Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran KIMIA TINGKATAN 5

Topik KADAR TINDAK BALAS


Subtopik Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas
Kriteria Kejayaan Pelajar Berjaya
i) mereka bentuk eksperimen-eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kadar tindak balas,
ii) menerangkan bagaimana faktor mangkin mempengaruhi kadar tindak balas
Kemahiran Saintifik Sintesis, analisis, beza dan kontras, menghubung kait, membuat inferens, mengawal
dan Kemahiran pembolehubah, membuat hipotesis, mengeksperimen,
Berfikir
SikapSaintifik / Berani mencuba, rasional, berfikiran kritikal dan analitis, sistematik
NilaiMurni
SumberPdP i) Rujukan Buku teks
ii) Alat Alat projektor, komputer riba
iii) iii)Bahan Lembaran kerja
Pendekatan IBSE- Inkuiri terbuka
Pengajaran

Penguraian hidrogen peroksida, H2O2 boleh dimangkinkan oleh enzim katalase. Enzim ialah
mangkin organik yang meninggalkan kadar tindak balas dalam organisma hidup. Katalase
terdapat di dalam sel-sel organ hati lembu.

Anda dibekalkan dengan bahan dan radas seperti di bawah.

Tabung uji, mangan(IV) oksida, hydrogen peroksida, H2O2 , kayu uji berbara

A) Berdasarkan maklumat di atas, rangka eksperimen yang boleh anda jalankan untuk
menerangkan teorinya.

B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang
mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Pernyataan masalah

2 Tujuan

3. Hipotesis

4. Pembolehubah

a. Manipulasi

b. Bergerak balas

c. Dimalarkan

5. Prosedur eksperimen

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
6. Perjadualan data

7. Analisis data

8. Kesimpulan

C.

Mak Bedah menerima panggilan daripada rakannya yang ingin makan tengahari di rumahnya
dalam tempoh sejam lagi. Tetapi mak Bedah hanya mempunyai daging lembu sahaja. Di
dapati daging lembu lambat untuk empuk. Bahan pengempuk tiada di rumahnya.
Sebaliknya disekeliling rumah nya terdapat banyak bahan semulajadi yang dapat membantu
untuk melembutkan daging tersebut dalam tempoh yang singkat.

Berikan cadangan anda bahan yang boleh digunakan untuk mengempukkan daging tersebut
dalam tempoh singkat.

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka

Anda mungkin juga menyukai