalan si mati yang perlu
diagihkan secara faraid
¤ Contohnya: Jumlah pampasan RM200,000, jumlah premium
(bayaran pokok) RM25,000, maka diharuskan dibahagikan
RM25,000 mengikut faraid, RM175,000 dibersihkan*
*Majlis Fatwa Kebangsaan
Bersih Harta Haram Sebab Li-Ghayrihi (Riba
Dari Akaun Bank Konvensional)
15

¨ Jenis harta: Hasil riba dari perbankan konvensional


¤ Jenis hasil: Riba/faedah dari akaun simpanan
atau pelaburan perbankan konvensional
¤ Cara bersih: Hasil riba disedekahkan
kemudian tutup akaun, jika tidak akan terus
berdosa kerana masih bertanggung-jawab atas
hasil riba. Milik halal hanya simpanan pokok.
¤ Begitu juga pinjaman yang menghasilkan riba, wajib
menukar kepada pembiayaan perbankan Islam
¤ Jika sudah diusaha sedaya mungkin namun tak
berdaya menukar, maka itu dikira sebagai dharurah
tetapi mesti tidak redha
Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah
16

¨ Jenis harta: Saham tak patuh syariah

¤ Jenis hasil: Keuntungan modal


termasuk dividen
¤ Cara bersih: Saham dijual dan jika
ada keuntungan selepas diisytihar tak
patuh shariah, ia perlu disedekahkan

¨ Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC)


mengeluarkan senarai saham patuh Shariah 2 kali setahun
iaitu di setiap penghujung bulan Mei dan November
¨ Pelabur perlu peka dan memeriksa senarai ini untuk
mengelak termakan untung tidak patuh shariah
Kes 1: Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh
Syariah – Harga Melebihi Pelaburan Pokok
17

Harga RM1,000 RM2,500 RM2,600

Dibeli pada Tidak patuh Harga saham


10 Januari Syariah pada 24 pada 31
2010 November 2017 December 2017

Patuh Shariah Tak Patuh Shariah

¨ Harga saham pada pada 24 November 2017 adalah lebih


daripada harga pokok
¨ Jika dilupus pada 24 November 2017, boleh simpan semua
keuntungan sebab keuntungan dijana semasa patuh shariah
¨ Jika dilupus pada 31 December 2017 dan bukan atas sebab
kecuaian, keuntungan RM100 setiap lot saham adalah tidak
patuh Syariah dan mesti dibersihkan
Kes 1: Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh
Syariah – Harga Kurang Dari Pelaburan Pokok
18

Harga RM1,000 RM800 RM900 RM1,000

Dibeli pada Tidak patuh Harga saham Harga saham


10 Januari Syariah pada 24 pada 31 pada 31 Januari
2010 November 2017 December 2017 2018

Patuh Shariah Tak Patuh Shariah

¨ Jumlah pelaburan pokok adalah kurang daripada harga semasa


saham diisytihar tidak patuh Syariah pada 24 November 2017
¨ Tidak perlu dilupus pada 24 November 2017 sebab harga saham
terkini adalah kurang dari pelaburan pokok
¨ Dalam contoh ini boleh tunggu untuk lupuskan sehingga 31
Januari 2018 walaupun saham diisytihar tidak patuh Syariah pada
24 November 2017
Senarai Pelaburan Patuh Shariah
19

Senarai Sekuriti Patuh Shariah Senarai Dana Islam Patuh Shariah


(>650) (>250)
Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
(www.sc.com.my)
Apa Itu Pelaburan Unit Amanah?
20

¨ Skim Unit Amanah (SUA) adalah skim pelaburan kolektif di mana


pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung
profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan
pulangan yang dikongsi bersama oleh pelabur tersebut
¨ Dalam skim unit amanah (unit trust), pelabur-pelabur tidak membeli
sekuriti/saham secara terus
¨ Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-
pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders)
¨ Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat
yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah
yang diwujudkan oleh pengurus syarikat unit amanah
Apa Itu Pelaburan Unit Amanah?
21

Labur Labur

Pelabur

Wakil Pelabur –
Syarikat Pengurus Unit
Syarikat Di Bursa Malaysia
Amanah (Kontrak
– Saham Patuh Shariah
Wakalah) (Kontrak Musyarakah)
Unsur Riba Dalam Pelaburan ASB
22

¨ Jumlah peratus tidak patuh


syariah tahun 2017 ialah
26.73%
¨ ASB melabur dalam dua
perbankan konvensional
yang berasaskan riba iaitu
Maybank dan CIMB serta
saham tak patuh syariah
Digi.com
¨ Jumlah pelaburan dalan Maybank ialah 22.97%
¨ Tidak menepati garis panduan Suruhanjaya
Sekuriti (SC) yang meletakkan aras maksima 5%
Anggaran % Tak Patuh Shariah ASB
23

¨ Setakat ini, lapuran tahunan ASB dari 1990 hingga 2012 tidak
terdapat untuk tatapan umum
¨ Dalam lapuran JAKIM berkenaan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan,
% pendapatan patuh syariah ASB telah meningkat daripada 53%
pada tahun 2007 kepada 80% pada tahun 2009
¨ Maka kita simpulkan purata peratus tak patuh syariah untuk 28
tahun ialah lebih-kurang 20% untuk tujuan ini

47% 20% 23.03% 22.75% 23.58% 26.73%

2007 2009 2013 2014 2016 2017

Peratus tak patuh shariah dalam ASB


Candangan Pembersihan Riba ASB
24

¨ Purata peratus dividen dari


tahun 1990 hingga 2016 ialah
+-10%
¨ Purata peratus dividen tak
patuh shariah ialah kira-kira
20%
¨ Jumlah peratus yang perlu
dibersihkan dari jumlah
pelaburan terkini mengikut
berapa tahun sudah melabur
seperti berikut…
¨ Untuk mengelak terus
menanggung beban dosa riba,
dinasihatkan menutup akaun
segera
Pengiraan Zakat Pelaburan ASB
25

¨ Zakat tidak harus ke atas sumber


pendapatan yang tidak halal
¨ Maka zakat wajib dikeluarkan hanya ke atas
baki pelaburan setelah dibersihkan
¨ Contoh:
¤ Baki pelaburan pada tahun 2016 ialah
RM20,000
¤ Tahun mula melabur tahun 2002 (14 tahun)
¤ Peratus tak patuh shariah 6.9% atau RM1,380
¤ Baki setelah dibersihkan RM18,620 (cukup
nisab)
¤ Jumlah zakat 2.5% ialah RM465.50
¤ Maka baki yang bersih untuk dimanfaatkan
ialah RM18,154.50 atau 90.78%%
Soalan Lazim Isu Permbersihan KWSP & ASB
26

¨ Soalan: Saya telah sedekah wang tak patuh shariah dari ASB
kepada sebuah NGO Islam. Saya telah mendapatkan resit zakat
dari mereka dan telah memohon rebet dari LHDN. Adakah ini
dibolehkan?
¨ Jawapan: Pemilik harta tak patuh shariah tidak boleh
manfaatkan harta tersebut. Apa yang telah dilakukan
boleh dikategorikan sebagai mengambil manfaat.
Manfaatnya ialah apabila digunakan untuk mendapatkan
rebet, maka cukai yg perlu dibayar menjadi kurang.
Contohnya jika perlu bayar RM10,000 cukai tetapi sebab
rebet RM5,000, hanya perlu bayar RM5,000. Maka
RM5,000 rebet itu tuan gunakan untuk manfaat diri atau
keluarga. Maka pada dasarnya wang tak patuh shariah itu
tidak dibersihkan kerana mengambil manfaat ke atasnya
27
Terima Kasih

Persatuan Lariba (www.lariba.org.my)

Group Lariba
ustazlariba@gmail.com

28 Ustaz Lariba