Anda di halaman 1dari 2

Parosmia

Dapat menghidu bau-bauan yang menyenangkan seperti bau wangian serta aroma makanan

yang lazat adalah salah satu nikmat yang jarang diperkatakan. Bau memainkan peranan yang

penting dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, bau dapat memberi mesej sama ada sesuatu

itu masih dalam keadaan yang baik atau sudah rosak seperti makanan. Ia juga dapat

merangsang deria seseorang untuk bertindak ketika situasi berbahaya seperti bau gas atau bau

asap. Namun begitu, bagaimana pula jika seseorang itu tidak dapat menghidu atau terhidu bau

yang tidak wujud atau bau yang berbeza dengan bau yang dihidu oleh individu normal?

Parosmia, adalah salah satu terma perubatan yang digunakan, untuk merujuk kepada masalah

atau gangguan pada bahagian olfaktori seseorang yang menyebabkan seseorang itu

menghadapi masalah deria bau. Reseptor olfaktori terletak di bahagian saluran hidung dan

berfungsi sebagai pengesan yang bertindak balas terhadap sesuatu bau. Individu yang

mengalami masalah atau kerosakan pada bahagian ini atau saraf olfaktori yang menghantar

maklumat ke otak untuk diterjemah bagi menentukan bau sebenar sesuatu, berpotensi untuk

mengalami masalah hilang deria bau atau gangguan bau yang tidak normal. Lazimnya, individu

yang mengalami parosmia mampu untuk mengesan bau tetapi berbeza atau seringkali bau yang

dikesan adalah bau yang tidak menyenangkan seperti bahan kimia, bau busuk atau sesuatu yang

terbakar, daging yang mereput, atau bau najis. Gangguan seperti ini bertindak balas terhadap

bau yang tertentu atau dalam kondisi yang lebih teruk, ini muncul bagi setiap benda di

persekitaran seseorang. Kerosakan pada bahagian olfaktori boleh disebabkan oleh beberapa

factor berbeza seperti demam yang teruk. Seseorang yang menjalani pembedahan khususnya

pada bahagian kepala, kecederaan di bahagian kepala juga boleh menyebabkan berlakunya

Parosmia, sering terdedah kepada bahan kimia dan toksik, serta mereka yang mempunyai

penyakit berkaitan saraf. Masalah parosmia tidak terhad kepada masalah tertentu kerana ia juga

boleh menyebabkan masalah yang lain seperti phantosmia atau halusinasi olfaktori di mana
bau muncul dalam suatu persekitaran tanpa sumber bau itu sendiri misalnya, jika anda terhidu

bau bawang putih di dalam bilik dan pada masa yang sama, bawang putih tidak wujud di

persekitara anda. Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita, Louise woollam, seorang

wanita, yang bekerja sebagai akauntan dan juga penulis produk wangian berkongsi

pengalamannya menjalani kehidupan seharian di sebuah laman blog ‘The Parosmia Diaries’

sebagai seorang yang mengalami parosmia tahap serius. Berikutan masalah, ini, beliau bukan

sahaja berhadapan dengan masalah makan atau minum tetapi aktiviti seharian seperti mandi,

cenderung menyebabkan seseorang itu hilang selera makan, hilang deria rasa boleh

mengkibatkan gangguan emosi. Bagi mereka yang mengalami parosmia, mereka dinasihatkan

untuk menjalani latihan menghidu secara berterusan atau ‘Smell training’. Teknik ini

diperkenalkan oleh Profesor Thomas Hummel dari University Dresden dengan menggunakan

minyak pati sebagai rawatan terapi untuk merangsang kembali deria bau seseorang. Rawatan

ini hanya mengambil masa beberapa minit namun perlu dilakukan setiap hari selama beberapa

bulan sebagai proses pemulihan. Individu yang mengalami parosmia mampu untuk pulih

kerana gangguan bau ini akan berkurang dengan peredaran masa. Sebahagian mungkin akan

mengambil masa beberapa minggu, bulan atau bertahun tahun untuk kembali dapat menghidu

secara normal.

Anda mungkin juga menyukai