Anda di halaman 1dari 3

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata
hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.
lemak dan mi sup. (b) Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu Yang (a) Rumah itu besar.
rumah Fazli. (b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa (a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan (b) Kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila (a) Dia akan balik ke kampung.
apabila ada masa lapang. (b) Dia ada masa lapang.

Latihan SPM :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon ______________________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _________________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar. _______________________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ____________________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ________________________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek._____________________
10. Hartawan itu sangat kedekut._________________________
(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen. sambil
__________________________________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
__________________________________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
__________________________________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. yang
__________________________________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
__________________________________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
__________________________________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
___________________________________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
___________________________________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun
____________________________________________________________________

(C) Cari dan gariskan kata bantu yang terdapat dalam ayat di bawah
1. Adakah kamu hendak ke hospital atau klinik sahaja?
2. Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya walaupun dia tinggal di sebelah rumah
saya.
3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer supaya/agar para
pelajar dapat melayari internet.
4. Datuk pergi ke stor lalu mengambil cangkul.
5. Ayah sedang mengait buah rambutan manakala abang membantunya menyapu
daun-daun kering.
6. Kakak sedang mengemas dapur sambil mendengar radio.
7. Syamil memberitahu rakan baiknya bahawa dia tidak dapat hadir di majlis hari jadi
Faiz keranapulang ke kampung.
8. Regina dan Thea akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi.
9. Ariyan masuk ke kelas kami lalu mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.
10. Saya datang lewat ke sekolah kerana bas sekolah yang saya naiki rosak.
11. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang walaupun cuaca agak terik.
12. Zahid ke kedai buku kerana hendak membeli buku Sains.
13. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu lalu membuang sampah itu ke
dalam plastik sampah.
14. Suzana dan Amir menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat.

Anda mungkin juga menyukai