Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2018

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3182 Semester / Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 2

Nama Kursus: Ambilan: JUN 2015


REKA BENTUK TEKNOLOGI,
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kumpulan: SEJARAH, MATEMATIK, PRA
BAHASA MELAYU ABAD KE-21
SEKOLAH

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1 Penulisan Refleksi 4.2.18 13.2.18

2. Pengumpulan Bahan Inovasi 14.2.18


18..2.18

3 Membina Bahan Inovasi 19.2.18 26.2.18

4. Pembentangan Kumpulan 27.2.18 6.3.18

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan PPPM


2013-2025,
2. Menganalisis strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu abad ke-21 di
sekolah rendah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dalam penulisan
reflektif,
3. Mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu
abad ke-21 secara pembentangan kumpulan,
4. Membina bahan pengajaran bahasa Melayu yang mengintegrasikan TMK
berdasarkan sumber, dan
5. Menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara
kreatif.

Kerja projek ini bagi menilai Hasil Pembelajaran: 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menulis satu penulisan refleksi berasaskan Prinsip Pembelajaran Abad ke-21.


2. Mengumpul maklumat untuk menghasilkan satu bahan ionvasi
3. Menghasilkan bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu
4. Membentangkan tajuk yang diberikan

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Tugasan

Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada pelbagai cabaran baharu
yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi
baharu dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika. Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, bagi mendepani cabaran tersebut
para guru perlu membina dan membentuk pelajar agar mampu bangkit dan membina
kekuatan untuk menentukan masa depan yang lebih cerah. Kementerian mahu
lahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional,
sehubungan itu guru perlu memainkan penting dalam menjayakannya.

Hakimi Ismail
Utusan Online
15 Mei 2015
1. Menulis Refleksi (30 % ) – Tugasan Individu

Berdasarkan stimulus yang diberikan, secara individu anda diminta menulis satu
refleksi Prinsip Pembelajaran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Abad Ke-21 yang panjangnya 500 perkataan.

2. Pengumpulan Bahan Inovasi ( 15 % ) – Tugasan Kumpulan

Melalui stimulus di atas, dalam kumpulan bertiga anda dikehendaki mengumpulkan


semua maklumat yang relevan bagi menghasilkan bahan inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Abad Ke 21.

3. Membina Bahan Inovasi (15 %) – Tugasan Individu

Secara kumpulan bertiga anda dikehendaki membina satu bahan inovasi pengajaran
bahasa Melayu yang mengintegrasikan TMK berdasarkan sumber yang sesuai
dalam pembelajaran di bilik darjah.

4. Pembentangan Kumpulan (10 % ) – Tugasan Individu

Anda diwajibkan membentangkan tugasan 2, dan 3 di atas. Pembentangan tugasan


tersebut hendaklah dijalankan dengan menggunakan slaid powerpoint atau prezy.
Tugasan ini perlu dijalankan secara kumpulan bertiga. Markah diberikan secara
pembentangan individu.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini,
2.2 Fon Arial
2.3 Saiz huruf 11
2.4 Langkau 1.5 baris
2.5 Jawapan ditulis hanya dalam bahasa Melayu
2.6 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan.
4. Panjangnya tugasan ialah tidak melebihi 7 muka surat sahaja halaman termasuk,
lampiran, bibliografi, isi kandungan dan pengakuan.
5. Hasil tugasan perlulah diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang berikut:
5.1 Tugasan diserahkan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’
5.2 Hasil tugasan perlulah dijilidkan dan pada bahagian hadapan hendaklah
dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
i. Nama Guru Pelatih dan Nombor kad pengenalan
ii. Angka giliran
iii. Kumpulan/Unit
iv. Kod kursus dan nama kursus
v. Nama pensyarah
vi. Tahun pengajian dan ambilan
6. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah
disertakan dalam lampiran

Tugasan yang Baik Haruslah Menunjukkan Kriteria-Kriteria yang Berikut;


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
a. Pengenalan yang menarik
b. Perkembangan
c. Implikasi
d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah anda seperti graf, gambar,
rajah dan lain-lain yang berkaitan.
4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2
bahan bercetak yang lain).
5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlulah menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
6. Penulisan tugasan haruslah menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan
Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: TUAN HAJI ROSLI BIN ABD
(Nama: MUHAMMAD CHE MAJID) GHANI)

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: MD SHAMSUDDIN NGAT DENIN )

Ketua Jabatan, JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Anda mungkin juga menyukai