Anda di halaman 1dari 4

NAMA : …………………………………………………………… KELAS : ………………………

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara penyebab gejala sosial yang buruk di kalangan masyarakat pada hari ini adalah
disebabkan konsep dunia tanpa sempadan yang semakin meluas dewasa ini.
Manakah antara berikut merupakan contoh dunia tanpa sempadan yang menyebabkan
kerosakan akhlak?

A. Ibu bapa yang tidak memantau pergerakan anak-anak terutamanya ketika mereka
meningkat remaja.
B. Penyebaran video lucah melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat.
C. Sistem hukuman dan perundangan negara yang tidak telus dan tegas.
D. Kaum wanita yang berpakaian singkat dan ketat tanpa malu dan segan silu.

2. Said mencabul kehormatan adik susuannya ketika adiknya itu baru berusia 12 tahun.
Apakah istilah yang digunakan terhadap perbuatan Said itu?

A. Seks bebas
B. Seks yang menyimpang
C. Sumbang mahram
D. Onani/ Masturbasi

3. Pilih pernyataan yang betul menerangkan cara-cara untuk mengatasi penyalahgunaan


dadah.

I. Makan dengan sihat dan elakkan daripada merokok


II. Mengenakan hukuman yang berat kepada pengedar dadah
III. Memastikan anak-anak diasingkan tempat tidur sejak kecil
IV. Tidak memakaikan pakaian dan perhiasan wanita kepada anak-anak lelaki dan
begitu juga sebaliknya.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4. Apakah ciri-ciri pembangunan yang diterima dalam Islam?
A. Pembangunannya berlaku berterusan mengikut perubahan masa dan keperluan
manusia.
B. Pembinaan jalanraya sepatutnya tidak dilakukan bagi mengelakkan pencemaran
tanah.
C. Penerokaan hutan mestilah dilakukan secara menyeluruh termasuk
memaksimakan penebangan hutan untuk membina pembangunan.
D. Teknologi hijau yang mesra alam tidak seharusnya dicipta dan diinovasi kerana
membazirkan masa dan wang.

5. Manakah antara berikut SALAH mengenai pandangan Islam terhadap sains, teknologi
dan ICT.

A. Islam menerima segala bentuk penemuan dan rekaan baru asalkan memberi
manfaat.
B. Fardhu bagi setiap umat Islam mempelajari dan menguasai bidang-bidang yang
kritikal.
C. Setiap kajian dan penyelidikan Sains dan Teknologi mestilah dilakukan tanpa
pembaziran dan pengeksploitasian.
D. Penerokaan bidang ICT sama sekali tidak mampu memperlihatkan kekuasaan dan
kebesaran Allah.

6. Antara pernyataan berikut, apakah salah faham terhadap Islam yang sering berlaku?

I. Islam tidak menerima sebarang kemajuan dan kolot


II. Islam agama yang senang untuk diamalkan kerana tidak terikat dengan
peraturan
III. Islam disebarkan melalui mata pedang
IV. Islam mementingkan kehidupan dunia dan akhirat

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
7. Pilih situasi berikut yang menunjukkan salah faham dikalangan umat Islam.

I. Malik sering menerima rasuah dan wang suapan untuk meluluskan tender
beberapa syarikat yang berpengaruh. Pada masa yang sama, dia tidak pernah
meninggalkan solat 5 waktu, puasa dan lain-lain hukum asas ibadah Islam.
Baginya, agama merangkumi aspek ritual dan ibadat semata-mata bukan dalam
hal perniagaan dan kerja.

II. Jemaah Masjid Mubarakah tidak membaca doa qunut setiap kali semasa Solat
Subuh.

III. Di sebuah sekolah, silibus Pendidikan Islam tidak dimasukkan kerana sekolah
tersebut merupakan sebuah sekolah elit yang terkemuka di ibu negara dan pelajar-
pelajarnya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Lebih-lebih
lagi, kebanyakan mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas itu.

IV. Safiah jarang membaca al-Quran kerana dia khuatir bacaannya tidak mengikut
tajwid dan hukum bacaan yang betul. Baginya, daripada membuat dosa ketika
membaca al-Quran, lebih-baik al-Quran itu tidak dibaca langsung olehnya.

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II dan IV

8. Apakah contoh penyalahgunaan sains dan teknologi yang sering berlaku pada hari
ini?

A. Seorang ustaz menggunakan medium Facebook sebagai ruang untuk bersoal


jawab tentang kemusykilan agama.
B. Pembedahan plastik supaya diri seseorang itu lebih cantik dan sedap mata
memandang.
C. Berjual-beli di internet tanpa bersua muka dan berjumpa.
D. Ibu bapa yang tidak menetapkan mod ‘parental control’ kepada komputer atau
laptop anak-anak bagi memastikan mereka boleh melayari internet tanpa sekatan.
9. Iraq dan Afghanistan diserang oleh Amerika Syarikat yang mendakwa
negara mereka sebagai polis dunia dan pentingnya untuk mereka
mengamankan negara tersebut yang sedang berlaku pergolakan
dalaman.

Situasi di atas merupakan contoh cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam iaitu
cengkaman daripada kuasa-kuasa besar dalam menyelesaikan masalah umat Islam.
Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan umat Islam seluruh dunia bagi
memastikan negara Islam tidak ditindas dan dipandang rendah?

A. Pemimpin-pemimpin negara Islam mestilah saling bersaing bagi menentukan


siapa paling kuat untuk menjadi ketua dan pelindung kepada semua negara Islam.
B. Pembunuhan orang kafir mestilah dilakukan bagi menghapuskan mereka yang
enggan memeluk agama Islam.
C. Mengamalkan Islam secara sempurna termasuk melakukan ibadah fardhu ain dan
fardhu kifayah tetapi tidak berusaha menyebarkan dakwah kepada orang bukan
Islam.
D. Umat Islam mestilah menguatkan diri untuk menentang ancaman-ancaman anasir
luar dan tidak sesekali membiarkan diri hanyut dengan kemewahan dunia.

10. Apakah faktor-faktor utama perpaduan ummah?

I. Sempadan geografi tidak menjadi ukuran


II. Aqidah Islam yang satu
III. Tidak membezakan warna kulit dan bangsa
IV. Semangat nasionalisme iaitu sangat bangga dengan asal-usul diri

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV